You are on page 1of 2

ABSTRAK

PERANAN SOLAT TAHAJJUD TERHADAP KESIHATAN MENTAL BELIA ISLAM


DI MALAYSIA: KAJIAN KES PERSATUAN BELIA HARMONI SERDANG

Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk melihat peranan solat Tahajjud dalam
mengatasi masalah kesihatan mental di kalangan belia Islam di Malaysia. Laporan Survey
Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2017 menunjukkan bahawa kesihatan mental telah menjadi
isu yang melibatkan bukan sahaja golongan wanita, malah ia turut berlaku dalam kalangan lelaki
dewasa serta golongan remaja seawal 13 tahun.
Secara ringkas kajian ini akan melihat dari dua sudut yakni untuk mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhi tahap kesihatan mental belia Islam di Persatuan Belia Harmoni Serdang serta
faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan solat Tahajjud di kalangan mereka.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian temu bual bagi
mengumpul data. Ianya melibatkan subjek seramai 10 orang belia Muslim daripada Persatuan
Belia Harmoni Serdang, iaitu 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan yang berumur dalam
lingkungan 25 hingga 30 tahun. Kaedah temubual ini dipiih memandangkan ianya lebih fleksibel
dan memudahkan informan menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik.
Dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan mental belia Islam
di di Persatuan Belia Harmoni Serdang adalah terdiri daripada mempunyai hubungan yang akrab
dengan Pencipta, mengambil pendekatan bersangka baik dan berbuat baik kepada makhluk
sekeliling serta melazimi solat Tahajjud. Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan
solat Tahajjud dalam kalangan informan adalah didikan sejak kecil, kesedaran diri ingin dekat
dengan Pencipta, ingin mengikut sunnah nabi Muhammad SAW serta keinginan mencari
ketenangan hati.
Secara umumnya, kajian ini telah menunjukkan bahawa keakraban dengan Pencipta melalui
penjagaan ibadah seperti solat Tahajjud merupakan salah satu cara untuk mendapat kesihatan
mental yang sejahtera di kalangan belia Islam di Persatuan Belia Harmoni Serdang. Namun begitu,
disebabkan jumlah sampelnya yang sedikit, maka hasil dapatan ini tidak boleh digeneralisasikan
terhadap keseluruhan ahli belia Islam persatuan tersebut. Kajian seterusnya yang melibatkan
sampel yang lebih besar mungkin boleh dilakukan untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat
berkaitan kesihatan mental belia Islam di Persatuan Belia Harmoni Serdang.

Kata kunci: solat tahajjud, kesihatan mental, belia Islam Malaysia, Persatuan Belia Harmoni
ABSTRACT

THE ROLE OF TAHAJJUD PRAYER TOWARDS MENTAL HEALTH OF ISLAMIC


YOUTH IN MALAYSIA: A CASE STUDY OF SERDANG HARMONY YOUTH
ASSOCIATION

This is a case study aimed at exploring the role of Tahajjud prayers in addressing mental health
problems among Muslim youth in Malaysia. The 2017 National Morbidity and Health Survey
report shows that mental health has become an issue that affects not only women, but it also occurs
among adult men and adolescents as young as 13 years old.
Briefly, this study will look at two points to find out the factors that influence the mental health of
Islamic youth in Serdang Harmony Youth Association and the factors that influence the
implementation of Tahajjud prayers among them.
This study used qualitative methods using interview survey design to collect data. It involved the
subject of 10 Muslim youths from the Serdang Harmony Youth Association, 5 men and 5 girls
aged 25 to 30 years. This interview method is preferred because it is more flexible and allows the
informant to explain what he or she thinks to the researcher.
The findings show that factors affecting the mental health of Muslim youth at Serdang Harmony
Youth Association include having a close relationship with the Creator, taking a thoughtful and
constructive approach to the environment and invoking Tahajjud prayers. While the factors that
influenced the implementation of the Tahajjud prayer among informants were from childhood
upbringing, self-awareness of wanting to be close to the Creator, desire to follow the sunnah of the
prophet Muhammad SAW and desire to find solace.
In general, this study has shown that becoming acquainted with the Creator through acts of worship
such as the Tahajjud prayer is one of the ways to obtain good mental health among Muslim youths
at the Serdang Harmony Youth Association. However, due to the small sample size, this finding
cannot be generalized to the entire Muslim youth of the association. Further studies involving
larger samples may be possible to gain a more accurate picture of the mental health of Islamic
youth at the Serdang Harmony Youth Association.

Keywords: prayer, Tahajjud, mental health, Malaysian Islamic youth, Harmony Youth
Association

You might also like