You are on page 1of 18

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

(KSSM)

GEOGRAFI
TINGKATAN 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Peneraju Pendidikan Negara
KERJA LAPANGAN

Peneraju Pendidikan Negara


OBJEKTIF
1. Memberi pendapat atau idea secara kritis dan kreatif.
2. Menghuraikan saling kaitan di antara manusia dengan alam sekitar di
lapangan.
3. Mengenal pasti masalah atau isu yang berkaitan geografi di lapangan.
4. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah atau isu
yang berkaitan.
5. Mengaplikasi kemahiran geografi yang telah dipelajari.
6. Mensyukuri, mencintai dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.
7. Menjalankan tugasan mengikut prosedur.

Peneraju Pendidikan Negara


PROSES KERJA LAPANGAN
Memilih isu atau tajuk

Menentukan objektif

Menentukan kaedah kajian

Merekod, mengumpul, menganalisis data


atau maklumat

Merumus dan melaporkan

Peneraju Pendidikan Negara


PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

1. Kertas bersaiz A4

2. Format penulisan laporan mengandungi:

•Tajuk kajian

• Senarai kandungan

Peneraju Pendidikan Negara


CONTOH KERJA LAPANGAN

KERJA LAPANGAN

PENGANGKUTAN AWAM DI
BANDAR ………………………
Oleh:
Alya Hanisa binti Hafizi
Tingkatan 2 Bukhari/Muslim

Peneraju Pendidikan Negara


SENARAI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKASURAT

1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif kajian
4. Kawasan kajian
5. Kaedah kajian
6. Hasil kajian
7. Rumusan
8. Rujukan

Peneraju Pendidikan Negara


PENGHARGAAN

Saya mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran


Geografi, En. Aiman bin Fahmi kerana telah membimbing saya
menyiapkan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada
rakan-rakan kumpulan iaitu Auni Naziha binti Yahya, Lim Mei Yen dan
Nalini a/p Kumaresan kerana saling membantu mencari maklumat.
Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya iaitu Encik Hafizi bin
Nasir dan Puan Norliza binti Ismail kerana memberi dorongan dan
semangat kepada saya. Tak dilupakan juga kepada responden saya……..
……………………………………………………………………………………………………….

Peneraju Pendidikan Negara


PENDAHULUAN

Saya dan rakan kumpulan telah bersepakat untuk melaksanakan kerja


lapangan yang berkaitan dengan pengangkutan awam di Bandar Baru
Nilai. Saya membuat kajian tentang kepentingan dan masalah
pengangkutan yang terdapat di Bandar Baru Nilai. Selain itu, saya dan
rakan kumpulan turut memberi cadangan tentang potensi
pengangkutan awam Bandar Baru Nilai pada masa hadapan. Kami
juga mencadangkan beberapa langkah untuk menghadapi masalah
pengangkutan di kawasan yang dikaji. Pemilihan Bandar Baru Nilai
sebagi kawasan kajian dibuat kerana faktor berhampiran dengan
rumah dan sekolah saya.

Peneraju Pendidikan Negara


OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti jaringan pengangkutan di Bandar Baru Nilai,


Negeri Sembilan.
2. Menyatakan kepentingan pengangkutan di Bandar Baru Nilai.
3. Menjelaskan masalah pengangkutan di Bandar Baru Nilai, Negeri
Sembilan.
4. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
5. Mencadangkan amalan pengangkutan lestari di Bandar Baru
Nilai, Negeri Sembilan pada masa hadapan.

Peneraju Pendidikan Negara


KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Bandar ……………………………………..


Saya memilih kawasan kajian ini kerana jaraknya hanya 5 km dari rumah
serta sekolah saya. Bandar ………… terletak di daerah ……………………….,
………………………….dan berkeluasan 623 ekar.

****** Nyatakan ciri2 simbol budaya dan juga ciri2 simbol fizikal

Peneraju Pendidikan Negara


PETA KAWASAN KAJIAN

Peneraju Pendidikan Negara


KAEDAH KAJIAN
▪ PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian digunakan bagi mengenal pasti jaringan pengangkutan di kawasan
kajian.
▪ SOAL SELIDIK
Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang faktor yang
mempengaruhi jaringan pengangkutan dan masalah pengangkutan di kawasan kajian
daripada ……………. orang responden.
▪ TEMUBUAL
Kaedah temubual pula telah digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan
pengangkutan dan amalan pengangkutan lestari daripada …………. orang responden.

****Pilih hanya 2 kaedah utama…1 kaedah dibenarkan.

Peneraju Pendidikan Negara


HASIL KAJIAN
CONTOH:
6.1 Jaringan pengangkutan di Bandar ……berkembang dengan pesat
seiring dengan pembangunan yang berlaku di sekelilingnya. Bandar
ini menghubungkan lebuh raya Utara Selatan dan LEKAS. Ia juga
menghubungkan Seremban dan Putrajaya serta bandar sekitarnya
seperti Bangi dan Cyberjaya. Jalan keretapi pula menghubungkannya
dengan Kuala Lumpur dan Seremban. Perkembangan jaringan
pengangkutan di Bandar Baru Nilai dapat menyokong perkembangan
pembangunannya sebagai bandar komersial, pendidikan, kesihatan dan
petempatan.

Jenis & Masalah (dalam bentuk huraian)


Masalah & Langkah (dalam bentuk Peta I think)

Peneraju Pendidikan Negara


RUMUSAN
CONTOH RUMUSAN :
(PASTIKAN TIDAK BERLAKU PLAGIAT AYAT INI DALAM KERJA LAPANGAN KALIAN)
Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai disiapkan, saya telah menemui beberapa
dapatan berkaitan iaitu tentang jaringan pengangkutan yang terdapat di Bandar
Baru Nilai seperti jalan raya lebuh raya (Utara Selatan dan LEKAS) dan jalan kereta
api. Dapatan ini dapat membantu saya memahami lebih mendalam jaringan
pengangkutan yang ada kerana saya dapat melihat sendiri jaringan tersebut di
kawasan kajian. Selain itu saya dapat mengkaji faktor yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan dan juga masalah pengangkutan yang dihadapi di Bandar Baru Nilai.
Saya juga dapat melihat kepentingan pengangkutan yang ada dalam
mempercepatkan pembangunan di bandar ini. Saya juga dapat memerhatikan
bahawa ramai yang menggunakan pengangkutan kereta api (komuter) dalam urusan
harian mereka. Sebagai sebuah bandar baharu yang menyokong perkembangan
Seremban dan Putrajaya, ia berpotensi berkembang dengan lebih cepat. Sebagai
generasi yang dilahirkan di sini, saya berasa sungguh berbangga kerana Bandar
Baharu Nilai semakin dikenali dan berpotensi menjadi daerah yang memberi banyak
sumbangan kepada Negeri Sembilan. Peneraju Pendidikan Negara
RUJUKAN

CONTOH RUJUKAN :

Ali Ahmad, 2016. Perkembangan Pengangkutan Darat di Malaysia.


Kuala Lumpur: Pustaka Zamrud

Encik Sulaiman bin Mahbob, 51 tahun,


No. 232, Jalan Cengal 7, Taman BBN,
45600 Nilai

Peneraju Pendidikan Negara


TAHAP PENGUASAAN KERJA
LAPANGAN
TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
Menyediakanperancangan,prosesawaldanlaporanakhir
1
yangtidaklengkap.
Menyediakanperancangan,prosesawaldanlaporanakhir
2
yangkuranglengkap.
Menyediakanperancangan,prosesawal,laporanakhiryang
3
lengkapdantidaktersusun.
Menyediakanperancangan,prosesawaldanlaporanakhir
4
yanglengkapdantersusun.
Menyediakanperancangan,prosesawaldanlaporanakhir
5
yanglengkap,tepat,tersusundanrealistik.
Menyediakanperancangan,prosesawaldanlaporanakhir
6 yanglengkap,tepat,tersusundanrealistiksertamenunjukkan
keasliansertabolehdicontohi.

Peneraju Pendidikan Negara


Sekian

Bahagian Pembangunan Kurikulum


http://bpk.moe.gov.my/

Peneraju Pendidikan Negara


Peneraju Pendidikan Negara

You might also like