You are on page 1of 2

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti aktiviti masjid An-Nur untuk mengeratkan integrasi dan perpaduan
antara perpaduan antara penduduk kampong gelam, kota sarang semut,Alor Setar
Kedah.
2. Mengkaji keberkesanan aktiviti masjid An-Nur dalam menyatupadukan penduduk
kampong gelam,kota sarang semut, Alor Setar, Kedah.

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah kaedah-kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif dan
matlamat kajian.Dengan adanya metodologi kajian,kajian dapat dijalankan dengan lebih
bersistematik dan perjalanan kajian akan lebih mudah dalam mencapai objektif.Terdapat
beberapa strategi yang digunakan dalam menyiapkan kajian ini seperti pensampelan,cara
pengumpulan data, dan teknik menganalisis data. “
http://studentsrepo.um.edu.my/3982/5/chapter_4.pdf”

KAEDAH PERSAMPELAN

“https://www.slideshare.net/tejasyahremie/kaedah-penyelidikan-persampelan” Persampelan
ialah sumber yang diperlukan dalam kajian bagi tujuan mewakili populasi sesebuah kajian.
“Menurut Mohd. Majid Konting (1998)” sampel yang dipilih perlu mempunyai sifat yang
sama dengan populasi dalam penyelidikan.Saiz sampel yang dibenarkan ialah seramai 30
orang responden. Tujuan persampelan ialah untuk mengurangkan perbelanjaan kos,
menjimatkan masa dan tenaga pengkaji, dan untuk mendapatkan ketepatan yang maksimum
dan jangkaan yang akan berlaku dalam penyelidikan. Dalam sesuatu penyelidikan terdapat
dua kaedah persampelan yang mudah digunakan iaitu persampelan secara rawak dan
persampelan secara bertujuan.Dalam kajian ini, persampelan secara rawak mudah digunakan
untuk membuat kajian.Responden kajian ini terdiri daripada tiga puluh orang penduduk dari
kawasan Kampong Gelam, Kota Sarang Semut.Mereka terdiri daripada sepuluh orang
perempuan dan 20 orang lelaki dari penduduk di kawasan tersebut yang akan diambil sebagai
responden.

CARA PENGUMPULAN DATA

Pengkaji boleh mendapatkan maklumat kajian dengan menggunakan pelbagai cara seperti
soal selidik, temubual, pemerhatian dan perpustakaan.

DATA PRIMER

Sumber primer diperoleh secara langsung daripada pihak pertama. Kaedah soal selidik telah
digunakan untuk mengumpul data-data yang dikehendaki oleh pengkaji di masjid An-Nur,
Kampong Gelam. Kaedah pemerhatian juga dilaksanakan untuk memerhatikan aktiviti yang
dijalankan semasa di masjid An-Nur oleh penduduk Kampong Gelam.
DATA SEKUNDER

Sumber sekunder juga dapat diperoleh daripada pembacaan bahan bertulis yang dicatat di
tempat lain. Sumber sekunder merangkumi majalah,jurnal,ensikplopedia,akhbar,risalah dan
blog. Sumber sekunder iaitu sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah,dicetak, dan
disebarkan kepada umum. Sumber peta dan gambar telah diperoleh dari laman web “google”.

SOAL SELIDIK

Soal selidik merupakan kaedah yang sesuai untuk mengumpul data. Mengikut pandangan
Miles dan Huberman (1984) menyatakan bahawa data yang diperoleh daripada soal selidik
dengan respondan kajian dapat memberikan data berbentuk deskriptif yang tepat.Pengkaji
perlu menyediakan borang soal selidik yang sesuai untuk mendapatkan maklumat yang tepat
dan betul mengikut berdasarkan objektif kajian. Borang akan diedarkan secara rawak kepada
responden di kawasan kajian.

TEMUBUAL

Dalam kaedah temu bual, pengkaji telah menemubual ajk masjid. Dengan itu, pengkaji telah
menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan aktiviti masjid An-Nur untuk
mengeratkan integrasi dan perpaduan antara penduduk kampong Gelam.

PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian ialah mengkaji dengan secara langsung terhadap responden dan
penyelidikan yang dilakukan. Pengkaji akan membuat pemerhatian di masjid An-Nur
sebelum mendapat responden.

You might also like