You are on page 1of 14

Nama : Nur Farrah Hanis Salihan

Tingkatan : 2 Amanah
No. K.P : 960130-06-5258
Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang
Utara, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras,
Kuala Lumpur
Guru : Puan Lee Saw Im

Bil Aspek Kajian Markah Penuh Markah Diperoleh


1 Tajuk Kajian 1
2 Senarai Kandungan 1
3 Penghargaan 2
4 Pendahuluan 2
5 0bjektif Kajian 2
6 Kawasan Kajian 8
7 Kaedah Kajian 2
8 Dapatan Kajian 25
9 Rumusan 2
10 Lampiran 2
11 Rujukan 2
12 Penilaian Umum 1
Jumlah Markah 50
Senarai Kandungan

Bil Aspek Kajian M/S


1 Tajuk Kajian 1
2 Senarai Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Pendahuluan 4
5 Objektif Kajian 5
6 Kawasan Kajian 6-
7 Kaedah Kajian
8 Dapatan Kajian
8.1 Konsep Migrasi
8.2 Pola Migrasi Penduduk
8.3 Faktor Mempengaruhi
Migrasi Dalaman Penduduk
8.4 Kesan Migrasi Dalaman
Penduduk
8.4.1 Kesan Positif
8.4.2 Kesan Negatif
8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi
Dalaman Penduduk
Bahan Grafik
9 Rumusan
10 Lampiran
11 Rujukan

Penghargaan

Setelah berminggu-minggu bertungkus lumus menjalankan kajian,


akhirnya saya berjaya melengkapkan Kerja Geografi Tempatan (KGT)
Tahun 2010 yang bertajuk Migrasi Dalaman Penduduk Taman Shamelin
Perkasa, Cheras Kuala Lumpur ini dengan sebaik mungkin. Namun
disebalik kejayaan saya ini, banyak pihak telah terlibat sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung. Oleh itu, saya telah mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada individu-individu yang telah membantu saya menjayakan kerja
kursus ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua S.M.K. Seri


Bintang Utara, Pn. Che Hasnah bt Muhammad yang telah memberi
kerjasama semasa proses menyiapkan folio ini. Jutaan terima kasih juga
saya ucapkan kepada guru matapelajaran Geografi kelas 2 Amanah, Pn. Lee
Saw Im. Beliau telah banyak memberikan bimbingan kepada saya dan
rakan-rakan sepanjang kami menyiapkan folio ini. Tanpa beliau, tidak
mungkin dapat saya siapkan KGT Tahun 2010 ini.

Tidak lupa juga saya kepada kesemua rakan-rakan yang telah banyak
memberikan maklumat yang saya perlukan untuk menyiapkan folio ini.
Akhir sekali, saya berterima kasih kepada kedua ibu bapa yang telah
menyokong saya dalam proses penyiapan folio ini terutamanya dari segi
kewangan. Tanpa kesemua individu yang saya nyatakan di atas, folio
ini tidak mungkin dapat saya lengkapkan!

~ Terima Kasih ~

Pendahuluan

Bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan menjalankan


kerja amali di lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan (KGT). Pada tahun ini,
pelajar Tingkatan 2 S.M.K. Seri Bintang Utara diwajibkan menyediakan sebuah
kajian yang bertajuk Migrasi Dalaman Penduduk di Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, Kuala Lumpur.
Migrasi dalaman di kalangan penduduk Taman Shamelin Perkasa kebanyakanya
dipengaruhi oleh faktor pekerjaan dan sektor pembangunan. Hal ini demikian
kerana Taman Shamelin Perkasa adalah kawasan di mana terletaknya 4 buah
sekolah iaitu S.K. Seri Bintang Utara, S.M.K. Seri Bintang Utara, S.K. Seri Bintang
Selatan dan S.M.K. Seri Bintang Selatan. Kawasan ini juga dipenuhi dengan kilang-
kilang.

Kebanyakan penduduk dari luar yang bermigrasi ke Taman Shamelin Perkasa


berbuat demikian atas tujuan ingin mencari peluang-peluang pekerjaan yang
ditawarkan di kilang-kilang yang beroperasi di sini. Ada juga yang berpindah ke
sini kerana mudah menghantar anak ke sekolah atau individu tersebut merupakan
guru yang mengajar di salah satu sekolah di kawasan tersebut yang ingin tinggal di
kuaters guru yang disediakan.

Penduduk di Taman Shamelin Perkasa yang berpindah ke tempat lain pula


mungkin disebabkan peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih lumayan
di tempat lain. Ada juga yang kurang selesa dengan persekiataran yang dikelilingi
hutan konkrit dan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di tempat tersebut
kerana adanya 4 buah sekolah.

Kesemua hal-hal diatas mungkin merupakan faktor migrasi dalaman penduduk di


Taman Shamelin Perkasa. Objektif sebenar kajian ini adalah untuk memastikan
faktor-faktor utama yang mempengaruhi migrasi penduduk di kawasan tersebut
sekali gus mencari penyelesaian mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk
Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur.

Objektif Kajian

Berikut adalah objektif-objektif Kajian Geografi Tempatan


Tingkatan 2 Tahun 2010 yang bertajuk Migrasi Dalaman
Penduduk Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur :
a) Mendefinisi konsep migrasi dalaman penduduk di Taman
Shamelin Perkasa
b) Menyatakan dan menghuraikan pola migrasi dalaman
penduduk di Taman Shamelin Perkasa
c) Mengkaji dan menghuraikan kesan migrasi dalaman
penduduk Taman Shamelin Perkasa
d) Menghuraikan cadangan untuk mengatasi kesan migrasi
dalaman penduduk di Taman Shamelin Perkasa
e) Menyatakan dan menghuraikan faktor-faktor migrasi
dalaman penduduk di Taman Shamelin Perkasa
f) Penerapan nilai dan unsur patriotisme di kalangan
penduduk Taman Shamelin Perkasa

Kaedah Kajian

Berikut adalah kaedah-kaedah yang saya gunakan


sepanjang melengkapkan Kajian Geografi Tempatan
(KGT) Tingkatan 2 Tahun 2010 yang bertajuk Migrasi
Dalaman Penduduk Taman Shamelin Perkasa, Cheras,
Kuala Lumpur :
a) Kaedah Pemerhatian
- Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal
pasti pola migrasi penduduk di Taman Shamelin
Perkasa

b) Kaedah Soal Selidik


- Saya telah menyediakan beberapa boring soal selidik
yang perlu diisi oleh beberapa orang penduduk
Taman Shamelin Perkasa yang saya pilih secara
rawak.

c) Kaedah Rujukan
- Saya telah merujuk beberapa buah buku untuk
mengenal pasti definisi migrasi dan contoh-contoh
migrasi dalaman penduduk.
- Saya juga telah melayari internet untuk mencari
maklumat tentang migrasi dalaman penduduk di
Taman Shamelin Perkasa

Rujukan

1. Buku Ilmiah
a) Buku teks Geografi Tingkatan 2
b) Atlas, Explorasi, Geografi KBSM Tingkatan 1-5, Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

2. Melawat Tempat Kajian


a) S.M.K. Seri Bintang Utara, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Cheras, Kuala Lumpur

3. Orang Sumber
a) Nia Atasha bt Rosli, 14 tahun

4. Internet
a) www.scribd.com
b) http://my.pagenation.com/kul/TAMAN%20SHAMELIN
%20PERKASA%2056100_101.7325_3.1225.map
c)

Kawasan Kajian

Untuk Kajian Geografi Tempatan (KGT) pada tahun ini, saya telah
memilih Taman Shamelin Perkasa yang terletak di Cheras, Kuala
Lumpur, sebagai kawasan kajian.

Jika ingin mengira dengan jarak relatif, masa yang diambil untuk ke
bandar dari Taman Shamelin Perkasa mengambil masa selama lebih
kurang 15 minit. Kenderaan awam yang boleh digunakan untuk ke
bandar termasuklah bas dan LRT. Mengikut jarak mutlak pula, Taman
Shamelin Perkasa terletak lebih kurang 5km dari bandar.

Kawasan Taman Shamelin Perkasa dikelilingi dengan bangunan-


bangunan seperti sekolah dan kilang. Rumah-rumah yang dibina di
Taman Shamelin Perkasa terdiri daripada pangsapuri dan
kondominium yang tinggi.

Taman Shamelin Perkasa merupakan sebuah kawasan yang giat dengan


sector perindustrian. Ini dapat dibuktikan melalui kilang-kilang yang
dibina di sekeliling kawasan ini.

Kawasan Taman Shamelin Perkasa juga merupak kawasan yang penting


dalam sector pendidikan. Hal ini demikian kerana terdapat empat buah
sekolah yang telah dibina di kawasan ini. Sekolah-sekolah yang terdapat
di kawasan ini ialah S.K. Seri Bintang Utara, S.M.K. Seri Bintang Utara,
S.K. Seri Bintang Selatan dan S.M.K. Seri Bintang Selatan.

a) Peta daerah Cheras


b) Peta Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur
Dapatan Kajian

8.1 Konsep Migrasi Penduduk

Secara umumnya, migrasi bermaksud penghijrahan penduduk dari satu


tempat ke tempat yang lain. Migrasi boleh dibahagikan kepada 2
bahagian iaitu Migrasi Dalaman dan Migrasi antarabangsa.
Migrasi dalaman membawa maksud perpindahan atau penghijrahan ke
sesuatu tempat tetapi masih berada di dalam Negara yang sama. Contoh
migrasi dalaman adalah:

a) Luar bandar ke luar bandar – dari 1 perkampungan ke


perkampungan lain
b) Luar bandar ke bandar - dari perkampungan ke bandar
c) Bandar ke bandar – dari bandar ke bandar yang lain
d) Bandar ke luar bandar – dari bandar ke perkampungan

Migrasi antarabangsa pula membawa maksud perpindahan atau


penghijrahan dari sebuah Negara ke sebuah Negara yang lain. Migrasi
antarabangsa hanya berlaku apabila seorang imigran melintasi
sempadan negaranya. Contoh :

a) Malaysia ke Jepun
b) Jepun ke Malaysia

8.2 Pola Migrasi Penduduk di Taman Shamelin Perkasa

a) Migrasi Luar Bandar ke Bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk dari kawasan-kawasan luar


bandar ke Taman Shamelin Perkasa untuk mencari peluang pekerjaan
dan tempat tinggal yang lebih selesa. Ada juga yang berpindah ke
Taman Shamelin Perkasa kerana lebih mudah menghantar anak-anak
mereka ke sekolah kerana terdapat 4 buah sekolah di Taman Shamelin
Perkasa.

b) Migrasi bandar ke luar bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk Taman Shamelin Perkasa yang


berpindah ke kawasan luar bandar. Faktor utama migrasi ini adalah
apabila seorang guru yang mengajar di sekolah-sekolah sekeliling
Taman Shamelin Perkasa mendapat tawaran bekerja di sekolah lain.
Selain itu, ada juga penduduk yang sudah serik dengan kesesakan lalu
lintas yang sering berlaku di kawasan bandar dan inginkan suasana
yang lebih tenang di kawasan luar bandar. Imigran yang berpindah atas
sebab tersebut biasanya terdiri daripada warga-warga emas.

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk


di Taman Shamelin Perkasa

a) Peluang Pekerjaan
Taman Shamelin Perkasa padat dengan penduduk kerana kawasan ini
dikelilingi kilang-kilang dan bangunan-bangunan lain yang
menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi. Antara peluang pekerjaan
yang ditawarkan di Taman Shamelin Perkasa termasuklah dalam sektor
perindustrian, perkhidmatan serta pendidikan. Ramai guru yang
mendapat tawaran bekerja di sekolah-sekolah di kawasan tersebut
berpindah ke kuarters guru yang disediakan untuk memudahkan
pengangkutan ke sekolah.

b) Ikut Keluarga
Segelintir penduduk Taman Shamelin Perkasa bermigrasi dalaman sama
ada berpindah ke Taman Shamelin Perkasa atau berpindah keluar dari
Taman Shamelin Perkasa kerana terpaksa mengukut ahli keluarga yang
perlu berpindah. Misalnya, ada segelintir penduduk berpindah ke
Taman Shamelin Perkasa kerana mengikut ahli keluarganya yang
bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah yang terletak di
kawasan kajian. Ada juga penduduk Taman Shamelin Perkasa yang
berpindah ke tempat lain kerana salah seorang ahli keluarga mendapat
tawaran bekerja di tempat lain yang menawarkan gaji yang lebih
lumayan daripada tempat kerjanya di Taman Shamelin Perkasa.

c) Perkahwinan
Faktor seterusnya migrasi dalaman di Taman Shamelin Perkasa adalah
perkahwinan di mana penduduk kawasan tersebut berkahwin dan
mangambil keputusan berpindah ke rumah pasangannya.

d)

You might also like