You are on page 1of 26

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/293097563

Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif

Conference Paper · January 2012

CITATIONS READS
37 325,847

1 author:

Kamarul Azmi Jasmi


Universiti Teknologi Malaysia
562 PUBLICATIONS   3,614 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Learning Enhancement in Digital Age View project

PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMALI PENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM View project

All content following this page was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on 01 December 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


METODOLOGI PENGUMPULAN DATA DALAM PENYELIDIKAN KUALITATITIF

Kamarul Azmi Jasmi

Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Suggested Citation:

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in


Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Or-
ganized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin
Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.

Abstrct

Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri yang berbeza dengan penyelidikan
kuantitatif. Data kualitatif ialah dalam bentuk temubual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Nota
lapangan dan diari pengkaji merupakan penyokong utama dalam mengesahkan kerja-kerja lapangan
yang dijalankan dalam kajian kualitatif. Bab ini cuba mengupas dengan mendalam bentuk data,
kekekuatan dan kelemahan metodologi bagi setiap data yang dikumpul, serta proses pengumpulan
data dalam penyelidikan kualitatif.

References
Bachtiar, Harsya W., Mattulada, Haryati Soebadio. 1985. Budaya dan Manusia Indonesia. Yogyakarta:
Hanindita.
Fraenkel, Jack R. & Wallen, Norman E. 1993. How To design and Evaluate Research in Education.
New York: McGraw-Hill.
Taylor, SJ dan R Bogdan. 1984. Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for
Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto.
Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.). Newbury Park,
CA: Sage Publications, Inc.
Sitorus, MTF. 1998. Penelitian Kualitatif: Suatu Perkenalan. Bogor: Dokis.
Moleong, LJ. 1989. Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung: Remaja Rosdakarya.
Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Prentice Hall.
Babbie E. 2010. The Practice of Social Research. USA: Wadsworth Cengage Learning.
Denzin, NK. 1978. The Research Act: A Theoretical Introduction in Sociological Methods.
McGraw-Hills: New York.
Azizah Hamzah. 2010. “Kaedah Kualitatif dalam Penyelidikan Sosiobudaya” in Jurnal Pengajian
Media Malaysia, 6 (1).
Wolters O.W. 1979. “Studying Srivijaya” in Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Soci-
ety, 52(2): 1-52
METODOLOGI PENGUMPULAN
PENGUMPULAN DATA
DALAM PENYELIDIKAN KUALITATITIF
K UALITATITIF*
UALITATITIF *
Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia

PENGENALAN
Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri yang berbeza dengan
penyelidikan kuantitatif. Data kualitatif ialah dalam bentuk temu bual, pemerhatian, dan
analisis dokumen. Nota lapangan dan diari pengkaji merupakan penyokong utama dalam
mengesahkan kerja lapangan yang dijalankan dalam kajian kualitatif.
Bab ini cuba mengupas dengan mendalam bentuk data, kekekuatan dan kelemahan
metodologi bagi setiap data yang dikumpul, serta proses pengumpulan data dalam
penyelidikan kualitatif.

PENGUMPULAN DATA KUALITATIF


Data kualitatif berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku
manusia yang dapat diamati (Taylor dan Bogdan, 1984). Data kualitatif terhasil daripada tiga
jenis data sebagaibagai mana berikut (Patton, 1990):

(1) Hasil pemerhatian: Huraian terperinci tentang situasi, kejadian, interaksi, dan tingkah
laku yang diamati di lapangan.
(2) Hasil pembicaraan: kutipan langsung dari pernyataan orang tentang pengalaman, sikap,
keyakinan, dan pemikiran mereka dalam kesempatan temu bual mendalam
(3) Bahan tertulis: petikan atau keseluruhan dokumen, surat-menyurat, rakaman, dan kes
sejarah.

Jadual 3.1 Bentuk dan Teknik Pengumpulan Data


Teknik Pengumpulan Data
Bentuk Data Bilangan & Sampel Pemerhatian & Berperanan Temu bual Mendalam
serta
Sumbangan Protobentuk & Umumnya tidak memadai dan Kadang-kadang tetapi tidak
& frekuensi Bentuk terbaik tidak efisien selalu memadai; jika memadai
maka efisien
Kejadian & Tidak memadai, Protobentuk dan bentuk Memadai dan efisien asalkan
sejarah tidak efisien terbaik berhati-hati
Norma & Memadai, tetapi Memadai tetapi tidak efisien, Protobentuk dan bentuk terbaik
status tidak efisien kecuali menggali norma yang
tidak terucapkan
Sumber: Zelditch (1979)

Teknik pengumpulan data perlu disesuaikan dengan bentuk data (Jadual 3.1). Pilihan teknik
pengumpulan data tersebut mestilah didasari dengan pertimbangan berikut (Zelditch, 1979):

*
Kertas kerja dibentangkan di Kursus Penyelidikan Kualitatif siri 1 2012 pada 28-29 Mac 2012 di Puteri
Resort Melaka anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin
Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.
2

(1) Syarat kecukupan informasi: Apakah teknik tersebut memberi peluang pengkaji untuk
memperoleh pengertian yang mendalam dan tepat?
(2) Syarat efisiensi: Data diperoleh secara mencukupi dengan perbelanjaan sekecil-kecilnya
dalam hal waktu, akses dan kos.
(3) Syarat pertimbangan etika: tidak mengganggu privasi individu, tidak berada dalam
keadaan bahaya atau berisiko, serta tidak menyalahi hak asasi manusia.

Selain pertimbangan tiga perkara ini, pengkaji juga perlu mempertimbangkan


kemampuan dirinya sendiri dalam melaksanakan kajian dengan melihat perkara berikut
(Lofland, dikutip Sitorus, 1998):

(1) Pengkaji kualitatif cukup dekat dengan orang atau situasi yang dikaji, sehingga
memungkinkan pemahaman yang mendalam dan tentang hal yang sedang berlangsung.
(2) Pengkaji kualitatif berupaya menangkap hal yang secara sebenar terjadi dan yang dikatakan
subjek pengkajian.

Sumber data primer adalah responden dan informan. Responden berbeza dari informan.
Responden adalah sumber data tentang keragaman dalam gejala, berkaitan dengan perasaan,
kebiasaan, sikap, motif dan persepsi. Sedangkan informan ialah sumber data yang
berhubungan dengan pihak ketiga, dan data tentang hal yang membentuk atau gejala umum.
Sesuai dengan sifat keluasan dalam reka bentuk pengkajian kualitatif, maka tidak ada
penghadan jumlah dan bentuk informan secara pasti. Hanya ada rencana umum mengenai
siapa yang akan ditemu bual dan bagaimana untuk menjumpainya di lapangan. Responden
dipilih secara sengaja, setelah sebelumnya membuat pemetaan individu dalam masyarakat. Apa
yang penting di sini bukanlah jumlah kes responden, tetapi potensi tiap kes responden untuk
memberi pemahaman secara teori yang lebih baik mengenai aspek yang dipelajari.
Pengkaji dianjurkan menemubual orang yang akrab atau mengenal suatu topik atau
peristiwa. Penting untuk mengubah-ubah bentuk orang yang ditemu bual, sehingga pengkaji
dapat mengungkapkan keseluruhan pandangan subjek pengkajian. Tahap ini dianggap
tercapai apabila tambahan responden atau informan tidak lagi menghasilkan pengetahuan
baru, iaitu mencapai tahap ketepuan.
Pilihan informan pula sangat bergantung kepada jenis informasi yang hendak
dikumpulkan. Untuk mendapatkan informasi yang bersifat terbatas, teknik bola salji (snow
ball) boleh digunakan. Dalam teknik ini pengkaji harus mengenal beberapa informan utama
dan meminta mereka memperkenalkannya kepada informan lain. Informan utama boleh
diperoleh melalui cara:

(1) Bertanya kepada teman, saudara, dan kontak peribadi.


(2) Terlibat bersama masyarakat yang ingin dipelajari
(3) Mendekati berbagai organisasi dan badan terkait

Dengan cara ini, keseluruhan informan dan responden yang hendak dikaji bagi menyelesaian
sesuatu kes dapat diselesaikan.
3

TEMU BUAL DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF


Temu bual dalam penyelidikan kualitatif terbahagi kepada dua bahagian, iaitu temu bual
mendalam dan temu bual kumpulan fokus (Focus Group Discusstion [FGD]).

Temu Bual Mendalam


Dalam membicangkan cara mengumpulkan data dalam penyelidikan kualitatif. Temu bual
mendalam merupakan instrumen yang agak penting. Sabtajuk berikut akan membicangkan
definisi temu bual mendalam; kekuatan kaedah dan teknik ini; sert jenis temu bual mendalam,
dan kelemahannya.

Definisi
Kaedah ini menggunakan penemuramah yang menjalankan temu bual yang terperinci
berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Apa yang disebutkan oleh responden merupakan
data penting kajian. Tindak balas yang relevan akan dicatatkan kata demi kata.
Melalui kaedah ini seseorang pengkaji boleh memperoleh kefahaman yang meluas dan
sempurna dengan cara “mendalami” sesebuah topik tertentu. Pada masa yang sama,
pendekatan ini unik atas sebab yang berikut:

(1) Responden yang lebih kecil akan digunakan.


(2) Pengkaji boleh memberikan keterangan yang terperinci tentang sebab di sebalik jawapan
responden.
(3) Ia juga mengizinkan pemerhatian yang lebih lama tentang respon yang diberikan.

Hal ini kerana temu bual mendalam ini mampu menghasilkan data yang tidak terjangkau oleh
responden kerana batasan masa yang sangat luas khususnya tentang masa lalu.

Kekuatan Kaedah dan Teknik Temu bual


Temu bual mendalam ialah temu muka berulang antara pengkaji dan subjek pengkajian,
dalam rangka memahami pandangan subjek pengkajian mengenai hidupnya, pengalamannya,
ataupun situasi sosial sebagaimana diungkapkan dalam bahasanya mereka yang tersendiri
(Taylor dan Bogdan, 1984). Temu bual mendalam adalah percakapan dua arah dalam suasana
kesetaraan, akrab dan informal. Teknik ini sesuai pada situasi:

(1) Aspek yang menjadi perhatian pengkajian sudah jelas dan dirumuskan dengan tepat.
(2) Orang yang menjadi subjek pengkajian tidak terjangkau kerana berkaitan dengan peristiwa
lalu.
(3) Pengkaji menghadapi keterbatasan waktu, sehingga tidak mungkin melakukan
pemerhatian dengan cara penglibatan penuh.
(4) Pengkajian sangat bergantung pada manusia atau responden dalam skala luas lagi besar.
(5) Pengkaji ingin menjelaskan pengalaman subjek manusia: Riwayat hidup memungkinkan
pengkaji mengenal subjek pengkajian secara akrab, melihat dunia melalui mata mereka
dan masuk melalui pengalaman mereka.

Di sinilah kekuatan yang penting teknik temu bual dalam mendapatkan data yang tidak
terjangkau oleh pengkaji berbanding lain-lain cara pengumpulan data yang sangat terbatas
dengan waktu.
4

Jenis Temu bual Mendalam


Temu bual mendalam bersifat luas, terbuka, tidak terstruktur atau separuh struktur, dan tidak
semestinya bersifat tetap. Isinya ialah pertemuan berulang kali secara langsung antara pengkaji
dan subjek pengkajian. Namun dalam keadaan tertentu pengulangan ini tidak perlu jika
trangulisi data antara responden dan informan sudah melengkapi untuk menjawab objektif
sesuatu kajian.
Tujuan utama temubual mendalam adalah untuk memahami pandangan subjek
pengkajian tentang kehidupan, pengalaman, atau situasi subjek pengkajian, sebagaimana
diungkapkan dalam bahasanya sendiri. Dalam status sebagai teknik metodologi, maka
penemubual dituntut untuk memenuhi dua hal sekaligus:

(1) Mempelajari pertanyaan yang ditanyakan, dan bagaimana menjawabnya.


(2) Memperoleh jawapan dari pertanyaan yang diajukan. Tidak ada gunanya mengajukan
pertanyaan yang pengkaji sendiri tidak mengerti bagaimana harus menjawabnya.

Berdasarkan isi dan bahan, temu bual mendalam dibezakan menjadi tiga jenis temu bual, iaitu:

(1) Temu bual untuk menggali riwayat hidup secara sosiologi. Riwayat hidup menyajikan
pandangan orang mengenai kehidupannya dalam bahasanya sendiri. Pengkaji berupaya
menghimpunkan pengalaman penting dalam kehidupan seseorang menurut definisi orang
tersebut.
(2) Temu bual untuk mempelajari kejadian dan kegiatan yang tidak dapat diamati secara
langsung. Orang yang ditemu bual ialah responden atau informan yang hidup di
lingkungan kehidupan sosial orang yang dikaji. Mereka bertindak sebagai mata-mata atau
pemerhati bagi pengkaji serta menjad mata dan telinganya di lapangan. Responden atau
informan tidak sahaja mengungkapkan pandangannya, tetapi juga menjelaskan apa yang
terjadi dan bagaimana orang lain memandang.
(3) Temu bual untuk menghasilkan gambaran luas mengenai sejumlah program, situasi atau
orang. Temu bual lebih tepat untuk mempelajari sejumlah besar orang dalam waktu
singkat dibandingkan pemerhatian bersama.

Temu bual mendalam jika diamati boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu temu bual
perseorangan dan temu bual kelompok. Riwayat hidup individu lazimnya dikumpulkan
melalui temu bual perseorangan.

Kelemahan Temu bual Mendalam


Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang boleh dilihat dalam temu bual mendalam
ini, iaitu:

(1) Sebagai suatu percakapan serta temu bual pula bersifat terbuka, maka akan ada
kemungkinan berlakunya pemalsuan, penipuan, berlebih-lebihan dalam keterangan, dan
penyimpangan fakta. Hal ini terbukti apabila terjadi perbezaan besar antara yang dikatakan
dan apa yang dilakukan responden atau dimaklumkan oleh informan.
(2) Seseorang mengatakan dan melakukan, tetapi perlakuan dan kenyataan tersebut berbeza
ditambah pula jika ditemubual dalam dalam situasi yang berbeza pula, iaitu dalam bentuk
pengulangan temubual. Tidak dapat dianggap bahawa apa yang dikatakan seseorang pada
ketika temu bual adalah apa yang diyakini dan dikatakannya dalam situasi lain.
5

(3) Oleh kerana penemubual tidak mengamati secara langsung seseorang dalam kehidupan
mereka sehari-hari, maka penemubual terjauh dari konteks yang penting untuk
memahami banyak pandangan orang yang dikajinya.

Kelemahan ini hanya boleh diatasi jika data yang dikumpul melalui temu bual mendalam ini
dapat ditranggulasikan dengan data yang lain sama ada dalam kelompok data temu bual
mendalam atau data daripada kumpulan fokus, pemerhatian, dan analisis dokumen.

Temu Bual Kumpulan Fokus (FGD)


FGD merupakan teknik pengumpulan data yang baik dalam penyelidikan kualitatif. Subtajuk
cuba membincangkan definisi temu bual kumpulan fokus; kekuatan kaedah dan teknik; jenis
temu bual mendalam, dan kelemahannya.

Definisi
Kaedah FGD merupakan kaedah kualitatif yang popular. Melalui kaedah ini, pengkaji
memilih sekumpulan orang yang mempunyai ciri tertentu untuk mengadakan satu sesi
perbincangan. Seorang fasilitator, iaitu pemudah cara dilantik akan menentukan hala tuju
perbincangan tersebut. Apa-apa yang dikatakan oleh ahli kumpulan merupakan data penting
dalam FGD dan kaedah ini memberi peluang untuk berkongsi dan membuat perbandingan
tentang pengalaman dan pandangan peserta serta memberi peluang untuk berbual-bual
tentang perkara yang terjadi dalam dunia sebenar.
Kaedah ini digunakan untuk mendapat kefahaman lebih mendalam tentang sesebuah
tajuk, contohnya motivasi, tingkah laku, perasaan, strategi membuat keputusan, atau pendapat
orang tertentu terhadap sesuatu isu atau topik. Selain itu, FGD bertujuan untuk mengkaji
sesebuah tajuk penyelidikan secara mendalam dan intensif. Tambahan lagi, FGD merupakan
suatu strategi untuk memahami audiens atau sikap dan tingkah laku pengguna.
Langkah pertama yang harus diambil ketika melakukan kaedah FGD ialah
mendefinisikan masalah yang diperoleh. Sesuatu masalah yang didefinisikan haruslah dikenal
pasti. Pengkaji juga perlu memilih beberapa responden khusus bagi menentukan audiens atau
khalayak yang akan dikaji dan kumpulan ini amat bergantung pada tujuan FGD. Antara enam
sehingga 12 orang akan ditemu ramah sekali gus dengan bantuan fasilitator yang bakal
menentukan hala tuju perbincangan secara bebas tentang sesuatu tajuk. Selepas itu, jumlah
kumpulan FGD akan ditentukan dan bahan kajian disediakan seperti tempat, jenis dan bahan
yang digunakan, contohnya rakaman, bahan online, serta bayaran (Azizah Hamzah, 2010).

Kekuatan FGD
Kaedah pengumpulan data ini mempunyai kekuatan tersendiri. Antaranya, FGD mampu
menghasilkan pengutipan dan pengumpulan data preliminari atau awalan tentang sesuatu
topik. Justeru, kaedah ini boleh digunakan untuk kajian pilot dan mencari idea yang akan
diselidiki. Selain itu, hasil boleh diperoleh dengan cepat di samping kos yang efektif. Reka
bentuk soalan amat fleksibel dan pengkaji boleh mengadakan perbincangan susulan dengan
meminta ahli kumpulan fokus menjawab soal selidik. Fasilitator yang pakar berupaya
memerhatikan gerak laku responden dan mendapat data tambahan.

Kelemahan FGD
Perbincangan kumpulan fokus boleh didominasi oleh ahli yang autorikratik atau mana-mana
pihak yang melantik diri sendiri sebagai ketua dan cuba menekan dan memenangkan
pendapatnya dan akan cuba mempengaruhi pendapat ahli lain yang terdalam dalam FGD.
6

FGD juga banyak bergantung pada kepakaran fasilitator kerana ahli kumpulan yang mungkin
kurang menyerlah berkemungkinan besar akan tenggelam dalam perbincangan. Alat rakaman
yang digunakan juga berkemungkinan besar boleh menakutkan responden (Azizah Hamzah,
2010).

Panduan Pertanyaan atau senarai semak pertanyaan


Pandunan pertanyaan atau senarai semak bagi sesuatu soalan merupakan aspek yang penting
dalam pengkajian besar yang melibatkan sejumlah penemubual. Satu panduan pertanyaan dan
senarai semak pentanyaan memungkinkan penemubual untuk menggali topik utama yang
sama dari responden atau informan berdasarkan objektif yang dikehendaki oleh pengkaji.
Panduan pertanyaan dan senarai semak bukanlah daftar pertanyaan berstruktur
melainkan untuk memberi panduan kepada pengkaji tentang aspek penting yang hendak digali
dari responden atau informan. Bagaimana aspek tersebut ditanyakan perlu diputuskan oleh
pengkaji sendiri di lapangan. Syarat penyusunan panduan temu bual mendalam ialah
pengetahuan awal perihal topik temu bual sebagai contoh senarai yang diperoleh daripada
kajian kepustakaan dan senarai perkara berkaitan dengan latar belakang orang yang hendak
ditemu bual. Tanpa senarai semak ini boleh menyebabkan pengkaji akan tertinggal aspek
penting dapatan dalam sesuatu kajian. Contoh senarai semak ini boleh dilihat dalam Lampran
1. Jika berdasarkan lampiran ini boleh disimpulkan:

(1) Terdapat senarai penting jangkaan jawapan yang diperoleh daripada kajian literatur atau
daripada jangkaan pengkaji.
(2) Senarai ini bagi memastikan hala tuju jawapan responden untuk sesuatu objektif boleh
dicapai bukan semestinya pengkaji pula yang menentukan hala tujunya.
(3) Sekiranya terdapat elemen yang dibincangkan oleh responden dalam temubual masih
belum menyentuh dalam senarai semak, pengkaji boleh menyebutnya secara natural aspek
tersebut dengan menghubungkan elemen yang belum disebut agar dibincangkan bersama
dengan apa yang sudah disebut.
(4) Senarai ini juga membantu jika pengkaji atau responden terputus idea dalam sesuatu aspek
yang sedang dikaji dan dibincangkan.

Ringkasnya, tanpa senarai semak dan panduan pertanyaan ini berkemungkinan besar untuk
pengkaji untuk tertingal perkara dan eleman utama kajian. Sedangkan sekiranya pengkaji
terlalu bergantung kepada senarai semak ini, maka elemen yang tidak terdapat dalam senarai
semak yang juga ada dipraktikkan oleh responden tidak dapat dikembangkan pula dalam
dapatan kajian. Oleh itu, penggunaan senarai semak dianggap untuk membantu menggali
perkara yang wujud dalam teori dan perkara yang tidak wujud dalam teori yang juga
dipraktikkan.

Memulakan Sesi Temu bual


Hubungan yang baik atau reppo merupakan aspek terpenting dalam perbualan awal penyelidik
dengan responden atau informan. Pada tahap ini pertanyaan bersifat umum saja. Jangan terus
masuk pada isi penting persoalan, sehingga boleh menyukarkan responden atau informan yang
masih belum begitu bersedia untuk ditemu bual.
Penemubual seharusnya menemukan cara terbaik untuk membawa responden atau
informan menjadi terbuka. Terbuka bererti mereka bersedia mengungkapkan pandangannya
dan pengalamannya secara "lepas". "Lepas" ditunjukkan dengan tidak membataskan
percakapan dan membatasi hal yang hanya sepatutnya mereka katakan. Pengkaji boleh
7

menggunakan cara berikut untuk membawa responden agar menjadi lebih terbuka (Taylor
dan Bogdan, 1984):

(1) Pertanyaan deskriptif: Temu bual sebaiknya dimulai dengan meminta responden atau
informan untuk menjelas, mendaftar atau menghuraikan ragam dan bentu serta situasi
kejadian, pengalaman, tempat, dan orang yang memiliki erti penting dalam kehidupannya.
Pertanyaan deskriptif memungkingkan orang yang ditemubual untuk menceritakan secara
bebas apa yang dianggapnya penting.
(2) Meminta responden atau informan untuk menuliskan kisahnya atau riwayat hidupnya.
Pengkaji memberi petunjuk penulisan. Setelah selesai tulisan itu dibicarakan bersama
untuk melengkapinya.
(3) Temu bual berdasarkan catatan kegiatan harian. Responden atau informan diminta untuk
membuat catatan selengkap mungkin tentang kegiatan mereka dalam period waktu
tertentu. Catatan tersebut perlu dilengkapi perihal siapa, apa, bila, di mana dan bagaimana
kegiatan tersebut dijalankan. Catatan ini kemudian dijadikan dasar atau acuan untuk
melakukan temu bual mendalam.
(4) Pengkaji membuat proses analisis dokumen dahulu seperti analisis dokumen peribadi,
seperti diari, surat potret atau gambar, rakaman, kenang-kenangan. Dokumen-dokumen
ini dapat digunakan sebagai pencetus dan panduan temu bual tanpa memaksakan suatu
struktur pembicaraan terhadap responden atau informan.

Keempat-empat cara ini dianggap boleh membantu untuk mendekatkan lagi hubungan
pengkaji dengan responden atau informan serta mampu menggalakan responden dan
informan untuk mesra dengan pengkaji.

Ketika Situasi Temu bual


Situasi temu bual akan mempengaruhi tahap keumuman informasi yang diperoleh dari
responden atau informan. Semakin formal, maka semakin tinggi tahap keumuman informasi.
Berdasarkan tahap keumuman, informasi yang terdapat dalam masyarakat dapat terbahagi
dalam empat jenis (Wolters, 1979):

(1) Informasi umum, iaitu informasi yang diketahui dan dapat dibicarakan oleh siapapun,
misalnya berita surat kabar.
(2) Informasi kepercayaan, iaitu informasi yang diberikan atas dasar kepercayaan, misalnya
tentang konflik di desa. Jika pengkaji memperoleh informasi ini, maka ia harus melindungi
identiti responden atau informannya.
(3) Informasi rahsia, iaitu informasi yang hanya diketahui oleh anggota suatu kelompok
eksklusif, sehingga sukar diperoleh. Pengkaji yang ingin memperoleh informasi rahsia ini
harus mampu masuk ke dalam lingkaran kelompok eksklusif tersebut.
(4) Informasi peribadi, iaitu rahsia peribadi yang sangat jarang dibicarakan. Pengkaji harus
memperlakukan informasi ini dengan hormat.

Panduan membangkitkan situasi temu bual yang kondusif antara pengkaji dan responden
atau informan:

(1) Tidak menghakimi. Penemubual harus menahan diri untuk menilai responden atau
informan secara negatif, apa yang lebih penting ialah menerima mereka apa yang seadanya.
Tenteramkanlah hati mereka saat mengungkapkan informasi yang bersifat personal atau
8

memalukan. Sampaikan pengertian dan empati, misalnya "saya dapat memakluminya",


sehingga mereka bersedia mengungkapkannya informasi secara terbuka. Jika perlu ketawa
atau menangis, maka penembual wajar untu sama-sama ketawa dan menangis bersama
responden dan imformen yang ditemubual.

(2) Biarkan mereka berbicara. Ketika responden atau informan berbicara panjang lebar
tentang hal yang tidak bersangkut paut dengan topik pengkajian, pengkaji perlu berusaha
untuk tidak memotongnya, apalagi pada temu bual pendahuluan. Mereka dapat diarahkan
dengan cara mereka tersendiri. Misalnya pengkaji berhenti mengangguk-angguk, atau
mengalihkan topik pembicaraan pada waktu sela bicara. Sebaliknya, ketika responden atau
informan mulai bicara tentang hal penting bagi kajian, biarkan pembicaraan berjalan
dengan lancar tanpa diganggu oleh pengkaji. Berikan respons positif melalui gerakan
tubuh atau pertanyaan yang relevan. Namun sekiranya responden dan informan sudah
berbabas jauh daripada perbicaraan tajuk yang dikaji, pengkaji boleh menarik kembali
dengan cara yang paling halus dan natural kepada tajuk kajian dengan berpandunkan
senarai semak yang disenaraikan.

(3) Berikan perhatian. Penemubual harus menunjukkan perhatian serius kepada apa sahaja
yang dikatakan responden atau informan. Pengkaji juga harus mengetahui bila dan
bagaimana menggali maupun mengemukakan pertanyaan yang menepati dengan
kehendak semua objektif kajian.

Panduan ringkas ini penting bagi mendapatkan maklumat yang ingin diketahui dan
dikumpul oleh pengkaji.

Menggali Informasi Lebih Jauh


Salah satu kunci kejayaan temu bual mendalam ialah mengetahui bila dan bagaimana cara
menggali informasi lebih jauh (probing), ertinya pengkaji tidak melanjukkan topik yang
terungkap dengan cara:

(1) Menanyakan pertanyaan spesifik


(2) Mendorong responden atau informan untuk menerangkan perincian pengalaman
(3) Meminta penjelasan lanjut mengenai ucapan responden atau informan

Panduan utama dalam penggalian informasi yang mendalam ini daripada responden atau
informan ialah (Taylor dan Bogdan, 1984):

(1) Rumuskan ucapan responden atau informan dan mintalah pengesahan.


(2) Mintalah responden atau informan untuk menyatakan contoh tentang apa yang mereka
maksudkan
(3) Bertanya kepada responden atau informan jika ada sesuatu maklumat yang masih kurang
jelas

Pengesahan dalam kajian kualitatif merupakan aspek yang penting apatah lagi jika berkisar
kepada perbezaan antara apa yang responden atau informan percaya dengan apa yang
dilakukan oleh mereka dalam situasi dalam kehidupan realiti. Begitu juga meminta contoh
dan meminta keterangan lanjut terhadap setiap fakta yang dikemukan oleh mereka akan
membantu melengkap sesuatu data ketika pengkaji memproses data nanti. Kadang-kadang
9

responden dan informan hanya menjelaskan elemen sesuatu ciri tindakan, oleh itu peranan
pengkaji untuk meminta contoh dan meminta penjelasan lanjut berkaitan dengan perkara
tersebut.

Semak silangan
Semak silangan penting untuk memastikan ketepatan data, dengan menerapkan teknik
triangulasi. Caranya dengan menemubual "pihak ketiga" yang menguasai topik yang sedang
dikaji atau dengan dokumen yang berkaitan dengan isi perbicaraan.

Catatan Harian dalam Nota Lapangan


Setiap kali selesai temu bual dengan subjek pengkajian, pengkaji harus meluangkan
waktu untuk menuliskan kembali hasil temu bual tersebut dalam bentuk catatan harian. Hal
ini sangat penting untuk dilakukan supaya setiap maklumat yang tidak terungkap seperti
memek muka, gesture tubuh, dan senyuman boleh melambangkan sesuatu keterangan itu
berkemungkinan bukan seperti yang ingin diucapkan.

KAEDAH PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu ‘pemerhatian secara terus’ (direct observation)
dan pemerhatian melalui penglibatan (participant-observation).
Kaedah pemerhatian secara terus ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti
pengiraan jumlah pelajar yang di sebuah sekolah. Teknik ini biasanya tidak melibatkan
komunikasi dengan manusia. Kaedah pemerhatian melalui penglibatan pula berasal dari
bidang antropologi, iaitu kajian tentang kehidupan masyarakat. Penyelidik biasanya
melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami dengan jelas
sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat tersebut.
Pengkaji kualitatif secara automatik akan melakukan pemerhatian berperanan serta
terhadap subjek pengkajiannya. Pemerhatian berperanan serta merujuk pada proses kajian
yang mempersyaratkan interaksi sosial antara pengkaji dan subjek pengkajiannya dalam
lingkungan subjek pengkajian itu sendiri. Interaksi ini bertujuan untuk memperoleh data
melalui teknik yang sitematik. Alasan ahli metodologi penggunaan teknik ini ialah (Moleong,
1989):

(1) Pemerhatian memungkinkan pengkaji untuk melihat, merasakan, dan memaknai dunia
beserta ragam peristiwa dan gejala sosial dalamnya, sebagaimana subjek pengkajian
melihat, merasakan, dan memaknainya.
(2) Pemerhatian memungkinkan pembentukan pengetahuan secara bersama-sama antara
pengkaji dan subjek pengkajiannya (intersubjektiviti).

Berdasarkan sejumlah aspek, teknik pemerhatian terbahagi kepada beberapa bahagian


sebagaimana berikut (Patton, 1990):

(1) Berdasarkan tahap peranan serta pengkaji, iaitu peranan serta penuh, peranan serta
terbatas, dan tanpa berperanan serta pengkaji bertindak sebagai penonton sahaja.
(2) Berdasarkan tingkat keterbukaan peranan pengkaji yang terdiri daripada keterbukaan
penuh, iaitu semua subjek pengkajian dengan mengenal pengkaji dan mengetahui kegiatan
pemerhatiannya, keterbukaan terbatas, iaitu dengan hanya sebahagian subjek pengkajian
mengenal pengkaji dan mengetahui kegiatan pemerhatiannya, dan tertutup penuh, iaitu
10

subjek pengkajian tidak mengenal pengkaji dan tidak tahu-menahu tentang kegiatan
pemerhatiannya.
(3) Berdasarkan tingkat keterbukaan tujuan pengkajian yang terdiri daripada terbuka penuh,
iaitu dijelaskan seluruhnya kepada subjek pengkajian, keterbukaan terbatas, iaitu
dijelaskan sebahagian kepada sebahagian subjek pengkajian, tertutup penuh, iaitu tanpa
penjelasan kepada subjek pengkajian, dan pemalsuan, iaitu memberikan penjelasan palsu
atau bohong kepada subjek pengkaji.
(4) Berdasarkan tingkat kedalaman dan keluasan atau jangka waktu pemerhatian yang terdiri
dari jangka pendek, iaitu pemerhatian tunggal dalam waktu singkat, misalnya dua jam dan
jangka panjang, iaitu pemerhatian berganda dalam waktu lama, misalnya bulanan atau
tahunan.
(5) Berdasarkan himpunan pemerhatian yang terdiri daripada himpunan sempit, iaitu
terhimpun pada suatu unsur saja dan himpunan luas, iaitu tinjauan holistik yang
mencakup semua unsur.

Panduan pemerhatian berperanan serta ketika mengumpulkan data kajian sebagaimana


berikut (Bachtiar, 1985):

(1) Pembatasan tegas terhadap sasaran pemerhatian, sehingga pemerhatian terarah atau
terfokus. Pembatasan ini disesuaikan dengan tujuan dan masalah pengkajian, apa yang
akan ingin diterangkan, dan fakta apakah yang digunakan untuk menerangkan.
(2) Pemerhatian didasarkan pada suatu kerangka pemikiran, walaupun itu bersifat longgar.
Kerangka pemikiran ini bukanlah untuk diuji secara impirikal, melainkan sebagai panduan
pengumpulan data. Dengan demikian menjadi jelas peristiwa atau gejala apakah yang perlu
diperhatikan, serta bagaimana kaitan antara peristiwa atau gejala tersebut.

Teknik pemerhatian berperanan serta masih terdapat kekurangan dari kaedahnya apabila
menyentuh perkara berikut:

(1) Pengkaji dapat menjadi going native atau etnosentis, iaitu benar-benar menjadi orang dalam
sebagaimana subjek pengkajiannya, sehingga tidak boleh secara baik merumuskan hasil
pengkajian.
(2) Masalah validiti, iaitu ketika berbeza orang yang mengkaji, maka kemungkinan
kesimpulan pengkajian akan menjadi berbeza. Perbezaan ini akibat daripada persepsi dan
penilaian selektif pengkaji itu sendiri. Hal ini demikian kerana kehadiran pengkaji itu
sendiri terkesan kepada perubahan subjek pengkajian. Hal ini ditambah lagi bahawa
pengkaji tidak mungkin menyaksikan keseluruhan aktiviti budaya masyarakat.

Namun begitu masalah validiti ini boleh diselesaikan apabila pengkaji membuat triangulasi
datanya dengan pelbagai sumber yang lain. Hal ini akan dibicarakan secara mendalam dalam
subtajuk berikutnya.

KAEDAH ANALISIS DOKUMEN


Pada amnya, analisis dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan daripada
analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi yang dicetak,
disiarkan atau digambarkan. Dalam kata lain, bahagian mesej itu dapat didengar, diperoleh
dan dilihat dengan merujuk kandungan teks pada perkataan, maksud, gambar, simbol, idea,
11

tema, atau apa-apa sahaja mesej yang dikomunikasikan (Sabitha Marican, 2009: 97; Babbie,
2010: 332). Hal ini sebagaimana yang ditakrifkan seperti berikut:

Document analysis is just what its name implies – the analysis of the written or visual contents of
a document. Textbooks, essays, newspapers, novels, magazine articles, cookbooks, political speeches,
advertisements, pictures – in fact, the content of virtually any type of written or visual
communication can be analyzed in various ways. A person’s or group’s conscious beliefs, attitudes,
values, and ideas are often revealed in the document they produce.
(Fraenkel dan Wallen, 1993: 389)

Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan
kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah
kepada pengkaji kerana maklumat yang diperlukan sedia ada dan sukar untuk menipu. Contoh
dokumen yang boleh digunakan jika hendak mengkaji tentang guru:

(1) Diari atau Jurnal


(2) Sukatan Pelajaran dan Huraan SukatanPengajaran
(3) Buku Rancangan Mengajar Harian
(4) Buku teks dan buku rujukan
(5) Kertas peperiksaan dan ujian bulanan
(6) Tugasan atau buku latihan murid
(7) Rekod pencapaian atau rekod adab
(8) Minit mesyuarat panitia
(9) Jadual Kedatangan Murid
(10) Gambar foto

Manakala contoh dokumen yang boleh dijadikan bahan analisis jika mengkaji penilaian
program di yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(1) Dokumen/data penanda aras.


(2) Buku panduan program pengajian
(3) File program pengajian yang juga boleh di akses secara dalam talian
(4) Kurikulum pengajian.
(5) Metodologi pengajaran dan pembelajaran.
(6) Infrastruktur dan teknologi.
(7) Sistem pentadbiran.
(8) Perkhidmatan pendidikan yang berkaitan.
(9) Rekod penilaian dan peperiksaan.
(10) Data pencapaian pelajar.
(11) Profil perkembangan pelajar.
(12) Data tentang purata tempoh pengajian.
(13) Data keciciran.
(14) Laporan pengalaman pembelajaran pelajar,
(15) Data tentang Masa yang digunakan oleh pelajar untuk terlibat dalam aktiviti yang
diminati.

Semua dokumen yang dirasakan perlu perlu diteliti dan dilaporakan dalam satu laporan serta
disertakan salinan jika tidak sukar untuk disalin.
12

TRIANGULASI DATA
Triangulasi ialah kombinasi beragam sumber data, tenaga pengkaji, teori, dan teknik
metodologi dalam suatu pengkajian atas gejala sosial. Triangulasi diperlukan kerana setiap
teknik memiliki keunggulan dan kelemahannya sendiri. Dengan demikian triangulasi
memungkinkan tangkapan realiti secara lebih tepat dan benar. Terdapat empat bentuk
triangulasi (Denzin, 1978):

(1) Triangulasi data, iaitu penggunaan beragam sumber data dalam suatu pengkajian seperti
data kualitatif dan kuantitatif.
(2) Triangulasi pengkaji, iaitu penggunaan beberapa pengkaji yang berbeza disiplin ilmunya
dalam suatu pengkajian.
(3) Triangulasi teori, iaitu penggunaan sejumlah perspektif dalam menafsir satu set data.
(4) Triangulasi teknik metodologi, iaitu penggunaan sejumlah teknik dalam suatu pengkajian.

Dalam sesebuah kajian kualitatif, lagi banyak data ditriangulasikan maka lagi tinggi
ketepatan fakta dan lagi kuat keesahannya. Justeru triangulasi data amat diberi perhatian
dalam meningkatkan mutu data.

DIARI DAN CATATAN HARIAN


Diari pengkaji merupakan satu catatan diari kajian yang menjelaskan secara ringkas setiap
aktiviti yang berlaku sejak daripada turun lapangan sehingga semua data selesai dikumpul dan
disahkan. Contoh catatan diarai boleh dilihat dalam Lampiran 2.
Manakala catatan harian atau catatan lapangan merupakan instrumen utama yang
melekat pada beragam teknik pengumpulan data kualitatif. Terdapat tiga jenis catatan harian:

(1) Catatan fakta, iaitu data kualitatif hasil pemerhatian dan temu bual dalam bentuk huraian
terperinci maupun kutipan langsung.
(2) Catatan teori, iaitu hasil analisis pengkaji di lapangan untuk menyimpulkan struktur
masyarakat yang dikajinya, serta merumuskan hubungan antara topik penting
pengkajiannya secara induktif sesuai dengan fakta di lapangan.
(3) Catatan ahli metodologi, iaitu pengalaman pengkaji ketika berupaya menerapkan metode
kualitatif ketika di lapangan.

Setiap catatan harian berisi dua bahagian, iaitu bahagian deskriptif, dan bahagian
reflektif atau memo. Bahagian deskriptif merupakan bahagian utama, sedangkan memo
merupakan catatan pengkaji sebagai kritiknya terhadap bahagian deskriptif. Lihat secara kritis
lampiran catatan harian.
Isi catatan fakta tidak boleh berupa penafsiran peribadi pengkaji, melainkan fakta apa
yang adanya dan teruji kesahihannya. Pengkaji mencatat fakta selengkap dan sehalus mungkin.
Catatan haruslah berisi hal yang kongkrit. Hal yang bersifat abstrak hanya boleh dimasukkan
ketika benar-benar dapat diyakini atau dibuktikan. Setiap fakta mewakili peristiwa penting
yang akan dimasukkan ke dalam bahagian yang nanti hendak disusun, atau sebagai konteks
dari suatu kegiatan.
Isi fakta mencakup deskripsi tentang siapa, apa, bilamana, di mana dan bagaimana dari
kegiatan yang dilakukan subjek pengkajian. Secara terperinci bahagian ini terkandung:
13

(1) Gambaran diri subjek pengkajian, iaitu penampilan fizik, cara berpakaian, cara bertindak,
sampai gaya bicara. Usahakan untuk menemukan suatu ciri khas.
(2) Rekonstruksi dialog, iaitu dicatat secara terperinci pertanyaan dan jawaban responden atau
informan. Jika ungkapan mereka terlalu panjang maka perlu dibuat ringkasan yang tepat.
Ekspresi mereka turut dicatat.
(3) Deskripsi latar belakang yang berbentuk fizik, iaitu dapat berupa huraian, gambar, atau
peta konteks, iaitu peta, sketsa, diagram, dan foto.
(4) Catatan tentang peristiwa khusus, iaitu siapa yang hadir, apa yang dilakukan, bagaimana
peristiwa berlangsung.
(5) Gambaran kegiatan, iaitu huruaian terperinci tentang kegiatan responden sehingga
diperoleh gambaran tentang pola tindakan.

Catatan metodologi berisi kegiatan pengkaji ketika menggali dan memperoleh data,
hubungannya dengan responden atau informan, kritikan terhadap teknik yang ada selama ini
sesuai dengan pengalaman lapangan yang dialaminya. Dari catatan metodologi ini seharusnya
dapat dirumuskan suatu metode yang lebih cepat dan tepat dalam menggali data tertentu pada
subjek pengkajian tertentu, di tempat dan masa tertentu.
Catatan teori dapat menghasilkan hipotesis yang dicari lagi "kebenarannya" di lapangan
secara langsung. Setelah jenuh (tidak ada "hasil" yang menyimpang), maka hipotesis tersebut
layak dijadikan bahan kesimpulan kajian.
Di sini disajikan salah satu petunjuk teknik penulisan catatan harian, terutama jika analisis
data tidak ingin menggunakan program komputer yang menganalisis secara kualitatif:

(1) Satu catatan untuk setiap satu topik kajian. Jika beragam topik campur aduk dalam
catatan harian, maka pengkaji akan kebingunan untuk menganalisisnya; jika yang terakhir
ini terpaksa dipilih, ada baiknya menggunakan memo di pinggir catatan harian.
(2) Harus ada identiti catatan, mencakup topik, sumber informasi (identiti responden atau
informan atau sumber sekunder), tempat dan waktu perolehan data, serta identiti pengkaji
sendiri.
(3) Catatan sebaiknya dilakukan dalam waktu sehari atau semalam, utamakan sebelum tidur.
Kalau ditangguhkan catatan itu melebihi dari sehari semalam, dibimbangi pengkaji tidak
boleh mengingat secara terperinci fakta lapangan. Untuk membantu ingatan dapat pula
pengkaji membuat catatan sementara selama temu bual, atau mempergunakan alat
perakam.

Teknik mengumpulkan nota lapangan boleh dilakukan dalam dua bentuk, iaitu bentuk
bertulis atau bentuk rakaman pengkaji:

(1) Bertulis: Pengkaji menyediakan satu buku khusus nota lapangan yang terdapat tarikh dan
waktu sesuatu proses lapangan. Ketika catatan dibuat, penggunaan short form amat
digalakkan bagi meringkaskan tulisan. Namun ketika menulis laporang penuh, semua
penggunaan short form tersebut disempurkan. Contoh buku dan isi buku nota lapangan
seperti Lampiran 3 sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Rajah 2.
(2) Rakaman: Pengkaji boleh merakamkan suara pengkaji sendiri dengan permulaan rakaman
menyebut tarikh dan waktu nota rakaman lapangan yang sedang dilakukan. Selepas itu,
pengkaji menyebutkan proses dan isi berkaitan dengan nota lapangan dan lain-lain yang
dirasakan perlu pada perspektif pengkaji. Selepas selesai sesuatu tempat kajian, pengkaji
14

seterusnya membuat traskrip nota lapangan ini untuk dilaporkan sebagaimana yang
ditunjukkan dalam Lampiran 3 Rajah 3.

Tujuan utama catatan nota lapangan ditulis kerana nota ini menjadi rujukan kepada pengkaji
situasi yang berlaku secara keseluruhan ketika berada di lokasi kajian. Hal ini kerana kajian
kualitatif lebih mementing proses. Justeru, setiap proses perlu ditunjukkan. Berdasarkan nota
lapangan ini kesehan kajian terbina.

RUMUSAN
Bab ini membincangkan secara mendalam pengumpulan data kualitatif pelbagai bentuk data,
iaitu temu bual mendalam, temu bual kumpulan fokus, pemerhatian, dan analisis dokumen.
Temu bual mendalam dan temu bual kumpulan fokus difokuskan perbincangannya dari segi
definisi kekuatan, kaedah dan teknik temu bual, jenis temu bual dan kelemahan, panduan
pertanyaan dari segi memulakan sesi temu bual, ketika situasi temu bual, menggali informasi
lebih jauh, semak silangan, dan catatan harian. Akhir sekali tulisan ini membincangkan
tentang triangulasi dan catatan harian yang merupakan catatan penting dalam kajian kualitatif.

RUJUKAN
Bachtiar, Harsya W., Mattulada, Haryati Soebadio. 1985. Budaya dan Manusia Indonesia.
Yogyakarta: Hanindita.
Fraenkel, Jack R. & Wallen, Norman E. 1993. How To design and Evaluate Research in
Education. New York: McGraw-Hill.
Taylor, SJ dan R Bogdan. 1984. Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for
Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto.
Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.). Newbury Park,
CA: Sage Publications, Inc.
Sitorus, MTF. 1998. Penelitian Kualitatif: Suatu Perkenalan. Bogor: Dokis.
Moleong, LJ. 1989. Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung: Remaja Rosdakarya.
Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson
Prentice Hall.
Babbie E. 2010. The Practice of Social Research. USA: Wadsworth Cengage Learning.
Denzin, NK. 1978. The Research Act: A Theoretical Introduction in Sociological Methods.
McGraw-Hills: New York.
Azizah Hamzah. 2010. “Kaedah Kualitatif dalam Penyelidikan Sosiobudaya” in Jurnal
Pengajian Media Malaysia, 6 (1).
Wolters O.W. 1979. “Studying Srivijaya” in Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society, 52(2): 1-52
7

LAMPIRAN A

INVENTORI PROTOKOL TEMU BUAL

KAJIAN KES GURU CEMERLANG


PENDIDIKAN ISLAM (GCPI)
SEKOLAH MENENGAH

INVENTORI PROTOKOL TEMU BUAL

DISEDIKAN OLEH
KAMARUL AZMI JASMI
8

INVENTORI PROTOKOL TEMU BUAL

Kategori Soalan dan Senarai Semak Penyelidik dalam Skop Kategori


Latar 1. Sebagai pengenalan, bolehkan jelaskan sedikit latar belakang
belakang yang menyentuh tentang, umur, persekitaran keluarga ibu
GCPI bapa, pendidikan, pendidikan perguruan dan pengamalan
sebagai guru.

Senarai Semak Penyelidik:


‰ Umur
‰ Persekitaran keluarga ibu bapa
‰ Tahap pendidikan
{ sekolah rendah
{ menengah
{ tinggi
‰ Program pendidikan
‰ Pengalaman Pendidikan
{ sebagai guru
{ sebagai guru sekolah
{ sebagai guru cemerlang
{ pengiktirafan dalam pendidikan/anugerah kecemerlangan

Ciri umum 2. Pada anda, secara umumnya apakah ciri yang mencorak
GCPI kecemerlangan ustazah selaku GCPI di sekolah?

Senarai Semak Penyelidik:


‰ pengajaran dan pembelajaran
‰ keperibadian
‰ motivasi
‰ kemahiran diri
‰ tahap ilmu dan pengamalan ilmu
‰ lain-lain

Pengajaran 3. Boleh jelaskan bagaimana ustaz/ustazah merancang dan


dan melaksanakan pengajaran yang berkesan di dalam kelas?
Pembelajar
an Senarai Semak Penyelidik:
‰ falsafah dan matlamat pendidikan islam
‰ perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
‰ set induksi
‰ penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran
dan pembelajaran
‰ penggunaan bahan bantu mengajar
‰ perkembangan da penilaian pelajar
‰ pengurusan bilik darjah
‰ pengukuhan
Sifat 4. Ceritakan keperibadian cemerlang yang bagaimana yang
Keperibadian dipraktikan dalam diri Ustaz/ustazah yang menyentuh tentang
penampilan diri, hubungan kepada Allah S.W.T., hubungan
9

dengan rakan guru, dan para pelajar?

Senarai Semak Penyelidik:


‰ Keperibadian kepada Allah
{ ikhlas
{ iman
{ istiqamah
{ takwa
{ memelihara perkara makruh dan haram
{ tawadduk
‰ Keperibadian kepada diri sendiri
{ kebersihan tubuh badan, gigi
{ menjaga perkara fitrah seperti memotong kuku,
menggunting dan menyikat rambut, menggunting misai,
menyikat janggut, memakai bau-bauan yang menyenangkan
bagi guru lelaki
{ pemilihan pakaian yang kemas, bersih dan sesuai
‰ Keperibadian kepada pihak atasan dan rakan guru setugas
{ saling menghormati
{ saling menasihati
{ bersifat tawaduk
{ saling bertolong-tolongan
{ berbicara dengan cara yang baik
‰ Keperibadian kepada pelajar
{ Sayang
{ menasihati, menunjuk ajar dan memberi tumpuan
{ Membimbing
{ memberi motivasi dan galakan
{ keadilan dan persamaan
{ tawaduk
{ memahami tabiat pelajar
{ menanamkan sifat berlumba-lumba
{ menanamkan sifat kerjasama
{ mengutamakan maslahat
{ mengutamakan kesihatan jasmani
{ membangunan sakhasiah
{ menjauhi sifat bohong kepada pelajar
{ menunjukkan sikap yang positif terhadap kejayaan pelajar
{ mengetahui latar belakang pelajar
{ bertanyakan khabar ketika tidak hadir atau sakit

Kemahiran 5. Terdapat banyak kemahiran yang membantu kepada


kecemerlangan GCPI, bolehkah ustaz/ustazah nyatakan jenis-
jenis kemahiran yang ada pada ustaz/ustazah yang membantu
kepada kecemerlangan diri?
10

Senarai Semak Penyelidik:


‰ Komputer
{ CD-ROM
{ Internet
{ Power Point dan MS Word
‰ Seni dalam pengajaran:
{ berzanji
{ tarannum
{ khat
{ bernasyid
{ melukis
{ refleksi
‰ Komunikasi lisan:
{ memimpin kerja
{ mempromosi diri
{ mendengar
{ bertanya dan menjawab soalan
{ kaunseling
{ pengacara majlis
{ ceramah
{ pidato
{ memberi pendapat atau idea
{ mendengar
‰ Komunikasi bukan lisan:
{ menggunakan pandangan mata
{ bahasa tubuh
‰ Lain-lain kemahiran:
{ Pengurusan masa
{ Menulis artikel
{ Menulis buku
{ Lain-lain

Motivasi 6. Bolehkah nyatakan apakah galakan utama untuk terus


kendiri berkhidmat sebagai GCPI dengan didikasi dan cemerlang?

Senarai Semak Penyelidik:


‰ Motivasi Ekstrinsik:
{ kerjaya stabil dan gaji
{ pentadbir
{ persekitaran sekolah
{ rakan perjuangan
{ lain-lain
‰ Motivasi Intrinsik:
{ profesion mulia
{ mencabar
{ pahala dan kedudukan yang baik di sisi Allah
{ kepuasan dalam mengajar
{ minat
11

Ilmu dan 7. Adakah pengamalan ilmu agama penting bagi seorang GCPI.
Pengamala Jikalau penting apakah penghayatan ilmu yang penting untuk
n ilmu diamalkan secara istiqamah dan apa pula faedah daripada
pengistiqamahan amalan agama ini sebagai seorang GCPI.

Senarai Semak Penyelidik:


‰ Keperibadian kepada ilmu pengetahuan
{ mempelajari
{ mengkaji dan mendalami
{ amanah ilmu
{ menyampaikan ilmu
‰ Ibadah
{ pembacaan dan penghafalan al-Quran
{ wuduk dan solat
{ solat berjemaah
{ puasa
{ haji
{ zikir dan selawat
{ lain-lain ibadat
‰ Adab Kehidupan Rasulullah (sunnah nabi)
{ sifat adab seperti sifat malu, menjaga rahsia, menunaikan
janji, memuliakan tetamu, menghormati bicara orang lain.
{ adab bermusafir
{ adab istikharah dan mesyuarat
{ adab memberi dan menjawab salam serta bertemu dan
berpisah
{ adab bersin dan menguap
{ adab makan dan minum
{ lain-lain adab sunnah Rasulullah s.a.w.

Ciri umum 8. Adakah terdapat ciri lain yang menjadi mencorak


GCPI kecemerlangan ustaz/ustazah selaku GCPI selain yang telah
dibincangkan.

Senarai Semak Penyelidik:


‰ ___________________________________________________
__________
‰ ___________________________________________________
__________
‰ ___________________________________________________
__________
‰ ___________________________________________________
12

__________
‰ ___________________________________________________
__________

Latar 9. Adakah pelajar, sekolah dan masyarakat sekeliling juga


belakang memainkan peranan kepada kecemerlangan ustaz/ustazah di
Sekolah sekolah. Jika ya! Ceritakan serba sedikit bagaimana faktor
tersebut juga membantu ustaz/ustazah dalam mencapai
kecemerlangan.

Senarai Semak Penyelidik:


‰ Pelajar
{ tahap umur
{ jantina
{ personaliti diri
{ cara belajar
{ motivasi
{ cita-cita dan visi diri
{ sikap
{ komitmen
‰ Sekolah
{ Bilik darjah: iklim bilik darjah yang positif, saiz kelas dan
kemudahan
{ Situasi sekolah: iklim sekolah, saiz sekolah, kemudahan,
tradisi sekolah, akauntabiliti pentadbir
‰ Masyarakat
{ tekanan ibu bapa
{ komuniti
15

LAMPIRAN 2
DIARI PENGKAJI

Rajah D4 Contoh Penyusunan Semula Muka Pertama Diari Pengkaji dalam Kerja Lapangan
16

LAMPIRAN 3
NOTA LAPANGAN

Rajah 1 Contoh Kulit Buku Kecil Nota Lapangan


17

Rajah 2 Contoh kota isi nota lapangan dan ruangan tulisan nota lapangan
18

Rajah 3 Contoh laporan nota lapangan

View publication stats

You might also like