You are on page 1of 1

Metodologi atau kaedah kajian adalah bahagian yang penting dalam penulisan

sesuatu laporan penyelidikan. Bahagian-bahagian yang penting perlu ditulis pada


bahagian ini ialah reka bentuk kajian, sampel, instrumen, bahan, prosedur dan kaedah
pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan.
1. Reka bentuk kajian.
Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut
berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep
pembentukan rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang
terlibat dalam sesuatu kajian (Kerlinger 1970). juga merujuk kepada cara
penyelidik mengendali kajian, dan prosedur atau teknik yang digunakan bagi
menjawab soalan kajian. Tujuan reka bentuk kajian adalah untuk mengawal
punca-punca bias yang boleh mengganggu dapatan kajian (McMillan &
Schumacher 1984).
2. Sampel/populasi
Persampelan ialah proses pemilihan elemen-elemen dalam populasi kajian
bagi tujuan mewakili populasi sesebuah kajian. Menurut Mohd. Majid Konting
(1998), sampel yang dipilih sekurang-kurangnya mempunyai sifat yang sama
dengan populasi dalam penyelidikan. Saiz sampel yang paling kecil
dibenarkan untuk sesuatu ukuran ialah 30 orang responden. Proses
persampelan yang baik dan sempurna dapat membantu membuat generalisasi
melalui pengujian hipotesis kajian
3. Instrumen
Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika
menjalankan sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas
bagi memperoleh data seperti mana yang dikhendaki oleh penyelidik untuk
mencapai objektif kajian. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah
soal selidik, kaedah pemerhatian dan kaedah temubual.
4. Prosedur
Prosedur kajian ialah menggunakan langkah-langkah yang sistematik dari
pembentukan permasalahan kajian kepada pengumpulan data hinggalah
menghasilkan satu laporan kajian yang berdasarkan pada analisis kajian yang
bertepatan dengan data yang diperolehi.
5. Kaedah pengumpulan data
Melibatkan proses iaitu di mana dan bagaimana data hendak di kumpul,
membuat pemerhatian terhadap sesuatu yang sedang berlangsung, merekod,
mengumpul, memilih, mengasing data dan memahami bila ia akan digunakan.
Proses ini adalah bertindih-tindih, pengkaji perlu sentiasa merujuk kepada
persoalan dan objektif kajian.

You might also like