You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN

GGGB6013 : KAEDAH PENYELIDIKAN I


REKABENTUK KAJIAN KES
MAKSUD REKA BENTUK KAJIAN
1. Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang
memperlihatkan secara terperinci bagaimana
sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006)
2. Menurut Bogdan dan Biklen (2003),reka bentuk
kajian merupakan perancangan tentang bagaimana
suatu kajian itu dilaksanakan.
3. Yin (2003) pula menjelaskan reka bentuk kajian ini
sebagai perjalanan kajian dari titik permulaan (kenal
pasti persoalan kajian) sehingga titik penamat
(membuat rumusan kajian).
MAKSUD KAJIAN KES MENURUT PENGKAJI/TOKOH
1. Menurut Merriam (2002), kajian kes yang merupakan salah satu
reka bentuk kajian bermaksud sistem tertutup bagi mengenal pasti
makna dan pemahaman sesuatu keadaan atau subjek.
2. Stake (2005) berpendapat kajian kes merupakan suatu bentuk kajian
untuk menilai semula teori, mencadangkan aspek tertentu dalam
situasi kompleks untuk dijalankan penyelidikan, dan membuktikan
dalam konteks tidak digeneralisasikan pada populasi kajian.
3. Creswell (2008) menegaskan kajian kes menyelidiki sesuatu secara
mendalam bagi mengenal pasti ‘apa’ ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’
sesuatu kes itu berlaku.
4. Frankeal dan Wallen (2006) berpendapat bahawa kajian kes
merupakan suatu bentuk kajian etnografi yang memberi tumpuan
kepada kes tertentu secara spesifik.
5. Yin (2003)telah memberikan dua contoh fokus dalam
mendefinisikan kajian kes.
Pertama: Kajian kes ialah suatu bentuk kajian empirical,
iaitu suatu kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti
fenomena yang tidak jelas.
Kedua: Kajian kes ialah satu inkuiri yang bermaksud
strategi pelaksanaan kajian adalah pelbagai, termasuklah
reka bentuk kajian, teknik pungutan data dan pendekatan
menganalisis data.
Definisi
1. Penyelidikan yang mendalam tentang sesuatu aspek
lingkungan sosial melibatkan manusia (Nasution, 2006)
2. Fokus kepada huraian secara holistik, menyeluruh dan
memberikan penjelasan mendalam terhadap sesuatu
peristiwa yang berlaku.
3. Terjadi apabila penyelidik melakukan penerokaan
terhadap fenomena tunggal yang dibatasi oleh waktu,
aktiviti, dan pengumpulan data dengan menggunakan
pelbagai prosedur pengumpulan data (Cresswell, 1994)
Kelebihan Kajian Kes
1. Menjawab pertanyaan eksplotari (what)
2. Menjawab pertanyaan deskriptif (how) dan
3. Menjawab pertanyaan eksplanatif (why)
KATEGORI KAJIAN KES

• 1. Kajian kes intrinsik


• Dijalankan apabila pengkaji ingin memahami secara
mendalam kes tertentu yang khusus.
• 2. Kajian Kes Instrumental
• Dijalankan untuk memahami teori atau masalah yang
berkaitan dengan teori.
• 3. Kajian Kes Kolektif
• Merupakan gabungan beberapa kajian instrumental yang
dilaksanakan secara mendalam.
FUNGSI KAJIAN KES
Fungsi Kajian kes terbahagi kepada tiga:
Pertama: Kajian Kes Penerokaan
1. Kajian kes penerokaan adalah sangat perlu jika penyelidik tidak
mempunyai idea yang jelas mengenai masalah atau soalan
penyelidikan
2. Keperluan Kajian Kes Penerokaan
• Menentukan sama ada penyelidikan harus dijalankan
• Pembolehubah yang tak diketahui
• Adakah penyelidikan berguna (practical)
• Membantu dalam definisi operasional dan rekabentuk
3. Contoh:
Seorang pengurus syarikat MNC ingin mengetahui sama ada nilai etika
kerja pekerja di subsidiari mereka di Tanah Merah, Kelantan berbeza
dari syarikat di Amerika.
Kedua: Kajian Kes Deskriptif
• 1. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui siapa, apa, bila, di
mana dan bagaimana mengenai sesuatu topik.
• 2. Bentuk paling mudah adalah bila kita di tanya mengenai sesuatu
pembolehubah, atau menyatakan sesuatu mengenai saiz, bentuk,
taburan atau kewujudan sesuatu pembolehubah.
3. Contoh:
Seorang pengurus bank ingin membentuk profil individu yang
mempunyai bayaran tertunggak pinjaman selama lebih dari 6 bulan.
Profil yang akan diperolehi akan memerihalkan individu ini dari segi
purata umur, pendapatan, jenis pekerjaan, sama ada penuh masa atau
sambilan dsb. Maklumat ini akan membantu beliau untuk mendapatkan
maklumat lanjut atau membuat keputusan untuk tidak memberikan
pinjaman kepada individu tertentu.
Kedua: Kajian Kes Deskriptif

• Untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta-


fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati.
• Contoh:
Satu tinjauan pendapat umum untuk menilai sikap pengundi terhadap pilihanraya
Satu tinjauan mengenai keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sector korporat.
Satu laporan mengenai keputusan peperiksaan UPSR di seluruh negara oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Satu kajian awal mengenai kecelaruan gender di kalangan masyarakat di Malaysia.
Ketiga: Kajian Kes Penerangan
1. Kajian kes berbentuk penerangan (explanotary) pula
cuba mempersembahkan data yang menerangkan
hubungan sebab-akibat sesuatu fenomena itu berlaku,
iaitu menerangkan apakah yang menyebabkan sesuatu
kesan itu terhasil.
Kemahiran pengkaji dalam kajian kes

1.Keupayaan mencabar diri sendiri


2.Keinginan untuk mengetahui sebab
3.Kepekaan
4.Pengubahsuaian
5.Kefahaman tentang isu
6.Penghuraian data tanpa berat sebelah.
PROSEDUR KAJIAN KES
•1. Prosedur Snapshot
•Kajian dilakukan ke atas beberapa entiti kajian pada satu masa tertentu.
•2. Prosedur Longitudinal
•Kajian dilakukan ke atas satu entiti kajian pada beberapa masa yang berlainan.
•3. Prosedur Pra dan Pasca
•Kajian dilakukan untuk menyelidik satu entiti kajian pada dua titik masa yang
berlainan yang dipisahkan oleh satu peristiwa kritikal yang memberi kesan ke atas kes
kajian.
•4. Prosedur Perca-Perca Kain
•Merupakan satu siri atau satu kajian pelbagai yang dilakukan ke atas entiti kajian yang
sama dengan menggunakan prosedur snapshot, longitudinal, pra pasca atau prosedur
lain.
•5. Prosedur Perbandingan
•Digunakan dalam kajian kes pelbagai ke atas beberapa entiti kajian dengan membuat
perbandingan ke atas ciri-ciri dalam entiti-entiti tersebut.
RUMUSAN
• Ringkasnya, kajian kes merujuk kepada manusia, proses
(inkuiri), atau fenomena kehidupan manusia.
• Manusia boleh terdiri daripada individu seperti murid
sekolah atau masyarakat seperti satu kelas mahu pun
sebuah sekolah.
• Proses merujuk perkembangan, pelaksanaan suatu
aktiviti atau kejadian dalam suatu jangka masa tertentu.
• Fenomena kehidupan manusia pula bermaksud
perubahan diri manusia setelah mereka mengalami suatu
persekitaran yang berbeza.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like