You are on page 1of 21

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER MEI 2015

BBRC4103

RESEARCH METHODOLOGY

EKMATUL MANURAH BINTI IKHTIMAN

NO. MATRIKULASI : 780529065374001


NO. KAD PENGENALAN : 780529-06-5374
NO. TELEFON : 019-3935233
E-MEL : ekmatul_manurah@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA
Research Methodology BBRC4103

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pengenalan .......................................................................................................... 3

2. Penyataan Masalah dan Persoalan Penyelidikan…….…..…….......................... 5

3. Sorotan / Kajian Literatur……........................................................................... 11

4. Pendekatan Dan Reka Bentuk Penyelidikan……............................................... 12

5. Kaedah Pengumpulan Data Dan Persampelan……………………………….... 16

6. Ringkasan............................................................................................................. 18

RUJUKAN

2
Research Methodology BBRC4103

1. PENGENALAN
Menurut Tuckman (1999) penyelidikan adalah kaedah sistematik yang digunakan
untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan atau permasalahan. Manakala
Kelinger (1964) berpendapat bahawa penyelidikan merupakan satu set penyiasatan
yang sistematik, terkawal, bercorak emprikal dan kritikal mengenai perhubungan di
kalangan fenomena. Penyelidikan juga boleh didefinisikan usaha-usaha mencari
jawapan kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berkenaan sesuatu
permasalahan. Sehubungan dengan itu boleh disimpulkan bahawa penyelidikan
adalah satu kaedah mencari fakta atau kebenaran mengenai sesuatu perkara dengan
mengurus satu penyelidikan saintifik untuk menyelesaikan masalah dan menguji
hipotensis seterusnya membina atau merekacipta produk yang baharu.

Tugasan kali ini memerlukan saya mengaplikasikan langkah-langkah proses


penyelidikan yang perlu dijalani oleh Tesco Stores Malaysia dalam pelaksanaan
pengeluaran produk baharunya. Sehubungan dengan itu, seperti yang telah
diterangkan sebelum ini bahawa penyelidikan adalah bersifat sistematik kerana
pelaksanaannya perlu melalui beberapa langkah-langkah tertentu mengikut logik dan
susunan seperti berikut :

1. Mengenalpasti masalah
2. Merangka soalan kajian
3. Sorotan / kajian literatur
4. Falsafah penyelidikan dan pendekatan
5. Reka bentuk penyelidikan
6. Pengumpulan data
7. Memproses dan menganalisis data
8. Rumusan dan laporan

1.1 Mengenalpasti masalah


Langkah pertama yang perlu dilakukan dalam menjalankan penyelidikan adalah
dengan mengenalpasti masalah ataupun situasi yang tidak dapat diselesaikan dan
memerlukan penyelidikan bagi mendapatkan penyelesaiannya. Punca masalah boleh
diperolehi dari pelbagai sumber seperti media cetak dan elektronik, jurnal dan buku
yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan, pengalaman individu serta melalui konsep,
3
Research Methodology BBRC4103
teori, elemen yang hendak dikaji oleh penyelidik berdasarkan pengalamannya dan
perbincangan antara induvidu juga kumpulan.

1.2 Merangka soalan kajian


Langkah seterusnya dalam proses penyelidikan adalah merangka sebanyak mana
soalan-soalan kajian. Soalan-soalan kajian timbul adalah sebagai satu garis panduan
kepada pencarian literatur, pengumpulan data, analisis dan rumusan sesuatu
penyelidikan. Semua persoalan yang timbul tidak dapat dipenuhi keseluruhannya
kerana biasanya bergantung kepada kos dan waktu yang telah ditetapkan bagi
menyiapkan sesuatu penyelidikan itu.

1.3 Sorotan / kajian literatur


Sorotan kajian adalah merupakan satu set penyelidikan yang telah diterbitkan atas
topik tertentu. Ianya berbentuk penulisan ilmiah seperti jurnal, monograf, buku
akademik mahupun laporan penyelidikan. Langkah ini dapat memberi peluang kepada
para penyelidik mempelajari atau sebagai rujukan dari pengalaman yang dimiliki oleh
penyelidik lain di samping dapat memperbaiki kaedah-kaedah yang pernah
digunakan. Oleh yang demikian, kemajuan akan dapat dicapai sekiranya kaedah dan
cara yang digunakan oleh penyelidik terdahulu dibuat penambahbaikan. Dalam
langkah ini perkara yang perlu diutamakan adalah kawasan atau tajuk yang hampir
sama.

Sorotan kajian dapat memberi penjelasan mengenai perkara yang diketahui dan
perkara yang perlu diketahui berkenaan topik yang dipilih. Selain dari itu ianya dapat
memberi garis panduan kepada soalan-soalan penyelidikan atau masalah yang dikaji
serta menjelaskan istilah-istilah yang digunakan di dalam kajian. Pengkaji juga dapat
lebih memahami penemuan-penemuan awal yang mungkin kadang kala berlainan
dengan apa yang sepatutnya. Oleh itu, pengkaji dengan mudah dapat menilai dan
memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis yang bersesuaian dengan penyelidikan.

1.4 Falsafah penyelidikan dan pendekatan


Langkah ketiga dalan proses penyelidikan adalah menentukan falsafah dan
pendekatan penyelidikan yang berkaitan. Langkah ini adalah bagi meramalkan
terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan dan biasanya dibentuk selepas
sesuatu objektif penyelidikan ditentukan. Langkah ini bertujuan meramalkan
4
Research Methodology BBRC4103
hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah selain dinyatakan secara jelas, terang
dan logik, spesifik serta khusus agar boleh menjadi sebagai panduan kelak.

1.5 Reka bentuk penyelidikan


Langkah seterusnya adalah reka bentuk penyelidikan yang digunakan dalam
memastikan hala tuju penyelidikan berada di landasan yang betul. Terdapat dua jenis
reka bentuk penyelidikan iaitu kuantitatif dan kualititatif.

1.6 Pengumpulan data


Langkah pengumpulan data ini memerlukan kaedah persampelan terlebih dahulu.
Biasanya penyelidikan kualitatif akan menggunakan jenis data yang berbentuk imej,
perkataan dan objek manakala penyelidikan kuantitatif akan menggunakan data
berbentuk nombor dan statistik.

1.7 Memproses dan menganalisis data


Perkara penting yang perlu diambil perhatian dalam langkah ini adalah bagaimana
kaedah yang perlu digunakan dalam penyediaan data sama ada analisis secara
kualitatif dan kuantitatif. Data perlu diterjemahkan dan diubah suai mengikut analisis
yang bersesuaian.

1.8 Rumusan dan laporan


Langkah terakhir adalah penyediaan laporan bagi keseluruhan projek penyelidikan.

2. PENYATAAN MASALAH DAN PERSOALAN PENYELIDIKAN


Kajian ini menumpukan perhatian kepada faktor-faktor yang mempengaruhi proses
membuat keputusan dalam pemilihan barangan dan perkhidmatan di kalangan
pengguna. Dalam aspek psikologi, pengguna amat menitik beratkan kepuasan mereka
dari segi pemilihan barangan. Semasa proses membuat keputusan pembelian barangan
dan perkhidmatan di kalangan pengguna terdapat banyak faktor yang akan
mempengaruhinya. Proses pemilihan adalah salah satu tatacara dalam melakukan
aktiviti pembelian dengan membandingkan sesuatu dengan yang lain untuk membuat
keputusan. Pemilihan beretika bermakna keputusan sukarela yang diambil di antara
dua alternatif yang dilabelkan sebagai baik dan buruk.

5
Research Methodology BBRC4103
Ahli-ahli psikologi telah mengatakan bahawa salah satu pembolehubah yang kuat
dalam menentukan kekuatan sesuatu kebiasaan ialah jumlah peneguhan yang diterima
oleh seseorang individu (Berkman dan Gilson, 1981). Mengikut Hukum Kesan
Thorndike, apabila sesuatu perkara diikuti dengan keadaan puas hati, kekuatannya
akan bertambah dan kemungkinan perkara itu diulangi adalah besar. Sebaliknya
apabila sesuatu perkara itu diiringi oleh keadaan yang tidak memberangsangkan
kekuatannya akan menurun dan lemah. Sesuatu organisma cenderung untuk
mengulangi sesuatu yang pernah memuaskan hatinya (Berkman dan Gilson, 1981).
Hukum ini dapat dikaitkan dengan kebiasaan membeli barang. Apabila barang yang
pertama kali dibeli dapat memuaskan hati pengguna maka kemungkinan atau
kebarangkalian barang itu dipilih semula adalah besar. Dalam kurun ke-dua puluh,
satu gejala yang sedang berkembang ialah penekanan kepada pembelian mengikut
jenama. Kini, sebahagian besar iklan barangan pengguna direkabentuk untuk
mengukuhkan nama sesuatu keluaran (Deci et.al.,1972). Oleh itu, kesedaran tentang
sesuatu jenama barang boleh mempengaruhi pemilihan barangan pengguna. Burke
(1973) memahami jenama sebagai satu nama yang jelas yang mengidentifikasikan
barangan pengeluar. Hasty dan Will (1977) pula memberikan pengertian yang lebih
komprehensif lagi.

Bagi mereka jenama ialah simbol, istilah, tanda, nama atau kombinasi kesemuanya
yang bertujuan untuk mengenalpasti barangan yang dihasilkan oleh pengeluar.
Jenama boleh berupa apa sahaja kecuali pembungkusan atau bentuk keluaran tersebut.
Model tingkahlaku pengguna oleh Engel et. al., (1978) sendiri meletakkan faktor
jenama ini khusus dalam peringkat penilaian keluaran jenama. Ini menunjukkan
betapa pentingnya jenama sebagai faktor yang terlibat dalam 4 proses pemilihan yang
bertitiktolak dari kepercayaan dan sikap pengguna. Dalam kajian tersebut kesedaran
jenama merujuk kepada sejauhmana pengguna begitu prihatin dengan jenama
barangan yang dipilih. Maklumat pula boleh mempengaruhi pengguna seperti halnya
maklumat dari iklan, TV dan suratkhabar, keluarga atau kenalan. Jelasnya ia adalah
sebarang bentuk penerangan samada secara audio, visual, atau lisan. Sehubungan
dengan itu, kajian ini cuba melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan
barangan dan perbezaannya berdasarkan faktor jantina, etnik, taraf pendidikan, umur,
taraf pekerjaan dan status perkahwinan. Berdasarkan latar belakang masalah di atas,
kajian ini dijalankan untuk menjawab dua persoalan utama seperti berikut:

6
Research Methodology BBRC4103
i. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan dalam memilih
barangan dan perkhidmatan di kalangan pengguna?

ii. Adakah terdapat perbezaan gaya membuat keputusan dalam memilih barangan
berdasarkan faktor-faktor demografi iaitu etnik, umur, tahap pendidikan, taraf
pekerjaan dan status perkahwinan?

iii. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh produk jenama baru dengan produk
jenama yang telah mendapat nama?

2.1 Objektif Penyelidikan


Pihak pengurusan Tesco Store akan dapat menggunakan maklumat kajian bagi
kepentingan perniagaan mereka. Teknik jualan yang tidak selari dengan kehendak
pengguna boleh diperbaiki dengan melakukan rujukan terhadap kajian ini yang boleh
memberi maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna dalam
pembelian barang terutama produk baru. Berdasarkan dua persoalan di atas beberapa
objektif kajian ini adalah
seperti berikut:

i. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan dalam


pembelian barangan di kalangan pengguna.

ii. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan


pembelian barangan di kalangan pengguna berdasarkar jantina.

iii. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan


pembelian barangan di kalangan pengguna berdasarkan etnik.

iv. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan


pembelian barangan di kalangan pengguna berdasarkan tahap pendidikan.

v. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan


pembelian barangan di kalangan pengguna berdasarkan umur.

7
Research Methodology BBRC4103
vi. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan
pembelian barangan di kalangan pengguna berdasarkan jenis pekerjaan.

vii. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan


pembelian barangan di kalangan pengguna berdasarkan status perkahwinan.

2.2 Hipotesis Kajian

Hipotesis 1:
Terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan dari segi gaya
membuat keputusan dalam pemilihan barangan di kalangan pengguna.

Hipotesis 2:
Terdapat perbezaan yang signifikan antara etnik Melayu, Cina dan India dari segi
gaya pembuatan keputusan dalam pemilihan barangan di kalangan pengguna.

Hipotesis 3:
Terdapat perbezaan yang signifikan antara status perkahwinan dari segi gaya
pembuatan keputusan dalam pemilihan barangan di kalangan pengguna.

Hipotesis 4:
Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pendidikan dari segi gaya pembuatan
keputusan dalam pemilihan barangan di kalangan pengguna.

Hipotesis 5:
Terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis pekerjaan dari segi gaya pembuatan
keputusan dalam pemilihan barangan di kalangan pengguna.

Hipotesis 6:
Terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dari segi gaya pembuatan keputusan
dalam pemilihan barangan di kalangan pengguna.

Masalah penyelidikan juga adalah merupakan situasi atau isu yang tidak dapat
diselesaikan dan memerlukan penyelidikan dibuat bagi menyelesaikannya. Situasi dan
isu yang tidak dapat diselesaikan ini menyebabkan seseorang pengkaji ingin
8
Research Methodology BBRC4103
melakukan penyelidikan terhadapnya. Masalah dan isu yang hendak dibuat kajian
pula hendaklah jitu , konkrit dan bukan rekaan. Pernyataan masalah boleh diperolehi
melalui pelbagai sumber seperti pengalaman peribadi, perbincangan secara
berkumpulan, kaedah pemerhatian, soal selidik dan pelbagai lagi.

Dalam memilih masalah kajian, beberapa pertimbangan harus dilakukan bagi


menerangkan dengan jelas sesuatu perkara yang kabur, kurang jelas atau abstrak.
Pertimbangan dalam memilih masalah kajian adalah seperti berikut :

 Adakah kajian tersebut berada dalam had dan masa tertentu untuk diselesaikan.
 Adakah penyelidik mempunyai minat dalam menjalankan kajian tersebut.
 Adakah kajian yang akan dilakukan ini mempunyai nilai teoritikal di mana ia
mampu untuk mengembangkan sesuatu model, elemen atau cadangan terkini.
 Adakah kajian yang akan dijalankan ini mempunyai nilai praktis yang boleh
digunakan oleh orang lain.
 Adakah dalam menjalankan kajian tersebut, bahan-bahan rujukan dapat diperolehi
dengan mudah.

Kriteria yang perlu ada dalam pembentukan masalah penyelidikan adalah seperti
berikut :

 Penyelidikan mampu untuk menambahkan pengetahuan


 Penyelidikan mampu membentuk atau mengembangkan kepada masalah dan
penyelesaian baru.
 Sesuatu masalah itu boleh dibuat kajian
 Bersesuaian dengan penyelidik
 Mempunyai kaitan dengan masalah semasa dan terkini
 Perlu dilakukan mengikut etika yang sempurna.

Setelah sesuatu isu atau masalah penyelidikan ditentukan, maka ianya boleh
diterjemahkan kepada soalan-soalan penyelidikan. Soalan penyelidikan adalah
sebagai satu garis panduan dan pusat rujukan bagi sesuatu penyelidikan yang
dijalankan. Ianya mestilah bersifat fokus, jelas dan sintesis agar segala hujah yang
dibentangkan menjadi sesuatu yang unik dan luar dari kebiasaan serta idea-idea baru
diketengahkan.
9
Research Methodology BBRC4103

Rajah 1 : Bentuk soalan yang perlu ditanya oleh penyelidik

10
3. SOROTAN / KAJIAN LITERATUR
Tajuk Artikel Masalah yang perlu Cadangan penyelesaian Kekuatan Kelemahan / had Cadangan baru penyelesaian untuk memperbaiki
diselesaikan tugasan tugasan

Penelitian tingkah Cabaran firma kecil Mengubahsuai kerangka asas Mempunyai profil Faktor kegagalan adalah Usahawan firma kecil perlu menerapkan konsep
laku inovasi firma tempatan dalam klasifikasi bagi mengenalpasti inovasi tersendiri disebabkan faktor saiz mentor menti, di mana mengambil satu firma
makanan halal kecil membuat penyelidikan tahap inovasi firma kecil yang unik. pasaran terhad, kurang tempatan besar yang telah berjaya sebagai rujukan
di Malaysia: dan pembangunan khusus dalam penghasilan pengetahuan teknikal dan tunjuk ajar. Mempelajari teknologi dan inovasi
Satu analisis inovasi produk halal. Pemasan tidak berkesan, tidak yang diterapkan serta latihan yang kerap.
tentatif berinovasi dan kurang dana.
Kajian Terhadap Mengenalpasti faktor- 8 faktor yang dikaji bagi Maklmumat yang Kajian hanya tertumpu di tiga Melebaruaskan skop kajian agar dapat hasil yang
Proses Membuat faktor yang mengenalpasti faktor-faktor diperolehi dapat buah kompleks membeli lebih tepat dan menyeluruh.
Keputusan Dalam mempengaruhi yang mempengaruhi mempengaruhi belah.
Tingkah Laku pengguna dalam pengguna dalam memilih ekonomi negara
Membeli Di memilih dan membeli barangan dan produk. melalui
Kalangan Pengguna: barangan dan produk perbelanjaan
Kajian Kes Di Johor pengguna
Bahru
Merah, Hijau dan Masalah apabila warna Menentukan kesan tiga Tiada teori warna Terhad kepada tiga warna Memperbanyakkan pilihan warna agar dapt
Putih ? Kesannya ke dikaitkan dengan warna kereta merah,hijau dalam pemasaran sahaja iaitu merah, hijau dan mengenalpasti tindak balas dan hubungan pengguna
atas sikap dan budaya dan putih ke atas sikap, walaupun terdapat putih. terhadap sesuatu barangan atau produk.
gelagat kumpulan produk dan keinginan hubungan antara
etnik membeli. warna dan tindak
balas pengguna.
Classical
Conditioning
digunakan
Ke Arah Hab Pendekatan yang Garis panduan bagi beberapa Pengiktirafan Umat islam mempunyai Memperkukuhkan dan memperincikan mengenai
Makanan Halal diambil bagi perkara penting dalam sebagai pengerusi sensitivity yang tinggi lesen halal yang dikeluarkan.
Dunia 2010 menjadikan negara ini pemilihan makanan halal OIC menjadi titik terhadap produk-produk
sebuah hab makanan bagi masyarakat islam. tolak. haram
halal dunia.
Oleh yang demikian, secara keseluruhannya daripada kajian yang dijalankan di atas
mendapati bahawa menunjukkan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tingkah
laku pengguna khususnya dalam pembelian produk dan barangan serta cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh pengusaha dalam mempromosikan produk jenama
barunya.

4. PENDEKATAN DAN REKA BENTUK PENYELIDIKAN

Rajah 2 : Reka Bentuk Penyelidikan


4.1 Penyelidikan Kuantitatif
Dijalankan untuk mendapatkan fakta penjelasan mengenai persoalan kenapa dan
mengapa yang berkaitan menggunakan pengukuran objektif dan analisa statistik data
numerik bagi memahami dan menjelaskan sesuatu perkara atau fenomena yang boleh
dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Gay & Airasian 200). Persoalan kajian
bagi penyelidikan kuantitatif adalah berbentuk hipotesis. Walaubagaimana pun ianya
tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kebanyakan masalah dalam perkara yang dikaji.
Research Methodology BBRC4103

Rajah 3 : Contoh Reka Bentuk Penyelidikan Kuantitatif


4.1.1 Kajian Eksperimen
Kajian yang dijalankan bagi menentukan keberkesanan sesuatu ransangan,
rawatan atau intervensi ke atas pemboleh ubah bersandar. Dalam kajian
eksperimen , pemboleh ubah tidak bersandar akan dimanipulasikan manakala
pemboleh ubah bersandar akan kekal tidak berubah. Penyelidikan ini tidak
digunakan dalam sains sosial kerana kesukaran untuk mengawal perubahan
yang berlaku dalam persekitaran.

4.1.2 Kajian Kuasi- Eksperimen


Digunakan untuk menilai keberkesanan sesuatu program apabila responden
kajian tidak dapat diagih secara rawak. Dua kumpulan responden yang dipilih
mestilah tidak seimbang dan tidak mempunyai ciri-ciri yang serupa. Kajian ini
dilakukan ke atas individu yang sentiasa terdedah kepada ralat dari luar
(perbezaan umur, jantina, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada dan
pengaruh persekitaran).

4.1.3 Kajian Tinjaun


Kaedah penyelidikan ini bukan berbentuk eksperimen yang paling popular
digunakan dalam pelbagai bidang khusus seperti sains sosial atau pendidikan.

13
Research Methodology BBRC4103
Kajian ini biasanya digunakan bagi mendapatkan persepsi menyeluruh sesuatu
populasi hasil daripada responden yang ramai.

4.1.4 Kajian Kolerasi


Menerangkan kekuatan hubungkait atau hubungan sedia ada antara pemboleh
ubah di mana penyelidik dapat menerangkan dan meramalkan sesuatu
fenomena.

4.2 Penyelidikan Kualitatif


Kajian yang dijalankan ke atas sesuatu situasi atau individu untuk mendapatkan
maklumat secara terperinci dan mendalam. Biasanya dijalankan meliputi individu di
dalam sesuatu kawasan yang kecil di mana data yang diperolehi adalah melalui teknik
pemerhatian, temu bual, penulisan diari dan analisis dokumen. Penyelidikan kualitatif
berfungsi menjawab persoalan berbentuk kenapa dan bagaimana dan juga
menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara itu berlaku. Data yang
diperolehi dapat membantu kajian kuantitatif dengan memberi penjelasan kepada
hasil data penyelidikan kuntitatif.

Rajah 4 : Proses dan Kriteria Kualitatif

14
Research Methodology BBRC4103

Rajah 5 : Contoh Reka Bentuk Penyelidikan Kualitatif


4.2.1 Kajian Kes
Kajian ini tertumpu kepada individu atau kumpulan dalam sesebuah sekolah,
dua buah sekolah atau tiga buah sekolah yang terletak dalam sesebuah
kawasan. Ianya adalah bertujuan bagi menjawab soalan ‘Bila’.. ‘Bagaimana’
dan ‘Mengapa’di mana fokus huraian adalah berbentuk holistik dan
menyeluruh. Hasil daripada kajian kes dapat memberikan penjelasan kepada
sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam. Dua jenis kajian kes adalah
seperti berikut :
 Penerokaan
 Deskriptif

4.2.1 Kajian Sejarah


 Maklumat Utama – diperolehi daripada individu yang mengalami
sendiri peristiwa atau sesuatu situasi itu.
 Maklumat Sekunder – Diperolehi daripada kajian literatur dan orang
yang terdekat dengan orang mengalami sendiri dan berada di tempat
kejadian.
 Dokumen yang berkaitan adalah seperti surat, artikel, minit mesyuarat,
teks dalam majalah dan juga rakaman video serat banyak lagi.

15
Research Methodology BBRC4103
4.2.1 Kajian Etnografi
Merupakan kajian yang dijalankan oleh ahli sosiologi dan antropologi dalam
sesuatu masyarakat atau komuniti. Ianya juga merupakan kajian deskriptif
untuk mengenal pasti aspek budaya, tingkah laku, corak interaksi sosial
pemikiran dan cara hidup masyarakat. Kajian Etnografi biasanya dijalankan
dalam masa yang panjang dan data dikumpul melalui cara pemerhatian, temu
bual serta kajian itu akan terus dilakukan sehingga pola khidupan dapat
ditentukan dengan jelas.

5. KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN PERSAMPELAN


5.1 Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif terbahagi kepada tiga bentuk seperti berikut :
5.1.1 Pemerhatian - Perhatikan kumpulan sasar dengan melihat, mendengar dan
bertindak seperti ahli kumpulan.
5.1.2 Temu Bual - Mengumpul data daripada pemberi maklumat melalui soalan
yang dikemukakan untuk mendapatkan maklumbalas secara lisan atau tanpa
lisan melalui :
 Temu Bual Berstruktur
 Temu Bual Separa Berstruktur
 Temu Bual Tidak Berstruktur
5.1.3 Analisis Dokumen - Dokumen atau rekod tentang pemikiran, perasaan,
pendapat atau tindakan seseorang. Digunakan untuk mengesahkan data
pemerhatian dan temu duga.

Dalam kajian kualitatif penyelidik sendiri sebagai pemerhati dan melibatkan diri
dalam aktiviti yang diperhatikan. Alat perakam suara atau video digunakan selain
senarai semak pemerhatian (Cohen et. al. 2000) yang bertujuan untuk membantu
penyelidik menyemak semula apa yang diperhatikan. Ini akan membantu
meningkatkan keaslian dan keboleh percayaan hasil pemerhatian yang diperolehi.
Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan peer checker di kalangan rakan
penyelidik atau individu yang dilatih untuk membuat pemerhatian. Penyelidik perlu
menyediakan protokol temu bual yang terdiri daripada pengenalan, soalan pembuka,
soalan kunci, soalan-soalan berkaitan soalan kunci dan soalan penutup. Protokol temu
bual disediakan untuk menjawab persoalan kajian. Temu bual yang dijalankan
biasanya direkodkan menggunakan alat perakam audio supaya tidak ada maklumat
yang akan tertinggal atau tercicir. Temu bual berkenaan akan ditranskripkan oleh
16
Research Methodology BBRC4103
penyelidik atau pembantunya. Hasil analisis data temu bual dipersembahkan dalam
bentuk naratif atau kekerapan tema. Perlu diingatkan bahawa kebolehan penyelidik
mengemukakan soalan demi soalan banyak membantu kajian yang dijalankan. Jika
tidak subjek kajian akan menyatakan perkara-perkara di luar fokus kajian yang
dijalankan. Dokumen seperti minit mesyuarat, surat khabar, kertas kerja, latihan,
surat-surat dan dokumen yang berkaitan digunakan untuk menyokong dapatan kajian.
Pelbagai bentuk kutipan data digunakan dalam kajian kualitatif. Data kualitatif yang
diperoleh membantu memantapkan kajian yang dijalankan. Data-data berkenaan
saling melengkapi antara satu sama lain.

5.2 Pensampelan Rawak Mudah yang dipilih.


Merupakan satu prosedur di mana setiap elemen dalam populasi itu mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. De Vaus (1985) menyenaraikan
lima tahap yang perlu bagi seseorang itu lakukan dalam pensampelan rawak mudah
iaitu.
1. Memperoleh satu rangka persampelan lengkap.
2. Memberikan setiap ahli satu nombor khas.
3. Menentukan saiz pensampelan.
4. Memilih ahli mengikut saiz yang ditentukan berdasarkan jadual nombor rawak.
5. Memilih ahli daripada angka rawak tersebut.

5.3 Reka Bentuk Penyelidikan Tinjauan yang dipilih.


Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbentuk
tinjauan. Kaedah tinjauan boleh dikendalikan secara besar-besaran dan merupakan
satu bentuk pengutipan data yang telah dirancang bagi tujuan meramal, membuat
pemerihalan dan menganalisis hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah
dalam kajian (Kerlinger, 1973). Memandangkan kajian ini berbentuk tinjauan maka
pengumpulan data dilaksanakan dengan menggunakan soal-selidik.

Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mengumpulkan data. Alat soal
selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian
A digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang demografi subjek kajian. Ia
merangkumi jantina, etnik, umur, pendidikan, taraf pekerjaan, tingkat pendapatan,
status perkahwinan, tanggungan.keluarga, kekerapan berbelanja dan anggaran
perbelanjaan sebulan.
17
Research Methodology BBRC4103

Manakala bahagian B pula terdiri daripada item-item faktor yang dianggap


mempengaruhi pembuatan keputusan dalam pemilihan barang oleh subjek kajian.
Soal selidik ini telah diambil daripada soal selidik Consumer Style Inventory (CSI)
yang telah dibina oleh Sproles dan Kendall (1986) dan telah diterjemah ke Bahasa
Melayu oleh pengkaji untuk memudahkan kefahaman para responden kajian ketika
menjawab soal selidik. Bahagian ini terdiri daripada 40 item soalan. Soal selidiknya
adalah berbentuk skala pemarkatan likert lima mata. Subjek dikehendaki menandakan
pada setiap ruang yang disediakan dengan angka-angka yang juga mewakili skala
likert iaitu 5=sangat setuju, 4=setuju, 3=berkecuali, 2=tidak setuju dan 1=sangat tidak
setuju.

6. RINGKASAN
Penyelidikan merupakan satu kaedah mencari fakta atau kebenaran mengenai sesuatu
perkara dengan mengurus satu penyelidikan saintifik untuk menyelesaikan masalah
dan menguji hipotensis seterusnya membina atau merekacipta produk yang baharu.
Penyelidikan disifatkan sebagai sistematik kerana pelaksanaannya perlu melalui
beberapa langkah-langkah tertentu mengikut logik dan susunan seperti mengenalpasti
masalah, merangka soalan kajian, sorotan / kajian literature, falsafah penyelidikan dan
pendekatan, reka bentuk penyelidikan, pengumpulan data, memproses dan
menganalisis data serta rumusan dan laporan. Penyataan masalah merupakan
hubungan yang jelas dengan pemboleh ubah dan setiap pemboleh ubah itu boleh diuji.
Masalah penyelidikan juga adalah merupakan situasi atau isu yang tidak dapat
diselesaikan dan memerlukan penyelidikan dibuat bagi menyelesaikannya. Terdapat
lima bentuk soalan yang perlu ditanya oleh penyelidik dalam menjalankan
penyelidikannya iaitu (5W) What Apa penyelidikan anda?, Why Kenapa anda mahu
membuat penyelidikan ini?, Who Siapakah yang terlibat?, Where Dimanakah anda
akan melaksanakan penyelidikan?, When Bila anda akan melaksanakan
penyelidikan?. Sorotan kajian pula adalah merupakan satu set penyelidikan yang telah
diterbitkan atas topik tertentu. Ianya berbentuk penulisan ilmiah yang biasanya
terdapat jurnal, monograf, buku akademik mahupun laporan penyelidikan. Langkah
ini dapat memberi peluang kepada para penyelidik mempelajari atau sebagai rujukan
dari pengalama yang dimiliki oleh penyelidik lain di samping dapat memperbaiki
kaedah-kaedah yang pernah digunakan yang terdahulu daripadanya. Penyelidikan
kuantitatif jalankan untuk mendapatkan fakta penjelasan mengenai persoalan kenapa
18
Research Methodology BBRC4103
dan mengapa yang berkaitan menggunakan pengukuran objektif dan analisa statistik
data numerik bagi memahami dan menjelaskan sesuatu perkara atau fenomena yang
boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Gay & Airasian 200).
Penyelidikan kualitatif pula berfungsi menjawab persoalan berbentuk kenapa dan
bagaimana dan juga menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara itu
berlaku. Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek
daripada sesuatu populasi untuk dijadikan responden kajian.

Jumlah perkataan 2,989

RUJUKAN

Siti Aisyah Bt. Panatik Ishak Bin Mad Shah Azizah Bt. Rajab (2015) : Kajian Terhadap
Proses Membuat Keputusan Dalam Tingkah Laku Membeli Di Kalangan Pennguna: Kajian
Kes Di Johor Bahru : [Online} Available : http://eprints.utm.my/2691/1/71897.pdf. [20 June
2015].

http://www.ippbm.gov.my/jdownloads/Penyelidikan/belia-usahawan-tani-siswazah-isu-dan-
cabaran.pdf

Haslina Binti Abu Bakar (2015) : Merah, Hijau dan Putih ? Kesannya ke atas sikap dan
gelagat kumpulan etnik : [Online] Available : http://ir.unimas.my/1092/1/haslina%2Bbinti
%2Babu%2Bbakar.pdf. [23 June 2015].

Suraiya Ishak, and Abd Hair Awang, and Mohd Yusof Hussain, and Ahmad Raflis Che
Omar, and Sarmila Md Sum, and Suhana Saad, and Zaimah Ramli, and Azima Abdul Manaf,
(2015) Penelitian tingkah laku inovasi firma makanan halal kecil di Malaysia: satu analisis
tentatif. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (2). pp. 64-76. ISSN 2180-
2491. [Online] available : http://journalarticle.ukm.my/8906/. [25 June 2015].

19
Research Methodology BBRC4103
Jabatan Standard Malaysia (2014) [Online] Available :
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/garispanduan/standard-malaysia. [15 June 2015].

20
Research Methodology BBRC4103

21

You might also like