You are on page 1of 2

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

1. Tajuk tugasan:

Murid dikehendaki menjalankan kajian tentang kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan berhampiran Taman
Inderawasih, Perai, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: / OBJEKTIF KAJIAN


1.1 Menjelaskan latar belakang kawasan berhampiran Taman Inderawasih, Perai, Seberang Perai Tengah, Pulau
Pinang.
1.2 Melukis dan mentafsir graf tentang pekerjaan penduduk berhampiran Taman Inderawasih mengikut kegiatan
ekonomi .
1.3 Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.

2. Contoh Penulisan PENGHARGAAN


Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang
telah memberi pelbagai bantuan serta kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan. Terutamanya, kepada guru pembimbing,
…………………., guru Geografi saya yang telah banyak memberikan panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian
dijalankan.
Selain itu, tidak lupa saya berterima kasih kepada ibu bapa saya iaitu ……………………… yang disayangi. Mereka
telah memberikan banyak perhatian, semangat dan sokongan moral kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini.
Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya terutamanya ……………..
yang telah memberikan bantuan semasa kajian ini dijalankan .

3. Contoh Penulisan PENDAHULUAN


Saya, ……………….dari Tingkatan ……….. dari SMK Taman Inderawasih telah menjalankan kerja lapangan yang
bertajuk ……………………. Dalam pelaksanaan kerja lapangan ini, saya mengkaji tentang latar belakang kawasan kajian dan
jenis kegiatan ekonomi di kawasan berhampiran Taman Inderawasih. Tambahan pula, kajian tentang kepentingan kegiatan
ekonomi di kawasan kajian turut dijalankan.
Taman Inderawasih menjadi pilihan saya kerana kawasan ini maju dalam pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti
perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan .
Saya telah mengambil masa kira-kira ………..minggu untuk menyiapkan kerja lapangan ini dan penulisan laporan.

4. JADUAL KERJA

5. Contoh Penulisan KAEDAH KAJIAN


Dalam menjalankan kerja lapangan, saya telah menggunakan 3 kaedah kajian iaitu:
a) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian di kawasan berhampiran Taman Inderawasih untuk mencari maklumat tentang
jenis kegiatan ekonomi dan kepentingan kegiatan ekonomi tersebut di kawasan kajian.

b) Soal-selidik
Saya membuat soal –selidik dengan keluarga saya. Tujuan membuat soal-selidik adalah untuk mencari maklumat
tentang jenis kegiatan ekonomi dan kepentingan kegiatan ekonomi tersebut di kawasan kajian.

c) Rujukan
Saya juga merujuk kepada buku Teks Tingkatan 3 untuk mencari sumber maklumat tentang jenis kegiatan ekonomi
dan kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Selain itu, saya juga melayari internet untuk mencari
maklumat tentang kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.

6. HASIL KAJIAN
6..1 Latar Belakang Kawasan Kajian
6.2 Melukis Dan Mentafsir Graf
6.4 Kepentingan Kegiatan Ekonomi Di Kawasan Kajian

7. RUMUSAN
 Hasil Kajian secara ringkas

8. RUJUKAN
 Buku teks / * Sumber Internet / * Orang sumber

9. LAMPIRAN
 1 Borang Soal Selidik yang diisi penuh / * Foto tentang jenis kegiatan ekonomi ( Kilang, Kedai, Sekolah)

You might also like