You are on page 1of 9

1

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Metodologi kajian adalah perlu untuk memastikan penyelidikan yang dijalankan

mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian.

Oleh itu, kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau

sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan

data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Menurut Ahmad Rushdi, (2010) secara amnya, kajian ini mencantumkan dua jenis asas

penyelidikan untuk menghasilkan hasil kajian yang lebih berkualiti. Jenis asas penyelidikan

yang dimaksudkan ialah kajian kepustakaan (library research) dan kajian di lapangan

(field research). Cantuman kedua jenis penyelidikan ini amat sesuai dengan penyelidikan

zaman sekarang yang mementingkan kedua-dua unsur tersebut.

Kajian kepustakaan dalam kajian ini di jalankan di Universiti Pendidikan Sultan

Idris iaitu di Perpustakaan Tuanku Bainun. Kajian kepustakaan dijalankan untuk

menghimpun segala informasi ataupun maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan

topik yang diteliti.


2

Manakala kajian lapangan dalam kajian ini adalah bersandarkan kepada pandangan

Asmah Omar (2002) iaitu merujuk kepada tempat sesuatu fenomena yang hendak dikaji

yang menyediakan maklumat kajian untuk ditafsir berdasarkan objektif kajian. Dalam

kajian ini ia merujuk kepada kawasan kajian iaitu di Teluk Panglima Garang yang

merupakan tempat penyelidikan dilaksanakan dan juga tempat pengambilan data melalui

borang soal selidik secara keseluruhannya.

Seterusnya, data dalam kajian ini seperti yang telah diterangkan sebelum ini ia

berbentuk data kuantitatif. Data kuantitatif ialah daripada hasil ujian soal selidik. Data-data

ini dipungut melalui soal selidik yang diberikan responden di kawasan kajian.

3.2.1 Kajian Kuantitatif

Secara dasarnya kuantatif diterjemahkan daripada perkataan kuantiti (Kamus DBP) iaitu

jumlah atau bilangan. Chua (2006) menyatakan bahawa kuantitatif dikaitkan dengan data

numerika dan ketepatan, yang mana berdasarkan penyelidikan inkuiri positivis yang

menggunakan kajian eksperimental dan data numerika untuk dianalisis dengan ujian

statistik melalui SPSS. Berdasarkan daripada data kajian kuantitatif yang diperoleh, kajian

deskriptif dan kajian korelasi akan dilaksanakan.

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaslah bahawa kajian ini menggunakan kaedah

penyelidikan yang menekankan lebih kepada kaedah kuantitatif iaitu melalui borang soal

selidik.
3

3.3 Sampel Kajian

Populasi kajian terdiri daripada penduduk yang berada dalam kawasan kajian iaitu Teluk

Panglima Garang yang berada di negeri Selangor. Persampelan dalam kajian ini

menggunakan persampelan mudah (convenience sampling) kepada responden yang berada

dalam kawasan kajian. Kajian ini hanya melibatkan kawasan perumahan di sekitar Teluk

Panglima Garang. Sampel responden yang diambil ialah sebanyak 100 orang responden.

Semua responden merupakan penduduk tetap yang berada di kawasan kajian menguatkan

lagi hasil keputusan kajian.

3.3.1 Lokasi Kajian

Lokasi kajian lapangan yang dijalankan dalam kajian ini ialah di dalam kawasan Teluk

Panglima Garang. Beberapa kawasan perumahan yang berada dalam lingkungan Teluk

Panglima Garang diambil untuk dijadikan kawasan kajian.

3.3.1.1 Latar Belakang Kawasan Kajian

Kuala Langat merupakan salah satu dari sembilan daerah yang terletak di Negeri Selangor

Darul Ehsan. Kedudukannya terletak di bahagian Barat Daya Negeri Selangor. Ia terletak

lebih kurang 44 km dari Shah Alam iaitu ibu Negeri Selangor. Daerah Kuala Langat ini

bersempadan dengan Daerah Sepang dan Klang. Di sebelah utara terletak Daerah Klang, Di

sebelah Timur dan Selatan adalah Daerah Sepang dan Selat Melaka pula adalah di

Bahagian Barat Daerah Kuala Langat. Daerah Kuala Langat meliputi kawasan seluas

857.65 km persegi (bersamaan 85,775 hektar). Luas kawasan dibawah pentadbiran pihak

berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Langat ialah 62.294 km persegi dan kawasan

luar yang ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Langat adalah seluas 10 km persegi.
4

Rajah 3.3.1.1: Peta Daerah Kuala Langat

Jadual 3.3.1.1: Jadual keluasan mukim daerah Kuala Langat

Telok Panglima Garang merupakan mukim bagi daerah Kuala Langat yang berlatar

belakang perusahaan, perindustrian serta perdagangan dan pada masa kini sebuah kawasan

perindustrian bertaraf Zon Bebas telah diwujudkan. Daerah ini mempunyai seramai 44.5

peratus sahaja iaitu penduduk Bandar manakala 55.5 peratus penduduk luar bandar.

3.4 Pengumpulan Data


5

Bagi pengumpulan data, kajian ini menggunakan dua kaedah dalam pengumpulan data iaitu

data primer dan data sekunder. Data primer adalah merujuk kepada data yang dikumpulkan

sendiri oleh penyelidik melalui borang soal selidik responden. Manakala pengumpulan data

sekunder pula adalah lebih mengutamakan penyelidikan perpustakaan dan data tersebut

telah dikumpul daripada kajian-kajian berkaitan yang dilakukan sebelum ini oleh

penyelidik lain sama ada dalam bentuk artikel, artikel jurnal, tesis, buku, majalah, kertas

seminar dan sebagainya. Namun data primer dalam kajian ini ialah instrumen yang

digunakan dalam kajian ini.

3. 4. 1 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui borang soal selidik.

3. 4. 1. 1 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik digunakan untuk mengetahui penentuan petunjuk transformasi desa

bandar di pinggir wilayah metropolitan lanjutan Lembah Klang-Langat. Soal selidik ini

dibina berdasarkan hasil pemerhatian daripada kajian-kajian lepas. Kandungannya amat

sesuai serta mudah dan tidak membebankan responden untuk menjawabnya. Soal selidik

ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu latar belakang responden dan indikator. Soal selidik

ini mengandungi 90 item soalan yang bersifat terbuka dan tertutup. Responden diminta

supaya menjawab semua soalan yang dikemukakan.

Bahagian A

Bahagian ini mengenai maklumat demografi atau butiran peribadi responden. Soalan

bahagian ini mengandungi sembilan soalan berbentuk pilihan dan subjektif iaitu jantina,
6

bangsa, umur, taraf pendidikan, pekerjaan, tempoh menetap, jarak ke tempat kerja, jenis

rumah dan jumlah pendapatan keluarga bagi sebulan.

Bahagian B

Manakala di bahagian ini pula adalah mengenai indikator. Item-item dalam bahagian ini

adalah berdasarkan tentang perumahan, pengangkutan dan komunikasi, penyertaan sosial,

keselamatan, kependudukan, persekitaran fizikal atau kesihatan, sosioekonomi dan guna

tanah. Jenis skala likert yang digunakan ialah Rensis Likert (1932) dalam Chua (2010)

yang mencadangkan bahawa indeks seharusnya dibina dengan menambahkan item-item

yang berkaitan dengan sesuatu konsep. Skala likert dalam bahagian ini menggunakan skala

likert 5 skala, iaitu:-

Jadual 3. 4. 1. 1: Jadual Skala Likert

Skala Tahap
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju

3.5 Penganalisisan Data

Sebelum penyelidik menjelaskan lebih lanjut mengenai kaedah penganalisisan data, jadual

di bawah adalah kaedah yang digunakan dalam kajian ini yang berdasarkan objektif kajian

yang boleh dilihat seperti dalam jadual di bawah:


7

Jadual 3.5: Jadual Metodologi Berdasarkan Objektif Kajian

Objektif Metodologi
1. Mengkaji penentuan petunjuk  Soal selidik

transformasi desa bandar di pinggir  SPSS

wilayah metropolitan lanjutan

Lembah Klang-Langat.

2. Mengkaji korelasi diantara indikator  Ujian korelasi

perumahan dengan indikator  SPSS

persekitaran fizikal/kesihatan.

Berdasarkan jadual 3.5 di atas, prosedur penganalisisan data adalah berdasarkan objektif dan

begitu juga persoalan kajian yang telah ditetapkan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,

kajian ini menggunakan satu kaedah analisis data seperti berikut:

i) Analisis Soal Selidik Responden

Seterusnya, soal selidik pelajar pula akan dianalisis secara statistik menggunakan

Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. dengan menggunakan

prosedur statistik frekuensi dan peratusan, kerana menurut Chua, (2010) bagi

menganalisis perbezaan antara kumpulan-kumpulan responden, boleh

menggunakan ujian bukan parametrik(parameter) seperti analisis deskriptif boleh

menggunakan frekuensi dan peratusan kerana nilai skala likert adalah skala ordinal.

Berikut merupakan prosedur analisis data yang terdapat dalam SPSS:

Rajah 3.5: Prosedur analisis menggunakan SPSS


8

3.6 Penutup

Secara keseluruhannya, dalam bab ini telah dijelaskan secara terperinci kaedah metodologi

yang digunakan dalam kajian yang melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau sampel

kajian, prosedur pengambilan data, instrumen kajian, prosedur kajian, dan prosedur

penganalisisan data.

References
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan.
Omar, A. H. (2002). Setia dan Santun Bahasa.
Rushdi, A. (2010). Penguasaan Partikel AL Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Melayu.
9

You might also like