You are on page 1of 4

Kaedah Temubual

Kaedah temubual atau wawancara ialah kaedah yang digunakan untuk


mendapatkan keterangan atau pendirian secara lisan daripada responden
dengan bercakap-cakap secara berhadapan dengan muka orang itu. 1 Kaedah
temubual juga merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat yang
melibatkan interaksi sosial antara individu dengan pengkaji. Dalam usaha
untuk mendapatkan data dan maklumat pengkaji telah menggunakan metod
ini dengan memilih informan yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki oleh
pengkaji.
Kaedah Soal Selidik
Kaedah soal selidik juga adalah kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam
menjalankan kajian ini. Penggunaan kaedah soal selidik adalah lebih
praktikal dan berkesan jika jumlah sampel adalah besar. 2 Ianya berbentuk
satu senarai soalan-soalan yang bertulis yang akan dikemukakan kepada
responden

kajian.

mengikut

apa

Soalan-soalan

yang

difikirkan

ini

disediakan

merangkumi

oleh

pengkaji

sendiri

subjek

kajian

dengan

menyenaraikan soalan-soalan yang terang dan senang difahami. 3


Kaedah Menganalisis Data
Dalam kajian yang bakal dijalankan oleh pengkaji, pegkaji telah memilih
beberapa kaedah bagi menganalisis data. Antara cara yang akan digunakan
oleh pengkaji ialah:
1 Keontjaraningrat (1991), Metode-metode Penelitian. C.2 Jakarta: Pustaka Utama
Gramedia, h.129
2 Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan. C.3, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, h.102.
3 Samarudin Rejab dan Nazri Abdullah (1982), Panduan Menulis Tesis, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.30

Metod Induktif ialah salah satu cara menganalisis data melalui pola berfikir
yang mencari pembuktian dari hal-hal yang bersifat khusus kepada dalil-dalil
yang bersifat umum.4 Pengkaji akan membawa pelbagai keterangan bagi
menyokong kenyataan dan kemudian membuat kesimpulan umum.

Metod Deduktif
Metod deduktif pula adalah salah satu cara menganalisis data melalui pola
berfikir yang mencari pembuktian debgan menggunakan hal-hal yang umum
terhadap dalil-dalil yang bersifat khusus.5 Pengkaji akan membawa pelbagai
keterangan bagi menyokong sesuatu kenyataan dan membuat kesimpulan
khusus.
Metod Komparatif
Metod komparatif ialah satu kaedah yang digunakan untuk menganalisis
data dengan membuat kesimpulan melalui perbandingan antara satu
datadengan data yang lain bagi membuat kesimpulan secara jelas bagi
sesuatu kenyataan. Pengkaji menggunakan metod ini dalam membuat
perbandingan antara jantina melalui klasifikasi silang (crosstabulation) yang
diperoleh daripada soal selidik.
Metod SPSS
Metod Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) telah diaplikasikan
dalam menganalisis borang soal selidik yang telah dikembalikan. Ianya
merupakan satu program komputer yang disusun khas untuk menganalisis
4 Imam Barnadib (1982), Arti dan Metode Sejarah Penyelidikan. Yogjakarta:
Yayasan FIP-KIP, h.52-53
5 Ibid.

data daripada tinjauan sosioekonomi.6 Data-data yang diperoleh daripada


soal selidik aj]kan dianalisis menggunakan SPSS versi 17.0. Program ini
memudahkan memudahkan hasil kajian dapat dikemukakan dengan lebih
jelas, tepat dan menarik.7 Dengan kaedah SPSS ini seseorang penyelidik
boleh membuat perkiraan mengenai purata (min), sisihan piawai (standard
deviation), varians dan lain-lain bagi sesuatu angkubah. 8 Selain daripada
menggunakan perenggan teks, beberapa kaedah statistik digunakan untuk
menganalisis data.9 Antaranya ialah peratusan dan ujian klasifikasi silang. 10
Seterusnya hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah yang
boleh menerangkan data dengan lebih jelas dan menarik.11
Kaedah Persampelan

6 Ahmas Mahdzan Ayob (1983), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi: Suatu


Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.106
7 Zulkarnain Zakaria dan Hishamuddin Md. Som (2001), Analisis Data
Menggunakan SPSS Window. Skudai Johor: Penerbit UTM, h.1
8 Ibid.
9 Donald R Cooper dan Paula S.Schindler (1998), Business Research Methods (edisi
keenam). Singapura: Mc Graw Hill Book Company, hh.623-634
10 Ibid. hh.426-430 dan 441-446; William G. Zikmund (1997), Business Research
Methods (edisi kelima), Fort Worth: The Dryden Press and Harcourt Brace College
Publisher, hh.530-542; Mark N K Saunders et al. (2000), Research Methods for
Business Students. (edisi kedua), Edinburgh: Pearson Education Limited hh.337-369;
Sulaiman Ngah Razali (1996), Analisis Data Dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka hh.83-86
11 William G. Zikmund (1997), op.cit., hh 543-550 dari hh.695-705; Donald R
Cooper dan Pamela S. Schindler (1998), op.cit., hh.430-441; Sulaiman Ngah Razali
(1996), op.cit., hh.83-86

Sampel adalah sekumpulan kecil unsur yang telah diambil daripada satu
rangka persampelan.12 Sampel juga dikatakan mewakili sesuatu populasi
didalam sebarang tinjauan dan tinjauan ini bertujuan membuat kesimpulan
mengatasi populasi berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam
sampel.13

12 Ahmad Mahdzan Ayob (1983), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi: Suatu


Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.45
13 Ibid.

You might also like