You are on page 1of 4

KAEDAH PERSAMPELAN

Keinginan pengkaji adalah untuk menyelidik populasi yang telah dikenal pasti dalam

sesuatu penyelidikan. Tetapi, faktor-faktor seperti saiz populasi yang besar, pelbagai

dan meliputi kawasan yang luas menyukarkan pengkaji untuk berbuat demikian. Aktiviti

mencari dan menghubungi semua ahli populasi akan memakan masa dan perbelanjaan

yang tinggi. Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa memilih sampel untuk membuat

penyelidikan.

Sampel ialah kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang menjadi sumber

informasi yang diperlukan oleh setiap pengkaji. Sebagai contoh, jika sebuah sekolah

mempunyai 1200 orang pelajar Sains, maka kumpulan tersebut dikenali

sebagai populasi dan 240 orang pelajar daripada kumpulan itu yang dipilih untuk suatu

penyelidikan, maka 240 orang pelajar tadi dikenali sebagai sampel.

Kaedah persampelan menurut Mohd Sheffie Abu Bakar adalah merupakan satu proses

di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji untuk

membolehkan kita membuat generalisasi mengenai populasi itu. Selain itu, menurut

Syed Arabi Idid pula, persampelan merupakan satu usaha yang dijalankan oleh

pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada sampel yang dapat mewakili

keseluruhan populasi. Manakala menurut Gordon F. Fielding (1974) dalam bukunya

Geography as Social Science, beliau menyatakan bahawa “The unbiased selection of

the test population is called sampling.” Ringkasnya, persampelan melibatkan

penyelidikan terhadap sampel kajian bagi mewakili keseluruhan populasi kajian.


KEPENTINGAN PERSAMPELAN DALAM KAJIAN

Kaedah persampelan adalah penting dalam menjalankan sesuatu kajian kerana melalui

kaedah ini, kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pengkaji adalah lebih rendah.

Selain daripada menjimatkan perbelanjaan, bilangan sampel yang kecil biasanya dapat

menjimatkan masa pengumpulan dan penganalisisan data. Oleh itu, jika terdapat

keadaan yang mendesak untuk memperolehi keputusan yang cepat, kaedah

persampelan dapat memberikan keputusan yang cepat. Melalui kaedah persampelan

juga, penyelidik boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada

sebahagian kecil populasi dan penyelidik juga dapat membuat liputan kajian yang lebih

luas dalam masa yang singkat.

JENIS-JENIS PERSAMPELAN

Di dalam kaedah persampelan, terdapat dua jenis prosedur persampelan iaitu:-

(1) Persampelan Kebarangkalian (secara rawak)

(2) Persampelan Bukan Kebarangkalian (secara tak rawak).

(1) Kaedah Persampelan Kebarangkalian (Secara Rawak)

Di dalam persampelan rawak setiap unit di dalam populasi mempunyai kebarangkalian

yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Persampelan rawak menunjukkan peluang

yang sama untuk memasuki proses pemilihan. Sebagai contoh, kebanyakan rakyat

Malaysia yang membeli Sijil Simpanan Primium percaya pemenang cabutan Sijil

Simpanan Primium adalah dipilih dari cabutan nombor rawak. Di dalam situasi ini, ahli-
ahli populasi percaya bahawa pemilihan adalah dibuat melalui peluang. Terdapat empat

jenis teknik persampelan rawak iaitu persampelan rawak mudah, persampelan rawak

berstarata, persampelan rawak sistematik, dan persampelan rawak berkelompok.

Persampelan Rawak Mudah

Pensampelan rawak mudah ialah pensampelan di mana setiap elemen dalam populasi

itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Terdapat lima tahap

yang perlu dilakukan oleh pengkaji dalam pensampelan rawak mudah iaitu pertama,

mendapatkan satu rangka pensampelan yang lengkap. Kedua pula memberikan tiap-

tiap ahli satu nombor khas dan kemudiannya ketiga, menentukan saiz pensampelan.

Keempat, pilih ahli-ahli mengikut saiz sampel yang telah ditentukan berdasarkan jadual

nombor rawak dan kelima, memilih ahli daripada angka rawak tersebut. Unsur ataupun

elemen bagi pensampelan rawak mudah boleh diperolehi daripada beberapa cara,

contohnya seperti cabutan loteri atau daripada jadual nombor rawak.

Persampelan Rawak Berstrata

Dalam satu sampel yang mewakili sebuah populasi mempunyai beberapa kategori yang

berbeza. Dalam sampel tersebut haruslah merangkumi ahli-ahli yang terpilih daripada

semua jenis kategori dalam populasi tersebut. Dalam hal ini, penyelidik akan

membahagikan populasi tersebut kepada beberapa kumpulan atau strata. Tiap-tiap

kumpulan itu dikenali sebagai strata. Daripada tiap-tiap strata itu, pengkaji akan memilih

seperti yang dilakukanya untuk memilih sampel dalam rawak mudah. Melalui cara ini,

perwakilan yang lebih besar dapat ditentukan. Sebagai contoh pemilihan sampel satu

kolej kediaman yang menempatkan pelajar daripada beberapa tahun pengajian.


Stratanya ialah tahun pengajian dan sampel rawak akan lebih mudah dilakukan jika

penyelidik telah kenal pasti jumlah pelajar dalam setiap strata sebagai sampel.

Persampelan Rawak Sistematik

Bagi persampelan rawak sistematik, elemen dari sampel tidak dipilih secara rawak

mudah, tetapi mengunakan strategi tertentu. Penyelidik perlu ada senarai lengkap ahli

(responden). Pemilihan terhadap ahli akan dibuat secara sistematik seperti memilih

individu yang terdapat dalam senarai berdaftar ahli berangka ganjil atau melalui

kedudukan individu yang ditentukan. Sebagai contoh, populasi kajian adalah seramai

2,000 pelajar dan sampel diperlukan adalah 100 pelajar. Jadi, formula bagi

mendapatkan sampel ialah (2,000/100x20). Maka, sampel 100 pelajar tersebut akan

dipilih dari setiap pelajar ke 20 dalam senarai.

Persampelan Rawak Berkelompok

Dalam pensampelan kelompok, pengkaji akan membahagikan kawasan tempat kajian

dijalankan. Pengkaji perlu mengenal pasti tiap-tiap satu bahagian. Pengkaji mungkin

boleh memberikan nombor bagi tiap-tiap satu bahagian dan memilih beberapa

bahagian sebagai sampel sahaja. Selepas ditentukan bahagian-bahagian secara

rawak, langkah seterusnya ialah pengkaji akan memilih elemen daripada tiap-tiap

bahagian secara rawak pula. Pemilihan elemen ini dapat dilakukan apabila pengkaji

memperolehi senarai elemen yang terlibat.

You might also like