You are on page 1of 19

Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 21

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENDEKATAN INOVATIF DALAM PENDIDIKAN


SEJARAH

Prof. Madya Dr Shakila Yacob

There is only one good, knowledge, and one evil, ignorance


(Socrates)

Pemikiran kritikal merupakan satu idea atau istilah yang sering digunakan oleh
pelbagai pihak dalam masyarakat terutama mereka yang berkepentingan dalam bidang
pendidikan. Pada abad ke-21 ini, semakin ramai pihak berkepentingan (stakeholders)
termasuk pemimpin dalam bidang pendidikan, guru, ibu bapa, pegawai kerajaan, ahli
perniagaan dan orang awam yang mendesak agar pelajar yang dihasilkan oleh sistem
pendidikan yang sedia ada memiliki ciri pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Generasi
muda ini membentuk sebahagian daripada modal insan yang dapat membantu memacu
negara ke arah kecermelangan dan kejayaan.
Pemikiran kritikal bukan merupakan satu idea yang baharu tetapi bermula sejak
tamadun Greek dan Rom lagi. Idea ini datang daripada Socrates. Beliau percaya cara
terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran adalah melalui satu proses melatih tubi
pelajar untuk berdebat dan bertanyakan soalan secara berterusan. Kaedah inkuiri ini
dikenali sebagai kaedah Socratic (socratic questioning).
Negara Malaysia merupakan negara pelbagai budaya, maka, perbezaan pendapat
akan sentiasa wujud. Hal ini disebabkan latarbelakang dan budaya masyarakat Malaysia
yang pelbagai. Kadangkala pelaziman budaya (cultural conditioning) ini boleh menyekat
keupayaan seseorang individu untuk berfikir secara kritis. Ini kerana aliran pemikiran dan
proses membuat keputusan selalunya di pengaruhi oleh latarbelakang budaya dan warisan
seseorang individu. Ini termasuk pengaruh masa, tempat, budaya massa (mass culture) dan
juga psikologi (Ruggiero, 2001, hlm 4-6).
Sebaliknya, pelbagai budaya yang wujud juga berpotensi untuk mewujudkan satu
suasana yang positif dalam sesi perbincangan. Ini kerana akan muncul pelbagai hujah dan
perbezaan pendapat mengenai sesuatu peristiwa sejarah. Sesi perbincangan ini secara
tidak langsung mendedahkan pelajar kepada pandangan yang berbeza dan menggalakkan
pelajar untuk menimbang kesemua hujah dan membuat keputusan. Keputusan yang dibuat
haruslah berlandaskan kepada maklumat dan sumber bukti yang diperolehi. Justeru,
dalam sesetengah keadaan pelajar boleh mencari jalan tengah bagi membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah. Jelas, suasana pelbagai budaya ini mampu memperkayakan
pengetahuan dan aliran proses pemikiran yang kritis dan inovatif dalam kalangan pelajar.
Walau bagaimanapun, guru harus memainkan peranan sebagai pemudahcara (facilitator)
secara berkesan.
Justeru, guru harus mempunyai ilmu sejarah yang luas. Adalah amat penting untuk
guru membina kemahiran berfikir ini berlandaskan ilmu pengetahuan yang mendalam
mengenai sesuatu peristiwa sejarah yang akan di ajar.
Rata-rata guru selalunya menggunakan buku teks sebagai rujukan utama dan
menyampaikan fakta melalui pengajaran yang membosankan tanpa berusaha untuk
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 22

mengalakkan pembelajaran aktif dan memupuk keupayaan berfikir dalam kalangan


pelajar (Bain, 2005; Kuhn 1999). Mengikut Wineburg (2001), pelajar harus digalakkan
mengunakan kemahiran pemikiran sejarah (historical thinking skills) disamping
pengetahuan berasaskan didaktik bagi menarik minat mereka menghayati sejarah.
Mengikut beliau lagi, sejarah mempunyai potensi untuk “memanusiakan” kita melalui
pelbagai cara yang tidak wujud dalam bidang lain kurikulum sekolah (Wineburg, 2001,
hlm. 5).
Terdapat satu aliran pemikiran sejarah yang menekankan “counterfactual history”
atau “imagined history” sebagai satu pendekatan yang mampu meningkatkan pemikiran
kritikal dalam kalangan pelajar. Persoalan “what if” atau “seandainya” ditekankan,
contohnya sekiranya sesuatu peristiwa itu tidak berlaku apa yang akan terjadi. Mereka
berpandangan “counterfactual history” sebagai pencetus pemikiran kritikal. Bagi golongan
ini perbincangan yang tercetus dapat membawa kepada usaha untuk memahami kenapa
sesuatu peristiwa berlaku (Ferguson, 1999). Justeru, penilaian yang dibuat juga bersifat
“counterfactual” sehingga berkemungkinan besar mengelirukan pelajar. Ada juga yang
mengaitkan “imagined history” dengan usaha kerajaan yang mempropagandakan sejarah
melalui penulisan buku teks demi kepentingan identiti nasional, nasionalisme dan
patriotisme (Hasan, 2002).
Salah satu daripada kemahiran yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (2002) sebagai kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar sejarah adalah
kemahiran membuat imaginasi yang merujuk kepada “suatu usaha melibatkan murid-
murid dengan sesuatu situasi dalam peristiwa sejarah yang dikaji’ secara “visual dan
empati”. Ini merupakan sesuatu yang perlu diteliti dengan baik kerana besar
kemungkinan akan membawa kepada andaian dan kesimpulan serta tanggapan yang salah
sekiranya tidak dibekalkan dengan fakta dan ilmu sejarah yang mencukupi dan
menyeluruh. Kemahiran lain yang digalurkan oleh KPM adalah bertepatan dengan
kemahiran pemikiran sejarah yang perlu wujud iaitu kemahiran memahami kronologi,
kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat intepretasi dan kemahiran membuat
rasionalisasi. Di Malaysia, penilaian yang berlandaskan kepada sejarah yang
diimaginasikan boleh menimbulkan kekeliruan terutama sekali dalam persekitaran
pelbagai budaya negara Malaysia. Imaginasi ini menjadi sangat rigid apabila pelajar
hanya berpandukan kepada fakta di dalam buku teks dan tidak terdedah kepada
pembacaan yang meluas mengenai sesuatu topik.
Namun, mereka yang mendokong aliran pemikiran ini yang mula mengambil tempat
sejak 1990-an amat kecil. Ini kerana rata-rata sejarawan arus perdana berpandangan
sejarah tidak boleh dimaginasikan. Bgi mereka, aktiviti “spekulatif” ini merupakan satu
perbuatan sia-sia dan membuang masa (Evans, 2014). Sejarah harus berlandaskan fakta
dan bukti dan intepretasi yang dibuat harus bersifat objektif.
Walter, Knudsvig dll. (2003, hlm.3-4) memperkenalkan strategi: topik, kelas,
penjelasan dan kerelevanan (TKPK) atau topic, class, description and relevance (TCDR)
sebagai asas kepada pemikiran kritikal. Menurut mereka lagi, sekiranya pelajar dapat
menguasai strategi ini sebagai asas kepada pemikiran kritikal baharulah mereka dapat
bergerak seterusnya menguasai kemahiran berfikiran aras tinggi.
Pertama, apakah topik yang harus saya fahami? (TKPK)
Kedua, apakah kelas di mana topik ini berada? (TKPK)
Ketiga, apakah penjelasan topik tersebut? (TKPK)
Keempat, apakah kerelevanan topik tersebut? (TKPK)
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 23

Sekiranya, pleajar dapat bertanya dan menjawab keempat soalan utama ini kepada
apa yang sedang dipelajari, justeru pelajar dapat mengaplikasikannya dalam setiap mata
pelajaran. Strategi ini dapat melengkapi pelajar dengan pemikiran yang jelas dan jawapan
yang cemerlang.
Pemikiran kritikal seharusnya memupuk ciri berikut dalam diri pelajar:
a) Semangat ingin tahu atau keingin tahuan intelek (intellectual curiosity),
b) keterlibatan;
c) integriti,
d) empati; dan
e) tanggungjawab

Ada beberapa persoalan penting atau kaedah yang boleh digunapakai dalam usaha
menarik minat pelajar untuk berfikir secara kritis. Bagaimana kita dapat menarik
perhatian pelajar untuk berfikir secara kritis?
Dengan mencabar murid terutama dalam klasifikasi dan juga melalui penyediaan tugasan
dan latihan. Untuk ilmu sejarah sudah tentu persoalan apa dan kenapa merupakan dua
aspek penting.

Dengan mengemukakan persoalan apa? dan kenapa? secara langsung dan tidak
langsung kita mengalakkan pelajar untuk berusaha:

a) Memahami;
b) Memeriksa bukti;
c) Menimbangkan implikasi;
d) Menyoal anggapan/andaian;
e) Meneroka perspektif; dan
f) Menimbangkan persoalan lain

Guru harus membina satu garis panduan yang di dalamnya mengandungi perkara berikut:
a) Senarai semak;
b) Rubrik;
c) Panduan;
d) Model atau modul contoh bagi mata pelajaran sejarah; dan
e) Membentuk dan mencorak soalan perbincangan yang bersesuaian

Justeru, guru harus menyampaikan kepada pelajar apa yang di harapkan daripada
mereka. Garis panduan yang dapat mengalakkan murid berfikir harus mengambilkira
perkara tersebut di bawah:
a) Mencari isu
b) Memulakan proses bertanyakan soalan
c) Mencari kekaburan dalam fakta atau maklumat
d) Mengenal pasti konflik nilai yang wujud dan membuat andaian/anggapan
e) Mencari bukti dan sebab musabab
f) Mencari maklumat yang penting dan relevan
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 24

Bagaimana membentuk soalan yang boleh mengalak pelajar berfikir secara kritis?

Soalan yang dikemukakan harus bersifat inkuiri yang mendalam dan bukan semata-mata
mencari jawapan dalam buku teks. Juga, bukan semata-mata mengambil pendekatan
seperti “apakah pandangan anda?”
Soalan yang dikemukakan kepada pelajar akan memerlukan mereka untuk menunjukkan
kemahiran pengetahuan dan pemahaman terutama sekali bagaimana pengetahuan ini
dapat diaplikasikan kepada manusia dan keadaan sekeliling.
Soalan yang akan menilai pengetahuan dan kefahaman pelajar contohnya dengan merujuk
buku Sejarah Tingkatan Empat, Bab Dua: Peningkatan Tamadun (Sumbangan Tamadun
Yunani) halaman 42- 44.
a) Bagaimana amalan demokrasi di Malaysia berbeza dengan Athens di zaman Greek?
Soalan ini memerlukan pengetahuan mengenai sistem demokrasi di Malaysia dan
juga ciri demokrasi yang telah diperkenalkan oleh Athens di zaman Greek.
Kedua, pemahaman iatu berjaya mengaplikasi pengetahuan untuk membanding
kedua-dua sistem demokrasi;
Ketiga, pengaplikasiannya di Malaysia hari ini; dan
Akhirnya, membuat analisis kritikal apakah isu yang terlibat dan sama ada sesuai
di amalkan di Malaysia.

Terdapat banyak perbezaan dan ada juga persamaan dalam sistem demokrasi di
Athens dan Malaysia.
Satu daripada ciri demokrasi yang boleh dibincangkan adalah sifat eksklusif dalam
demokrasi Athens yang berbeza dengan amalan demokrasi moden hari ini termasuk
Malaysia.

Athens (demokrasi langsung) Malaysia (demokrasi


berpewakilan)
1. Bersifat esklusif Bersifat inklusif

Wanita, hamba, kanak-kanak dan penduduk asing tidak Kesemua warganegara lelaki dan
diberi kewarganegaraan dan tidak boleh mengundi perempuan boleh mengundi pada
usia 21 tahun.
Ada perbezaan status:
a) antara wanita dan lelaki;
b) antara penduduk bebas dan hamba abdi;
c) antara lelaki yang memiliki harta dan tidak
memiliki harta; dan
d) antara Greek dan bukan Greek.

2. Hanya lelaki dewasa yang bebas dan merupakan Terbuka kepada semua yang
warganegara dibenarkan menyertai aktiviti pentadbiran layak dan dipilih melalui
kerajaan. Justeru, hanya 10-20 peratus sahaja dalam pilihanraya. Mereka yang terpilih
kalangan penduduk Athens yang aktif dalam politik dan akan mewakili rakyat membuat
membuat keputusan mengenai polisi kerajaan. keputusan.

Menyenarai, Mengkategori, Membanding, Menghubungkait, Mengintepretasi,


Menganalisa, Menghujah, Merumus
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 25

Berbalik kepada pendekatan kritis dalam bidang pendidikan termasuk bidang


sejarah, salah satu kaedah yang sering digunakan adalah merujuk kepada taksonomi
Bloom yang dikatakan amat bersesuaian untuk di aplikasikan dalam usaha membina
pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar.
Dr Benjamin Bloom, seorang ahli psikologi pendidikan telah memperkenalkan
taksonomi Bloom sejak 1956 lagi. Menurut beliau, amat penting untuk menggalakkan
aliran pemikiran yang lebih tinggi dalam pendidikan seperti menganalisis dan menilai
konsep, proses, prosedur dan prinsip daripada hanya menghafal fakta semata-mata.
Justeru itu, taksonomi ini digunakan untuk membentuk arahan atau proses pembelajaran.
Taksonomi Bloom mengenai proses kognitif melibatkan beberapa peringkat:

1) Pengetahuan: keupayaan untuk mengingat kembali fakta, pandangan dan


konsep
2) Pemahaman: keupayaan untuk menginterpretasi maklumat menggunakan
perkataan dan ayat sendiri
3) Aplikasi: keupayaan untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam
situasi baru
4) Analisis: keupayaan untuk mengenal pasti hubungan dalaman
5) Penilaian: keupayaan untuk mengambil pendirian menggunakan kriteria dan
standard
6) Penciptaan/Sintesis: keupayaan untuk menganding fakta menjadi sesuatu yang
dapat difahami atau mencapai satu tahap kefahaman yang baru dengan
menghubungkait fakta tersebut.

Walaupun taksonomi Bloom ini dapat diaplikasikan kepada pengajaran dan


pembelajaran sejarah, namun, guru sejarah hanya merujuk atau menguna pakai aspek
penghafalan dan mengingat semula fakta yang berada pada tangga terbawah dalam
taksonomi Bloom. Analisis isu dengan menggunakan konteks sejarah amat jarang
dilakukan. Penggunaan sumber primer dan sekunder yang lain juga amat terbatas.
Sekiranya, guru menyediakan diri dan melaksanakan pengajaran dengan baik mengguna
pakai perspektif sejarah, maka pendekatan menganalisis isu amat bersesuaian kepada
pendidikan sejarah sebagai satu komponen penting dalam pemikiran sejarah (Chilcoat &
Ligon, 2004).
Bagi setiap tahap, para pendidik boleh membentuk soalan mengikut kriteria tertentu
untuk menilai kedudukan pelajar.

Tahap pertama: Pengetahuan


Menunjukkan keupayaan mengingat semula fakta, konsep asas dan jawapan.

Contoh soalan:
a) Apa itu...?
b) Bila ........ berlaku?
c) Kenapa ini........?
d) Bagaimana dapat anda menjelaskan....?
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 26

Tahap Kedua: Pemahaman


Menunjukkan pemahaman fakta dan idea dengan kemampuan menyusun, membanding,
menterjemahkan, menginterpretasi, memberi penjelasan dan menyatakan idea utama.

Contoh soalan:
a) Bagaimana anda membandingkan....? Bezakan..?
b) Jelaskan dengan menggunakan perkataan anda sendiri....?
c) Apakah fakta atau idea yang ditunjukkan.....?
d) Apakah bukti yang ada.....?

Tahap Ketiga: Aplikasi


Pelajar cuba menyelesaikan masalah dengan mengaplikasi pengetahuan, fakta dan teknik
yang diperolehi dengan cara yang berbeza.

Contoh soalan:
a) Apakah contoh-contoh yang dapat anda cari untuk......?
b) Bagaimana anda dapat menunjukkan pemahaman anda .....?
c) Apakah pendekatan yang akan anda gunakan untuk.....?
d) Apakah yang akan terjadi sekiranya....?

Tahap Keempat: Analisis


Pelajar cuba meneliti dan membahagikan maklumat kepada beberapa bahagian dengan
mengenal pasti motif dan punca; membuat penaakulan dan mencari bukti untuk
menyokong generalisasi (anggapan umum).

a) Apa penaakulan yang dapat dibuat dari....?


b) Bagaimana anda mengelaskan...?
c) Bolehkah anda mengenalpasti bahagian yang berbeza...?

Tahap Kelima: Penilaian


Pelajar cuba mempersembahkan dan mempertahankan pendapat dengan membuat
pendirian berlandaskan kepada maklumat, keesahan idea atau mutu kerja berdasarkan
kepada satu set kriteria.

a) Bagaimana anda membandingkan....?


b) Apa yang anda rasakan lebih baik...?
c) Nilai sumbangan ..........kepada........
d) Apakah nilai kepentingan ........dalam.......?
e) Apa yang anda akan cadangkan sekiranya anda....?

Tahap Keenam: Mencipta/Merumus


Mengumpul maklumat melalui kaedah yang berbeza dengan mencantumkan elemen dalam
corak yang baru atau mencadangkan penyelesaian alternatif.

 Apa akan berlaku sekiranya..............?


 Bolehkah anda cadangkan satu interpretasi alternatif selain dari......?

Sumber: Anderson et.al


(2001)http://www.ucdoer.ie/index.php/How_to_Ask_Questions_that_Prompt_Critical_Thinking
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 27

Soalan yang ditanya oleh guru juga harus memenuhi kriteria tertentu. Antara kriteria
yang digunakan untuk menilai soalan di kemukakan oleh guru adalah:
Relevan: berkait dengan bahan dalam unit kajian
Penting: menangani isu penting dalam topik
Mencabar minda: memerlukan pemikiran aras tinggi, bukannya satu carian mudah di
Internet
Keaslian: menanyakan soalan yang unik yang tidak ditanyakan oleh pelajar lain
Penyediaan awal: supaya pelajar lain dapat memberi komen dan maklumbalas.

Sumber: http://www.qcc.cuny.edu/socialsciences/ppecorino/SS770/Outline-
GOOD_QUESTIONS.html

Guru boleh menarik minat pelajar melalui:


Perkongsian maklumat dan interaksi dalam kalnagan pelajar
Menceritakan masalah melalui kaedah penceritaan
Menanyakan soalan yang boleh menimbulkan minat
Apa yang kita telah tahu....
Bagaimana ia mempengaruhi....?
Bagaimana perkara ini bersamaan dengan yang lain. Apa yang telah dipelajari?
Kenapa .....ini penting?
Apakah hujah balas bagi....., namakan beberapa.

Guru boleh mengalakkan pelajar untuk membentuk kumpulan dan berbincang sesama
sendiri dan usaha ini secara tidak langsung dapat membina hubungan yang baik dan
efektif sesama pelajar.
Pelajar harus dibantu oleh guru untuk menentukan hasil pembelajaran dan berusaha
untuk mencapai hasil pembelajaran tersebut. Duron, Limbaugh dan Waugh (2006, hlm. 15)
telah mengemukakan Model lima-langkah ke arah pemupukan pemikiran kritikal.
Peringkat pertama merujuk kepada mengenalpasti hasil pembelajaran. Ini dikuti dengan
proses pengajaran dengan bertanyakan soalan yang relevan dan menarik bagi
menghidupkan suasana interaktif dalam kelas. Langkah ketiga adalah melatih sebelum
menilai. Ini bererti guru menyediakan ruang untuk pembelajaran aktif. Proses
mengulangkaji dan menambahbaik merupakan langkah keempat yang penting bagi
menentukan aktiviti yang bertepatan dengan hasil pembelajaran. Akhir sekali dalam
langkah kelima adalah memberi maklumbalas dan menilai pembelajaran yang telah dilalui
(lihat Rajah 1).
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 28

Langkah 1: Mengenal pasti hasil


pembelajaran
* mengenalpasti tingkah laku pelajar
* mensasarkan tingkah laku berfikir aras
tinggi

Langkah 5: Maklumbalas dan menilai Langkah 2: Mengajar dengan


pembelajaran bertanyakan soalan
* Memberi maklumbalas kepada pelajar * Membina soalan yang
bersesuaian
* Menyediakan ruang untuk penilaian
kendiri * mengguna teknik menanya
soalan
* Menggunakan maklumbalas untuk
menambahbaik arahan * mengalakkan diskusi interkatif

Langkah 4: Mengulangkaji, Langkah 3: Latihan sebelum penilaian


menambahbaik * Memilih aktiviti yang mengalakkan
* Mengawasi aktiviti kelas pembelajaran aktif
* Mengumpul maklumbalas dari * Menggunakan kesemua komponen
pelajar pembelajaran aktif

Rajah 1: Model lima-langkah menggalakan pelajar ke arah pemikiran kritikal

Mengikut Clasen dan Bonk (1990) soalan daripada guru merupakan strategi yang paling
berkesan dalam mempengaruhi pemikiran pelajar. Tahap pemikiran pelajar amat
berkaitan dengan tahap soalan yang ditanya. Justeru, guru harus bersedia dan merancang
dengan baik setiap rancangan pengajaran dan apa yang ingin di capai oleh guru melalui
soalan yang ditanya. Dengan ini, guru harus mempunyai kemahiran bertanya soalan yang
mendapat respon yang diingini daripada pelajar.
Di samping itu suasana dalam kelas haruslah kondusif. Jika Socrates mengajar anak
muridnya sambil berjalan dalam suasana pembelajaran yang kondusif di bawah pepohon
hijau (ini dikenali sebagai “peripatetic”), guru juga boleh bersikap lebih terbuka dengan
menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan pelajar untuk menyumbang buah
fikiran dan mengadakan perbincangan secara santai dan tidak formal.
Guru harus sentiasa menyediakan maklumat yang tepat, berasaskan fakta, logik dan
sumber yang sah dan mengajar pelajar untuk menulis dengan jelas dan disampaikan
secara logik dan tersusun. Pada masa yang sama sentiasa mengalakkan pelajar untuk
berfikir mengenai kepentingan sesuatu peristiwa sejarah atau kepentingan sesuatu bukti
dan maklumat.
Pelajar harus didedahkan kepada beberapa aspek interpretasi. Contohnya, bagaimana
sejarawan menginterpretasi masa lalu, kenapa mereka menginterpretasi sedemikian dan
bagaimana mereka menilai keesahan interpretasi mereka. Dalam hal ini, guru harus
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 29

mengambilkira konteks (tempatan, serantau dan antarabangsa) dan tempoh masa


interpretasi tersebut dibuat.
Soalan yang berterusan amat penting dalam proses penghujahan dan proses kritikan.
Kadangkala kita berhenti di separuh jalan sedangkan proses itu memerlukan sedikit
sahaja lagi perdebatan. Proses pemikiran memerlukan kesabaran. Jalan penyelesaian
kepada satu persoalan atau masalah melibatkan pemikiran yang mendalam dan bagi
sesetengah keadaan eksperimen yang berulangan. Ini memberi ruang kepada kita untuk
mencari pendekatan yang terbaik. Setiap percubaan akan menghadapi kegagalan di
sesuatu peringkat. Sebab itu kegigihan merupakan satu ciri kejayaan yang amat penting.
Ini merupakan sebahagian daripada proses penyelesaian.

Rancangan mengajar (lesson plan) di bawah cuba mengaplikasi TKPK dan setiap aspek ke
arah pemikiran kritikal (KBAT).
Merujuk Bab 9 dalam buku teks Sejarah Tingkatan Lima, Malaysia dalam Kerjasama
Antarabangsa (hlm. 242-245) ada menyentuh mengenai keanggotaan Malaysia dalam
arena antarabangsa contohnya Komanwel. Dengan mengunapakai strategi TKPK (rujuk
halaman 3 modul ini) , disini kita telahpun memilih topik Komanwel dalam kelas dasar
luar dan keanggotaan antarabangsa.

Sumber: Maps of World, 2010, www.mapsofworld.com


Peta: Peta negara-negara Komanwel di dunia
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 30

Selain merujuk laman web ini, pelajar boleh juga menghasilkan peta melalui Google Earth
dan Google Map. Penggunaan peta visual dapat menimbulkan dan merangsang minat
pelajar untuk mengenalpasti kedudukan negara anggota Komanwel.

Penjelasan: Apakah yang dimaksudkan dengan Komanwel?


Bagaimana anda dapat menjelaskan sejarah dan ciri negara anggota Komanwel?
Komanwel merupakan sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh bekas negara jajahan
British yang telah mencapai kemerdekaan. Pertubuhan ini diasaskan pada 1931 dan
sekretariat pertubuhan ini hanya dibentuk pada tahun 1965. Ibu pejabat pertubuhan ini
adalah di London, United Kingdom. Terdapat 54 buah negara yang menganggotai
pertubuhan ini.
Walaupun negara-negara yang pernah dijajah ini berada dibawah satu pertubuhan, tidak
semua yang menganggap ratu British adalah ketua negara kerana terdapat negara anggota
yang mempunyai raja sebagai ketua negara. Contohnya, Malaysia dan Brunei. Malaysia
mula menyertai Komanwel pada tahun 1957 sejurus mencapai kemerdekaan.
Kerelevanan topik: Matlamat pertubuhan ini adalah untuk menjalinkan persahabatan dan
mewujudkan kerjasama antara sesama negara anggota dalam pelbagai aspek. Satu contoh
kerjasama yang guru dapat gunakan adalah bagaimana negara anggotaa Komanwel
bekerjasama membanteras aktiviti dan pengaruh Komunis di Asia Tenggara terutamanya
termasuk Malaysia. Terdapat banyak faedah yang diperolehi oleh Malaysia melalui
pertubuhan ini seperti faedah pertahanan, ekonomi, dan sosial seperti pendidikan dan
sukan.

Setelah pelajar menggunakan strategi TKPK, pelajar boleh seterusnya meningkatkan


pemahaman dengan mengaplikasikan KBAT. Di sini, pelajar boleh menghubungkait
keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel dengan aspek politik, ekonomi dan
sosial.
Malaysia menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel
(CHOGM) pada tahun 1989. Deklarasi Langkawi telah diistiharkan dan ditandatangani
oleh negara anggota merujuk kepada isu kelestarian alam sekitar yang sangat relevan
sehingga ke hari ini. Mesyuarat ini diadakan setiap dua tahun sekali bagi membincangkan
hal-hal kepentingan sesama negara anggota. Contohnya dasar aparteid di Afrika Selatan
telah ditentang oleh pertubuhan ini kerana melanggar hak asasi kemanusiaan. Kerjasama
ekonomi (import-eksport) juga telah diadakan antara negara anggota Komanwel.
Pada tahun 1998, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel dengan
menjadikan monyet sebagai ikon maskot pada Sukan Komanwel tersebut. Dalam aspek
pendidikan pula, negara Komanwel memberi nasihat berkenaan teknikal, penubuhan
maktab, A-level, HSC kepada Malaysia. Dari segi ekonomi, cukai yang rendah dikenakan
bagi aktiviti perdagangan eksport ke negara-negara anggota.

Mengenalpasti, Menghubungkait, Mengintepretasi, Menganalisa


Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 31

Selain itu kaedah pengajaran inovatif yang lain adalah dengan menggunakan petikan
daripada suratkhabar lama/bersejarah (historical newspaper).

Among these present included His Excellency the Governor and


Miss Anderson, accompanied by Mr. C. Severn, in a red Gregoire
car; His Highness the Sultan of Johore in his 50h.p. red Mercedes;
Mr. Broderick, who had with him the Hon Captain Young and
ladies, Mr. R. Pierce and Mr. J.A. Hamilton, with Arrol-Johnstons;
Messrs, Dupire, J.L. Hope, and Mr. De Kester with De Dions;
Messrs, E.C. Ellis, who had with him Mr. Justice Thornton and
ladies, and Mr. T.C.B. Miller and ladies, with two Darracqs; Mr.
W.A. Cascaden and Mr. N.N. Adis with Oldmobiles; Dr G von
Wedel with his De Dion Bouton; Dr. Galloway who was driving his
Albion; Mr. J. C. Nicholson with his Wolseley; Mr. Wearne with a
Star car and one of the well known Reo busses from the Orchard
Road Garage.

Mereka yang hadir dalam pelancaran kelab otomobil Singapura.


Sumber: The Straits Times, 17 Jun 1907
Petikan artikel ini merujuk kepada pelancaran kelab otomobil Singapura yang ditubuhkan
pada tahun 1907. Guru boleh menggunakan contoh ini untuk menjelaskan peranan
Malaysia sebagai pengeluar utama bahan mentah seperti bijih timah dan getah sejak awal
abad ke-18. Daripada petikan ini, dengan menggunakan taksonomi Bloom guru boleh
bermula dengan soalan yang mudah, ringkas dan tepat:
Soalan 1: Pelajar mengenalpasti dan mengelaskan model kereta. Kemudian mengenalpasti
dan mengelaskan negara buatan model tersebut.

Mengenalpasti, mengkategorikan atau mengelaskan


Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 32

Great Britain/British

Jerman
Perancis

Amerika Syarikat
• Talbot Itali • Fiat • Citroen • Opel • Hudson
• Arrol- • Peugeot • Mercedes • Hupmobile
Johnston • Bianchi • Alfa • Cleveland
• Humber Romeo • Willys-
• Argyll • Darracq Overland
• Swift • Reo
• Adam- • Star
Hewitt • Studebaker
• Albion
• T Ford
• Siddeley • Model TT
• Rover (trak satu
• Orlean tan)
• Chevrolet
• Buick
• Oldsmobile
• Oakland
• Pontiac

Soalan 2: Kenapa banyak model kereta yang diimport daripada beberapa buah negara ke
Tanah Melayu pada awal abad ke-20?

Menghubungkait, menganalisa, menghujah

Pelajar boleh menanda jenama automobil yang masih wujud pada masa kini dan
bagaimana model dan buatan ini berkembang sepanjang abad ke-20 dan ke-21. Guru juga
boleh bertanya kenapa ada model kereta yang masih wujud dan kenapa ada model kereta
yang sudah tidak dikeluarkan. Pelajar dengan ini dapat memahami persaingan dalam
industri automobil yang telah bermula sejak awal abad ke-20.
Soalan 3: Guru boleh meminta pelajar mencari dua atau tiga iklan model kereta di
suratkhabar bersejarah pada awal abad ke-20 dan membuat penelitian mengenai teks yang
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 33

ditulis dalam iklan tersebut (analisis tekstual). Berdasarkan iklan yang ada di suratkhabar
bersejarah, guru boleh bertanya soalan-soalan berikut:
 Apa yang dipaparkan oleh iklan?
 Siapa golongan pembaca/pengguna yang disasarkan?
 Apa strategi yang digunakan?
 Bagaimana iklan itu mengambarkan era tersebut?

Mentafsir, Menghubungkait, Mengintepretasi, Menganalisa, Menghujah, Merumus


Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 34

Soalan 4: Golongan manakah yang mempunyai kuasa beli?

Menganalisa, merumus, mengkaji

•Jalanraya dibina untul eksport bijih timah dan


getah
Kemudahan Infrastruktur
•Permintaan kereta yang tinggi di Negeri-negeri
Melayu

•Peroleh keuntungan besar- pegawai eksekutif


Kenaikan harga timah dan dan pemegang saham
getah
•Menjadi pembeli dan pengguna terawal

•Bangsa Eropah - pemilik lombong, peladang dan


pegawai syarikat swasta dan
•Pentadbir atau pegawai kerajaan British(His
Golongan Pembeli Excellency the Governor and Miss Anderson)
•Bangsa Cina - pemilik lombong, pemilik ladang
getah dan pedagang
•Bangsa Melayu - golongan DiRaja dan
bangsawan(His Highness the Sultan of Johore)

Selain itu rancangan mengajar guru juga boleh menggunakan sumber visual seperti iklan
lama yang digunakan dalam contoh di atas. Guru juga boleh memberi pelajar gambar lama
dan meminta pelajar mentafsir gambar yang diterbitkan pada tempoh masa tertentu.
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 35

Guru boleh mengemukakan fakta di sebalik gambar yang dipaparkan. Kapal korek ini
merupakan milik syarikat Pacific Tin yang telah di bawa masuk dari Yukon, Alaska ke
Kampar, Perak pada tahun 1920. Syarikat Yukon Gold Company yang beribupejabat di
Amerika Syarikat ini (kemudian dikenali sebagai Pacific Tin) mengusahakan perlombongan
emas di Alaska. Setelah kehausan deposit emas di Yukon, syarikat ini memutuskan untuk
melabur di Tanah Melayu yang kaya dengan bijih timah. Justeru, kapal korek itu telah
diubahsuai untuk digunakan dalam aktiviti perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.
Jelas, walaupun syarikat British yang paling banyak melabur dalam bidang perlombongan
bijih timah tetapi terdapat juga aktiviti perlombongan oleh firma dari Amerika Syarikat.

Soalan 1: Guru boleh meminta pelajar mengukur jarak di antara Yukon, Alaska dengan
Kampar, Perak dengan menggunakan perisian percuma di Internet.

Mengenal pasti, Melaporkan, Mentafsir, Menganalisa


Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 36

Soalan 2: Pelajar digalakkan menggunakan Google Earth atau Google Map untuk mencari
kedudukan kedua-dua lokasi.
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 37

Guru boleh menjelaskan kepada pelajar mengenai usaha syarikat asing ketika itu untuk
melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah yang mendapat pernintaan tinggi dunia
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 38

ketika itu. Syarikat berkenaan sanggup memodifikasikan kapal korek dan menghantar
dalam satu jarak yang jauh untuk melabur. Disini konsep globalisasi, pemindahan
teknologi, kemahiran teknikal dan sebagainya boleh dijelaskan oleh guru. Tanah Melayu
merupakan pengeluar terbesar dunia menjelang awal abad ke-20 dan negeri Perak
merupakan kawasan pengeluaran bijih timah yang paling tinggi berbanding Selangor
contohnya.

Kesimpulan
Rancangan mengajar ini mengambilkira pelbagai peringkat pemikiran kritis dan mengajak
pelajar untuk berfikir dan bertanyakan soalan. Pada masa yang sama, pelajar juga dapat
mengaitkan dengan konteks semasa dan perkembangan yang berlaku di Tanah Melayu
dengan menumpukan perhatian kepada senario semasa di dalam dan luar negara. Aspek
pentarikhan atau tempoh masa juga harus diberi perhatian yang sewajarnya.
Rancangan mengajar yang disediakan oleh guru harus mengambilkira pelbagai aspek yang
dapat menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri pelajar. Ini boleh dicapai dalam suasana
pembelajaran yang aktif. Guru menjadi pemudahcara bagi melancarkan perbincangan yang
bakal tercetus. Ciri interaktif dalam kelas sememangnya amat penting dalam memberi
keyakinan kepada pelajar dan seterusnya melahirkan pemikiran kreatif dan kritis.

Rujukan
Anderson et al (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing: A Revision of
Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. London: Longman.
Bain, R. (2005). They thought the world was flat?: Applying the principles of how people
learn in teaching high school history. In M.S. Donovan & J.D. Bransford (eds.), How
students learn: History, Mathematics and Science in the classroom (pp.179-216).
Washington, DC: The National Academies Press.
Clasen, D. R. & Bonk, C. (1990). Teachers tackle thinking. Madison: Wisconsin Education
Extension Programme.
Chilcoat, George W.; Ligon, Jerry A. (2004). Issues-centered Instruction in the Social
Studies Classroom: The Richard E. Gross Problem Solving Approach Model,
Social Studies Review , 44 (2).
Duron, R., Limbach B. & Waugh, W., (2006). Critical Thinking Framework for any
Discipline. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education 17 (2) .
[dalam talian] http://www.isetl.org/ijtlhe/pdf/IJTLHE55.pdf (diakses pada 30 Oktober, 2014)
Good Questions, [dalam talian]
http://www.qcc.cuny.edu/socialsciences/ppecorino/SS770/Outline-GOOD_QUESTIONS.html
(diakses pada 28 Oktober, 2014)
Evans, Ricahrd J. (2014). “‘What If’” is a waste of time”. [dalam talian]
http://www.theguardian.com/books/2014/mar/13/counterfactual-history-what-if-waste-of-
time (diakses pada 1 Januari 2015)
Ferguson, Niall (ed.) (1999). Virtual History: Alternatives and Counterfactuals. New York:
Basic Books.
Hasan, Mushirul (2002). “Textbook and Imagined History: The BJP’s Intellectual Agenda”,
India International Centre Quarterly, Jilid 29, No.1, hlm.75-90.
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 39

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah: Sejarah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum,
hlm. 8-9.
Kuhn, D. (1999). A developmental model for critical thinking. Educational Researcher.
28(2), 16-25.
Ruggiero, V.R. (2001). Beyond Feelings: A Guide To Critical Thinking. California: Mayfield
Publishing Company
Walter, T.L; Knudsvig, G.M.; Smith, D.E.P. (2003). Critical Thinking: Building the Basics.
California: Wadsworth.
Wineburg, S. (2001). Historical thinking and other unnatural acts: Charting the future of
teaching the past. Philadelphia, PA: Temple University Press.
__________ (2010). “Thinking Like A Historian”, Historical Thinking, Teaching with
Primary Sources Quarterly, 3 (1).

You might also like