You are on page 1of 20

BACHELOR IN MANAGEMENT WITH HONOURS

SEMESTER SEPTEMBER 2018

BBRC 4103

( RESEARCH METHODOLOGY )

NO. MATRIKULASI : 750101039848001

NO. KAD PENGENALAN : 750101-03-9848

NO. TELEFON : 019-9766707

E-MEL : marini.maliki@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE

NAMA TUTOR : SIR HJ.HASSANUL FIRMAN


BIN HJ MD APANDI

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN – PROSES PENYELIDIKAN Muka Surat 3-6

2.0 KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA,

PUNCA DAN LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH

PIHAK BERWAJIB. Muka Surat 6-12

3.0 STATISTIK KEMALANGAN JALAN RAYA

DI MALAYSIA Muka Surat 12-14

4.0 SOALAN DAN OBJEKTIF-OBJEKTIF KAJIAN Muka Surat 15

5.0 JUSTIFIKASI DAN SEBAB-SEBAB PENTING Muka Surat 16-17

6.0 KESIMPULAN Muka Surat 18

7.0 RUJUKAN Muka Surat 19

2
1.0 PENGENALAN – PROSES PENYELIDIKAN.

Umumnya, penyelidikan adalah suatu penyiasatan yang berstruktur menggunakan


kaedah saintifik yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah dan mencipta
pengetahuan baru yang secara umumnya boleh digunapakai.Kaedah saintifik
terdiri daripada pemerhatian, pengelasan dan pentafsiran data secara sistematik.

Menjalankan sesuatu penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut dan


mendalam mengenai sesuatu perkara.Pengetahuan yang diperoleh daripada
penyelidikan adalah pengetahuan bersifat ilmu iaitu pengetahuan yang telah
diketahui kesahihan maklumat dan telah dibuktikan kebenarannya. Penyelidikan
bukan proses memindahkan maklumat dari satu tempat ke tempat yang lain atau
dari sebuah buku kepada satu bentuk kertas kerja dan sebagainya.

Proses penyelidikan bermula dengan sesuatu peristiwa, keadaan, dan objek yang
menarik minat atau keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara. Penyelidikan
ialah proses mengumpul maklumat yang diperlukan, untuk menjawab persoalan
tertentu, yang membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu,
organisasi atau masyarakat. Maklumat yang diberikan mestilah baik agar ia
berguna. Bagi mendapatkan maklumat yang baik, proses untuk mendapatkannya
mestilah baik. Proses yang baik ialah proses saintifik atau proses bersistematik.

Langkah-langkah dalam proses penyelidikan seperti di bawah:-

 Mengenal Pasti Masalah – peringkat pertama dalam penyelidikan ialah


mengenal pasti masalah, dan isu-isu bagi memberi justifikasi perlunya
sesuatu penyelidikan. Terdapat banyak sumber permasalahan kajian seperti
minat, pengalaman, masalah social, tren dunia, pembangunan teknologi
baru atau masyarakat.
 Membangunkan Persoalan Kajian – persoalan kajian adalah penting
bagi memastikan penyelidikan berada di landasan yang betul. Persoalan
kajian memberi panduan untuk mencari literature, mengumpul data,
menganalisis dan membuat rumusan. Persoalan kajian biasanya lebih
spesifik dalam kajian kuantitatif berbanding dengan kajian kualitatif

3
 Reka Bentuk Penyelidikan – pada peringkat ini, terdapat banyak kaedah
penyelidikan yang boleh digunakan untuk menjalankan kajian. Pemilihan
kaedah merangkumi kaedah-kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kadangkala
penggunaan kaedah penyelidikan bercampur digalakkan.
 Pengumpulan Data – sebelum pengumpulan data dibuat, kaedah
pensampelan perlu dirancang. Penyelidikan kualitatif biasanya
menggunakan kaedah pensampelan teoritikal manakala penyelidikan
kuantitatif menggunakan pensampelan rawak atau bukan rawak. Pengkaji
perlu memutuskan jenis data yang ingin dikumpulkan seperti data primer
atau data sekunder dan perlu memikirkan bagaiamana data dapat diakses
dan kaedah yang digunakan untuk mengumpulnya seperti temubual
berstruktur atau separa struktur contohnya borang soal selidik perlu
dibangunkan.
 Pemprosesan dan Analisa Data – Isu utama pada peringkat ini adalah
bagaimana untuk menyediakan data bagi analisa berbentuk kualitatif atau
kuantitatif. Data perlu disunting dan dikodkan untuk analisa seterusnya.
Bagi data kuantitatif, penggunaan pakej perisian computer seperti SPSS
digalakkan. Analisa data kualitatif adalah subjektif dan biasanya dilakukan
secara manual.
 Rumusan dan Laporan – laporan akhir membentangkan keseluruhan
projek penyelidikan bermula daripada isu kajian, sorotan literatur,
metodologi penyelidikan, dapatan kajian, analisa data dan rumusan.
Laporan tidak mempunyai format yang konsisten dan pengkaji haruslah
membuat keputusan struktur, kandungan dan stail laporan yang akan
digunakan.

Sumber : Buku OUM.

4
Tujuan Penyelidikan:-

 Mendapatkan maklumat baru


 Memperoleh hubungan baru
 Memperkembang ilmu pengetahuan
 Verifikasi ilmu pengetahuan (mengesahkan ilmu)
 Membina dan memperkembang teori
 Memahami, menjangka, mengawal sesuatu hasil.

Keperluan Penyelidikan:-

 Bila timbul sesuatu masalah dan ada pula keperluan untuk menyelesaikan
masalah tersebut.
 Mendapatkan ilmu baru atau kesempurnaan pada ilmu sedia ada.

Jenis-Jenis Penyelidikan:-

 Sejarah (Historical)
 Petikan (Descriptive)
 Kajian Tindakan
 Kajian Tinjauan (Exploratory)
 Kajian Hubungan (Casual Relationship)
 Kajian Eksperimen

Menurut Salkind (2009), penyelidikan adalah aktiviti intensif yang berasaskan


kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh orang lain dan menjana idea-idea baru
untuk diteruskan dan persoala-persoalan untuk dijawab.

Menurut Azhar dan Nawi (2004), menyatakan penyelidikan adalah satu proses
untuk mencari dan mendapat pengetahuan atau ilmu.

Menurut Ahmad Mahdzan (2000), penyelidikan didefinisikan sebagai aktiviti


yang teratur bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

5
dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikinya (tabiinya) sudah
dikenalpasti.

Menurut Sakaran (2000), penyelidikan dikatakan sebagai satu proses untuk


mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah setelah membuat satu analisis
dan penelitian yang mendalam terhadap faktor-faktor yang berkaitan.

Menurut Tuckman (1990), penyelidikan ialah satu usaha yang sistematik


untuk mendapat jawapan kepada soalan.

Menurut Kerlinger (1990), penyelidikan saintifik adalah kajian yang


sistematik, terkawal, empirikal dan kritikal mengenai fenomena semulajadi
yang berpandukan teori dan hipotesis mengenai hubungan yang dijangkakan di
antara fenomena.

Menurut Helmstadter (1970), penyelidikan merupakan aktiviti penyelesaian


masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan
menggunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai
sarjana-sarjana di dalam bidang tersebut.

2.0 KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA, PUNCA DAN LANGKAH


YANG DIAMBIL OLEH PIHAK BERWAJIB.

Dewasa ini, kemalangan dan kematian di jalan raya sudah menjadi masalah negara
yang menghantui kita setiap hari.Kemalangan jalan raya banyak berlaku pada
musim perayaaan khususnya bukan sahaja membawa kerugian kepada keluarga
mangsa, tetapi kerugian modal insan yang besar kepada negara. Setiap nyawa
yang hilang akibat kemalangan jalan raya merupakan kerugian kepada negara
kerana banyak wang dan perbelanjaan telah dikeluarkan ke atas mereka bagi
tujuan persekolahan, peperiksaan, serta latihan pekerjaan dan akhirnya tidak dapat
memberi sumbangan kepada negara akibat terlibat dalam kemalangan.

6
2.1 PUNCA-PUNCA KEMALANGAN.

2.1.1. Sikap Pemandu

Menurut Berita Harian, kegagalan mengawal sikap ketika di jalan raya dan
kecuaian menjadi faktor utama kemalangan maut terus berlaku di negara setiap
tahun biarpun pelbagai kempen dan penguatkuasaan dilakukan. Pengarah Jabatan
Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner
Shahrul Othman Mansor berkata, antara kesalahan sering dilakukan pengguna
seperti memandu laju, menukar laluan tanpa isyarat, berlumba, mencelah, langgar
lampu isyarat, menggunakan telefon bimbit, memandu dalam keadaan mabuk dan
mengantuk.

Kementerian Pengangkutan memaklumkan, kelajuan awam telah terbukti secara


saintifik sebagai faktor utama peningkatan ketara risiko maut dan cedera bukan
sahaja kepada pemandu dan penumpang tetapi juga kepada pengguna jalan raya
lain yang tidak bersalah. Kira-kira 60 hingga 70 peratus kemalangan berlaku
akibat kelajuan.

Sumber: (http://pmr.penerangan.gov.my)

2.1.2. Penggunaan Telefon Bimbit

Menurut Berita Harian, penggunaan telefon bimbit ketika memandu dikenal pasti
menjadi punca utama kemalangan jalan raya di negara ini. Pengerusi Institut
Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye,
berkata ini sekaligus menunjukkan tahap kesedaran pemandu untuk tidak
menggunakan telefon bimbit ketika memandu masih rendah. Kajian MIROS
terhadap 300 pemandu di sekitar Lembah Klang pada 2016 mendapati 43.4
peratus daripada mereka memandu menggunakan telefon bimbit manakala 61.9
peratus menggunakannya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat. Selain

7
itu, 53.0 peratus menaip teks ketika memandu dan 61.7 peratus membuat atau
menjawab panggilan ketika memandu.

2.1.3. Keadaan Jalan Raya

Keadaan jalan raya yang kurang sempurna juga akan mengakibatkan kemalangan
jalan raya. Jalan yang licin semasa hujan akan mengurangkan kecekapan brek
kenderaan dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya. Jalan raya yang
berselekoh tajam juga amat berbahaya kerana kenderaan di sebelah sana tidak
dapat melihat kenderaan yang datang dan mereka akan berlanggar. Terdapat juga
jalan raya yang berlubang-lubang yang menyebabkan tayar sesuatu kenderaan dan
kenderaan yang datang belakang akan melanggar kenderaan yang tersangkut jika
tidak berhati-hati. Keadaan jalan raya yang dibina di cerun bukit yang curam juga
boleh menyebabkan kemalangan jalan raya seperti tanah runtuh yang berlaku di
Tanah Tingi Cameron telah memusnahkan banyak kenderaan dan meragut nyawa
ramai orang di dalamnya.

2.1.4 Kelalaian Pemandu/Keadaan Kenderaan

Sebelum memulakan perjalanan, para pemandu hendaklah memastikan kenderaan


mereka berada dalam keadaan yang baik dengan menghantar kenderaan tersebut
untuk diselenggara di pusat servis. Sebagai contoh, tayar yang botak akan
mengakibatkan kereta itu mudah hilang kawalan terutamanya ketika hujan dan
seterusnya mengundang malapetaka kepada pemandu dan penumpang.

2.1.5 Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lemah

Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat serta


mampu memberi kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun
ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang
kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan di jalan raya. Sebagai
contoh, denda dan kompaun yang sebanyak RM300 bagi kesalahan berat seperti
memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan
kerana pemandu mampu membayar denda tersebut.

8
2.1.6 Pemandu Tidak Mempunyai Lesen

Kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu dan sesetengah pemandu


juga menggunakan lesen memandu yang palsu.Apabila pemandu tidak
mempunyai lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap
dan tidak biasa memandu kenderaan. Justeru itu, akan menyumbang ke arah
kemalangan dan seharusnya seseorang yang tidak mempunyai lesen memandu
dilarang memandu dijalan raya.

Menurut Berita Harian, Ketua Pengarah JKJR, Datuk Rosli Isa menyarankan agar
pelajar menyertai Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekolah kerana
bukan sahaja berpeluang menikmati potongan harga hingga 50 peratus bagi
pengambilan lesen B2 tetapi juga dapat meningkatkan kesedaran mereka terhadap
aspek keselamatan jalan raya.

Beliau berkata, sebanyak 60 hingga 65 peratus kadar kemalangan maut di negara


ini membabitkan motosikal dengan majoritinya dalam kalangan orang muda.
Kesibukan ibu bapa dengan tugas harian ialah antara punca mereka membenarkan
anak menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen.Oleh itu, katanya, ibu bapa
sepatut tidak membiarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen bagi
mengelakkan risiko terhadap keselamatan, tambahan pula mereka tiada
perlindungan insurans.

2.1.7 Musim Puncak Seperti Pilihanraya/Cuti Sekolah/Perayaan

Menurut Berita Harian, kadar kemalangan jalan raya dijangka meningkat pada
musim pilihan raya berbanding hari biasa, berikutan kesibukan aktiviti kempen
sepanjang tempoh itu.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa, berkata
ini berdasarkan musim pilihan raya lalu yang mencatat peningkatan ketara jumlah
kemalangan jalan raya. “Pada musim pilihan raya ini, banyak pihak akan

9
menjalankan kempen di seluruh pelosok tempat sehingga ada yang keletihan
akibat mengejar masa dan tidak cukup rehat. Hal ini akan meningkatkan risiko
kemalangan jala raya. Justeru itu, saya mengingatkan orang ramai supaya sentiasa
berhati-hati sepanjang musim pilihan raya berlangsung”.

2.2 LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN.

Menurut portal rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia, Kerajaan memandang


serius perangkaan kemalangan ini dan bagi menangani isu keselamatan jalanraya
ini secara holistik, Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah intervensi yang
menggunapakai pendekatan 5E.Pendekatan ini merangkumi pendidikan
(education), penguatkuasaan (enforcement), kejuruteraan (engineering),
persekitaran (environment) dan penilaian (evaluation). Di antaranya:-

 Pembelajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) kepada pelajar


sekolah rendah dan menengah.
 Penguatkuasaan piawaian teknikal kenderaan berdasarkan piawaian United
Nations Economics Commision for Europe (UNECE)
 Aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan berkala dan adhoc dijalankan
oleh agensi-agensi penguatkuasa sepanjang masa.
 Penambahbaikan penguatkuasaan melalui pelaksanaan Automated
Enforcement System (AES) yang berterusan (24X7)
 Penyenggaraan dan aktiviti pengauditan keselamatan jalan raya.
 Kempen advokasi bagi meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan
jalan raya oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dengan kerjasama
agensi-agensi berkaitan, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan media
massa.
 Penilaian terhadap keberkesanan usaha/aktiviti keselamatan jalan raya
yang dijalankan selain memastikan pelaksanaannya menepati kumpulan
sasaran.

10
Kementerian Pengangkutan dalam usaha mengukur pencapaian peningkatan
keselamatan jalan raya di Malaysia, telah menetapkan elemen penurunan Indeks
Kematian sebagai salah satu daripada Key Performance Indicator (KPI).Pada
tahun 2014, Kementerian Pengangkutan telah menetapkan sasaran untuk
menurunkan Indeks Kematian pada 2.88.

Hasil daripada inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian dan agensi-


agensi Kerajaan yang lain termasuk Badan Bukan Kerajaan dan pihak swasta,
Indeks Kematian pada tahun 2014 telah berjaya diturunkan pada 2.66 di mana
jumlah kematian adalah sebanyak 6,674 orang dengan jumlah terkumpul
kenderaan berdaftar pada tahun 2014 adalah sebanyak 25,101,192 kenderaan.

Dipetik daripada http:pmr.penerangan.gov.my, Kementerian Pengangkutan sedang


mengkaji pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik yang melibatkan
penggunaan kamera dalam usaha menambah baik dan meningkatkan
penguatkuasaan di kawasan mudah berlaku kemalangan.

Pakar pengangkutan awam, Prof.Dr.Abd.Rahim Md.Nor menyokong penggunaan


kamera automatik.Katanya, ini manambah satu langkah, dalam senarai langkah
yang telah dilaksanakan selama ini. Beliau melihat penggunaan kamera automatik
kaedah yang berkesan untuk mengesan pemandu memandu melebihi had kelajuan.
Bukti imej sah di mahkamah.Pihak berwajib perlu membangunkan suatu sistem
pengkalan data yang besar, sentiasa dikemaskini, dan sistem penghantaran saman
yang cekap dan boleh dipercayai. Bahagian penghantaran saman perlu kuat, kalau
tidak data dan imej akan bertimbun-timbun, danada orang yang akan disaman dan
ada pula yang terlepas atau lewat dihantar saman. Ini akan menjemput rungutan
orang ramai tentang ketidakcekapan dan ketidakadilan.

Langkah utama bagi mengurangkan angka kemalangan jalan raya ialah dengan
mendidik para pemandu khususnya pemandu pengangkutan awam supaya lebih
berdisplin ketika memandu.Peratusan tinggi kemalangan dikatakan berpunca
daripada sikap pemandu itu sendiri yang dikatakan cuai ketika berada di atas jalan
raya.

11
Langkah seterusnya ialah dengan memperbaiki keadaan jalan raya di negara
kita.Jalan raya yang tidak diselanggara dengan baik sudah pasti mendatangkan
bahaya kepada para pemandu dan juga penunggang motosikal.Tambahan lagi,
keadaan jalan raya yang gelap tanpa sinaran cahaya lampu juga boleh
membahayakan nyawa pengguna jalan raya terutama pada waktu malam.

Bagi penunggang dan pembonceng motosikal pula, helmet perlulah sesuai,


selamat dan selesa untuk perjalanan, dan untuk keselamatan tambahan, jaket
keselamatan dengan pad siku dan lutut sewajarnya dipakai setiap masa.

Menggunakan kenderaan awam merupakan satu langkah yang berkesan untuk


mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.Justeru itu, rakyat Malaysia
disarankan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan
memaksimumkan penggunaan kenderaan awam terutama ketika musim puncak
seperti perayaan, cuti sekolah atau pilihanraya.

3.0 STATISTIK KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas
dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Berdasarkan 23.8
kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan
Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden
dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa
penduduk UK pada tahun lalu.

Kemalangan jalan raya mengakibatkan ekonomi Malaysia kehilangan RM9 bilion tahun
lalu dari segi kehilangan nyawa dan cedera. Tahun lalu berlaku 6,640 kemalangan jalan
raya atau 18.2 kematian sehari, bermakna setiap 1 jam 20 minit seorang rakyat Malaysia
terbunuh di jalan raya.

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), motosikal


dan kereta masing-masing mencatatkan lebih 60 peratus dan 20 peratus kematian di jalan
raya. Sementara kadar kemalangan maut paling tinggi melibatkan orang muda yang
berumur di antara 16 hingga 25 tahun.

Sumber: (http://pmr.penerangan.gov.my)

12
Menurut portal rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia, Indeks Kematian di Malaysia
dari tahun 2011 hingga 2016 adalah seperti di bawah:-

Tahun Kematian Jumlah Terkumpul Kenderaan Berdaftar Indeks

2011 6,877 21,401,269 3.21

2012 6,917 22,702,221 3.05

2013 6,915 23,819,256 2.90

2014 6,674 25,101,192 2.66

2015 6,706 26,301,952 2.55

2016 7,152 27,613,264 2.59

Menurut https://paultan.org, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit


Aman telah mengumumkan statistik kematian akibat kemalangan jalan raya yang berlaku
dalam tempoh Januari hingga September 2017, iaitu melibatkan 5,083 kematian.

Menurut Pengarah JSPT, SAC Shahrul Othman Mansor, daripada jumlah itu, sebanyak
1,077 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan melibatkan pelajar sekolah
berusia di antara 6 hingga 20 tahun diikuti jumlah golongan tersebut yang cedera parah
seramai 1,150 orang dan 1,675 orang cedera ringan.

Selain itu, dalam tempoh sama kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan
penunggang motosikal berumur 16 tahun hingga 25 tahun adalah tertinggi direkodkan
iaitu sebanyak 1,043 kes daripada 3,232 kes.

Penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi menjadi kumpulan pengguna jalan
raya yang paling terdedah dan paling berisiko tinggi terlibat dalam kes kemalangan jalan
raya di negara ini.

Statistik 22 kali Ops Sikap sepanjang tempoh 2001-2010 bagi bilangan peristiwa
kemalangan dan jumlah nyawa yang terkorban atau cedera amat menyedihkan. Bagi 22
Ops Sikap dalam tempoh 2001-2010, sebanyak 279,204 peristiwa kemalangan berlaku, di
mana 3,909 peristiwa kemalangan melibatkan sekurang-kurangnya seorang mati.

Jumlah yang mati pula ialah 4,479 orang. Purata bilangan yang mati dalam sehari
mencapai dua digit, dengan Ops Sikap 1V(Tahun Baru China 2003) mencatatkan
bilangan mati purata harian paling rendah iaitu 11 dan Ops Sikap III (Hari Raya 2002)
mencatatkan purata paling tinggi iaitu 18 orang sehari.

13
Tahun 2009 seramai 6745 orang terkorban di lebuh raya, memberikan purata kematian
sekitar 18 orang sehari.

Menurut MyMetro, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pada
tahun lalu sahaja sebanyak 512,466 kemalangan direkodkan dengan kadar 22 kematian
bagi setiap 100,000 kemalangan. Kenderaan juga dijangka meningkat secara mendadak
daripada daripada 27 juta kenderaan pada 2016 kepada 34 juta pada 2020 ini yang akan
menyumbang kepada kesesakan jalan raya. “Semua ini akan menjadi cabaran kepada
kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan dalam menambah baik sektor
pengangkutan negara.Selain itu, kita sentiasa bersedia dan melakukan pelbagai
pendekatan dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya”.

STATISTIK MENGIKUT JENIS KEMALANGAN DAN KECEDERAAN (2015)

Negeri J/Kemalangan Maut Parah Ringan

Perlis 1,861 63 166 278

Kedah 22,016 502 296 873

P.Pinang 39,856 354 164 124

Perak 36,736 670 595 605

Selangor 140,957 975 190 187

K/Lumpur 64,664 242 99 460

N/Sembilan 22,939 334 337 690

Melaka 17,069 227 136 63

Johor 67,112 955 136 384

Pahang 19,635 477 142 301

Kelantan 9,960 379 220 841

Terengganu 10,381 280 162 322

Sabah 17,290 343 369 307

Sarawak 19,130 392 198 298

Jumlah 489,606 6,193 3,210 5,733

14
4.0 SOALAN DAN OBJEKTIF-OBJEKTIF KAJIAN

Mengapa kajian ini dibuat oleh penulis ialah:-

 Adakah sikap pemandu menjadi faktor utama kemalangan jalan raya?


- suka mencelah, menghimpit, melanggar lampu isyarat, memecut sesuka hati di
laluan tidak sepatutnya, berlumba di jalan raya, memotong di laluan
kecemasan, menukar lorong sewenang-wenangnya serta tidak memberi
tumpuan semasa memandu akibat penat, mengantuk, mabuk dan sebagainya.
 Adakah penggunaan telefon bimbit menjadi penyebab kemalangan jalan raya?
- Kelalaian dan pentingkan diri sendiri meneyebabkan mudahnya berlaku
kemalangan jalan raya.
 Adakah keadaan kenderaan menjadi punca terjadinya kemalangan jalan raya?
- Keadaan jalan raya yang tidak selamat untuk digunakan oleh pengguna.
 Adakah penguatkuasaan undang-undang yang lemah mendorong terjadinya
kemalangan jalan raya?
- Memastikan petugas-petugas yang telus dan adil semasa menjalankan tugas.
 Adakah waktu musim puncak seperti perayaan, cuti sekolah dan pilihanraya
menjadi penyebab berlakunya kemalangan jalan raya?
- Faktor bertambahnya bilangan kenderaan di atas jalan raya menyebabkan
mudahnya berlakunya kemalangan kecil ataupun besar.
 Adakah kerana pemandu tidak mempunyai lesen punca kemalangan jalan raya?
- Pemandu yang tidak mempunyai lesen semestinya tidak cekap dalam
mengendalikan kenderaan apatahlagi ketika kecemasan.

15
5.0 JUSTIFIKASI DAN SEBAB-SEBAB PENTING.

Cadangan Penulis:-

 Sikap Pemandu – suka mencelah, menghimpit, melanggar lampu isyarat,


memecut sesuka hati di laluan tidak sepatutnya, berlumba di jalan raya, memotong
di laluan kecemasan, menukar lorong sewenang-wenangnya serta tidak memberi
tumpuan semasa memandu akibat penat, mengantuk, mabuk dan sebagainya.

Ketika memandu cuba amalkan selalu mencongak pada diri sendiri, kemungkinan
yang bakal berlaku jika memecut, membelok atau memperlahankan kenderaan,
cubalah mengelak daripada perkara tersebut.

Pemandu yang bertanggungjawab sentiasa memastikan pemanduannya tidak


berisiko misalnya dalam perjalanan yang jauh, tidak alpa berhenti di kawasan
rehat bagi menghilangkan penat.Boleh juga mengamalkan petua minum kopi
terlebih dulu, mengaktifkan sistem audio, menyanyi atau bercakap-cakap dengan
penumpang dan sesekali membuka cermin tingkap bagi menghindarkan kelesuan
dan mengantuk.

 Penggunaan Telefon Bimbit


Kepada pemandu yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu pula, pihak
polis haruslah menggubal undang-undang baru iaitu mengeluarkan saman dan
terus merampas telefon bimbit tersebut, agar pesalah-pesalah ini tidak
menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

 Keadaan Jalan Raya


Pihak berwajib seperti JKR haruslah memastikan keadaan jalan raya dalam
keadaan baik dan selamat untuk digunakan seperti segera membaiki dan menurap
jalan-jalan yang berlubang,

 Keadaan Kenderaan
Setiap pemandu harus mengetahui serba sedikit mengenai komponen alat ganti
kenderaan.Keadaan ini penting supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan
terhadap barangan tiruan yang digunakan dalam penggantian spare part kenderaan
mereka.Selain itu, penyelenggaraan juga perlu dilakukan mengikut piawaian dan
jangka masa yang telah ditetapkan supaya kenderaan sentiasa berada dalam
keadaan yang baik untuk pemanduan yang lancar dan selamat ke destinasi.

16
 Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lemah
Jabatan JPJ mestilah menghidupkan kembali kaedah pemberian mata “demerit”
kepada pesalah jalan raya iaitu rekod pesalah diwujudkan melalui notis saman
berkaitan dengan kesalahan terjadual dan mata demerit akan dikira. Sistem ini
terbukti berkesan diamalkan di Paris iaitu kematian akibat kemalangan hanya 50
orang setahun pada musim perayaan.
Penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dan hukuman berat mesti
dikenakan ke atas pesalah jalan raya seperti hukuman penjara selama 6 bulan atau
denda dinaikkan sebanayak RM 500.00.
Kerajaan juga mestilah memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk
menguji pemandu kerajaan.

 Pemandu Tidak Mempunyai Lesen


Bagi pemandu yang tidak mempunyai lesen, pihak berwajib haruslah
mengeluarkan saman dan waran tangkap sekaligus agar mereka perit sama sekali
dan seterusnya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Pihak kerajaan juga
haruslah memberi diskaun bagi pelajar-pelajar sekolah sebanyak 50% dan
mengurangkan had umur bagi mendapatkan lesen seperti umur 15 tahun ke atas
kerana golongan ini lebih banyak melakukan kesalahan di jalan raya.

 Musim Puncak Perayaan, Cuti Sekolah Pilihanraya


Apabila tiba musim puncak seperti perayaan, cuti sekolah atau pilihanraya, maka
bilangan kenderaan di atas jalan raya automatiknya akan bertambah berkali ganda.
Justeru itu, pihak kerajaan haruslah memainkan peranan menyarankan rakyat agar
mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan memaksimumkan
penggunaan awam terutama ketika musim perayaan.Ini terbukti di negara-negara
seperti Jepun, UK, Finland dan Sweden kebanyakannya mempunyai jaringan
perhubungan keretapi awam yang baik dan menunjukkan bahawa penggunaan
pengangkutan awam mampu mengurangkan kemalangan dan kematian.

17
6.0 KESIMPULAN

Penyelidikan merupakan satu seni untuk menyingkap ilmu pengetahuan baru yang mana
ianya satu proses yang saling berkaitan dan berperingkat di antaranya mengenal pasti
masalah, membangunkan persoalan kajian, sorotan literatur, falsafah dan pendekatan
penyelidikan, reka bentuk penyelidikan, pengumpulan data, pemprosesan dan analisa data
seterusnya rumusan dan laporan. Kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada
pelbagai faktor.Banyak faktor perlu diambil kira apabila berada di jalan raya seperti
emosi terkawal, kesihatan diri, kenderaan berada di dalam keadaan baik serta keadaan
jalan dan cuaca.Justeru itu, setiap pemandu haruslah berhati-hati di jalan raya dan
memastikan kenderaan dalam keadaan selamat sebelum bertolak dari rumah. Manakala
pihak yang berwajib pula haruslah memastikan jalan raya berada dalam keadaan
baik.Pihak-pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan masing-masing seperti JPJ,
PDRM, SPAD mahupun organisasi berkaitan dan sebagainya bagi mengurangkan kadar
kemalangan terutamanya musim puncak seperti perayaan, pilihanraya atau cuti
persekolahan.Kecelakaan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan serta
memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan awam tetapi juga telah
menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara memandangkan pihak kerajaan terpaksa
membelanjakan jutaan ringgit untuk membaik pulih infrastruktur jalan.Justeru itu, usaha
untuk menjadikan kemalangan jalan raya sifar bukanlah impian pihak kerajaan semata-
mata tetapi setiap rakyat juga perlu menunjukkan usaha untuk mengurangkan berlakunya
kemalangan disebabkan kecuaian dan akhir sekali semua pihak haruslah berganding bahu
agar kadar kemalangan jalan raya di negara kita dapat dikurangkan.

(3500 patah perkataan)

18
5.0 Rujukan

1) Sakaran, U. (2000). Research Method for Business: A Skill Building Approach.


(3’’ Ed.) Singapore: John Wiley & Sons.

2) http://www.mot.gov.my/my/darat/keselamatan-jalan-raya-/perangkaan-
kemalangan-jalan-raya/perangkaan-kemalangan-jalan-raya-indeks-kematian

3) https://paultan.org/2017/11/13/5083-kematian-akibat-kemalangan-jalan-raya-
dicatatkan-dari-jan-hingga-sept-2017-pdrm/

4) http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/keselamatan/7591-malaysia-pegang-
rekod-kematian-jalan-raya.html

5) https://www.hmetro.com.my/node/225374.

6) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/408083/kadar-kemalangan-
dijangka-meningkat.

7) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/349686/guna-telefon-
bimbit-punca-kemalangan.

8) https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/12/293124/masalah-sikap-punca-
kemalangan-maut

9) Buku OUM (2014), BBRC4103 Kaedah Penyelidikan. Terbitan Open Universiti


Malaysia.

19
20

You might also like