You are on page 1of 31

040622-07-0684

1.0 PENGENALAN

Tajuk kajian yang dipilih oleh pengkaji ialah profil warga emas di Bandar Changlun.
Kajian dilakukan untuk mengkaji peranan warga emas, jenis kemudahan yang disediakan, isu
yang dihadapi dan keperluan yang diperlukan oleh warga emas di Bandar Changlun.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4, warga emas didefinisikan
sebagai ahli anggota yang sudah lanjut usia. Kebiasaannya warga emas dapat dikesan melalui
ciri-ciri fizikal seperti muka berkedut, badan lemah, penglihatan kabur dan sebagainya. Selain
itu, warga emas juga dapat dilihat daripada biologinya.

Menurut istilah warga emas dalam Islam, warga emas didefinisikan sebagai pemanis
dan pelengkap kepada kejayaan kehidupan manusia di dunia. Mereka perlu dihormati serta
dijaga dengan baik. Selain itu, menurut tokoh Islam iaitu Ibnu Mansur warga emas
ditakrifkan sebagai orang yang telah meningkat usia tua dan sudah tumbuh uban pada dirinya.
Sesetengah sarjana mengehadkan umur hanya tua kepada 50 tahun ke atas.

Di samping itu, konsep warga emas menurut Buku Geografi Semester 1 ialah
peringkat umur yang tidak lagi produktif yang terbahagi kepada tiga iaitu Tua-Muda berumur
daripada 60 tahun hingga 74 tahun, Tua-Tua berumur daripada 75 tahun hingga 84 tahun dan
Paling Tua-Tua berumur 85 tahun ke atas.

Kebelakangan ini, isu pengabaian warga emas sering berlaku akibat daripada anak-
anak yang mengabaikan tugas mereka untuk menjaga ibu bapa dengan memberikan alasan
mempunyai pelbagai kekangan hingga mengambil keputusan untuk menempatkan ibu bapa
mereka di Rumah Kebajikan Orang Tua. Contohnya, segelintir anak-anak yang berasa lega
selepas dimaklum berkaitan khabar kematian ibu bapa mereka yang ditempatkan di pusat
jagaan. Hal ini kerana mereka menganggap ibu bapa mereka sebagai beban. Segelintir anak-
anak juga gagal tampil bagi mengurus pengebumian ibu bapa mereka dengan memberi
pelbagai alasan tidak munasabah. Malah selepas selesai dikebumikan, ahli keluarga akan
tampil semata-mata bagi menuntut kad pesara, kad pengenalan, sijil kematian dan dokumen
berkaitan.
1

040622-07-0684
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Pengkaji membuat kajian berdasarkan objektif tersebut :

2.1 Membina profil responden warga emas di sekitar Bandar Changlun.

2.2 Mengkaji peranan warga emas di Bandar Changlun.

2.3 Menjelaskan jenis kemudahan yang disediakan untuk warga emas di Bandar
Changlun.

2.4 Mengenalpasti isu yang dihadapi oleh warga di Bandar Changlun.

2.5 Mencadangkan keperluan warga emas di Bandar Changlun.


2

040622-07-0684

3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN : BANDAR CHANGLUN

Pengkaji telah menjalankan kajian di sekitar Bandar Changlun. Changlun ialah sebuah bandar
kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer dari utara Alor Setar dan kira-kira 15 kilometer dari
sempadan Thailand di Bukit Kayu Hitam apabila melalui lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Perkataan Changlun berasal daripada Bahasa Thai yang membawa maksud Gajah (chang)
Jatuh (lun) dan disatukan menjadi Changlun.

3.1 Ciri Fizikal Sekitar Bandar Changlun

Salah satu ciri fizikal yang terdapat di lokasi Bandar Changlun ialah bentuk muka bumi.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, Bandar Changlun mempunyai bentuk muka bumi tanah
pamah yang sesuai untuk pembinaan jalan bagi kegunaan laluan pengangkutan dan
menubuhkan sesebuah bangunan petempatan. Pengkaji juga mendapati Bandar Changlun
mempunyai tanah laterit. Buktinya, terdapat beberapa kawasan tanaman getah dan kelapa
sawit di pinggir Bandar Changlun Selanjutnya, sebagai kawasan pusat tumpuan bandar
kawasan bandar kecil kurang mempunyai tumbuhan semulajadi. Sepanjang kajian ini
dilakukan, pengkaji dapat memerhati dan meneliti kawasan bandar Changlun ini hanya
mempunyai hutan sekunder yang agak sedikit. Di samping itu, kawasan Bandar Changlun
mempunyai beberapa sungai yang berdekatan. Salah satu daripadanya merupakan Sungai
Temim yang memiliki panjang sebanyak 25 kilometer dan keluasan sungai ini sebanyak 950
m persegi.

3.2 Ciri Budaya Sekitar Bandar Changlun

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, terdapat pelbagai ciri budaya yang terdapat di sekitar
Bandar Changlun bagi memudahkan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran. Antara
kemudahan sosial yang terdapat di Bandar Changlun ialah pusat kesihatan seperti Klinik
Kesihatan Changlun, Klinik Raudhah, Dr. Azhar & Rakan-Rakan dan sebagainya. Selain itu,
terdapat banyak institusi pendidikan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun,
Sekolah Rendah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
Yit Min dan Kolej Matrikulasi Kedah. Terdapat juga berbagai kemudahan infrastruktur di
Bandar Changlun yang dapat memudahkan penduduk sekitar untuk menjalankan kegiatan
seharian
3

040622-07-0684

mereka iaitu seperti kemudahan jalan raya, balai polis, kemudahan elektrik yang
menyalurkan bekalan elektrik kepada penduduk di kawasan Bandar Changlun serta
kemudahan bekalan air bagi membekalkan keperluan air kepada penduduk kerana
kemudahan ini ialah kemudahan asas bagi manusia untuk meneruskan kehidupan seharian
mereka. Selain itu, kawasan Bandar Changlun berpenduduk sederhana padat. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kepadatan penduduk di kawasan ini antara 10 hingga 109 orang
per kilometer persegi. Di samping itu, terdapat tiga kaum yang dominan di Bandar Changlun
iaitu kaum Melayu, Cina dan India.
4
3.3 PETA DAERAH KUBANG PASU

LOKASI KAJIAN

Peta 1 : Peta Daerah Kubang Pasu


Sumber : Pejabat Daerah Kubang Pasu
5
040622-07-0684
4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 DATA PRIMER

Menurut Sabitha Marican (2005), data primer merujuk kepada data asal yang
dikumpul secara khususnya untuk menjawab persoalan kajian. Sumber-sumber
maklumat yang diterima oleh pengkaji adalah melalui kajian lapangan.

4.1.1 Borang Soal Selidik

Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul


maklumat. Mengikut pandangan Miles dan Huberman (1984) yang
mengatakan bahawa data yang diperoleh daripada soal selidik daripada
responden kajian yang dijalankan dalam suasana semula jadi memberikan data
berbentuk deskriptif yang tepat. Borang soal selidik dalam kajian ini telah
dijawab oleh warga emas di sekitar Bandar Changlun. Borang soal selidik ini
berbentuk soalan tertutup. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah
untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan
serta jawapan mudah diproses menerusi sistem pengkodan yang bersifat
piawaian serta mudah dianalisis. Pengkaji menggunakan skala likert 3 mata
yang mengandungi 3 aras iaitu setuju, kurang setuju dan tidak setuju.

4.1.2 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan


untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan
alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain
soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati
sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang
telah dikenal pasti. Pengkaji mengambil masa 2 hari untuk membuat
pemerhatian iaitu pada 11 Oktober 2023 dan 12 Oktober 2023 di sekitar
Bandar Changlun. Pengkaji juga telah menggunakan telefon pintar untuk
merakam foto-foto di kawasan kajian tersebut. Foto-foto tersebut akan
dijadikan sebagai bahan bukti kajian pada ruang lampiran.

040622-07-0684

4.2 DATA SEKUNDER

Menurut Sabitha Marican (2005), data sekunder merupakan data yang telah
dikumpulkan oleh pengkaji lain pada awalnya pada masa lalu dikumpul untuk tujuan
lain, tetapi sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh
pengkaji masa kini. Contoh data sekunder ialah seperti buku dari perpustakaan,
internet dan sebagainya.

4.2.1 Rujukan Perpustakaan

Rujukan perpustakaan ini penting untuk mendapatkan gambaran yang jelas


mengenai konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisasian data yang
bersesuaian dengan reka bentuk kajian. Pengkaji mendapatkan bahan-bahan
dan maklumat untuk menyokong tajuk kajian dan sebagai sumber rujukan.
Pengkaji telah membuat rujukan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah di UUM
bagi memperoleh data yang berkenaan dengan warga emas sesuai dengan
tajuk yang dilaksanakan oleh pengkaji.

4.2.2 Rujukan Internet

Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan sumber internet bagi


mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan ini. Antara laman
sesawang yang diakses untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini
adalah seperti https://www.jkm.gov.my dan sebagainya. Rujukan daripada
sumber internet ini dapat membantu pengkaji untuk memperoleh maklumat
yang lebih luas dan terkini mengenai skop kajian. Hal ini kerana segala
maklumat dapat diperoleh menerusi internet tanpa had dan merentasi masa.
Pengkaji mendapat banyak maklumat mengenai warga emas di dalam
internet.
8

040622-07-0684

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


5.1 PROFIL RESPONDEN WARGA EMAS DI BANDAR CHANGLUN
5.1.1 MEMBUAT JADUAL PROFIL RESPONDEN WARGA EMAS

Profil warga emas Bilangan Peratus (%)

Lelaki 16 53.33
Jantina
Perempuan 14 46.67

Melayu 28 93.33

Etnik Cina 1 3.33

India 1 3.33

Tua muda 25 83.33

Umur Tua-tua 4 13.33

Paling tua-tua 1 3.33

Pekerjaa Bekerja 10 33.33

n Tidak bekerja 20 66.67

Jadual : Profil Responden Warga Emas Di Bandar Changlun


9
040622-07-0684
5.1.2 MEMBINA GRAF DEMOGRAFI RESPONDEN

a) Jantina

Jantina Warga Emas

46.67
53.33

Perempuan Lelaki

Rajah 1 : Carta pai menunjukkan jantina warga emas di Bandar Changlun

b) Etnik

Etnik Warga Emas


100
90
80
70
60
50
93.33%
40
30
20
10
3.33% 2%
0

Melayu Cina India


Rajah 2 : Graf Bar menunjukkan etnik warga emas di Bandar Changlun

10

040622-07-0684

c) Umur

Umur Warga Emas


3.33%

13.33%

83.33%

Tua Muda Tua-tua Paling tua-tua

Rajah 3 : Carta Pai menunjukkan umur warga emas di Bandar Changlun

d) Pekerjaan

Pekerjaan Warga Emas


80

70

60

50

40

30 66.67%

20
33.33%
10

Bekerja Tidak bekerja


Rajah 4 : Graf Bar menunjukkan etnik warga emas di Bandar Changlun

11

040622-07-0684

5.1.3 MENGANALISIS GRAF DEMOGRAFI RESPONDEN

1 ) Jantina Warga Emas di Bandar Changlun

Takrifan ‘gender’ haruslah merujuk kepada Perlembagaan kita yang menetapkan


sebagai jantina mengikut biologi seks, iaitu hanya lelaki dan perempuan. Jantina adalah ciri-
ciri biologikal dan fisiologi iaitu rupa paras, bentuk badan, kromosom dan hormon serta tidak
boleh diubah kecuali melakukan pembedahan. Jantina juga dapat dibezakan melalui sistem
reproduksi dan struktur pembiakan. Lelaki menghasilkan sperma manakala perempuan
menghasilkan telur dan juga melahirkan anak. Jantina juga dikaitkan dengan sifat-sifat dan
perasaan dalaman seseorang sebagai seorang lelaki, perempuan atau kedua-duanya. Jantina
juga dikaitkan dengan hormon perempuan dan juga lelaki iaitu androgen dan estrogen.
(https://yeappooeng127.blogspot.com/)

Semasa menjalankan kajian luar geografi, pengkaji telah mendapat seramai 30 orang
responden yang bekerjasama untuk pengkaji menyiapkan kerja kursus ini. Pengkaji juga
mendapati seramai 16 orang responden bersamaan 53.33% merupakan orang lelaki yang
menjawab borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji. Manakala hanya 14 orang
responden bersamaan 46.67% merupakan orang perempuan. Hasil kajian menunjukkan
bahawa ramai responden terdiri daripada lelaki.

Hal ini berkemungkinan kerana, pengkaji melaksanakan kajian luar ini di Pasar Tani
Kekal Changlun pada awal pagi dan kebanyakan penduduk yang pergi ke pasar pada waktu
tersebut ialah terdiri daripada responden lelaki. Selain itu, responden lelaki lebih
berkemampuan dari segi fizikal berbanding responden perempuan. Di samping itu juga,
pengkaji mendapati responden lelaki lebih bertenaga untuk melaksanakan aktiviti harian di
sekitar Bandar Changlun. Pengkaji berpendapat bahawa kebanyakan responden perempuan
berada di rumah meluangkan masa mereka untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kebanyakan
responden perempuan yang menjawab borang soal selidik ini pengkaji mendapatkan mereka
di rumah kediaman mereka sendiri.
12

040622-07-0684

2) Etnik Warga Emas di Bandar Changlun

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.
Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnik
didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam
termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti
yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan
penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang
sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat
pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri
budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi
politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, India, Cina, Kadazan
Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Malaysia merupakan salah satu
negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di
Malaysia ialah Melayu, Cina dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain
itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik,
terutamanya di Malaysia Timur. (https://www.scribd.com/doc/109032603/Definisi-etnik)

Daripada 30 orang responden, pengkaji mendapati bahawa terdapat 28 orang


responden iaitu bersamaan dengan 93.33% merupakan kaum Melayu dan 1 orang responden
bersamaan dengan 3.33% merupakan kaum Cina. Pengkaji juga mendapati terdapat 1 orang
responden iaitu bersamaan 3.33% merupakan kaum India. Hasil kajian menunjukkan bahawa
ramai responden terdiri daripada kaum Melayu.

Hal ini kerana penduduk di sekitar Bandar Changlun majoritinya ialah kaum Melayu.
Kaum Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia ini. Jadi tidak hairanlah
responden untuk soal selidik ini kebanyakannya merupakan kaum Melayu. Selain itu, Pasar
Tani Kekal Changlun menjadi tumpuan usahawan setempat bagi menjalankan perniagaan
setiap hari selain memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan produk segar.
13

040622-07-0684

3) Umur Warga Emas di Bandar Changlun

Mengikut Dasar Warga Emas Negara, penuaan aktif didefinisikan sebagai proses
mengoptimumkan peluang dan penglibatan warga emas dalam keluarga dan masyarakat
ersama mendaya upayakan warga emas untuk meningkatkan kesejahteraan hidup. Dengan
kata lain, penuaan aktif membolehkan warga emas melakukan sebarang aktiviti samada
secara sendirian, ersama ahli keluarga atau masyarakat untuk kesejahteraan hidup mereka.
(Kementerian Pembangunan Wanita, 2011).

Daripada 30 orang responden, pengkaji mendapati bahawa terdapat 25 orang


responden iaitu bersamaan dengan 83.33% merupakan Tua Muda dan 4 orang responden
bersamaan dengan 13.33% merupakan kaum Tua-Tua. Pengkaji juga mendapati terdapat 1
orang responden iaitu bersamaan 3.33% merupakan Paling Tua-Tua. Hasil kajian
menunjukkan bahawa ramai responden terdiri daripada Tua Muda. Hal ini kerana, golongan
Tua-Muda masih aktif dan lebih bertenaga untuk melaksanakan aktiviti harian jika
dibandingkan dengan golongan Tua-Tua dan Paling Tua-Tua.

4) Pekerjaan Warga Emas di Bandar Changlun

Pekerjaan menurut Islam ialah satu kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan
sumber rezeki yang berbentuk wang atau harta yang halal. Pekerjaan merupakan satu bidang
kehidupan manusia untuk memperoleh dan mendapatkan harta benda bagi memenuhi
keperluan hidup. Pekerjaan juga boleh menjadi sebahagian daripada ibadat jika dilakukan
semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T. dan mengikut syarat-syarat yang
tertentu. (https://azlimata02.blogspot.com/2015/07/sem-6-islam-dan-pekerjaan-siri-1.html)

Daripada 30 orang responden, pengkaji mendapati bahawa terdapat 10 orang


responden iaitu bersamaan dengan 33.33% masih bekerja. Pengkaji juga mendapati terdapat
20 orang responden iaitu bersamaan 66.67% sudah tidak bekerja. Hasil kajian menunjukkan
bahawa ramai responden sudah tidak bekerja. Hal ini demikian kerana kebanyakan warga
emas kurang produktif dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Ini menyebabkan ramai
majikan tidak mengambil pekerja yang berusia atau berumur lebih 55 tahun.

14

040622-07-0684

5.2 PERANAN WARGA EMAS DI SEKITAR BANDAR CHANGLUN

Warga emas ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Walaupun telah memasuki usia
emas, mereka terus memainkan peranan penting dalam keluarga sebagai pengasuh, guru,
mentor, wira, rakan, dan pembimbing, bukan sahaja kepada cucu mereka, tetapi juga kepada
anak-anak dewasa, keluarga besar dan komuniti mereka. Berikut adalah 3 peranan utama
yang dimainkan oleh warga emas dalam komuniti dan keluarga:

5.2.1 Warga emas sebagai ketua keluarga

Dalam institusi kekeluargaan, keperluan terhadap kepemimpinan berkualiti lebih utama


berbanding institusi lain kerana institusi keluarga merupakan institusi pertama dalam hidup
manusia yang mempengaruhi seluruh peringkat kehidupan manusia. Kesejahteraan keluarga
juga bergantung pada sejauhmana kepemimpinan keluarga berperanan dan berfungsi.
Pemimpin keluarga yang dapat menjalankan kepemimpinannya dengan baik dapat
membangun keluarga yang sejahtera dan menjalankan fungsi-fungsinya. Antara peranan
warga emas sebagai ketua keluarga ialah dengan menjadi pemimpin dalam keluarga,
memberi kasih sayang kepada anggota keluarga dan menjadi ‘role model’ yang baik kepada
keluarga. Semasa menjalankan pemerhatian, pengkaji telah bertemu ramai warga emas yang
merupakan ketua keluarga untuk keluarga masing-masing. Seramai 29 orang responden
bersetuju dengan pernyataan ini. (https://www.researchgate.net)

5.2.2 Warga emas sebagai penasihat berkenaan adat resam dan hubungan kekeluargaan.

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan adat sebagai peraturan yang sudah diamalkan
di dalam sesuatu masyarakat sehingga ia menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.
Ianya menjadi satu kemestian yang perlu diikuti dari generasi ke generasi yang lain agar
dapat dikekalkan tradisi sesuatu kaum. Warga emas berperanan untuk memberi nasihat
berkenaan adat resam dan hubungan kekeluargaan bagi memastikan budaya dan adat resam
yang diwarisi sejak sekian lama itu disemai ke semua lapisan masyarakat. Semasa para
pengkaji mengedarkan borang soal selidik, pengkaji juga telah menerima banyak nasihat
daripada warga emas yang ditemui. Nasihat berkenaan adat resam seperti adat menerima
tetamu diberikan kepada para pengkaji apabila pengkaji melawati sesetengah rumah
responden yang disoal selidik. Seramai 26 orang responden bersetuju dengan pernyataan ini.

15

040622-07-0684

5.2.3 Warga emas sebagai ketua komuniti

Ketua Komuniti adalah pemimpin masyarakat yang perlu menjalankan aktiviti-aktiviti


kemasyarakatan dan bersedia berkhidmat kepada masyarakat dengan mendengar dan
menyelesaikan masalah penduduk. Dengan wujudnya seorang Ketua Komuniti ini dapat
mewujudkan persekitaran berkualiti, memperkasa aktiviti komuniti serta menggalakkan
penglibatan komuniti dalam perancangan pembangunan setempat. Oleh itu , pemimpin atau
ketua kampung perlu mempunyai data asas kampung mereka yang lengkap bagi memastikan
setiap program atau bantuan yang dilaksanakan kerajaan dapat disalurkan kepada golongan
sasar dengan tepat. Ketua Komuniti di Bandar Changlun kebanyakannya terdiri daripada
warga emas kerana mereka lebih mengetahui tentang kampung mereka dan mengenali lebih
ramai penduduk berbanding golongan muda. Pengkaji juga telah mengedarkan borang soal
selidik kepada beberapa orang warga emas yang merupakan ketua komuniti seperti ketua
kampung dan juga imam surau Kampung Bendang Tok Leh. Seramai 25 orang responden
yang bersetuju dengan pernyataan ini. (https://www.kpkt.gov.my)
16

040622-07-0684

5.3 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK WARGA EMAS DI BANDAR


CHANGLUN

Foto 1 : Balai Polis Changloon

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati balai polis merupakan salah satu
kemudahan yang disediakan di Bandar Changlun. Warga emas umumnya lebih lemah dan
tidak berupaya mempertahankan diri dengan baik menyebabkan mereka sering menjadi
sasaran mudah penjenayah. Dengan adanya Balai Polis Changloon ini, keselamatan warga
emas lebih terjamin dan aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar Bandar Changlun dapat
dikurangkan. Semasa melaksanakan pemerhatian, warga emas sangat berpuas hati dengan
perkhidmatan yang diberikan di Balai Polis Changloon. Responden menyatakan bahawa
pegawai-pegawai polis yang berkhidmat di Balai Polis Changloon cekap dalam
melaksanakan tugas mereka untuk menjaga keselamatan warga Changlun. Menurut
responden yang telah kami soal selidik , kami mendapati ramai warga emas sering terlibat
dengan jenayah “scammers”. Perkara ini berlaku akibat warga emas tidak pandai
menggunakan teknologi terkini dan sering tertipu dengan helah yang dibuat oleh penjenayah.
Namun dengan adanya pegawai polis Balai Polis Changlun ini mereka telah mengetahui
sedikit sebanyak modus operandi yang digunakan oleh penjenayah ini. Seramai 29 orang
bersetuju dengan pernyataan ini.

17

040622-07-0684

Foto 2 : Klinik Kesihatan Changlun

Kemudahan yang disediakan untuk warga emas di Bandar Changlun yang kedua ialah Klinik
Kesihatan. Peranan institusi kesihatan seperti Klinik Kesihatan amat penting dalam
meningkatkan mutu kesihatan dan keceriaan hidup di kalangan masyarakat terutamanya
warga emas. Dengan adanya Klinik Kesihatan Changlun ini warga emas dapat melaksanakan
aktiviti saringan yang terdapat di setiap Klinik Kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah,
pemeriksaan penglihatan dan pendengaran, saringan diabetes, pemeriksaan pergigian dan
lain-lain. Selain itu, bagi mengurangkan kesunyian yang dihadapi oleh kebanyakan warga
emas, Klinik Kesihatan juga mengadakan aktiviti yang menarik seperti senaman contohnya
brisk walking, regangan dan senamrobik warga emas. Seramai 27 orang responden bersetuju
dengan pernyataan ini. Namun terdapat 3 orang responden yang tidak bersetuju dengan
pernyataan ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang penyakit kronik dan mereka hanya
menjaga pemakanan mereka dengan memakan ulam-ulaman. Mereka juga berpendapat
bahawa jika ramai warga emas menjaga pemakanan mereka, hal ini akan membuatkan hidup
warga emas tersebut akan menjadi lebih sihat. Bagi yang bersetuju pula, mereka bersetuju
bahawa dengan adanya Klinik Kesihatan Changlun, ini dapat memudahkan mereka untuk
berulang-alik mengambil ubat-ubatan secara percuma yang disediakan oleh Kerajaan. Ini
juga dapat menjimatkan kos sara hidup mereka.

18

040622-07-0684

Foto 3 : Stesen Bas dan Teksi

Kemudahan yang disediakan untuk warga emas di Bandar Changlun yang ketiga ialah Stesen
Bas dan Teksi. Pengkaji mendapati kesihatan dan keadaan fizikal warga emas menyebabkan
kemudahan mobiliti mereka semakin terhad dan pergerakan mereka semakin menurun. Hal
ini didapati warga emas yang selama ini memandu, pada tahap umur tertentu tidak berdaya
lagi untuk memandu kenderaan persendirian, termasuk keupayaan memandu, berbasikal atau
berjalan kaki yang semakin berkurangan. Sehubungan itu, kebanyakan mereka bergantung
kepada anak-anak atau khidmat orang lain untuk ke mana-mana destinasi atau mencari
kawasan yang mempunyai kemudahan terdekat. Pengangkutan awam adalah alternatif yang
mampu memudahkan warga emas melaksanakan aktiviti seharian mereka. Semasa pengkaji
mengedarkan borang soal selidik, pengkaji mendapati kebanyakan warga emas di Bandar
Changlun masih menggunakan kenderaan sendiri namun hanya di sekitar Bandar Changlun.
Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa penglihatan mereka yang kabur membuatkan
mereka lebih memilih untuk menaiki kenderaan awam seperti teksi dan bas untuk ke satu
tempat yang jauh. Khususnya untuk melawat saudara-mara, pergi ke pasar dan sebagainya.
Terdapat juga warga emas yang bergantung kepada anak-anak mereka untuk pergi ke sesuatu
tempat. Seramai 24 orang yang bersetuju dengan pernyataan ini.

19

040622-07-0684

5.4 ISU YANG DIHADAPI OLEH WARGA EMAS DI BANDAR CHANGLUN

5.4.1 PENINGKATAN KOS SARA HIDUP

Salah satu isu yang dihadapi oleh warga emas di Bandar Changlun ialah
peningkatan kos sara hidup. Kos gaya hidup semakin meningkat akibat corak
perbelanjaan dan tahap kehidupan berubah, menjadikan rakyat terutamanya warga
emas menderita ketika ini. Ditambah lagi keadaan warga emas yang tidak mempunyai
sebarang pekerjaan menyebabkan kadar kemiskinan dalam kalangan warga emas
semakin meningkat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa bekerja pada usia ‘warga
emas’ demi kelangsungan hidup bagi menyara keluarga mereka. Semasa pengkaji
menjalankan soal selidik, terdapat seramai 29 orang yang bersetuju dengan
pernyataan ini. Terdapat beberapa responden yang mengatakan bahawa mereka
berhadapan dengan kos rawatan yang tinggi tetapi masih perlu menyara keluarga
menyebabkan mereka sentiasa dalam kesempitan wang. Ada juga yang mengatakan
bahawa duit sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan seperti Sumbangan Tunai
Rahmah (STR) tidak mencukupi untuk membantu mereka menyara kehidupan
seharian.

5.4.2 KETIADAAN RUMAH PENJAGAAN WARGA EMAS

Rumah orang tua diwujudkan untuk membantu warga emas yang tidak
mempunyai waris, hidup dalam keadaan yang sejahtera serta mempunyai penjagaan,
perlindungan dan rawatan yang sempurna. Namun, di Bandar Changlun rumah
penjagaan warga emas tidak disediakan dan ini menyebabkan warga emas yang
terabai dan memerlukan perlindungan tidak dipedulikan. Hal ini bagi mengelakkan
berlakunya kejadian seperti yang berlaku pada seorang lelaki warga emas yang
ditemukan maut di rumahnya yang berkunci di sebuah taman perumahan di Ipoh,
Perak. Pihak kerajaan perlu menubuhkan sekurang-kurangnya satu rumah penjagaan
warga emas di Bandar Changlun ini bagi memberi jagaan dan perlindungan kepada
warga emas. Seramai 22 orang responden yang bersetuju dengan pernyataan ini.
Seramai 8 orang responden yang tidak bersetuju kerana katanya mereka mempunyai
keluarga yang menjaga mereka dengan baik yang menyebabkan mereka tidak
memerlukan lagi rumah penjagaan warga emas ini.

20

040622-07-0684

5.4.3 KEBANYAKKAN WARGA EMAS MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK

Berdasarkan dapatan kajian melalui borang soal selidik yang diberikan kepada
responden warga emas, seramai 20 orang responden warga emas menghidap penyakit
kronik seperti Alzheimer, diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung. Kesakitan
merupakan perkara yang biasa di dalam kalangan warga emas. Pengkaji berpendapat
apabila umur semakin meningkat, kesakitan yang dialami juga turut meningkat.
Masalah kesakitan selalunya tidak dilaporkan kerana sesetengah warga emas percaya
bahawa kesakitan yang dialami merupakan proses penuaan yang biasa. Tambahan
pula, gejala kesakitan yang dialami oleh warga emas ini mungkin berbeza daripada
gelaja kesakitan yang biasa ditemui pada golongan orang muda. Responden
mengatakan bahawa kesakitan yang dialami boleh menyebabkan mereka kurang aktif
dan kehilangan kekuatan otot, mengakibatkan mereka sukar menjalankan aktiviti dan
meningkatkan risiko jatuh. Kesakitan yang dialami juga mungkin akan menghalang
warga emas tersebut daripada bergaul dengan orang lain atau keluar dari rumah.
Akibatnya, mereka mungkin terpinggir dan menjadi murung.

5.4.4 ISU PENGABAIAN TERHADAP WARGA EMAS

Pengkaji mendapati terdapat segelintir golongan warga emas yang terabai


hidupnya. Seramai 13 orang yang bersetuju dengan pernyataan ini. Mereka
merupakan golongan minoriti yang tidak dipedulikan hak dan keperluan hidup oleh
keluarga mereka sendiri. Warga emas yang terabai ini didapati hidup bersendirian
dalam kedaifan, mengidap penyakit kronik tanpa rawatan dan penjagaan yang
sempurna. Pengkaji berpendapat isu pengabaian ini berlaku akibat sikap
mementingkan diri oleh anak-anak warga emas tersebut. Ada di kalangan anak-anak
yang hanya mempergunakan ibu bapa yang sudah tua untuk menguruskan kerja
rumah atas alasan sukar mendapatkan pembantu rumah atau kos hidup yang semakin
meningkat. Apabila ibu atau bapa telah uzur, anak-anak yang mementingkan diri
sendiri ini akan mengambil jalan mudah dengan menghantar mereka ke pusat-pusat
jagaan, ditinggalkan di hospital atau di tempat awam. Hal ini sering terjadi dalam
masyarakat kini. Namun terdapat 17 orang yang tidak bersetuju dengan pernyataan
tersebut kerana mereka mengatakan bahawa mereka tidak berasa terabai oleh keluarga
mereka sendiri.

21

040622-07-0684

5.5 KEPERLUAN WARGA EMAS DI BANDAR CHANGLUN

5.5.1 MENDAPAT RAWATAN KESIHATAN DAN FISIOTERAPI SECARA


SETIAP BULAN

Salah satu keperluan yang dinyatakan oleh warga emas di Bandar Changlun
ialah untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan fisioterapi setiap bulan. Seramai 30
orang bersetuju dengan pernyataan ini. Fisioterapi sama seperti memberi tumpuan
kepada memulihkan atau mengekalkan pergerakan dan keseimbangan, mengurangkan
atau menguruskan kesakitan di kalangan warga emas. Kebanyakan warga emas yang
disoal selidik menghadapi pelbagai isu, termasuk arthritis, sakit belakang dan sendi,
kekakuan otot, kerosakan ligamen, keradangan, dan kekurangan mobiliti. Penyakit-
penyakit ini boleh dicegah, dirawat, atau diuruskan oleh fisioterapi sebagai
sebahagian daripada rejim kesejahteraan yang komprehensif. Walaupun fisioterapi
tidak dapat menghentikan proses penuaan, ia dapat membantu mengurangkan
kesannya terhadap warga tua dan kehidupan mereka. Hal ini bagi memudahkan warga
emas dalam menjalankan aktiviti harian mereka yang melibatkan banyak pergerakan
dan kekuatan.

5.5.2 MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN DARIPADA KERAJAAN

Peningkatan kos sara hidup amat membimbangkan rakyat terutamanya warga


emas yang tiada pendapatan. Semasa pengkaji mengedarkan borang soal selidik,
seramai 27 orang responden yang bersetuju untuk mendapatkan bantuan kewangan
daripada kerajaan bagi membolehkan mereka mendapat lebih banyak barang
keperluan asas. Oleh sebab itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk membantu
golongan warga emas ini bagi mengurangkan kos sara hidup yang dialami oleh
mereka dengan memberi bantuan seperti Bantuan Warga Emas, Sumbangan Asas
Rahmah, SKIM MySalam dan Sumbangan Tunai Rahmah. Hal ini bertujuan untuk
membantu warga emas yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk
meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat. Selain itu,
bertujuan untuk mengoptimumkan potensi diri golongan warga emas melalui penuaan
sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan
hidup dalam pembangunan negara.

22

040622-07-0684

5.5.3 MENUBUHKAN PERSATUAN KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT)


DI SETIAP KAWASAN PERUMAHAN

Semasa menjalankan soal selidik ini, pengkaji mendapati ramai warga emas
yang memerlukan Persatuan Rukun Tetangga (KRT) di setiap kawasan perumahan
mereka. Persatuan Rukun Tetangga (KRT) ini dapat memastikan keselamatan antara
satu sama lain terutamanya warga emas terjamin. Responden warga emas yang disoal
selidik mengatakan bahawa penjenayah hari ini lebih ganas dan bijak untuk
melakukan jenayah seperti pecah masuk rumah di mana alat keselamatan seperti
mangga dan penggera keselamatan tidak mampu membendungnya lagi. Justeru, ahli
rukun tetangga boleh menjalankan peranan untuk melakukan rondaan keselamatan di
kawasan rumah masing-masing untuk memastikan keselamatan penduduk sekitar
terutamanya warga emas. Selain itu, manfaat yang diperoleh ahli masyarakat daripada
rukun tetangga adalah ia berfungsi sebagai organisasi jika masyarakat memerlukan
bantuan. Contohnya apabila berlaku kejadian banjir yang melanda kawasan
perumahan sekitar. Pihak berkuasa seperti bomba dan jabatan kebajikan memerlukan
informasi seperti jumlah penduduk sebelum melakukan proses penyelamatan. Dengan
adanya rukun tetangga dan penduduk yang aktif, informasi penting seperti ini dapat
disalurkan dengan mudah dan membantu proses bantuan kepada warga emas dan
masyarakat setempat. Seramai 23 orang bersetuju dengan pernyataan ini.
23

040622-07-0684

6.0 KESIMPULAN KAJIAN

Melalui kajian yang dikaji penyelidik dapat mengenali warga emas di Bandar
Changlun dengan lebih menyeluruh. Penyelidik juga dapat mengkaji peranan warga emas di
Bandar Changlun. Melalui kajian ini penyelidik dapat menjelaskan jenis kemudahan yang
disediakan dan mengenalpasti isu yang dihadapi oleh warga di Bandar Changlun seperti isu
warga emas menghidap penyakit kronik, ketiadaan rumah penjagaan warga emas,
peningkatan kos sara hidup dan isu pengabaian terhadap warga emas. Namun demikian
penyelidik dapat mencari beberapa cadangan untuk mengatasi isu yang dihadapi oleh warga
emas. Antaranya ialah mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan, mendapatkan
rawatan kesihatan dan fisioterapi secara setiap bulan dan menubuhkan Persatuan Kawasan
Rukun Tetangga di setiap kawasan perumahan bagi menjamin keselamatan warga emas.

Pengkaji juga merasa bertuah dan bangga kerana berjaya membuat kajian ini iaitu,
kajian mengenai warga emas di sekitar Bandar Changlun. Walaupun sepanjang para pengkaji
menjalankan kajian ini pengkaji telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan,
para pengkaji tetap tabah dan bekerjasama bagi menyumbangkan tenaga dari segi mental dan
fizikal bagi menyelesaikan masalah dan kajian ini. Terutamanya semasa mengedarkan borang
soal selidik, ramai responden yang kurang bekerjasama untuk memberikan maklumat yang
diperlukan oleh pengkaji. Hal ini telah mengajar pengkaji untuk bersabar dalam melakukan
sesuatu pekerjaan terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Pengkaji
juga dapat merasakan kasih sayang yang diberikan oleh responden yang dilawati oleh para
pengkaji di rumah warga emas tersebut. Mereka menjawab soal selidik ini dengan hati
terbuka dan sedia melayan pengkaji ketika datang ke rumah mereka untuk disoal selidik.

Hal ini telah menyedarkan pengkaji untuk sentiasa meluangkan masa bersama
keluarga terutamanya ibu bapa. Ibu yang melahirkan zuriat serta menguruskan hal ehwal
rumah tangga dan bapa yang membanting tulang bekerja bagi menampung kehidupan
keluarga. Jasa dan pengorbanan mereka wajar dihargai dan kita sebagai anak-anak yang soleh
dan solehah seharusnya meluangkan masa bersama mereka. Pengkaji berharap masyarakat
sekarang sedar akan keperluan yang diperlukan oleh warga emas dan dapat memenuhi segala
keperluan mereka. Sekurang-kurangnya berilah perhatian kepada mereka agar mereka terasa
dihargai dan mengelakkan mereka berasa kesunyian.

24

7.0 RUJUKAN

7.1 Rujukan Buku

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Haji Rodzli Hashim dan Keng Su Seng. 2002. Rujukan Geografi STPM (Semester 1).
Puchong: Selangor.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 2011. Dasar Warga Emas
2011. KPWKM.

7.2 Rujukan Internet

Asal Usul Nama Changlun. (2019). Pengenalan Changlun. Dicapai pada 2019 daripada
https://umimadihah.wordpress.com/2019/04/08/asal-usul-nama-changlun/

Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian penyelidikan: Satu Kajian Kes. (2016).
Pengertian data primer dan data sekunder. Dicapai pada 2016 daripada
https://www.articjou.com/2016/03/

Keluarga: Peranan Warga Emas. (2021). Pengertian warga emas. Dicapai pada 2021 daripada
https://www.seniorforsenior.my/artikel/peranan-warga-emas
Ketaksamaan Sosial: Kelas Sosial dan Devian. (2018). Pengertian jantina. Dicapai pada 2018
daripada https://yeappooeng127.blogspot.com/

Definisi Etnik. (2012). Pengertian etnik. Dicapai pada 2012 daripada


https://www.scribd.com/doc/109032603/Definisi-etnik

Islam dan Pekerjaan; Galakan bekerja dalam Islam. (2015). Pengertian pekerjaan. Dicapai
pada 2015 daripada https://azlimata02.blogspot.com/2015/07/sem-6-islam-dan-pekerjaan-
siri-1.html

Laman Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2022).
Dicapai pada 2022 daripada https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=portal/index

Laman Portal Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2022). Dicapai pada
2022 daripada https://www.kpkt.gov.my

Laman Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita,


Keluarga dan Masyarakat. (2022). Dicapai pada 2022 daripada https://www.jkm.gov.my

7.3 Rujukan Akhbar

Mary Victoria Dass, P.2023. ‘Alhamdulillah, dah mati pun mak ayah aku’. Harian Metro, 30
Ogos:20.

7.4 Kertas Kerja

Shah Rizul Izyan Zulkiply. (2022). Warga Emas : Perbincangan usia warga emas melalui
Islam dan Barat serta proses penuaannya. Universiti Sains Islam Malaysia.

7.5 Artikel

Bernama. 2022b. Pemimpin, ketua kampung perlu ada data asas kampung. Berita Awani, 29
Ogos:10 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemimpin-ketua-kampung-perlu-ada-
data-asas-kampung-378515?
LAMPIRAN
(Foto pengkaji dengan ahli kumpulan pengkaji semasa
berada di Pasar Tani Kekal Changlun)

(Foto pengkaji dengan ahli kumpulan pengkaji semasa


berada di Pasar Tani Kekal Changlun)

(Foto pengkaji dengan ahli kumpulan pengkaji semasa


berada di sebuah kedai milik salah seorang responden yang disoal selidik)
(Foto pengkaji dan ahli kumpulan pengkaji ketika berada di sebuah rumah salah seorang
responden warga emas di sekitar Bandar Changlun)
(Foto pengkaji bersama ahli kumpulan pengkaji di pasar raya C-mart
untuk mencari responden)

You might also like