You are on page 1of 33

1

FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN



HBEF 3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN



NAMA : LEE SIAW KEN
NO MATRIKULASI : 710820125332001
NO. KAD PENGENALAN : 710820125332
NO. TELEFON : 0198430912 /01125270008
E-MEL : siawken71@hotmail.com

NAMA TUTOR : RAMLAN BIN MALA
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT OUM TAWAU


2

1.0 PENGENALAN

Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) mahupun Kurikulum Standard
Sekolah Rendah ( KSSR ) telah digubal berdasarkan rasional bahawa aktiviti
pembelajaran peringkat rendah merupakan pendidikan asas yang melibatkan tiga
kemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira ( 3 M ) . Pendidikan peringkat rendah
juga hendaklah menyeluruh dan seimbang dari segi perkembangan intelek, rohani,
emosi, sosial dan jasmani. Kurikulum yang dirancangkan memberikan setiap murid
peluang yang sama untuk mendapat kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-
amalan yang diperlukan. Murid-murid juga diberi peluang dan ruang bagi mengasah
dan mengembangkan bakat, minat dan daya kreatif mereka.

Sebagai seorang guru, kreativiti dalam pengajaran amat penting supaya dapat
menarik minat murid terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting
untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s.47)
telah menyatakan bahawa; kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya
memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam
pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif
dalam bilik darjah ialah:
- Pertambahan minat murid dalam mata pelajaran yang diajar
- Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain.
- Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda
sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda.
Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting sekali bagi
guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran
yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus belajar dengan penuh
keyakinan. Maka dengan itu apapun bentuk penilaian dalam pengajaran sains yang
dilaksanakan oleh guru kepada murid-muridnya akan dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan memperolehi hasil penilaian yang cemerlang.


3

2.0 UJIAN, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

2.1 UJIAN
a) Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang
sistematik.
b) la juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
c) Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas
sesuatu pengajaran
d) Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk
mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-test.
e) Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara
lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-
pelajar dan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran guru.

Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran, ujian ialah bahan
yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran.

2.2 PENGUKURAN
Pengukuran sesuatu konstruk atau pembolehubah (seperti pencapaian
akademik, personaliti, sikap, kemahiran) boleh dibuat melalui kaedah pemerhatian,
lisan, penulisan, pertimbangan profesional (professional judgement) atau potfolio.
Salvia dan Ysseldyke (2004) menjelaskan dengan terperinci tentang teknik-teknik yang
digunakan bagi kaedah yang disebutkan.


2.2.1 Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian dijadikan
ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh seseorang dan orang
lain yang berkenaan serta keadaan di sekelilingnya. Kaedah pemerhatian ini boleh
4

dibahagikan kepada dua (2) bentuk, iaitu pemerhatian tidak-sistematik dan pemerhatian
sistematik.

a) Pemerhatian tidak-sistematik merujuk kepada pemerhatian secara
rawak/terbuka, iaitu yang tidak ditumpukan kepada tingkah laku tertentu. Ia
biasanya tidak boleh diulang dan maklumat yang diperoleh boleh dijadikan
panduan untuk pemerhatian sistematik.
b) Bagi pemerhatian sistematik, pemerhati terlebih dahulu menetapkan tingkah
laku yang ingin diperhati sebelum membuat pemerhatian. Pemerhati
kemudiannya akan mengira kekerapan dan lama sesuatu tingkah laku itu
berlaku.

2.2.2 Kaedah Lisan
Kaedah lisan ialah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dan merekod apa yang
maklumkan oleh individu yang menjadi subjek dan oleh orang-orang lain yang
berkenaan tentangnya . Kaedah lisan ini boleh dibahagikan kepada dua (2) bentuk, iaitu
temu bual dan skala penaksiran (rating scale).

a) Temu bual terbuka merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat melalui
perbualan yang tidak tertumpu kepada set soalan tertentu; manakala temu bual
berstruktur cuba mendapatkan maklumat melalui perbualan tertumpu kepada set
soalan tertentu.
b) Skala penaksiran merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat dengan
menggunakan satu set soalan yang memerlukan seseorang memberi jawapan
dalam skala tertentu, seperti skala Likert atau anggaran kekerapan.

Contoh skala Likert ialah respons Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Sederhana
Setuju, Setuju dan Sangat Setuju. Contoh anggaran kekerapan ialah respons Tidak
Pernah, Kadang-kadang, Sederhana Kerap, Kerap dan Sangat Kerap.

5

Selain berkongsi batasan kaedah pemerhatian, kaedah lisan mempunyai dua
batasan lain, iaitu ingatan menjadi tidak tepat apabila jarak masa adalah lama antara
peristiwa yang berlaku dengan temu bual, dan kedua maklumat yang diberi mungkin
tidak benar.


2.2.3 Kaedah Penulisan
Kaedah penulisan ialah kaedah pengumpulan maklumat yang biasa digunakan untuk
mendapatkan ukuran bagi sesuatu konstruk. Kaedah ini mengunakan teknik penulisan sebagai
respons kepada satu set soalan ujian atau satu set pernyataan soal selidik. Respons yang
ditulis menjadi rekod kepada maklumat yang diberikan oleh subjek tentang dirinya atau orang-
orang lain yang berkenaan. Kaedah penulisan ini boleh dibahagikan kepada dua (2) bentuk,
iaitu ujian dan soal selidik/inventori.
a) Ujian merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat daripada jawapan kepada satu set
soalan untuk mengukur pencapaian tertentu; manakala soal selidik/inventori adalah
teknik mendapatkan maklumat daripada jawapan kepada satu set pernyataan tertentu.
b) Maklumat daripada ujian dapat dibahagikan kepada dua (2) jenis, iaitu kuantitatif dan
kualitatif. Maklumat kuantitatif ialah markah ujian, sementara maklumat kualitatif ialah
bagaimana pelajar mendapat markah tersebut (seperti soalan mana yang dijawab).
c) Maklumat kuantitatif ini boleh ditafsir berasaskan kepada dua rujukan, iaitu pertama,
membandingkan markah pelajar dengan markah pelajar lain (Penilaian Rujukan Norma)
atau, kedua, membandingkannya dengan kriteria tertentu (Penilaian Rujukan Kriteria).

2.2.4 Kaedah Pertimbangan Profesional
Kaedah pertimbangan profesional ialah kaedah pengumpulan maklumat melalui
pendapat ahli/kumpulan profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu,
apabila orang yang bertanggungjawab untuk menilai, tidak mempunyai kepakaran
tersebut. Kepakaran yang diperlukan mungkin dalam bidang pendengaran, penglihatan,
masalah pembelajaran, pemulihan bacaan dan sebagainya. Contoh-contoh
pertimbangan profesional serta kekuatan dan kelemahan kaedah ini diberikan di bawah.

6

a) Pertimbangan daripada pakar neorolgi perlu dijadikan asas apabila guru ingin
membuat keputusan sama ada seseorang pelajar boleh dikategorikan sebagai
pelajar khas terencat akal.
b) Pertimbangan daripada pakar kaunseling kerjaya perlu dijadikan asas apabila
guru ingin membuat keputusan sama ada seseorang pelajar itu sesuai mengikuti
sesuatu aliran pengajian.
c) Kaedah ini adalah terbaik sekiranya pakar bidang memberi pertimbangan secara
jujur/profesional, tetapi akan memberi kesan yang buruk sekiranya mereka
member pertimbangan yang tidak tepat/tidak jujur.

2.2.5 Kaedah Potfolio
Pendekatan baru dalam penilaian ialah pendekatan yang dikatakan kurang objektif,
analitik dan kuantitatif; iaitu ia lebih subjektif, kualitatif dan holistik. Antaranya ialah
penilaian potfolio (portfolio evaluation). Kaedah potfolio ialah kaedah pengumpulan
maklumat melalui pendapat penilai terhadap satu set hasil kerja pelajar. Potfolio
melibatkan pengumpulan hasil kerja pelajar yang berkait dengan
pengetahuan/kemahiran yang ingin dinilai. Ia mula digunakan untuk menilai kemahiran
seni, seperti seni lukis, pemodelan, fotografi dan seni muzik. Sekarang kaedah ini
digunakan untuk menilai pengetahuan/kefahaman, seperti penulisan, pembacaan dan
matematik. Kekuatan dan kelemahan penilaian potfolio ini diberikan di bawah.

a) Penilaian biasanya dibuat bagi objektif pengajaran yang lebih tinggi (analisis,
sintesis, penilaian). Bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk menilai
pencapaian pada peringkat yang lebih rendah (pengetahuan, kefahaman,
aplikasi), terutama bagi pelajar khas.
b) Penilain ini juga sesuai untuk menilai kecekapan/keberkesanan strategi yang
dipilih dan kemahiran yang diguna untuk menghasilkan sesuatu objek, yang
biasanya merupakan sebuah karya asli (penilaian ini dipanggil juga penilaian
autentik).
c) Penilaian ini menggalakan kerjasama/kerja berkumpulan antara pelajar dan juga
dengan guru yang bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik serta
7

melatih pelajar untuk berfikir dan membuat refleksi tentang kerja yang mereka
lakukan.
d) Penilaian ini menjadi tidak sah disebabkan oleh beberapa perkara seperti hasil
kerja yang dikumpul tidak sesuai dengan aspek yang hendak dinilai, hasil kerja
tersebut bukan karya asli pelajar, atau penilainya bukan pakar dalam aspek yang
hendak dinilai.


2.3 PENILAIAN
Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran-ukuran
yang diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian
dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah berkait rapat dengan penilaian
hasil pengajaran dan pembelajaran. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperoleh
daripada penilaian akan dapat membantu guru untuk memperbaiki pengajarannya.
Sekiranya penyampaian guru didapati kurang berkesan, maka guru tersebut boleh
membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan/kaedah lain yang difikirkan lebih
berkesan.

Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat
membantu guru untuk membuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan pelajar
bagi tajuk-tajuk yang diajar. Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk
merancang dan melaksanakan program pemulihan atau pengkayaan untuk pelajar-
pelajarnya. Selain itu, penilaian juga boleh membantu guru untuk memberi gred
pencapaian kepada pelajar, menentukan kumpulan pelajar mengikut keupayaan
mereka, atau menempatkan pelajar kepada bidang pengajian tertentu mengikut
keupayaan mereka dalam bidang tersebut.

Penilaian yang dijalankan oleh guru boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
seperti Penilaian Rujukan Norma, Penilaian Rujukan Kriteria, Penilaian Formatif dan
Penilaian Sumatif.

8

2.3.1 Penilaian Rujukan Norma
Ujian untuk Penilaian Rujukan Norma perlu dibina untuk menghasilkan
perbezaan pencapaian yang maksimum di kalangan pelajar. Bagi memastikan tujuan ini
tercapai, tahap kesukaran soalan perlu dikawal. Sekiranya soalan terlalu mudah, maka
semua pelajar akan dapat menjawabnya, sebaliknya jika soalan itu terlalu susah, maka
semua pelajar tidak dapat menjawabnya. Seterusnya, jika soalan itu sederhana susah,
sebahagian pelajar lemah dan sebahagian besar pelajar pandai dapat menjawabnya.
Justeru, ketiga-tiga keadaan tersebut tidak dapat menghasilkan perbezaan pencapaian
yang maksimum. Jadi, lazimnya, kesukaran ujian adalah berdasarkan kepada 25%
soalan mudah, 50% soalan sederhana dan 25% soalan susah. Ini diharapkan dapat
memaksimumkan perbezaan pencapaian antara pelajar lemah dan pandai. Keputusan
ujian ini juga dapat menentukan kedudukan seseorang pelajar dalam bilik darjah atau
tahun/tingkatannya.

Menurut Popham (1981), PRN diguna untuk menentukan status seseorang
pelajar berpandukan kepada prestasi pelajar lain dalam sesuatu ujian tertentu.
Misalnya, seorang pelajar dapat menjawab 50 item dengan betul daripada 60 item
ujian. Skor mentah pelajar ini ialah 50. Kedudukan pelajar ini berbanding dengan
pelajar-pelajar lain boleh didapati daripada jadual norma bagi satu kumpulan yang
ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83
mengikut jadual norma tersebut. Ini bermakna pelajar tersebut mempunyai pencapaian
lebih baik daripada 82 peratus pelajar-pelajar lain dalam kumpulan norma ini. Dalam
konteks ini, jika ramai pelajar mendapat skor yang rendah, maka markah lulus lazimnya
akan rendah juga dan sebaliknya. Dengan demikian, ada kemungkinan seseorang
pelajar yang lemah akan lulus ujian/peperiksaan sebab terdapat pelajar-pelajar lain
yang lebih lemah.

2.3.2 Penilaian Rujukan Kriteria
Menurut Popham (1981), ujian rujukan kriteria (URK) diguna untuk menentukan status
pencapaian individu pelajar dalam domain tingkah laku yang ditetapkan. Justeru, ujian
ini dibina berpandukan kepada kriteria/tingkah laku yang telah ditetapkan. Ujian ini juga
9

adalah lebih terperinci/mendalam dan meliputi kandungan pelajaran tertentu sahaja.
Maklumat yang terperinci ini boleh membantu guru mengenal pasti kelemahan setiap
orang pelajarnya bagi tajuk pengajaran tertentu. Daripada maklumat ini, guru boleh
merancang dan melaksanakan program pemulihan untuk pelajar-pelajarnya atau
memperbaiki/mengubah kaedah pengajaran supaya pelajar mudah
menguasai/mencapai sesuatu objektif pengajaran.


2.3.3 Perbezaan antara Penilaian Rujukan Norma dan Kriteria
Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria ditunjukkandalam
Jadual 3.1. Sebagaimana yang kita ketahui, Ujian Rujukan Norma bertujuan untuk
membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar/kumpulan pelajar lain; sementara
Ujian Rujukan Kriteria bertujuan untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan
kriteria tertentu. Seterusnya, soalan-soalan Ujian Rujukan Norma mempunyai aras
kesukaran yang mudah, sederhana dan susah; sementara soalan-soalan Ujian Rujukan
Kriteria mempunyai aras kesukaran yang hampir sama, bergantung kepada objektif
pengajaran. Ujian Rujukan Norma juga digubal untuk menentukan gred pencapaian
pelajar; sementara Ujian Rujukan Kriteria tiada menetapkan sebarang gred, tetapi
menyatakan lulus/gagal sahaja. Dari segi cakupan kandungan, Ujian Rujukan Norma
terdiri daripada soalan-soalan berbentuk am dan mencakupi sukatan pelajaran yang
luas; sementara Ujian Rujukan Kriteria terdiri daripada soalan-soalan yang lebih
mendalam dan tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu.

Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria
Konsep Ujian yang membandingkan
pencapaian pelajar dengan
pelajar/kumpulan pelajar lain.
Ujian yang membandingkan
pencapaian pelajar dengan
kriteria tertentu yang telah
ditetapkan.
Tujuan Membandingkan pencapaian
antara pelajar/kumpulan pelajar.
Menentukan tahap penguasaan
sesuatu kemahiran yang telah
10

Menentukan pencapaian sama ada
lulus/gagal, lemah/ sederhana/
cemerlang.
Memilih pelajar untuk tujuan
pengiktirafan memberi sijil
dipelajari mengikut kriteria yang
telah ditetapkan.
Memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan
keputusan ujian.
Ciri-ciri
soalan
Bermula dengan soalan yang mudah
kepada sederhana dan lebih sukar
dan mempunyai indeks diskriminasi
yang tinggi.
Soalan yang hampir sama
peringkat kesukaran dengan
berpandukan kepada
kriteria/objektif pelajaran tertentu.
Ciri-ciri
ujian
Penentuan gred bagi menentukan
pencapaian pelajar dalam pelbagai
peringkat.
Tiada gred ditetapkan, tetapi
memadai dengan penyataan lulus/
gagal sahaja.
Cakupan
kandungan
Meliputi tajuk/kandungan
pembelajaran yang lebih luas.
Tertumpu kepada tajuk-tajuk
tertentu yang lebih khusus.
Contoh
ujian
Peperiksaan akhir penggal, UPSR,
PMR, SPM, STPM
Ujian pendek, tugasan, latihan,
soal jawab dalam bilik darjah.
Jadual 2.3: Perbezaan antara Penilaian Rujukan Norma dan Kriteria

2.4 PENTAKSIRAN
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat
penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.


11

2.4.1 Tujuan Pentaksiran
a) Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran.
b) Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
c) Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik
bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
e) Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
f) Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
g) Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

2.5 PERBEZAAN PENGUJIAN / PENGUKURAN / PENTAKSIRAN
Jenis /
Perbezaan
Pengujian Pengukuran Pentaksiran
Pengertian Proses menentukan
perubahan tingkah
laku
Proses menentukan
peringkat
pencapaian dan
kedudukan di antara
pelajar
Proses membuat analisi
dengan mentafsir hasil
pengukuran
Tujuan Menentukan
pencapaian pelajar
dalam sesuatu
pembelajaran
Membuat
perbandingan
pencapaian dan
kedudukan di antara
pelajar dalam
penguasaan
pembelajaran
Memberi maklumat
tentang pencapaian
pelajar,objektif
pelajaran, kaedah
mengajar dan kurikulum
Kegunaan Untuk
menempatkan
pelajar dalam
kumpulan yang
sesuai
Untuk pengelasan,
pensijilan dan
menempatkan
pelajar dalam
jurusan yang sesuai
dan untuk
penyelidikan
Untuk membaiki
rancangan mengajar,
kurikulum, pengesan
punca kelemahan dan
membuat ramalan
Bentuk Pemerhatian,ujian, Ujian bertulis dengan Jadual / gred
12

lisan dan bertulis markah dan gred berdasarkan teknik
perangkaan
Masa Selepas sesuatu
atau beberapa
pelajaran
Selepas beberapa
pelajaran
Sebelum, semasa dan
selepas satu atau
beberapa pelajaran
Proses
Perlaksanaan
persediaan ujian
pentadbiran
pemeriksaan
Proses pengujian
merekod markah
/gred
Proses pengukuran
Proses penganalisaan
Proses interpretasi
Melapor tindakan
Jadual 2.5: Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan pentaksiran


3.0 TAKSONOMI BLOOM DAN TAKSONOMI SOLO

3.1 Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak
hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk
menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan
untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras
kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman,
Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

3.2 Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
1) Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa
dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan
dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.


13

2. Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan
menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan
dan menulis semula.
3. Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data
dan lain-lain.
4. Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur
organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,
memastikan dan memilih.
5. Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan
masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang
digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan
mengembangkan.
6. Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau
luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan
ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.



14

3.3 Taksonomi Solo
Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed
Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan
struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan
perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan
item aras tinggi.

3.3.1 Aras Taksonomi Solo

1) Prestructural
Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.

2) Unistructural
Jawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.

3) Multistructural
Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.

4) Relational
Jawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.

5) Extended Abstract
Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumat
tambahan.






15

4.0 UJIAN FORMATIF DAN SUMATIF

4.1 Penilaian Formatif
Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa tentang tujuan
penilaian formatif, iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang
dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus
digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru
dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala pelajar akan
mengetahui kelemahan mereka. Daripada kelemahan ini, guru dan pelajar dapat
mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran, yang akhirnya akan membantu
pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan penggal atau akhir tahun.
Bagi memastikan pelaksanaan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu
diberi perhatian oleh guru:

a) Menentukan tajuk pengajaran
Guru perlu menentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun
persekolahan. Langkah yang terbaik ialah menyusun tajuk-tajuk ini mengikut peringkat
kesukaran. Sekiranya sesuatu tajuk itu mempunyai cakupan yang luas, maka ia perlu
dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil supaya pelajar-pelajar dapat menguasai
semua tajuk kecil terlebih dahulu, sebelum meneruskan pengajaran ke tajuk lain.
Sekurangkurangnya, sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu mengadakan ujian
formatif untuk menilai penguasaan pelajar bagi tajuk yang telah diajar.

b) Menentukan aspek dan tahap penguasaan
Guru perlu menentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu
dikuasai pelajar. Misalnya, pelajar dapat mengenal warna, simbol dan membaca
mengikut keperluan tajuk berkenaan. Setelah aspek-aspek berkenaan ditentukan, maka
guru perlu pula menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek-aspek yang
ditentukan itu. Misalnya, apabila 80% hingga 90% pelajar menguasai sesuatu tajuk, ini
menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai tajuk tersebut.

16

c) Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran
pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Setelah
penyusunan elemen mengikut tahap perlakuan dibuat, guru seterusnya mengaitkan
semua elemen tersebut agar ia saling bertautan dan tidak terpisah.
d) Membina soalan ujian
Selepas menghubungkait elemen-elemen berkenaan, misalnya, ada sepuluh elemen
dalam sesuatu tajuk, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar
sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk
mengukur penguasaan pelajar terhadap elemen-elemen ini. Antara contoh bentuk-
bentuk soalan ujian yang boleh dilakukan adalah seperti dalam Rajah 3.7 di bawah.

Tahap Penilaian Bentuk Soalan
Pengetahuan Siapa? Apa? Dimana? Terangkan.
Kefahaman Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan
Aplikasi Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih.
Analisis Kenapa? Kenalpasti sebab, Rumuskan, Tentukan, Buktikan
Sintesis Selesaikan (jawapan betul lebih dari satu)
Penilaian Nilaikan, Pilih, Membicarakan, Menaksirkan

Rajah 4.1 : Contoh bentuk-bentuk soalan ujian

e) Mencadangkan tindakan susulan
Di samping menilai penguasaan pelajar bagi sesuatu tajuk pengajaran, penilaian
formatif dapat mengesan masalah pembelajaran. Justeru, selepas ujian dibuat,
tindakan susulan perlu dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian ini. Misalnya, jika
pelajar-pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk, sebagai tindakan susulan, guru perlu
mengulang semula tajuk berkenaan, atau mengubah pendekatan pengajaran agar
pelajar dapat menguasai tajuk tersebut.


17

4.2 Penilaian Sumatif
Secara amnya, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar
meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka. Gred yang
diperoleh pelajar boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian di
kalangan pelajar. Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk, sama ada pelajar
akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak. Sebelum memulakan
mata pelajaran baru, pelajar dikehendaki menduduki ujian untuk menentukan sama ada
mereka telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan. Sekiranya mereka sudah
mencapai peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil mata
pelajaran baru.

Bagi memastikan keberkesanan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus
diberi penekanan semasa menggubal ujian sumatif seperti dalam Rajah 3.9 di bawah.



Rajah 4.2 : Perlaksanaan penilaian sumatif


6.
Pemilihan isi kandungan
5.
Menyiapkan skema pemarkahan
4.
Menguji soalan melalui kajian rintis
3.
Mengumpul soalan secara sistematik
2.
Membina soalan
1.
Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)
18

i) Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)
Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan tajuk pengajaran, objektif
pengajaran dan bilangan soalan. Jadual ini juga dapat memastikan kesahan ujian dari
segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin disampaikan.



ii) Membina soalan
Soalan-soalan hendaklah dibina berpandukan kepada JPU, dan haruslah menguji
objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Ketas soalan perlu mengandungi arahan
yang jelas tentang bilangan soalan yang perlu dijawab.

iii) Mengumpul soalan secara sistematik
Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya, misalnya soalan objektif diasingkan
daripada soalan mengisi tempat kosong, atau esei berjawapan pendek. Soalan ini juga
boleh disusun mengikut tajuk atau kesukarannya.

iv) Menguji soalan melalui kajian rintis
Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagi
memastikan ujian mempunyai kesahan yang tinggi. Selain itu, aras kesukaran dan daya
diskriminasi soalan perlu juga dikira.

v) Menyiapkan skema pemarkahan
Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya. Ia menjadi
panduan semasa memeriksa jawapan, yang dapat menyelaras permarkahan supaya
tidak berlaku bias dalam pemberian markah.


4.3 Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif
Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif ditunjukkan dalam Jadual
4.3. Sebagaimana yang kita ketahui, Penilaian Formatif bertujuan untuk mengesan
19

penguasaan/kelemahan pelajar bagi tajuk pengajaran tertentu yang dibuat sepanjang
proses pengajaran. Penilaian Sumatif pula bertujuan untuk menentukan pencapaian
pelajar pada penghujung penggal/akhir tahun persekolahan. Penilaian Formatif boleh
dibuat secara formal atau tidak formal; sementara Penilaian Sumatif pula dibuat secara
formal. Tujuan utama Penilaian Formatif ialah untuk mengatasi masalah yang dihadapi
pelajar dengan mengadakan aktiviti pemulihan atau mengubah kaedah/pendekatan
pengajaran (mengadakan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang tiada masalah). Tujuan
utama Penilaian Sumatif ialah untuk member gred pencapaian kepada pelajar,
menempatkan pelajar ke dalam kumpulan yang sesuai, memberi pengiktirafan (sijil,
hadiah) atau membaiki kurikulum.

Perkara Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
Konsep Penilaian yang boleh dibuat secara
formal/tidak formal untuk
mengesan penguasaan/
kelemahan pelajar bagi setiap
tajuk pengajaran.
Penilaian yang dijalankan secara
formal bagi menentukan
pencapaian pelajar di akhir
pengajaran, seperti pada hujung
penggal/akhir tahun.
Waktu
penilaian
kaedah
Sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlansung.
Formal: Ujian pensel-kertas
Tidak Formal: Pemerhatian, soal
jawab, tugasan, latihan.Dibuat
secara individu/kumpulan.
Pada akhir penggal atau akhir
tahun persekolahan.
Formal: Ujian pensel-kertas, ujian
lisan.
Ditadbir secara bekumpulan.
Tujuan Selepas tahap kemajuan/
penguasaan pelajar ditentukan,
tindakan susulan perlu diambil
untuk mengatasi kelemahan
pelajar.
Selepas pencapaian pelajar
ditentukan bagi tempoh
persekolahan tertentu, gred
pencapaian diberikan kepada
pelajar.
Selepas
penilaian
Mengatasi kelemahan pelajar
dengan mengulang semula topik
Menempatkan murid mengikut
pencapaian. Memberi
20

dijalankan atau mengadakan pemulihan.
Menjalankan aktiviti pengayaan
bagi pelajar yang tiada masalah.
pengiktirafan sijil, hadiah dan
sebagainya.
Membaiki kurikulum.
Jadual 4.3: Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif


5.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN DAN ANALISIS SKOR UJIAN

5.1 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu
ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan
tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk
merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan
rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test
Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan
paksi Aras Kemahiran (melintang).

5.1.1 Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
a) Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
b) Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
c) Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
d) Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan
lain-lain.
e) Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
f) Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.


21

5.1.2 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
a) Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
b) Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
c) Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
d) Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.

5.1.3 Langkah-Langkah Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= Jumlah masa X Jumlah soalan
Jumlah Masa keseluruhan

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item
Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor

Domain Kognitif
6. Penilaian Sukar
5. Sintesis
4. Analisis
3. Penggunaan
2. Kefahaman
1. Pengetahuan Mudah
22

Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?
a) Ujian objektif
b) Ujian struktur
c) Ujian esei, dan lain-lain.

Langkah V:
a) Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)
b) Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar)
c) Pemarkahan

Langkah VI
a) Nyatakan mata pelajaran
b) Nyatakan tingkatan
c) Susunan nombor soalan mengikut tajuk


5.2 ANALISIS SKOR UJIAN

Analisis item merupakan satu kajian bersistemaik bertujuan untuk melihat ciri-ciri item
selepas pra-ujian.

5.2.1 Tujuan Analisis Item
a) Menetapkan markah untuk kelas yang telah menduduki ujian.
b) Memberikan maklumat diagnostik tentang murid.
c) Membina ujian akan datang, mengemas kini item ujian.
d) Sebahagian perkembangan profesionalisme guru
e) Sebelum dan selepas ujian

5.2.2 Kebaikan Analisis Item
a) Kualiti item ujian dapat dipertingkatkan.
b) Pembinaan item menjadi semakin senang.
23

c) Analisis dapat digunakan secara berkesan dalam perbincangan kelas tentang
keputusan ujian.
d) Analisis dapat membantu murid memperbaiki pembelajaran mereka.
e) Memperbaiki pengajaran guru.
f) Konsep yang perlu ditekankan dapat dikenal pasti.
g) Amat berguna untuk kelas pemulihan.
h) Dapat membantu guru mengenal pasti bahagian sukatan yang telah dikuasai
oleh murid.

5.2.3 Analisis Skor Ujian
Analisis skor ujian dapat menentukan indeks kesukaran (IK) dan indeks diskriminasi
(ID) untuk setiap item. Nilai IK dan ID dapat menentukan mana satu item yang harus
diterima, diubah suai atau dibuang.

Indeks Kesukaran
a) IK = Bilangan murid menjawab betul
Bilangan murid yang mencuba
b) Jika bilangan murid agak besar,
IK = CH + CL
TH+L
c) CH = Bilangan murid dalam kumpulan skor tinggi yang menjawab betul
d) CL = Bilangan murid dalam kumpulan skor rendah yang menjawab betul
e) TH+L = Bilangan murid dalam kedua-dua kumpulan skor tinggi dan rendah

Indeks Kesukaran (IK) Tafsiran Item Keputusan
IK < 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai
0.3 IK 0.8 Sederhana Terima
IK > 0.8 Terlalu mudah Ubahsuai

Jadual 5.1 : Tafsiran suatu item berdasarkan Indeks Kesukaran (IK)



24

Indeks Diskriminasi
a) ID berfungsi untuk membezakan murid antara kumpulan skor tinggi & skor
rendah.
ID = CH CL
TH+L
b) CH = Bilangan murid dalam kumpulan skor tinggi yang menjawab betul
c) CL = Bilangan murid dalam kumpulan skor rendah yang menjawab betul
d) TH+L = Bilangan murid dalam kedua-dua kumpulan skor tinggi dan rendah

Indeks Diskriminasi (ID) Tafsiran Item Keputusan
ID > 0.40 +ve Diskriminasi
tinggi
Sangat sesuai dan
boleh diterima
0.20 ID 0.40 +ve Diskriminasi
sederhana
Ubahsuai item

0 ID 0.20 +ve Diskriminasi
rendah
Bina semula item

ID < 0 -ve Diskriminasi: Prestasi
kumpulan skor rendah
lebih baik daripada
kumpulan skor tinggi
Item harus
dibuang

Jadual 5.2 : Tafsiran suatu item berdasarkan Indeks Diskriminasi (ID)

Nilai Penting
Item yang baik dan boleh digunakan untuk dijadikan soalan ujian mempunyai nilai
0.40 IK 0.60
ID > 0.40

Mentafsir Skor Ujian
a) Peratus lulus dan gagal.
b) Pelan tindakan untuk pemulihan atau pengayaan.

25

6.0 PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH DAN PEPERIKSAAN BERPUSAT

6.1 Konsep Penilaian Berasaskan Sekolah
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak
dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian,
merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat
tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali
sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah.
Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan
kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek
tersebut. Penilaian Berasaskan Sekolah lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan
kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat
diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini memberi
peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid
serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat
mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.
Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian
sumatif.

a) Penilaian formatif
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu
hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu, guru dapat mengetahui tentang kelemahan
dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya.
26

b) Penilaian sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian
ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain
dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
6.2 Perkaitan Antara Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dan Penilaian Berpusat
Penilaian Berasaskan Sekolah dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang
perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian
berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika
perlu. Penilaian Berasaskan Sekolah boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai
aspek termasuk aspek aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara
berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.
Penilaian Berasaskan Sekolah dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem
penilaian.
Penilaian Berasaskan Sekolah dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran
tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran guru.

6.3 Melalui Penilaian Berasaskan Sekolah guru akan dapat :
a) mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
b) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal
dari semasa ke semasa;
c) mengetahui keberkesanan pengajarannya;
d) merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
e) menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.
27

6.4 Ciri-Ciri Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan
dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada
peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping
itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti
tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan
kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang
dalam penilaian di peringkat pusat.

6.5 Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilaksanakan berasaskan beberapa cirri
yang utama seperti berikut:

a. Dikendalikan oleh guru
menilai muridnya sendiri

b. Berasaskan Kriteria
menilai penguasaan murid berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan
c. Formatif
dijalankan berterusan
mengesan perkembangan,kemajuan dan pencapaian murid
d. Pelbagai kaedah
pemerhatian
lisan
penulisan
e. Mengesan Perkembangan Pembelajaran Secara Menyeluruh
intelek
rohani
emosi
28

jasmani

f. Menekankan Perkembangan Individu
berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individu

g. Bersistem
merancang
menentukan instrumen
melaksana
menganalisis
merekod
melapor
tindakan susulan
h. Menggalakkan Penilaian Kendiri
melatih murid menilai kemajuan sendiri secara berterusan
guru mendapat maklumat tambahan
i. Membolehkan Tindakan Susulan
mengatasi kelemahanpembelajaran
mempertingkatkan kekuatanpembelajaran










29

7.0 UJIAN BULANAN SAINS UPSR

7.1 Jadual Spesifikasi Ujian
Rujuk lampiran 1

7.2 Kertas Ujian Percubaan Sains UPSR
Rujuk lampiran 2 dan 3.

7.3 Skema Pemarkahan Ujian Percubaan Sains UPSR
Rujuk lampiran 4.

8.0 ANALISIS SKOR UJIAN
Rujuk lampiran 5

9.0 Aktiviti Pemulihan dan Aktiviti Pengayaan

9.1 Aktiviti Pemulihan

Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pemulihan untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. Di bawah KBSR
dan KBSM, masalah pembelajaran yang sering dihadapi oleh murid-murid ialah
kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan
pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu murid-murid menguasai
kemahiran-kemahiran asas itu. Di dalam usaha guru membantu murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran, kaedah pendidikan pemulihan, bahan pelajaran,
strategi dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang
dihadapi haruslah digunakan.

Aktiviti pemulihan pada peringkat pertama dijalankan dalam kelas biasa, iaitu
selepas kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian.
Aktiviti pemulihan ini biasanya dilakukan selepas sesuatu kemahiran yang telah
30

diajarkan. Semasa murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran itu
diajarkan dengan aktiviti pemulihan, murid-murid yang telah berjaya menguasai
kemahiran itu akan diberikan aktiviti pengayaan.

Sekiranya murid-murd berkenaan masih gagal dalam program pe,ulihan yang
dijalankan dalam kelas biasa, mereka akan dirujuk kepada guru pemulihan. Dalam
peringkat ini, murid-murid itu akan ditempatkan dalam satu bilik khas dan akan
menjalani aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru pemulihan..

Pelan Tindakan untuk Aktiviti Pemulihan

1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditumpukan kepada bidang kelemahan
yang telah dikesan.
2. Langkah penyampaian dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak dan
daripada mudah kepada susah, mengikut kebolehan dan pengalaman murid.
3. Mengguna pelbagai jenis alat bantu mengajar untuk membantu murid-murid
memahami konsep yang diperlukan dalam menguasai kemahiran.
4. Latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. Soalan-soalan
yang diberikan haruslah daripada mudah kepada susah, demi membina
keyakinan murid terhadap kebolehan mempelajarinya. Pada peringkat
permulaan, murid boleh menggunakan alat bantu mengajar untuk menyelesaikan
masalah, tetapi pada akhirnya murid harus dapat menyelesaikan masalah itu
secara bertulis tanpa alat bantu mengajar.

Semua aktiviti pemulihan hendaklah ditumpukan kepada pengajran satu
kemahiran yang tertentu. Masa yang digunakan biasanya di antara 10-15 minit.
Antara langkah-langkah pengajaran pemulihan ialah:




Pengajaran
guru
Pembelajaran
murid
Latihan
lisan/bertulis
Ujian dan
Penilaian
31

Rajah 10.1: Langkah-langkah pengajaran pemulihan

5. Selepas pengajaran pemulihan akan diadakan aktiviti penilaian bagi
mendapatkan maklumat sejauh manakah kejayaan program pemulihan yang
telah dijalankan.

9.2 Aktiviti Pengayaan

Pengayaan adalah aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi
peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari,
daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua
murid sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lambat.

Aktiviti pengayaan diberikan kepada murid-murid selepas mereka berjaya
menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Murid-murid menggunakan
kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan.
Melalui aktiviti pengayaan ini, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan
pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang
pelajaran tertentu.

Pelan Tindakan untuk Aktiviti Pengayaan

1. Guru menyediakan aktiviti tambahan bagi murid-murid yang menyempurnakan
kerja mereka lebih awal, demi memastikan juga semua murid telah
menggunakan masa mereka dengan sepenuhnya dan berfaedah.
2. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah membaca, menulis ataupun mengira.
3. Bagi aktiviti membaca bahan yang boleh diberikan ialah bentuk rencana, pantun,
teka-teki, dialog, cerita,iklan dan berita.
4. Bagi aktiviti menulis bahan yang diberikan ialah lembaran kerja seperti teka
silang kata.
32

5. Bagi aktiviti berbentuk mengira pula diberikan bahan berbentuk permainan, teka-
teki ataupun lembaran kerja. Dengan itu, murid-murid akan mencari
penyelesaian masalah yang menarik dan mencabar.
6. Selepas aktiviti pengayaan, guru akan menilai hasil kerja tiap-tiap murid atau
kumpulan murid bagi mengesan keberkesanan aktiviti. Guru juga melakukan
perbincangan dengan murid-murid secara kelas supaya semua murid boleh
mengetahui aktiviti yang telah dijalankan oleh murid atau kumpulan murid yang
lain.


11.0 Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik
darjah. Ini merupakan tugas utama yang perlu diberikan perhatian yang serius,
pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran
sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai. Sebagai penambahbaikan kepada
pengajaran dan pembelajaran, guru perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam
perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Berikut adalah
penambahbaikan yang dilakukan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah.

a) Guru perlu memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid.
b) Guru perlu cekap mencorak iklim yang memberangsangkan dalam bilik darjah.
c) Guru perlu bijak dan tegas dalam mencorak tingkahlaku dan mengawal disiplin
muird-murid.
d) Guru memberi ruang dan peluang untuk murid-murid mengatasi kelemahan diri
dan tidak menakut-nakutkan dan mengugut murid, sebaliknya memberi mereka
peluang untuk membaiki kelemahan dan tidak membiarkan kegagalan
berterusan.
e) Objektif yang dirancang perlulah tepat, jelas dan mampu dicapai oleh semua
murid yang terdiri dari pelbagai budaya dan latar belakang.
33

f) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlu melibatkan interaksi
murid pelbagai budaya agar murid saling bergantung antara satu sama lain
secara positif.
g) Guru melaksanakan aktiviti set induksi dengan lebih menarik bagi mendorong
minat murid terhadap tajuk yang akan dipelajari.
h) Guru perlu bijak dan mahir menggunakan sumber yang sedia ada bagi
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
i) Guru sendiri perlu menjadi role model yang terbaik untuk dijadikan teladan
kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

You might also like