You are on page 1of 2

PUNCA DAN KESAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan
biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan
dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan
menyingkirkannya, bersama air kencing.

Buah pinggang merupakan organ penting untuk manusia


Menurut Ketua Pegawai Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che
Rozmey Che Din (DDR) telah memberitahu bahawa masalah buah pinggang biasanya
dikesan menerusi tekanan darah tinggi, tahap kreatinine (urea) yang tinggi dalam darah,
kewujudan darah atau protein dalam air kencing, tanda kerosakan buah pinggang dan sejarah
keluarga berpenyakit buah pinggang polisistik iaitu sejenis penyakit buah pinggang yang
diwarisi.
Penyakit buah pinggang ini juga mempunyai tahap-tahap tertentu iaitu pada
peringkat utama dan kedua adalah peringkat yang menunjukkan masalah buah pinggang ini
agak minima. Manakala pada peringkat ketiga pula pesakit akan mengalami anemia atau
penyakit tulang peringkat awal. Bagi pesakit yang sudah berada diperingkat keempat dan
kelima, pesakit perlulah menjalani permindahan organ atau menjalani rawatan dialisis,
katanya.
Pesakit buah pinggang boleh menaruh harapan sekiranya pencegahan awal dapat
dilakukan bagi mengurangkan tempoh masa penularan penyakit itu dan jika ianya tidak
mendapat rawatan, penyakit ini boleh mengakibatkan kematian, tambahnya lagi.

ENAM TANDA-TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG


1. sakit atau susah bila kencing
2. kencing lebih kerap terutama di sebelah malam
3. kencing yang bercampur dengan darah
4. bengkak disekeliling kedua-dua mata, tangan dan kaki terutama bila berlaku pada kanakkanak
5. sakit disebelah buah pinggang (tiada kaitan dengan buah pinggang)
6. tekanan darah tinggi

You might also like