You are on page 1of 28

Bab 3

Metodologi dan kawasan kajian

3.1 pengenalan

Pak21

Metodologi metuju kepada kaedah kajian yang digunakan untuk mrmbuat latihan penulisan
ilmiah. Metodologi merupakan aspek yang perlu diberri perhatian bagi mendapatkan hasil
kajian yang baik dan boleh dipercayai. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini
adalah bagi mencapai objektif yang dietapkan. Data mengenai kajian dikumpul melalui
kaedah soal selidik. Bab ini membincangkan perkara-perkara berikut iaitu reka bentuk kajian,
populasi dan sampel kajian, instrument kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur
penganalisisan data.

Media

Metodologi adalah kaedah, teknik atau peralatan yang digunaan dalam sesuatu kajian bagi
mengutipp dan mengumpul data melalui tatacara efektif bagi menjawab permasalahan kajian.
Metodologi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu proses perancangan, proses aplikasi dan
proses analisis (Ang, 2016). Kaedah kajian bersesuaian adalah amat penting sebagai panduan
asas untuk menjalankan projek penyelidikan bagi membantu dalam mengumpul data dan
maklumat yang relevan seta dapat diianalisi dengan lebih sistematik. Perkara yang
dibincangkan dalam bab ini meliputi reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel,
instrument yang digunakan, kajian rintis, proses pengumpulan data, dan kaedah yang
digunakan untuk menganalisis data.

Ang, K. H. (2016). Pengenalan rangka kerja metodologi dalam kajian penyelidikan: satu
kajian literature. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1(2), 17-24.

Video

Dalam bab ini membincangkan kaedah atau bagaimana kajian ini dilakukan. Ini bertujuan
memberi penjelasan bagaimana kajian dijalanakan, data-data yang diperolehi dan dianalisis
bagi mendapatkan makulumat yang tepat. Bab ini akan menerangkan dengan lebih lanjut
mengenai reka bentuk kajian, responden kajian, kaedah pengumpulan kajian, instrument
kajian dan tatacara melaksanakan kajian. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian
ini ialah penyelidikan kualitatif. Penyelidikan kualitatif ialah salah satu proses inkuiri untuk
memahami masalah berdasarkan gambaran yang menyeluruh dan kompleks, melalui
pendengaran yang mendalam serta dijalankan dalam keadaan yang sebenar dan semulajai
(creswell 1994 dalam Othman lebar 2014). Sumber datayang diperolehi untuk kajian ini iaitu
dari data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi melalui temu bual manakala data
sekunder diperolehi melalui kajian perpustakaan. Menurut sidek (2002), temu bual digunakan
sebagai alat pengumpulan data untuk memperolehi maklumat tentang fakta, kepercayaan dan
aspek yang lain yang ingin diselidiki dalam kajian. Kaedah ini bersesuaian dengan untuk
mengumpul data bagi kajian yang akan dijalankan.

Othman Lebar. (2006). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.

Pengangkutan

3.1 Metodologi kajian adalah beberapa kaedah dan proses yang dilakukan dalam sesebuah
kajian atau penyelidikan. Jenis metodologi yang digunakan dapat menentukan keberkesanan
dan ketepatan maklumat serta data yang diperoleh. Oleh yang demikian, pemilihan kawasan
kajian yang sesuai, pengumpulan data primer dan sekunder serta teknik-teknik analisis yang
digunakan untuk mengupas jawapan adalah paling penting untuk mencapai objektif
penyelidikan.

3.2 Kawasan kajian

Kajian dijalankan di sebuah sekolah iaitu SMK………….. dalam daerah mualim di negeri
perak. Kedudukan koordinat bagi kawasan sekolah………..

Lokasi sekolah ini terletak berhampiran dengan pusat bandar tanjong malim. Sekolah-sekolah
terpilih ini dikelilingi oleh taman perumahan seperti taman bernam bru, taman anggerik desa,
taman ketoyong permai, taman intan setia dan banyak lagi. Kebanyakkan pelajar di sekolah
tersebut datang dari taman-taman perumahan yang berdekatan.

Peta…………

Sumber: https://www...........

3.3 reka bentu kajian


Reka bentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah untuk memperolehi maklumat
yang diperlukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah (Mohd Majid, 2000). Kajian yang
dijalankan ini adalah menggunakan deskriptif kerana bentuk permasalahan kajian adalah
berstruktur dan berkait dengan kaedah penyelidikan kuantitatif sebagai sumber utama data
kajian. Penyelidikan deskriptif mengambi sebahagian besar daripada maklm balas dalam dan
dianggap muktamad di dalam alam semula jadi kerana ianya adalah untuk lebih menentukan
pendapat, sikap dan tingkah laku yang dipegang oleh sekumpulan golongan mengenai
perkara tertentu. Seterusnya, kumpulan tersebut memberi maklum balas mengikut pilihan
yang telah ditetapkan dan memberikan data statistic yang boleh disimpulkan. Ini
memudahkan proses dalam pengukuran kepentingan keputusan bedasarkan populasi kajian
serta prubahan pendapat responden, sikap dan tingkah laku dari semasa ke semasa.

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan. Edisi ke 5 Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Kajian ini turut menggunakan pendekatan kuantitatif di mana ini adalah merupakan siasatan
empirical sistematik yang dapat dilihat melalui teknik statistic, matematik atau pengiraan.
Dalam hal ini, data tersebut akan dikumpulan dan ditukarkan kepada nombor di mana akan
diuji secara empirical bagi melihat Hubungan yang berkaitan berdasarkan pembolehubah
kajian bagi membolehkan pembinaan konklusi dari hasil yang diperoleh. Dengan kata yang
lain, kaedah kuantitatif ini adalah sesuatu pendekatan atau penyelidikan kuantitatif kerana ia
menyediakan sambungan asas antara pemerhatian emprikal dan ungkapan matematik
mengenai hubungan kuantitatif. Data kuantitatif adalah data yang berbentuk angka seperti
statistic, peratusan, dan lain-lain.

Pada asasnya, pendekatan atau kaedah yang diaplikasikan bagi setiap kajian adalah
bergantung kepada tujuan dan matlamat kajian itu sendiri. Kaedah yang digunakan bagi
kajian ini adalah kaedah kuantitatif kerana ianya lebih bersesuaian dengan tajuk yang ingin
dikaji dan pendekatan ini lebih mudah digunakan untuk mendekati bakal-bakal responden
bagi kajian ini. Pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik dalam kajian ini untuk
memudahkan responden dan menarik minat mereka untuk memberi respond an maklum balas
berkenaan kajian ini.

3.4 populasi dan sampel kajian

Populasi adalah semua kes atau subjek yang kita minat untuk mengkajinya. Sampel pula ialah
cabutan kes atau subjek daripada populasi (sidek, 2002). Umumnya, bilangan sampel adalah
mewakili populasi. Mohd najib (1999), mendefinisikan sampel adalah sesuatu sumber untuk
mendapatkan data.

Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.

Mohd Najid Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.

Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah terpilih daerah mualim
iaitu smk katholik. Sampel kajian merangkumi semua pelajar tingkatan dua yang telah
mengambil mata pelajaran geografi tingkatan satu pada tahun lepas di sekolah. Pelajar
tingkatan dua menjadi pilihan sebagai subjek kajian kerana mereka sudah pun mendapat
pendedahan mengenai pengetahuan pak-21 dalam pembelajaran geografi semasa di tingkatan
satu. Ini menunjukkan bahawa pelajar tingkatan dua lebih mempunyai pengetahuan mengenai
pak21 berbanding pelajar tingkatan satu. Di samping itu, pelajar tingkatan dua tidak terlibat
dengan sebarang peperiksaan awam sebagaimana pelajar tingkatan tiga. Ini akan lebih
memudahkan data dan maklumat dari segi pandangan mahu pun pelajar mengenai kajian ini
diperolehi.

3.5 instrumen kajian

Instrumen kajian merupakan alat bagi pengumpulan dan pengukuran data-datadan maklumat
iaitu termasuklah set soal selidik, pemerhatian dan juga melalui pembacaan. Instrument atau
alat kajian yang digunakan perlu dikenalpasti bersesuaian dan mencapai matlamat kajian.
Sehubungan itu, kajian yang dijalankan ini hanya akan menggunakan pendekatan kuantitatif
sahaja, di mana kaedah pengumpulan data yang akan digunakan berdasarkan reka bentuk
soalan yang dinamakan sebagai set soal selidik.

Soal selidik dipilih untuk menjalankan kajian ini kerana keberkesanan yang sesuai bagi
mendapatkan maklumat daripada populasi yang besar. Memandangkan fokus persoalan
kajian adalah tertumpu kepada pelajar sekolah, maka penggunaan soal selidik adalah
bersesuaian dan disyorkan. Kajian ini menggunakan kadah soal selidik kerana ianya lebih
sesuai dan praktikal, berkesan dan menjimatkan perbelanjaan. Soal selidik ini juga boleh
mengelakkan daripada “bias” berlaku jika menggunakan kaedah temu bual serta memberi
peluang kepada responden untuk berfikir. Soal selidik dibentuk berpandukan kajian-kajian
yang lepas dan ditambah sendiri oleh penyelidik untuk memantapkan hasil kajian. Soalan-
soalan di dalam borang soal selidik yang dirangka adalah berdasarkan persoalan-persooalan
yang timbul di dalam kajian. Borang soal selidik dirangka dengan ringkas dan mudah bagi
memudahkan pelajar untuk memahami dan menjawab soal selidik tersebut dengan lancer.
Pelajar perlu menjawab dengan jujur berdasarkan pengetahuan dan pemahaman terhadap
soalan tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

Kandungan soal selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu dikelaskan melalui
bahagian A, bahagian B, bahagian C, dan bahagian D. bahagian a mengandungi demografi
pelajar atau responden, manakala bahagian b pula menyentuh mengenai elemen dalam pak21.
Bahagian c pula mengandungi soalan mengenai implikasi pak21 terhadap motivasi, sikap dan
pencapaian pelajar dalam PdPc mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 dan bahagian d
mengandungi persoalan cadangan dalam penambahbaikan amalan PdPc melalui pak21 dalam
mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 (jadual 3.1)

Jadual 3.1

Pembahagian Soal Selidik

Bahagian Soalan Item


Bahagian A Demografi Responden 6
Bahagain B Elemen Pak21 25
Bahagian C Implikasi Pak21 Terhadap
Motivasi, Sikap an
Pencapaian Pelajar 25
Bahagain D Cadangan 4

Sumber: Kajian Lapangan, 2020

Bahagain B pula diukur berdasarkan darjah kekerapan pada 4 mata berbentuk Likert.
Manakala bahagain c dan d diukur berdasarkan darjah kekerapan pada 5 mata berbentuk
Likert. Jawapan kepada soal selidik bahagian B menggunakan skala Likert yang
mengandungi 4 peringkat pilihan jawapan seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 3.2.

Jadual 3.2

Pemberat Skala Likert Bahagian B


Pemberat Skor
Tidak Pernah 1
Jarang-Jarang 2
Kerap 3
Sangat Kerap 4
Sumber: kajian lapangan, 2020

Seterusnya, jawapan kepada soal selidik bahagian c dan d pula menggunakan skala likert
yang mengandungi 5 peringkat pilihan jawapan seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 3.3.

Pemberat Skor
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Kurang setuju 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

Sumber: kajian lapangan, 2020

3.6 Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dilaksanakan, satu kajian rintis akan dijalankan oleh penyelidik.
Kajian rintis dijalankan terhadap 30 orang responden secara rambang. Kajian ini memilih
pelajar di SMK Palong Dua di Negeri Sembilan untuk menjadi sampel kajian secara borang
atas talian.

Kajian rintis, projek perintis atau perintis eksperimen adalah satu kajian awal kecil yang
dijalankan untuk menilai kemungkinan, masa, kos, kejadian buruk, dan saiz kesan (kebolehan
statistik) dalam usaha untuk meramalkan saiz sampel yang sesuai dan memperbaiki kajian
reka bentuk sebelum pelaksanaan projek penyelidikan secara besar-besaran. Kajian rintis ini
dijalankan adalah untuk memastikan kajian yang akan dijalankan pada masa akan datang
yang lebih meluas adalah sesuai dan tepat dengan permasalahan masyarakat kini.

Hal ini juga bertujuan untuk mengkaji pekali kebolehpercayaan setiap item dalam soal
selidik. Instrument yang dibina adalah menguji keobjektifan, kesahan dan kebolehpercayaan
alat. Melalui ujian rintis ini, kebolehpercayaan soal selidik dapat ditentukan di mana
kebolehpercayaan akan memberi darjah ketekalan dan ketepatan instrument pengukuran.
Instrument yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang
tekal atau hamper sama setiap kali ia digunakan dalam sesuatu situasi. Kebolehpercayaan
item diuji dengan menggunakan analisis kepercayaan Cronbach’s Aplha. Selepas 50 item
soalan diuji, didapati pekali alpha adalah .944 seperti dalam jadual 3.4 berkenaan.

Jadual 3.4

Analisis Kebolehpercayaan

Cronbach’s Aplha Nilai Kebolehpercayaan Bil. Soalan Yang Diuji


.944 .944 50

Sumber: kajian lapangan, 2020

Analisis daripada keputusan menunjukkan bahawa instrument soal selidikk ini mempunyai
kebolehpercayaan bahawa instrument soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan pada
tahap yang baik dan boleh digunakan untuk menjalankan soal selidik. Ini kerana menurut
Ahmad Mahdzan (2007), bahawa jika pekali kebolehpercayaan mencatatkan nilai di antara
0.65 hingga 0.95, maka ia dianggap telah memuaskan untuk tujuan kajian ini. Selepas
penambahbaikan borang soal selidik, kerja lapangan dijalankan selama seminggu bermula
dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang pada hari persekolahan

Ahmad Mahzan Ayob. (2007). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial (Edisi Ke-2). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.7 prosedur pengumpulan data

Umumnya, terdapat dua kaedah pengumpulan data dan maklumat iaitu dari sumber primer
dan sekunder dalam sebuah kajian.

3.7.1 kaedah pengumpulan data primer

Data primer adalah merujuk kepada data yang diperoleh seperti daripada tinjauan atau
pemerhatian, soal selidik, dan juga melalui temu bual. Soal selidik merupakan nadi kaji
selidik dengan erti kata ia dianggap sebagai pengganti diri penyelidik. Ia dikatakan
sedemikian kerana soal selidik ini merupakan satu set soalan yang berisi soalan serta ruangan
untuk jawapan yang teratur dan diedarkan kepada responden demi untuk mendapat atau
mengetahui sesuatu maklumat mengenai objektif penyelidikan melalui responden (Rohana,
2004). Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk dijawab
oleh responden. Soal selidik merupakan satu alat yang penting bagi seorang pengkaji dalam
menjalankan kajian kerana kualiti soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan secara
keseluruhannya. Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal selidik itu kabur, maka
jawapan yang diperolehi tidak akan memberi pengertian yang nyata dan ini akan merosakkan
hasil atau dapatan sesebuah kajian.

Rohana Yusof. (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Pahang: PTS Publications & Distributor
Sdn. Bhd.

Dalam kajian yang dijalankan, kaedah pengumpulan data primer dilakukan dengan
menggunakan soal selidik. Soal selidik dilakukan bagi mendapatkan persepsi responden
terhadap aplikasi pak21 terhadap motivasi, sikap dan pencapaian pelajar dalam PdPc mata
pelajaran Geografi Tiingkatan Satu.

3.7.1.1 soal selidik

Melalui kaedah soal selidik, proses untuk mendapatkan data hanya diambil pada waktu
persekolahan kerana melibatkan pelajar sekolah. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK
katolik. Proses pengedaran soal selidik dibuat pada tarikh 3 Mei 2019 jam 7.30 pagi di dalam
waktu perhimpunan. Pengambilan data ini dibuat untuk kenalpasti implikasi pak21 terhadap
motivasi, sikap dan pencapaian pelajar dalam PdPc mata pelajar Geografi Tingkatan Satu.

3.7.2 kaedah pengumpulan data sekunder

Selaian daripada menggunakan data primer, kajian ini juga turut menggunakan data dan
maklumat daripada data sekunder bagi melengkapkan kajian ini. Data sekunder ialah data
yang sedia terkumpul. Data yang telah tersedia terkumpul digunakan dalam proses
mendapatkan maklumat ke arah mencapai objektif kajian. Melalui penggunaan data sekunder
ini dapat membantu mengukuhkan data kajian serta menjadi sumber bukti bagi kajian.

Umumnya, data sekunder boleh diperolehi di perpustakaan dan juga melalui pembacaan
dalam internet. Antara maklumat dan data yang diperoleh melalui atas talian adalah bagi peta
sekolah. Selain itu, kajian ini juga melibatkan pencarian bahan-bahan sekunder seperti buku-
buku, jurnal, latihan ilmiah atau laporan tesis, artikel dan kertas kerja penyelidik lain. Bagi
menjalankan kajian ini, kaedah pengumpulan data-data yang telah diterbitkan oleh beberapa
penyelidik lain sebelum ini berkenaan topik yang dikaji diperlukan.

Bagi mendapatakan bahan dan maklumat berkenaan topik kajian ini, rujukan telah dilakukan
di Perpustakaan Tuanku Bainun dan di bilik sumber jabatan Geografi. Selain itu juga,
sepanjang kajian ini dijalankan, data sekunder banyak diperolehi daripada pihak sekolah iaitu
dalam mendapatkan data berkenaan jumlah pelajar yang bersekolah di sekolah terpilih
tersebut yang diambil melalui laman sesawang sekolah berkenaan.

3.8 kaedah menganalisis data

Dalam menjalankan kajian ini, analisis kuantitatif akan digunakan sebagai kaedah utama
untuk menganalisa dapatan kajian. Terdapat pelbagai jug acara yang boleh digunakan untuk
menganalisa data-data berbentuk kuantitatif ini. Setelah dapatan kajian diperoleh daripada
soal selidik, maka maklumat atau data akan mula dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) versi 23. Sebelum data tersebut dianalisis
menggunakan perisian, semua data yang telah dijawab akan disemak dengan baik. Maklumat
pelajar yang terdapat dalam kaji selidik dianalisis menggunakan SPSS kerana melibatkan
data bilangan peratusan.

Pada mulanya, data dikumpulkan melalui set soal selidik yang telah diedar secara manual.
Kemudian, hasil daripada pengumpulan soal selidik tersebut direkodkan menggunakan
perisian SPSS untuk mengenalpasti pengiraan yang lain. Setelah hasil yang direkodkan
berjaya didapatkan, analisis dilakukan dengan lebih teliti di peringkat akhir bagi memastikan
matlamat dan tujuan kajian tercapai termasuklah permasalahan kajian. Selain itu, analisis
kajian akan menggunakan kaedah analisis deskriptif mudah . analisis deskriptif dilakukan
adalah untuk mengetahui kekerapan dan juga taburan data.

3.8.1 analisis deskriptif

Statistik deskriptif menyediakan ringkasan mudah tentang sampel dan tentang pemerhatian
yang akan dibuat. Data mengenai tahap motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap mata
pelajaran Geografi Tingkatan Satu setelah diterapkan kemahiran pak21 dan aspek amalan
aplikasi pak21 dalam PdPc mata pelajaran Geografi Tingkatan Satu terhadap pelajar
diperolehi daripada soal selidik. Data deskriptif bagi kajian ini melibatkan kekerapan,
peratus, dan nilai min bagi mendapatkan taburan responden.

3.8.1.1 Analisis Tahap Motivasi, Sikap Dan Pencapaian Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Geografi Tingkatan Satu Setelah Diterapkan Kemahiran Pak21

Bagi analisis ini, tiga peringkat telah ditetapkan iaitu tinggi, sederhana dan rendah
berdasarkan skala likert 5 mata. Julat untuk setiap peringkat ditentukan dengan menggunakan
formula 5-1/3 – 1.33.

Di mana 5 = Skala Likert Tertinggi

1 = Skala Likert Terendah

3 = Jumlah Peringkat

Jadual 3.5

Interprestasi tahap motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap mata pelajar Geografi
tingkatan setelah diterapkan kemahiran pak21

Skala Tahap Motivasi, Sikap Dan Pencapaian


1.00-2.33 Tahap Rendah
2.34-3.66 Tahap Sederhana
3.67-5.00 Tahap Tinggi
Sumber: kajian lapangan, 2020

3.9 kesimpulan

Pak21

Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan metodologi yang digunakan untuk
melaksanakan kajian yang meliputi reka bentuk kajian, pemilihan responden dan tempat
kajian, kebolehpercayaan maklumat, tatacara pengumpulan data yang diambil dan juga
tatacara menganalisa data kajian serta perisian yang digunakan. Ini dilakukan bagi membantu
pengkaji untuk memudahkan proses penganalisisan data kajian dengan mudah, cepat dan
sistematik. Mtodolog kajian yang digunakan adalah konsisten supaya tidak menyeleweng dari
landasan dan batasan kajian. Kaedah yang tepat dan betul adalah penting bagi menghasilkan
sebuah kajian yang berkualiti.

Media

Metodologi yang digunakan telah dihuraikan secara terperinci dalam bab tiga ini, iaitu
bagaimana berlakunya proses pengumpulan data primer sehinggalah proses bagaimana data
tersebut akan dianalisis. Penerangan berkaitan dengan pemilihan kawasan kajian juga
merupakan sebahagian daripadabab tiga. Segala maklumat yang diberikan adalah bertujuan
untuk memastikan gerak kerja dalam penyelidikan dapat dilakukan dengan mudah mengikut
langkah yang sepatutnya. Amalan membudayakan perancangan, pelaksanaan dan penilaian
kerja secara berstruktur juga penting dan teratur untuk menjamin kesahan kajian yang
dilakukan.

Media

3.2 reka bentuk kajian

Reka bentuk penyelidikan dapat dikatakan sebagai struktur penyelidikan yang meruapakan
“Glue” yang memegang semua elemen dalam satu projek penyelidikan secara bersama-sama
(Akhbar, 2016). Reka bentuk kajian merupakan elemen yang sangat penting dalam sesuatu
penyelidikan. Ringkasanya data yang baik, diperoleh daripada kajian yang dirancang dengan
rapi berdasarkan reka bentuk yang bersesuaian, iaitu pendekatan yang digunakan dalam
proses mendapatkan data penyelidikann (Rashidi, Begum, Mokhtar, & Pereir, 2014). Reka
bentuk dalam metodologi ini dibahagikan kepada emapat peringkat yang melibatkan
peringkat awal, peringkat pengumpulan data, peringkat analisis serta peringkat perbincangan
dan rumusan (rajah 3.1).

Akhbar, I. (2016). Research in social science: interdiscliplinary perspectives. Jamia Millia


Islamia. New Delhi: Jamia Millia Islamia.

Rashidi, M, N., Begun, R, A., Mokhtar, M., & Pereir, J. J. (2014). Pelaksanaan analisis
kandungan sebagai metodologi kajian bagi mengenalpasti kriteria pembinaan lestari. Journal
of Advanced Research Design, 1(1), 18-27.

Kaedah pengutipan dan pengumpulan data dalam kajian ini adalah berdasarkan penyelidikan
kuantitatif. Penyelidikan kuantitatif adalah berdasarkan kepada andaian asas tertentu tentang
reality dan manusia yang disyaki (Ahmad Yani, 2016) dan bertujuan untuk menguji andaian
yang telah dirangka terlebih dahulu dalam bentuk hipotesis (Flick, 2015), serta berfungsi
dengan objektif yang diukur melalui tindakan dan pendapat untuk membantu penyelidik
mentafsir dan menganalisis data tersebut (rahi, 2017). Da;am penyelidikan ini, kajian tinjauan
digunakan untuk mendapatkan data primer. Strategi menggunakan kajian tinjauan merupakan
pengumpulan data secara terus, iaitu penyelidik memilih sampel responden dan memberikan
soal selidik kepada mereka (babbie, 2016).

Ahmad Yani, I. (2016). An insight into quantitative research method from the Islamic
worldview. E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 3(1), 1-22.

Flick, U. (2015). Introducing research methodology: a beginner’s guide to doing a research


project. (K. Metzler, Ed.). London: SAGE.

Babbie, E. (2016). The practice of social research (Fourteenth). USA: Cengage Learning.
3.3 lokasi kajian

Kajian ini dijalankan di seluruh Malaysia (rajah 3.2). negara Malaysia terletak di ………

3.4 populasi dan sampel

Populasi adalah kumpulan orang yang mana penyelidik berminat untuk melakukan kajian
terhadapnya (Adams & Lawrence, 2015), juga merupakan satu proses dalam pemilihan
sampel daripada unit daripada set data untuk mengukur ciri, kepercayaan dan sikap seseorang
(Rahi, 2017), pada masa yang sama Hasilnya akan digunakan oleh penyelidik (Martens,
2010). Populasi bagi kajian ini adalah pelajar-pelajar tingkatan 6 di sekolah-sekolah
menengah di seluruh Malaysia. Seterusnya, daripada populasi tersebut sampel akan dapat
dipiliholeh penyelidik bagi mendapatkan data kajian (Lomax, 2010).

Adams, K. A., & Lawrence, E. K. (2015). Research methods, statistics, and applications.
London: SAGE.

Rahi, S. (2017). Research design and methods: a systematic review of research paradigms,
sampling issues and instruments development. International Journal of Economics &
Management Sciences, 6(2), 2-5.

Martens, D. M. (2010). Research and evaluation in education and psychology: integrating


diversity with quantitative, qualitative, and mixed methods. London: SAGE.

Lomax, R. G. (2010). Structural equation modelling. In G. R. Hancock & r. o. Mueller (Eds.),


the reviewer’s guide to quantitative methods in the social science. New York: Routledge.

Persampelan rawak dikatakan sebagai salah satu strategi persampelan yang terbaik dan
mudah digunakan dalam suatu kajian (McCarroll, 2017; Rogerson, 2015). Persampelan
rawak mudah adalah proses pengambilan atau penggunaan sampel di mana setiap induvidu
dalam populasi tersebut mempunyai kebarangkalian atau peluang yang sama untuk dipilih
sebagai sampel. Persampelan rawak mudah sesuai dilakukan sekiranya populasi yang dikaji
mempunyai ciri-ciri yang seraggam (Adams & Lawrence, 2015; Babbie, 2016; Harris &
Jarvis, 2011; Rogerson, 2015). Populasi bagi kajian tinjauan dianggarkan seramai 350 hingga
500 orang dikatakan sudah mencukupi (krejcie & morgan, 1970). Bagi kajian ini, kumpulan
pelajar tingkatan 6 yang mengambil mata pelajaran geografi di beberapa buah negeri di
seluruh Malaysia dalam jadual 3.1.

McCarroll, D. (2017). Simple statistical test for Geography. Boca Rato: CRC Press.
Adams, K. A., & Lawrence, E. K. (2015). Research methods, statistics, and applications.
London: SAGE.

Babbie, E. (2016). The practice of social research (Fourteenth). USA: Cengage Learning.

Harris, R., & Jarvis, C. (2011). Statistics for Geography and environmental science. England:
Pearson.

Jadual 3.1

Sampel bagi setiap negeri terpilih dalam kajian

………….

3.5 instrumen

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan bbm multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran Geografi dalam kalangan tingkatan 6. Untuk mencapai objektif dalam jajian
ini, satu set soal selidik telah disediakan (Lampiran A) untuk mendapatkan maklumat
daripada data primer, yang mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A (latar belakang
responden), bahagian B (penggunaan elemen bbm multimedia), bahagian C ( penerimaan
pelajar terhadap reka bentuk bbm multimedia yang digunakan), dan bahagian D
(keberkesanan penggunaan bbm multimedia). Item soal selidik bagi kajian ini dibentuk
sendiri melalui pembacaan tinjau literature, diubah suai daripada hasil penyelidikan yang
lepas dan perbincangan serta nasihat daripada penyelia.

Data bagi kajian ini diperoleh dengan menggunakan dua jenis iaitu data primer dan data
sekunder. Data primer adalah merujuk kepada pengumpulan data di kawasan lapangan dan
menganalisis data mentah (raw data) untuk menghasilkan keputusan, manakala data sekunder
merujuk kepada pengutipan data dari jabatan dan institusi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan
bukan kerajaan (NGO), atau melalui kaedah lain yang telah menyediakan maklumat penuh
tentang kajain penyelidikan yang lepas (Ang, 2016).

Ang, K. H. (2016). Pengenalan rangka kerja metodologi dalam kajian penyelidikan: satu
kajian literature. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1(2), 17-24.
Data primer diperoleh daripada soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 6
yang mengambil mata pelajaran Geografi di beberapa sekolah di seluruh Malaysia. Tujuan
soal selidik ini digunakan adalah untuk mengetahui elemen bbm multimedia yang
digunakann, penerimaan pelajar terhadap reka bentuk bbm multimedia yang digunakan dan
juga keberkesaanan penggunaan bbm multimedia. Manakala, data sekunder diperoleh
daripada data sokongan dan aklumat yang telah tersedia untuk digunakan sebagai panduan
bagi mengukuhkan kajian yang dilakukan. Sebagai contoh, data sekunder diperoleh daripada
bahan-bahan rujukan seperti tesis (master dan Ph.D), portal rasmi, buku-buku berkaitan,
laporan, artikel dan jurnal yang berkaitan dengan kajian.

3.5.1 Item Soal Selidik

Soal selidik adalah satu kaedah untuk mengumpul maklumat mengenai orang atau institusi.
Metodologi berdasarkan soal selidik telah dipilih kerana dua sebab iaitu sangat mudah untuk
dilaksanakan dan sangat umu, kerana dengan mudah boleh digunakan untuk hampir semua
jenis kajain dalam pelbagai bidang (Vaziri & Mohsenzadeh, 2012). Soal selidik membantu
para penyelidik mendapatkan maklumat dengan cara cepat, mudah dan cekap daripada
sampel yang lebih besar, di samping dapat membantu dalam menghasilkan data mengenai
tingkah, sikap, kepercayaan, pendapat dan pengetahuan responden (Etikan & Bala, 2017,
McLafferty, 2010; Visser, Krosnick, Lavrakas & Kim, 2014).

Vaziri, R., & Mohsenzadeh, M. (2012). A questionnaire-based data quality methodology.


International Journal of Database Management Systems (IJDMS), 4(2), 55-69.

Visser, P. S., Krosnick, J. A.., Lavrakas, P. J., & Kim, N. (2014). Survey research. In H. T.
Reis & H. M. Judd (Eds.), Handbook of Research Methods in Social Personality Psychology
(2n Ed). United Kingdom: Cambridge University Press.

Etikan, I., & Bala, K. (2017). Developing questionnaire base on selection and designing.
Biometrics & Biostatistic International Journal, 5(6), 1-3.

McLafferty, S. L. (2010). Conducting questionnaire surveys. In N. Clifford, S. French, & G.


Valentine (Eds.), Key methods in geography. Chennai, India: SAGE.

Bagaimanapun soal selidik hanya boleh menghasilkan keputusan yang sah dan bermakna jika
soalan tersebut adalah jelas dan tepat dan jika ditanya secara konsisten merentas semua
responden (McLafferty, 2010). Soalan terbuka (open-ended question) dipercayai mempunyai
kebolehpercayaan dan kesahihan lebih tinggi daripada soalan yang tertutup dan sangat
bermanfaat kepada penyelidik kerana respon diberikan secara spontan kepada soalan-soalan
sebagai bentuk tindak balas (Mohajan, 2017; Visser et al., 2014). Oleh itu, soal selidik ini
dihasilkan untuk mengumpulkan data maklumat berkaitan dengan penggunaan bbm
multimedia daripada pelajar-pelajar tingkatan 6 dalam pengajaran dan pembelajaran
Geografi.

McLafferty, S. L. (2010). Conducting questionnaire surveys. In N. Clifford, S. French, & G.


Valentine (Eds.), Key methods in geography. Chennai, India: SAGE.

Visser, P. S., Krosnick, J. A.., Lavrakas, P. J., & Kim, N. (2014). Survey research. In H. T.
Reis & H. M. Judd (Eds.), Handbook of Research Methods in Social Personality Psychology
(2n Ed). United Kingdom: Cambridge University Press.

Mohajan, H. (2017). Research methodology. Chittagong, Bangladesh: Munich Personal


RePeC Archieve (MPRA).

Soal selidik bagi kajian ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian a (latar belakang
responden), bahagianb (penggunaan elemen bbm multimedia), bahagian c (penerimaan
pelajar terhadap reka bentuk bbm multimedia). Keseluruhan item dalam soal selidik ini
bersifat positif. Pembentukan item-item ini adalah dengan merujuk dan mengubahsuai semula
melalui kajian-kajian lepas.

Bahagian a adalah maklumat latar belakang responden. Bahagian ini melibatkan nama negeri,
jantina, agama, bangsa, dan lokasi tempat tinggal. Bahagian b pula adalah untuk
mengenalpasti elemen bbm multimedia yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Geografi Tingkatan 6. Bahagian ini mempunyai 13 item (item no 1 hingga no
13) yang memberikan pilihan berkaitan jenis bbm multimedia yang biasa digunakan. Item
bahagian b dalam jadual 3.2, diukur dalam bentuk skala likert 5 poin iaitu 1 (tidak pernah), 2
(hampir tidak pernah), 3 (kadang-kadang), 4 (hampir setiap masa), dan 5 (setiap masa).

Jadual 3.2

Item bahagian b yang dirujuk dan diubahsuai

Bil. Pemboleh ubah Sumber


Ite
m
1 Penggunaan muzik dalam pembelajaran Geografi
2 Penggunaan suara/muzik latar dalam PdPc Geografi
3 Penggunaan video dalam pembelajaran pelajar
4 Tayangan video dalam pdpc geografi
5 Penggunaan teks yang ringkas dan mudah
6 Penggunaan warna dan saiz fon penegasan isi-isi Kesemua item 1 hingga 13,
7 penting dipetik dan diubahsuai
8 Penggunaan grafik (lakaran ilustrasi dan lukisan) daripada Sukhendu, (2018)
9 Penggunaan peta dalam pdpc geografi
10 Penggunaan animasi dalam pembelajaran geografi
11 Penggunaan animasi dalam pdpc geografi
12 Penggunaan gambar memudahkan pembelajaran
13 geografi
Penggunaan gambar digital 2D atau 3D
Pengunaan graf atau carta dalam pdpc geografi

Bahagian c, untuk mengukur penerimaan pelajar terhadap reka bentuk bbm multimedia yang
digunakan. Bahagian ini terdiri daripada 15 item (item no 1 hingga no 15). Kesemua item
bahagian c dalam jadual 3.3, adalah bersifat positif dan diukur menggunakan skala likert poin
iaitu 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (kurang setuju), 4 (setuju), dan 5 (sangat
setuju).

Jadual 3.3

Item bahagian c yang dirujuk dan diubahsuai

Bil. Pemboleh ubah Sumber


Ite
m
1 Kandungan topik geografi distruktur dengan baik dan
3 teratur
6 Susun atur skrin menarik Item 1,3,6,8,10,11,12
8 Teks paparan mudah dibaca dan 14 dipetik dan
10 Jenis huruf (fon) sesuai diubahsuai dari Ghazali,
11 Grafik menarik (2013)
12 Audioa/suara jelas
14 Video jelas dan sesuai Item 2, 5, 9 dan 13
2 Animasii menarik dipetik dan diubahsuai
5 Maklumat jelas dan mudah difahami dari siti rosminah,
9 Skema warna menyokong penyampaian kandungan (2016)
13 Ikon mudah difahami
4 Imej jelas Dipetik dan diubahsuai
7 Warna menyenangkan dari thamrana, (2017)
15 Bahasa mudah difahami Dipetik dan diubahsuai
Saiz font dan warna teks bersesuaian dari mastura, (2014)
Dipetik dan diubahsuai
dari md. Syahrizad,
(2016)

Bahagian d, untuk mengukur keberkesanan penggunaan bbm multimedia terhadap pengajaran


dan pembelajaran geografi tingkatan 6. Bahagian ini dipecahkan kepada dua aspek
keberkesanan iaitu terhadap akademik sebanyak 30 item meliputi 10 item pemahaman (item
no 1 hingga no 10), item 10 item pengetahuan (item no 11 hingga no 20), dan 10 item
kemahiran (item no 21 hingga no 26), manakala terhadap sikap pelajar sebanyak 20 item
keseluruhan meliputi 10 item motivasi (item no 1 hingga no 10) dan 10 item minat (item no
11 hingga no 20). Kesemua item bahagian d dalam jadual 3.4, diukur menggunakan skala
likert 5 poin iaitu 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (kurang setuju), 4 (setuju), dan 5
(sangat setuju).
Jadual 3.4

Item bahagian d yang dirujuk dan diubahsuai

Bil. Pemboleh ubah Sumber


Ite
m
Bahagian D: Keberkesanan Bbm Multimedia Aspek
Pemahaman
Mudah memahami isi pelajaran Item
1 Mudah memahami isi kandungan dengan contoh yang 1,3,6,8,10,11,12 dan
3 banyak 14 dipetik dan
6 Mudah mengingati topik yang diajarkan diubahsuai dari
8 Mudah memahami konsep dengan berkesan Ghazali, (2013)
10 Mudah memahami kemahiran dalam geografi
11 Dapat memahami objektif dan matmalat pembelajaran Item 2, 5, 9 dan 13
12 Mudah memahamii isi kandungan pelajaran melalui visual dipetik dan
14 Dapat memahami isi-isi penting melalui warna dan saiz fon diubahsuai dari siti
2 yang berbeza rosminah, (2016)
5 Mudah memahami topik melalui apa yang apa yang didengar
9 Mudah memahami topik melalui apa yang yang dilihat Dipetik dan
13 diubahsuai dari
4 Aspek Pengetahuan thamrana, (2017)
7 Dapat menghubutkaitkan geografi dengan kehidupan Dipetik dan
15 seharian diubahsuai dari
Berjaya menyelesaikan masalah pembelajaran mastura, (2014)
Dapat meningkatkan pengetahuan yang lebih luas Dipetik dan
Dapat menyimpan maklumat dengan lebih lama dalam diubahsuai dari md.
ingatan Syahrizad, (2016)
Dapat mengurangkan kebergantungan buku teks
Dapat meningkatkan pencapaian dalam geografi
Menjadi lebih fokus terhadap proses pembelajaran
Mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan
Dapat menjelaska semula isi pelajaran dengan baik
Berupaya mengingat lokasi dan kawasan dengan lebih baik

Aspek Kemahiran
Dapat menggunakan pelabagai teknik multimedia
Dapat meningkatkan kemahiran teknologi
Dapat meningkatkan kemahiran komunikasi
Dapat menguasai kemahiran membaca peta
Berupaya menganalisis kawasan dengan lebih baik
Berupaya menggambarkan lokasi dan kawasan
Berupaya melukis peta dengan lebih baik
Tidak memerlukan masa yang lama untuk belajar kemahiran
geografi
Dapat menyampaikan idea kreatif
Tidak mempunyai kesukaran dalam memahami aspek-aspek
teknikal

Aspek Motivasi
Boleh menjadi produktif
Mengubah cara pembelajaran
Meningkatkan motivasi belajar
Boleh belajar pada bila-bila masa
Meningkatkan gred keputusan dalam subjek geografi
Keyakinan diri yang tinggi
Tidak merasa ragu menggunakan bbm multimedia
Dapat belajar dengan lebih baik
Boleh mengakses di mana sahaja
Yakin dengan menggunakan audio

Aspek Minat
Selesa menggunakan bbm multimedia
Seronok belajar geografi menggunakan visual
Suka belajar dengan apa yang dilihat
Boleh mempelajari banyak perkara baru menggunakan bbm
multimedia
Dapat menikmati pembelajaran
Suka belajar menggunakan paparan video
Gembira belajar menggunakan animasi
Tidak berasa bosan sepanjang pdpc geografi
Seronok belajar menggunakan bbm multimedia
Gembira untuk datang ke sekolah sekiranya pdpc
menggunakan bbm multimedia

3.5.2 Kebolehpercayaan Dan Kesahan Soal Selidik

Soal selidik yang dibina mestilah boleh mengukur dengan tepat perkara yang hendak diukur.
Ketepatan data daripada soal selidik bergantung pada dua komponen iaitu kesahan (validity)
dan kebolehpercayaan (realibity). Salah satu cara untuk memastikan kesilapan pengukuran
tetap minimum adalah dengan mengukur kesahan dan kebolehpercayaan sesebuah instrumen
tersebut. Kesahan merujuk kepada sama ada instrument yang dibuat mengukur apa yang
direka dan ditetapkan untuk diukur. Manakala, kebolehpercayaan adalah sama ada sebuah
instrument boleh ditafsirkan secara konsisten merentasi keadaan yang berbeza (Adams &
Lawrence, 2015).

Adams, K. A., & Lawrence, E. K. (2015). Research methods, statistics, and applications.
London: SAGE.

Kebolehpercayaan instrumen ini dikenal pasti melalui kajian rintis yang dijalankan. Nilai
Alpha Cronbach yang terdapat dalam SPSS (Statistical Package For Sosial Science) adalah
sesuai untuk menguji kebolehpercayaan soal selidik dalam bidang sains sosial termasuk
menggunakan skala likert. Pakar dalam bidang tertentu seperti pensyarah atau penyelia yang
berkaitan akan dirujuk untuk mendapatkan pengesahan tentang kesahan muka dan kesahan
kandungan bagi soal selidik kajian ini.

3.6 kajian rintis

Kajian rintis diadakan untuk memastikan kesahan isi, kebolehpercayaan item soal selidik,
memastikan setiap item yang digunakan adalah bersesuaian dan mempunyai maksud yang
jelas. Kesahan instrument mestilah dipercayai, dan cara paling mudah untuk mengakses
kebolehpercayaan instrumen adalah dengan menguji kumpulan yang sama (Field, 2016). Soal
selidik dianalisis secara statistic menggunakan program SPSS untuk mengetahui nilai
Cronbach’s Alpha iaitu ujian yang digunakan untuk menilai skala konsistensi dalaman
(internal consistency) dengan mengira intercorrelation di antara tindak balas kepada skala
item, nilai 7.0 atau lebih tinggi ditafsirkan sebagai konsisten dalaman yang boleh Diterima
(Adam & Lawrence, 2015).

Field, A. (2016). Quantitative methods. In D, Jackson, A. McDowall, K. Davey, & R.


Whiting (Eds.), Principles of applied research methods (pp. 260-277). London: SAGE.

Adams, K. A., & Lawrence, E. K. (2015). Research methods, statistics, and applications.
London: SAGE.

Kajian rintis dijalankan terlebih dahulu sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian rintis ini
dijalankan di smk proton city, tanjong malim, perak iaitu di sekolah yang berlaianan dengan
kajian yang sebenar dan persampelan yang digunakan juga adalah berbeza. Seramai 30 orang
pelajar tingkatan 6 yang mengambil mata pelajaran geografi di sekolah tersebut dipilih untuk
dijadikand sampel bagi kajian rintis. Pemilihan lokasi bagi kajian rintis ini juga dalah
berdasarkan kepada kesesuaian sampel kajian rintis yang dijalankan bertujuan untuk menguji
kebolehpercayaan instrumen yang akan digunakan di dalam kajian berkenaan. Hasil daripada
kajian rintis ini berupaya untuk memberi sat ugaris panduan di dalam melaksanakan kajian
yang sebenar. Instrumen dalam kajian ini juga telah dianalisis dengan menggunakan
‘realibility analysis’ dalam program SPSS. Daripada kajian rintis berkenaan didapati bahawa
nilai Cronbach’s Alpha adalah sebagaimana yang ditunjukkan di dalam jadual 3.5. ini
menunjukkan bahawa kebolehpercayaan terhadap instrumen yang digunakan adalah tinggi
dan boleh digunakan dalam kajian sebenar.

Jadual 3.5

Nilai Cronbach’s Alpha Bagi Setiap Pembolehubah Dalam Soal Selidik Bagi Kajian Rintis

Pembolehubah Bil. item Cronbach’s


Alpha
Penggunaan elemen bbm multimedia 13 0.829
Penerimaan terhadap reka bentuk bbm 15 0.943
multimedia 10 0.893
Aspek pemahaman 10 0.945
Aspek engetahuan 10 0.912
Aspek kemahiran 10 0.945
Aspek motivasi 10 0.934
Aspek minat

3.7 prosedur pengumpulan data

Penyelidikan dalam talian mewakili salah satu perkembangan terbaru dalam kaedah tinjauan
sepanjang dekad yang lalu, dan pelbagai jenis koleksi penyelidikan yang ada pada hari ini
mungkin tidak dapat diterima sebelum ini tanpa bantuan media digital (Hooker & Zuniga,
2017). Tinjauan dalam talian yang berasaskan Web sangat popular digunakan oleh penyelidik
masa kini, dengan hanya menggunakan pautan tersedia untuk mencapai jumlah resonden
yang banyak (Jansen, Corley, & Jansen, 2007) dengan cepat, mudah, murah dan berkesan
serta sesuai untuk semua penyelidikan dalam semua jenis tinjauan (Raja, 2018). Hal demikian
kerana, budaya akses internet merupakan perkara biasa yang dilakukan setiap hari dan
merupakan media yang paling selesa untuk berinteraksi.

Hoker, C. M., & Zuniga, H. G. (2017). Survey methods online. In C. S. Davis & R. F. Potter
(Eds.), The International Encyclopedia of Communication Research Methods (pp. 1-6).
Austria: John Wiley & Sons, Inc.

Jansen, K. J., Corley, K. G., & Jansen, J. B. (2007). E-survey methodology. In Handbook of
Research on Electronic Surveys and Measurements (pp. 1-8). IGI Global.

Oleh itu, prosedur pengumpulan data bagi kajian ini adalah dijalankan secara atas talian iaitu
dengan menggunakan perisian google form. Instrumen yang telah dibina akan disemak
bersama-sama dengan penyelia untuk mendapatkan pengesahan sebelum membuat soal
selidik dalam google form. Setelah soal selidik siap dibina dalam google form, pautan (link)
akan disebarkan melalui aplikasi rangkaian dalam telefon seperti melalui telegram, whatsapp
dan email kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 yang mengambil mata pelajaran geografi di
seluruh Malaysia untuk menjawab soal selidik tersebut. Kaedah ini adalah bertujuan untuk
memudahkan pengumpulan data dari seluruh negeri di Malaysia, selain menjimatkan kos dan
masa.

3.8 kaedah menganalisi data


Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan bagi menganalisis data adalah berdasarkan analisis
statistic diskriptif soal selidik responden dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical
Package For Social Science) versi 23. Data diproses untuk dianalisis menggunakan format
yang ditetapkan dan berdasarkan kepada persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian, dianalisis
dengan menggunakan statistic berikut:

3.8.1 analisis deskriptif

Analisis statistic deskriptif bertujuan untuk memberi gambaran awal data yang dikumpul dan
digunakan dalam sesuatu penyelidikan. Data daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif
dengan menggunakan perisian Microsoft office excel 2010 dan SPSS versi 23. Statistik
deskriptif adalah nombor yang digunakan untuk meringkaskan ciri-ciri sampel. Pengekodan
angka membantu merapatkan jurang antara analisis kualitatif dan statistic deskriptif, yang
merupakan jenis analisis berangka, atau kuantitatif (Adams & Lawrence, 2015).

Adams, K. A., & Lawrence, E. K. (2015). Research methods, statistics, and applications.
London: SAGE.

Statistik deskriptif akan digunakan untuk menganalisis objektif pertama (kekerapan


penggunaan elemen bbm multimedia, penerimaan pelajar terhadap reka bentuk bbm
multimedia, dan keberkesanana penggunaan bbm multimedia) dan objektif kedua (tahap
kekerapan penggunaan elemen bbm multimedia, penerimaan pelajar terhadap reka bentuk
bbm multimedia, dan keberkesanana penggunaan bbm multimedia). Antara jenis analisis
deskriptif yang terlibat dalam menganalisis data bagi menjawab objektif yang pertama adalah
seperti nilai kekerapan, peratus, min, dan sisihan piawaian, manakala bagi objektif kedua
melibatkan nilai tahap, kekerapan, peratus, min, dan sisihan piawaian bagi melihat secara
keseluruhan hasil tahap penilaian data tersebut seperti dalam jadual 3.6. kesemua bacaan nilai
ini akan ditunjukkan dalam bentuk rajah atau jadual.

Jadual 3.6

Tahap penilaian berdasarkan min

Tahap penilaian Min


Tinggi 3.67-5.00
Sederhana 2.34-3.66
Rendah 1.00-2.34
Sumber: landell, 1997
3.8.2 analisis korelasi

Perhubungan linear disukat dengan koefisien korelasi Pearson (r) iaitu pada aras p<0.0.1.
Pekali korelasi mengandungi dua unsur iaitu nilai pekali dan tanda pekali. Pekali korelasi (r)
mempunyai nilai di antara -1 hingga 1 (-1< r <1). Tanda positif menunjukkan perhubungan
yang positif manakala tanda negative menunjukkan perhubungan yang negative. Analisi
korelasi Pearson digunakan dalam kajian ini untuk mengkaji perhubungan antara setiap
pemboleh ubah dalam kajian bagi menjawab persoalan bagi objektif yang ketiga iaitu
Hubungan antara penggunaan elemen bbm multimedia, penerimaan pelajar terhadap reka
bentuk bbm multimedia dengan keberkesanan penggunaan bbm multimedia,

Dalam data korelasi, koefisien korelasi juga digunakan sebagai saiz kesan (iaitu sama ada
korelasi tersebut adalah positif atau negatif). Pekali korelasi (saiz kesan) ditafsirkan seperti
dalam jadual 3.7.

Jadual 3.7

Kekuatan Hubungan Mengikut Nilai Pekali Korelasi

Saiz Pekali Korelasi (r) Kekuatan Korelasi


.81 hingga 1.00 Sangat kuat
.51 hingga .89 Kuat
.31 hingga .50 Sederhana
.21 hingga .30 Lemah
.01 hingga .20 Sangat lemah
Sumber: cohen, manion dan Morrison, 2007

3.8.3 analisis regrasi berganda

Analisis regrasi berganda akan digunakan untuk menganalisis data bagi objektif yang
keempat iaitu menilai pengaruh penggunaan elemen bbm multimedia dan penerimaan pelajar
terhadap reka bentuk bbm multimedia terhadap keberkesanan penggunaan bbm multimedia
dalam pengajaran dan pembelajaran geografi. Kaedah analisis regrasi adalah satu kaedah
analisis untuk melihat Hubungan antara pemboleh ubah yang diwakili dalam bentuk
persamaan, dipanggil sebagai persamaan regresi. Analisis regresi (regression) bergandi
adalah kajian mengenai Hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak
bersandar (Babbie, 2016).
Pemboleh ubah tidak bersandar juga dikenali sebagai pemboleh ubah peramal yang
digunakan untuk menganggar ciri-ciri tertentu pemboleh ubah bersandar (Babbie, 2016;
Harris & Jarvis, 2011). Kajian ini menggunakan analisis regrasi linear dengan persamaan
linear iaitu persamaan yang menggambarkan pemboleh ubah bersandar (Y) sebagai fungsi
pemboleh ubah tidak bersandar (X) (Adams & Lawrence, 2015; McCarrol, 2017; Rogerson,
2015).

Y - a + b1 X1 + B2 X2

Y - nilai ramalan pemboleh ubah bersandar

X1 – pemboleh ubah tidak bersandar 1

X2 - pemboleh ubah tidak bersandar 1

b1 dan b2 adalah pekali bagi pemboleh ubah bebas yang berkaitan dengan pemalar

McCarroll, D. (2017). Simple statistical test for Geography. Boca Rato: CRC Press.

Adams, K. A., & Lawrence, E. K. (2015). Research methods, statistics, and applications.
London: SAGE.

Babbie, E. (2016). The practice of social research (Fourteenth). USA: Cengage Learning.

Harris, R., & Jarvis, C. (2011). Statistics for Geography and environmental science. England:
Pearson.

Kuantiti a dan b mewakili parameter yang menggambarkan garis Analisa regresi linear
bermula dengan mengandaikan bahawa Hubungan linear di antara pemboleh ubah bersandat
(Y) dan pemboleh ubah tidak bersandar (X) dengan memasangkan garis lurus ke set data
diperhatikan, dan kemudian berkenaan dengan tafsiran dan analisis kesan pemboleh ubah X
dan Y, serta dengan sifat yang sesuai (McCarroll, 2017; Rogerson, 2015). Hasil penting
analisis regresi adalah persamaan yang membolehkan penyelidik untuk meramal nilai Y dan
nilai X (Adams & Lawrence, 2015). Dalam kajian ini, pemboleh ubah tidak bersandar adalah
penggunaan elemen bbm multimedia dan penerimaan pelajar terhadap reka bentuk bbm
multimedia, manakala pemboleh ubah bersandar adalah keberkesanan penggunaan bbm
multimedia.

McCarroll, D. (2017). Simple statistical test for Geography. Boca Rato: CRC Press.
Rogerson, P. A. (2015). Statistical methods for Geography: a student’s guide (4th Ed.).
Chennai, India: SAGE.

Adams, K. A., & Lawrence, E. K. (2015). Research methods, statistics, and applications.
London: SAGE.

Analisis ini akan melaporkan pengaruh penggunaan elemen bbm multimedia dan penerimaan
pelajar terhadap reka bentuk bbm multimedia terhadap keberkesanan penggunaan bbm
multimedia. Melalui analisis regresi, akan diketahui sumbangan pemboleh ubah bebas
terhadap pemboleh ubah bersandar. Nilai R2 (squared multiple correlation) dapat
mengenalpasti pemboleh ubah peramal yang dapat memberi pengaruh bererti. Manakala bagi
melihat Sumbangan relative setiap pemboleh ubah peramal pula, rujukan akan dibuat kepada
nilai pemberat regresi piawaian (B) atau Beta piawai (standardized regression coefficient).
Nilai beta yang besar akan membuktikan bahawa terdapat pengaruh besar daripada peboleh
ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar.

You might also like