You are on page 1of 2

BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan Apakah itu kajian? Kajian ialah satu proses aktif dalam menanya dan menjawab soalan di mana terdapat hubungan yang berterusan dengan permikiran induktif dan deduktif (Graziano & Raulin, 2004). Menurut Kumar (2011), Redman dan Mary mendefinisikan kajian sebagai satu usaha yang sistematik untuk menimba ilmu baru. Kumar (2010) menyatakan kajian ialah satu proses mengumpul, menganalisis, dan mengintepretasikan maklumat untuk menjawab soalan. Metodologi kajian ialah satu cara yang sistematik dalam usaha menyelesaikan masalah kajian (Kothari, 2009).
Metodologi kajian yang dipilih akan menjelaskan secara berperingkat-peringkat bagi menjawab soalan-soalan kajian yang telah dibuat iaitu, a) Apakah tahap tekanan kerja di kalangan guru prasekolah di Daerah Kuching, Sarawak?; b) Sejauh manakah faktor-faktor tekanan berhubung dengan tahap tekanan kerja guru-guru prasekolah di Daerah Kuching, Sarawak? Sehubungan dengan itu, bab ini akan membincangkan tentang aspek-aspek metodologi untuk menyempurnakan kajian ini. Aspek-aspek metodologi yang akan dibincangkan meliputi aspek reka bentuk kajian, prosedur kajian, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan instrument, dan kaedah menganalisis data.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik dalam mengumpul data. Kajian ini berbentuk deskriptif. Menurut Leary (1991) kaedah deskriptif tidak memanipulasi sebarang persekitaran dalam proses mengumpul data.

Merujuk ke

Rujukan: Kothari, C. R. (2009). Research methodology: methods and techniques . New Age International. Retrieved from http://books.google.com.my/books? hl=en&lr=&id=8c6gkbKiF4C&oi=fnd&pg=PR7&dq=research+methodology&ots=iGlBmVTdnJ&sig=w7xJ 4FVKq8gJHL2ZgWH3M29oKwE#v=onepage&q=research %20methodology&f=false Kumar, R. (2010). Research methodology: A step-by-step guide for beginners . Sage Publications Limited. Retrieved from http://books.google.com.my/books? hl=en&lr=&id=a3PwLukoFlMC&oi=fnd&pg=PP1&dq=Kumar,+R.+(2011). +Research+methodology&ots=YtyHsKqoRy&sig=A7hJOUlcOE70gmAqZ36XjO kRvmQ#v=onepage&q=Kumar%2C%20R.%20(2011).%20Research %20methodology&f=false Kumar, R. (2011). Research methodology. New Dehli: APH publishing. Retrieved from http://books.google.com.my/books?
id=7btTlFXBRnoC&printsec=copyright&source=gbs_pub_info_r#v=onepage&q&f=false Leary, M. R. (1991). Introduction to behavioral research methods. Wadsworth Publishing Company. Graziano, A. M., & Raulin, M. L. (2004). Research methods: A process of inquiry . HarperCollins College Publishers.

You might also like