You are on page 1of 2

Tujuan persampelan ialah untuk mendapatkan satu sampel yang mempunyai ciri

,meminimunkan kos membuat penyelidikan, menjimatkan masa dan tenaga penyelidik,


dan untuk mendapatkan ketepatan yang maksimum serta jangkaan yang akan berlaku
dalam penyelidikan.Proses persampelan yang baik dan sempurna dapat membantu
membuat generalisasi melalui pengujian hipotesis kajian. Saiz sampel yang paling kecil
dibenarkan untuk sesuatu ukuran ialah 30 orang responden. Menurut Mohd. Majid
Konting (1998), sampel yang dipilih sekurang-kurangnya mempunyai sifat yang sama
dengan populasi dalam penyelidikan.
Definisi Persampelan: proses pemilihan elemen-elemen dalam populasi kajian bagi
tujuan mewakili populasi sesebuah kajian. Pensampelan: Proses memilih sebilangan
subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Pensampelan
merupakan antara aspek penting dalam penyelidikan kerana ia menentukan kesahan,
kebolehpercayaan dan kualiti hasil penyelidikan.

Mengapa Perlu Membuat Pensampelan


Jimat Kos. Jimat Masa. Kebolehurusan. Ketepatan.

Konsep Pensampelan ialah mengambil satu bahagian daripada populasi dan membuat
cerapan terhadap kumpulan yang lebih kecil tersebut. Kemudian membuat generalisasi
tentang penemuan kajian terhadap populasi.

Sampel hendaklah mempunyai ciri-ciri:


1. Perwakilan: Benar-benar mewakili populasi.
2. Kecukupan: Mencukupi untuk membuat generalisasi.

SAIZ SAMPEL
Saiz sampel perlu ditentukan sebelum jenis pensampelan kajian ditetapkan. .
Faktor mempengaruhi saiz sampel:
1. Jenis kajian. 2. Jenis populasi. 3. Perbelanjaan. 4. Skala pengukuran.

Dalam sesuatu penyelidikan, terdapat dua kaedah persampelan:


1. Persampelan kebarangkalian (rawak) 2. Persampelan bukan kebarangkalian

PERSAMPELAN RAWAK
Rawak Mudah Rawak Sistematik Rwak Berlapis /berstrata Berkelompok

PERSAMPELAN BUKAN RAWAK


PersampelanTidak Sengaja / Mudah / Sukarela Persampelan Kuota Persampelan Bertujuan
Persampelan Bebola Salji(Snowball)

Menurut Merrigan dan Huston (2004), terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan dalam
pemilihan kaedah persampelan rawak mudah: 1. Penyelidik perlu mengenal pasti sampel kajian yang
akan dipilih, 2. Penyelidik perlu menyediakan senarai lengkap ahli yang akan menjadi populasi kajian
untuk diundi secara rawak, dan 3. Penyelidik perlu memilih sampel berdasarkan peluang dan
kebarangkalian setiap ahli untuk dipilih menjadi sampel kajian.
1. 6. Sampel akan dipilih bagi setiap ke-20 hingga 100 pelajar telah dipilih. Contoh: Jika populasi
kajian 2,000 orang pelajar, maka sampelnya ialah 100 orang. Ini dapat ditunjukkan dengan formula
seperti yang berikut: (2,000 100 x 20). Pemilihan terhadap ahli akan dibuat secara sistematik
seperti memilih individu yang terdapat dalam senarai berdaftar ahli berangka ganjil atau melalui
keduduka individu yang ditentukan. Penyelidik perlu ada senarai lengkap ahli (responden).
2. 7. Stratanya ialah tahun pengajian dan sampel rawak akan lebih mudah dilakukan jika penyelidik telah
mengenal pasti jumlah pelajar dalam setiap strata yang akan dipilih sebagai sampel. Contoh:
pemilihan sampel satu kolej kediaman yang menempatkan para pelajar daripada beberapa tahun
pengajian. Sampel dipilih secara rawak mudah daripada setiap kumpulan atau strata yang telah
dikenal pasti. Dilakukan apabila responden yang hendak dikaji bersifat seragam.
3. 8. Kelompok berdasarkan kategori yang dibina oleh penyelidik seperti ciri demografi (bandar atau
luar bandar; eksekutif atau bukan eksekutif; dan penghuni rumah pangsa atau kondominium).
Pemilihan sampel berdasarkan kelompok-kelompok. Ptersampelan berkelompok seperti juga
persampelan berstrata.
4. 9. Contoh: kajian mengenai persepsi pengunjung terhadap Pameran Kerjaya IPT. Sesiapa sahaja yang
keluar dari dewan pameran yang sedang berlangsung boleh ditemu bual. Persampelan melalui kaedah
ini tidak ditentukan oleh prosedur persampelan. Sesiapa sahaja boleh dijadikan sampel kajian.
Persampelan jenis ini dilaksanakan apabila penyelidik ingin mendapatkan sesuatu keputusan dengan
segera serta tidak mementingkan ketepatan. Persampelan paling mudah dan senang untuk memilih
responden kajian dan tidak memerlukan kos yang mahal. Merupakan bentuk persampelan yang
termasuk dalam persampelan bukan kebarangkalian.
5. 10. Contoh: kajian tentang ketahanan fizikal dalam kalangan perokok. Oleh itu, pemilihan sampel
hanya diambil dalam kalangan perokok sahaja. Persampelan secara tidak rawak kerana memberi
tumpuan terhadap ciri-ciri tertentu dan sesuai dengan fokus penyelidikan yang ingin dilakukan.
6. 11. Contoh: Pengguna produk XYZ akan memperkenalkan pula pengguna produk yang sama yang dia
kenal. Sampel kajian akan dipilih sehingga memenuhi saiz sampel yang dikehendaki oleh kajian
tersebut. Proses ini akan diteruskan kepada sampel yang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.
Sampel awal tersebut akan memperkenalkan pula sampel lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama.
Persampelan Bebola Salji atau Snowball dimulakan dengan memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri
yang telah ditetapkan.
Recommended

Metodologi kajian PA
Upper6

Konsep & Kaedah Penyelidikan


Universiti Sains Malaysia

You might also like