You are on page 1of 8

BAB 3

METODOLOGI

3.0 Pendahuluan

Dalam bab ini, penyelidik mengemukakan a) reka bentuk kajian, b) populasi dan

persempelan, c) Pemboleh ubah dalam kajian d) Latar belakang penyelidik,

e)Instrumen f), Prosedur analisis data, g) Jangkaan isu-isu etika, h) Kesimpulan.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kaedah penyelidikan secara kualitatif dipilih dalam kajian ini. Pendekatan

kualitatif mampu menghasilkan maklumat yang terperinci dan mendalam tentang

sesuatu fenomena. Pada pendapat pengkaji, dalam dunia sebenar, pelbagai perkara

tidak dapat dijelaskan hanya dengan merujuk pada data numerikal seperti mana

dalam kajian berbentuk kuantitatif. Terdapat kes-kes yang memerlukan

pemerhatian yang teliti yang memerlukan penggunaan emosi dan perasaan. Oleh

itu, pendekatan kualitatif dipilih dalam kajian ini di samping ianya bersesuaian

dengan tajuk yang ingin dijalankan.

Reka bentuk kajian yang akan penyelidik laksanakan menerusi kajiannya

ini adalah berbentuk kajian kes. Ianya juga digunakan untuk mengumpul

maklumat berdasarkan keperluan-keperluan dalam kajian penyelidik dan

merupakan penerangan dan penganalisian terperinci tentang penyelidikan. Juteru

ianya sangat sesuai dengan kajian yang ingin penyelidik jalankan. Reka bentuk ini
juga memfokuskan kepada penghuraian yang holistik atau menyeluruh dan

memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam.

3.2 Populasi dan Persempelan

Populasi boleh ditakrifkan sebagai kumpulan sasar atau lokasi penempatan yang

menjadi sasaran penyelidik untuk melakukan kajian. Bagi populasi kajian,

penyelidik mengambil 2 buah rumah kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan

Masyarakat dan 2 buah rumah kebajikan swasta di kawasan Kuala Selangor.

Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah Kuala Selangor dan Rumah

Kanak-kanak adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dijadikan sebagai

lokasi kajian.

Manakala bagi rumah kebajikan swasta pengkaji membesarkan kawasan

sasaran iaitu di seluruh negeri Selangor. Hal ini kerana, terdapat banyak rumah

kebajikan swasta di negeri ini menyebabkan pengkaji perlu mebuat pertimbangan

terlebih dahulu.Asrama Damai Rumah Anak-Anak Yatim di Kuang dan Rumah

Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah di Klang dipilih sebagai lokasi sasaran kajian

bagi rumah kebajikan swasta.

Pengkaji memilih 4 penghuni daripada setiap rumah kebajikan untuk

menjadi responden. Selain itu, pengkaji juga berfokuskan kepada staf pengurusan

di rumah kebajikan tersebut. Seramai 2 orang kakitangan akan dipilih untuk

menjadi responden kajian. Hal ini adalah untuk mengenal pasti kesahihan atau

ketelusan maklumat yang diberikan oleh responden tersebut.


Jadual 3.2 (a) : Sampel

Bil Lokasi Kajian Bilangan Penghuni

1. Persatuan Rumah Kebajikan Rita

No 12, Lot 6939, Batu 10 ¼ Jlan

Kapar 42200 Kapar, Selangor

2. Asrama Damai Rumah Anak-anak 

Yatim Kuang,

Lorong Teratai,Kg Damai Kuang

48050 Rawang Selangor

3. Pertubuhan Rumah Anak Yatim

Berkat Kasih (House Of Love) 35,

Jalan Serunai 15, Taman Klang

Jaya, 41200 Klang, Selangor.

4. Pertubuhan Kebajikan &

Pendidikan Nur Kasih

Lot 53958, Jalan Tanjung Syawal,

Batu 3, Jalan Kapar

42100 Klang Selangor.

3.3 Pemboleh ubah dalam Kajian


Dalam kajian kualitatif ini hanya terdapat pemboleh ubah bersandar sahaja iaitu

Pendidikan Kanak-kanak Di Rumah Kebajikan. Dalam penyelidikan ini,

penyelidik akan mengumpulkan persepsi-persepsi penghuni-penghuni dan staf-

staf (kakitangan) Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah Kuala

Selangor.

3.4 Latar Belakang Penyelidik

Penyelidik berasal dari Johor Darul Takzim dan sedang mengambil Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Universiti

Selangor. Penyelidik memegang Diploma Prasekolah di Universiti Selangor.

Kajian ini dijalankan kerana penyelidik ingin mengkaji bagaimana tahap

pendidikan di rumah-rumah kebajikan. Penyelidik ingin melakukan penyelidikan

ini kerana terdapat di antara rakan penyelidik yang menetap di rumah kebajikan

sejak kecil. Rumah kebajikan yang dihuni oleh rakan penyelidik merupakan salah

satu rumah kebajikan di bawah JKM. Rumah kebajikan itu mempunyai prasarana

yang baik dan sering juga mementingkan pendidikan islam dalam pendekatan

pembelajaran di rumah tersebut.

Namun apa yang penyelidik lihat adalah bertentangan dengan persepsi

penyelidik tentang akhlak rakan penyelidik. Subjekmempunyai masalah disiplin

di sekolah dan sering ponteng sekolah untuk ke pusat-pusat hiburan. Subjek juga

mempunyai masalah sosial yang agak teruk dan pernah digantung sekolah

beberapa kali. Pencapaian akademik subjek amat mengecewakan. Adakah

pengurusan rumah kebajikan yang dihuninya tidak menerapkan nilai-nilai murni


dalam dirinya? Atau kesemua tingkah laku yang ditunjukkan oleh subjek sekadar

untuk menunjukkan dirinya sedang memberontak? Ataukah mungkin,

sememangnya rumah kebajikan tersebut tidak mengambil berat terhadap

penghuni-penghuninya seperti yang sering didakwa oleh subjek.

Memang benar rumah kebajikan merupakan satu tempat yang menjadi

tempat teduhan bagi mereka yang kurang bernasib baik. Mereka menyediakan

keperluan makanan, pakaian, tempat tinggal dan juga pendidikan. Namun yang

menjadi persoaalanya adakah itu mencukupi untuk mengantikan mereka yang

kehilangan ibu bapa? Yang amat penting dan sangat diinginkan oleh penghuni-

penghuni rumah kebajikan adalah perhatian dan kasih sayang. Oleh itu,

penyelidikan ini dijalankan untuk mencari jawapan kesemua persoalan ini.

3.5 Instrumen

Instrument yang diguna pakai oleh penyelidik bagi mengumpul data adalah

dengan menggunakan kaedah temu bual serta kajian perpustakaan untuk

mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan dengan tajuk.

3.5.1 Temu Bual

Semasa membina soalan-soalan temu bual, penyelidik telah

menggariskan 2 skop utama. Skop pertama adalah berkaitan dengan

pengurusan rumah kebajikan yang dikaji dan skop yang kedua adalah

berkenaan dengan pendidikan penghuni rumah kebajikan tersebut.

(Sila lihat lampiran)


Jadual 3.5.1 (a) : Soalan Temu Bual

Bil Skop Soalan/ item

1. Pengurusan Rumah 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12

Kebajikan

2. Pendidikan 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20

penghuni Rumah

Kebajikan

3.5.2 Kajian Perpustakaan

Penyelidik telah merujuk beberapa kajian-kajian lepas yang berkaitan

dengan kajian. Penyelidik juga telah mengumpulkan jurnal-jurnal serta

bahan bacaan yang berkaitan dengan kajian untuk dijadikan rujukan

agar dapat meningkatkan keberkesanan kajian serta penambahbaikkan

kajian-kajian lepas.

3.6 Prosedur Analisis Data

Di dalam proses analisis data yang dibuat, penyelidik akan merekodkan dan

menganalisis semua data dengan menggunakan cara soal selidik kepada

responden yang terdiri daripada penghuni-penghuni rumah kebajikan dan

kakitangan rumah kebajikan terbabit. Soalan akan diajukan berdasarkan kajian

dan soalan yang telah disediakan penyelidik yang mana kajian akan lebih

berfokuskan pertanyaan secara langsung kepada responden dengan menggunakan


kaedah temu bual. Kajian perpustakaan juga akan dijalankan untuk mencari

maklumat berkenaan dengan penyelidikan terutama teori-teori yang berkaitan .

3.6.1 Menyediakan kertas cadangan penyelidikan

3.6.2 Memohon kebenaran membuat penyelidikan daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan KPM melalui Unisel.

3.6.3 Mendapat kebenaran KPM dan JPN. Permohonan dibuat kepada pihak

Fakulti Pendidikan Sains Sosial Unisel. Surat rasmi kebenaran dihantar kepada

pihak rumah kebajikan.

3.6.4 Menyediakan set soalan temu bual.

3.6.5 Membuat sesi temu bual dengan peserta kajian

3.6.6 Temu bual direkod.

3.6.7 Temu bual ditulis semula.

3.6.8 Menulis laporan akhir.

3.7 Jangkaan Isu-isu Etika

Dalam melakukan penyelidikan ini, jangkaan isu-isu etika adalah dari segi

sensitiviti keagamaan dan kepercayaan serta autoriti sebuah rumah kebajikan.

Penyelidikan ini tertumpu kepada tangungjawab rumah kebajikan dalam

penyediaan pendidikan para penghuninya serta sejauhmanakah penerapan nilai


islam diterap dalam diri penghuni-penghuni tersebut. Hal-hal ini juga akan

menimbulkan isu-isu etika dalam kajian.

3.8 Kesimpulan

Dalam bab ini penyelidik telah mengemukakan segala maklumat-maklumat

tentang latar belakang penyelidikan serta janggkaan-janggkaan isu-isu etika yang

mungkin terjadi sepanjang penyelidikan dijalankan. Penyelidik juga

mengemukakan latar belakang penyelidik yang berkemungkinan mempengaruhi

hasil penyelidikan ini. Penyelidik juga mengemukakan instrument yang diguna

pakai dalam mendapatkan informasi yang dikehendaki.

You might also like