You are on page 1of 40

PENYELIDIKAN TINDAKAN

( PERSEMPELAN & ANALISIS DATA)


DEFINISI
• Sampel: Objek/subjek yang akan dikaji dan
merupakan sebahagian daripada populasi.
• Populasi : Keseluruhan dari objek/subjek
penelitian yang yang akan dikaji.
• Persampelan: Maklumat yang diperolehi daripada
kumpulan yang lebih besar yang disebut
populasi.Prinsip persampelan adalah berdasarkan
konsep kebarangkalian dan setiap elemen yang
dipilih mempunyai peluang yang sama.
JENIS PERSAMPELAN
Persampelan Persampelan
Rawak Bukan
/Persampelan
Rawak/Persampelan
Bukan Kebarangkalian
Kebarangkalian

Jenis
Persampelan
Persampelan secara rawak
• Setiap objek mempunyai peluang yang sama untuk
dipilih sebagai sampel.
• Contoh: Setiap rakyat Malaysia membeli Sijil Simpanan
Premium percaya pemegang cabutan Sijil Simpanan
Premium dipilih dari cabutan nombor secara rawak .
• Terdapat 4 jenis reka bentuk persampelan rawak iaitu:
• Persampelan rawak mudah
• Persampelan rawak berstrata
• Persampelan rawak sistematik
• Persampelan rawak kelompok/kluster
Contoh Persampelan Rawak
Persampelan Bukan Rawak
• Persampelan bukan rawak adalah bukan semua objek
berpeluang dipilih sebagai sampel ,hanya objek yang
tertentu sahaja mengikut kriteria-kriteria yang
bersesuaian dengan kehendak penyelidik.
• Contoh 1:Dalam kelas Tingkatan 5 Gemilang terdapat
30 orang pelajar.Pelajar perempuan 12 orang dan 18
orang pelajar lelaki.Kesemua pelajar menaiki
kenderaan sendiri ke sekolah .Penyelidik mahu
mengkaji penggunaan wang dalam sebulan bagi pelajar
yang datang ke sekolah dengan menaiki
motorsikal.Didapati 22 orang menaiki kereta ke
sekolah.
Persampelan Bukan Rawak
Terdapat 4 jenis reka bentuk persampelan
bukan rawak iaitu:
• Persampelan Pertimbangan nilai
• Persampelan Kuato
• Persampelan Selesa
• Persampelan Snow Ball
Persampelan Rawak Mudah
• Setiap sampel di dalam populasi mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih.
• Merupakan persampelan paling asasdan popular.
• Proses persampelan:
1) Bentuk rangka persampelan
2) Setiap unit di dalam kerangka diletakkan nombor
dari 1 hingga N ( dimana adalah saiz populasi.
3) Selepas itu,pemilihan ini boleh dibuat dengan
menggunakan Jadual Nombor Rawak.
Persampelan Rawak Mudah
• Contoh: Mengkaji sikap guru-guru terhadap
pengajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah,maka kita akan mengkaji semua
guru yang mengajar KBSM tidak kira sama ada
guru-guru mempunyai ijazah atau tidak
mempunyai ijazah.
Persampelan Rawak Berstrata
• Proses mendapatkan sesuatu sampel dengan
membahagikannya mengikut kumpulan tertentu.
• Kumpulan tersebut perlu mempunyai ciri-ciri
berikut:
a)Ahli-ahli di dalam sesuatu kumpulan mempunyai
sifat-sifat yang sama dan
b)Ahli-ahli di antara kumpulan mempunyai sifat-
sifat yang berlainan.
Contoh strata:bidang
pekerjaan,pendapatan,umur,bangsa
Persampelan Rawak Berstrata
• Terdapat 2 jenis sampel strata iaitu:
a) Strata berkadaran:Apabila peratus sampel
yang diambil daripada setiap strata adalah
berkadaran dengan peratus bagi setiap srata
dikalangan populasi keseluruhan.
b) Strata tidak berkadaran:Apabila peratus
sampel yang diambil daripada setiap strata
adalah tidak berkadaran dengan peratus bagi
setiap strata dikalangan populasi keseluruhan.
Persampelan Rawak Berstrata
• Contoh:Andaikan kita hendak menganggar
bilangan jam menonton televisyen bagi
penduduk dalam satu negeri.Dalam satu
negeri tersebut terdapat 2 buah bandar dan
sebuah pekan.Maka akan ada sampel yang
diambil daripada setiap bandar dan sebuah
pekan tersebut.
Persampelan Kelompok /kluster
• Definisi:Proses menggunakan sampel bila mana
unit persampelan bukan lagi unsur dari populasi
tetapi unsur dari kelompok populasi.
• Persampelan Kelompok memilih beberapa
kumpulan spesefik daripada kelompok-
kelompok yang terdapat dalam kawasan yang
dekat.Syaratnya pemilihan hendaklah
mengandungi kumpulan yang boleh mewakili
ciri-ciri spesifik populasi di seluruh negara bagi
mengelakkan prejudis.
Persampelan Kelompok /kluster
• Sesuai untuk mengkaji isu populasi yanng
terlalu besar.
• Contoh kluster ialah
bandar,syarikat,rumah,universiti,kawasan
perbandaran dan kawasan geografi.
• Selalunya kluster adalah kumpulanpopulasi
yang terjadi semulajadi dan sedia dikenalpasti
seperti negeri atau kawasan Majlis Bandaraya.
Persampelan Kelompok /kluster
• Contoh:Kita hendak mengkaji murid-murid
yanng dapat gred A dan gred B dalam
peperiksaan PMR di Bandaraya Shah
Alam.Maka kita akan mengelompkkan murid-
murid tersebut seperti berikut mengikut
kawasan yang terdapat dalam lingkunngan
bandaraya Shah Alam.
• Kelompok gred A-Murid Cemerlang
-Murid dapat 8 A
• Kelompok gred B
Persampelan Bersistem
• Pemilihan sampel dilakukan berdasarkan sela
yang ditetapkan pada senarai berkenaan.
• Persampelan bersistem boleh dilakukan
dengan memilih satu unit persampelan secara
rawak daripada unsur pertama dalam rangka
persampelan.
Persampelan Bersistem
• Misalnya terdapat 500 orang guru,kita
memerlukan 50 orang sampel .Maka kita
mempunyai 10 guru bagi setiap unsur
(500/50).Tentukan unsur pertama,contoh guru
ke -5,ke-25,ke -35 dan seterusnya ke -495 iaitu
guru-guru yang kedudukannya terletak selepas
10 kedudukan yang pertama.
Persampelan Selesa
• Sampel diambil berdasarkan keselesaan
penyelidik,mudah didapati hampir atau sedia
bekerjasama.
• Contoh:Kita hendak mengkaji sampel selesa bagi isi
rumah maka persampelan selesa ini hanya memerlukan
penyelidik memperoleh data dari rumah yang telah
dipilih secara rawak,tidak kira apa keadaan sekalipun.
• Jika firma penyelidik terletak di pasar raya ,sampel
selesa mungkin dipilih dengan menemuduga hanya
pelanggan yang melalui kedai dan kelihatan ramah.
Persampelan Pertimbanagan Nilai
• Sampel yang dipilh adalah berdasarkan kepada
pertimbangan penyelidik.
• Penyellidik percaya mereka boleh memperolehi
perwakilan sampel melalui pertimbangan sendiri
serta pemilihan yang mereka lakuakan itu.
• Apabila sampel dilakukan melalui pertimbangan
nilai,pengiraan kebarangkalian di mana unsur
tersebut akan dipilih ke dalam sampel adalah
mustahil.
Persampelan Kuota
• Sampel yang diambil sehingga kawalan kuota dipenuhi.
• Sub kelas populasi seperti umur,jantina,atau kawasan
geografi digunakan sebagai strata .
• Kuota ditentukan oleh kawalan kuota iaitu set saiz
sampel diperoleh dari sub kumpulan.
• Contoh:berbanding temuduga yang dijalankan secara
rawak untuk memperolehi kuota Cina akan ke kawasan
yang ramai penghuni Cina dan menuduganya sehingga
jawapan yang diperolehi memenuhi kuota.
Persampelan Kuota
• Di dalam persampelan kuota ,temuduga
dimulakan dengan menyoal beberapa soalan
tapisan,sekiranya responden mewakili sub
kelas di mana kuota dioenuhi temuduga
tersebut akan dihentikan.
Persampelan Bola Sajli
• Sampel yang hendak dikaji sukar dikenalpasti
dan dihubungi.
• Sampel yang dipilih berdasarkan kepada
rujukan dari responden survey yang lain.
• Contoh: Kajian terhadap penagih-penagih
dadah.
KESAHAN DATA
• A)KRITIKAN DALAMAN
• B)KRITIKAN LUARAN
• C)TRIANGULATION
Kritikan Luaran
• Pengesahan dilihat dari sudut fizikal
• Memastikan keaslian
data/artifak/dokumen(sahihatau tidak)
• Antara cara yang boleh dilakukan
• Pengesahan tulisan,pengesahan tanda
tangan,pengesahan bahan-bahan yang
digunakan,pengesahan analisis kimia terhadap
bahan-bahan seperti dakwat,cat,kayu,batu dan
kertas.
Kritikan Dalaman
• Penilaian terhadap bukti-bukti yang dikumpul
adakah ianya adalah bertepatan dengan
peristiwa yang berlaku daripada pelbagai
sumber yang ada.
• Cara pelaksanaan:
• Penyelidik mengemukakan beberapa soalan
berkaitan kajian dengan membandingkan
bukti-bukti yang didapati sendiri dangan bukti
–bukti lain.
Kritikan Dalaman
• Penyelidik boleh pilih bahan yang dipercayai
berkaitan kajiannya.
• Namun demikian,mereka hanya boleh
membandingkan kajian mereka dengan data-
data yang terkandung dalam bahan yang
dipilih untuk perbandingan sahaja.
Kaedah Triangulation
• Dua atau beberapa kaedah digunakan untuk
membuat penyelidikan sama ada penyelidikan
kuatitatif atau kualitatif.
Jenis Triangulation
Membandingkan Membandingkan
pelbagai punca data iaitu
dari segi responden,masa pelbagai keputusan
dan tempat. responden.

Membandingkan
pelbagai cara
menganalisis data.
(Gay 7 Airasian,2000)
• KEBOLEHPERCAYAAN
• Ciri kebolehpercayaan ujin itu boleh dianalisis
melalui ujian -ujian beberapa kali dalam satu
jangka masa,misalnya dalam beberapa hari
atau seminggu.Ini bermakna ciri
kebolehpercayaan dapat ditentukan dengan
memberikan ujian yang sam kepada
sekumpulan pelajar dua kali atau lebih di anta
jarak masa seminggu.
ETIKA PENGUMPULAN DATA
• Etika boleh ditakrifkan sebagai tanggungjawab
akibat tingkahlaku seseorang atau profesional
terhadap pelanggan atau kerjanya.
• Di antara tindakan yang harus diambil mengikut
etika penyelidikan ialah:
a) Melibatkan peserta dengan mendapat persetujuan
daripada mereka.
b) Tidak memaksa orang membantu
c) Memberitahu secara terbuka tujuan kajian dan
semua maklumat yang berkaitan
d) Berjujur dan bertanggungjawab
e) Menghormati dan melindungi privasy peserta
f) Melayan semua peserta denagn adil
g) Menghormati hak-hak peserta,termasuk
sikap,kepercayaan,dan pandangna mereka.
h) Memastikan jaminan anonimiti dan
konfidentialiti peserta.
ISU ETIKA MENTADBIR SOALAN-SOALAN
SELIDIK
1. Perlu memperolehi persetujuannya menjadi responden soal selidik.
2. Mengenalpasti populasi dan jenis pensampelan berdasarkan
objektif kajian.
3. Menyediakan topik yang diperlukan untuk objektif kajian
berdasarkan tinjauan literatur berkaitan.
4. Menentukan jenis item soalan-soalan sellidik.
5. Menyemak item-item soala selidik untuk memastikan setiapa topik
hendaklahmerangkumi beberapa item yang disediakan.
6. Menguruskan soalan-soalan selidik di bawah peringkat rintis.
7. Menambahkanbaikan soalan-soalan selidik,termasuk susun atur
dan format soalan-soalan selidik.
8. Mentadbir soalan-soalan selidik.
ISU ETIKA TEMU BUAL
• Sebelum temu bual dimulakan,pastikan respondaen telah memberi
persetujuan secara lusan atau bertulis,termasuk rakaman pita video.
• Pastikan tujuan dan bagaimana data digunakan dalam kajian telah
diberitahu kepada responden terlebih dahulu,termasuk manfaat yang
akan di dapati dlam kajian.
• Pastikan jaminan kerahsiaan ,ononimiti dan tidak membongkar identiti
responden,yanag mana kepentinagan responden perlu dilindungi.
• Pastikah data yang akan dilaporkan tidak melanggar hak responden
ataupun undang-undang.
• Pastikan soalan-soalan sensitif tidak membawa ugutan kepada responden.
• Memberitahu responden bagaimana dat ayang diberikan akan disalut dan
diedit serta laporan kajian diedarkan kepada mana-mana pihak yang
berkenaan.
ISU ETIKA PEMERHATIAN
• Di dalam pemerhatian tersembunyi,di mana
ianya tidak diketahui oleh subjek yang
diperhati,maka stail pemerhatian ini telah
melanggar prinsip persetujuan daripada
subjek,dan telah mencerobohi privasinya
setya menjadi ancamannya sebagai objek
kajian,di samping meletak penyelidik
menyembunyi diri untuk mengkaji budaya
sosial komuniti homoseksual.
• Isu etiKA pemerhatian yang timbul di antara
perlindungan individu denagn perlindungan
awam ialah siapa yang mendapat manfaat
daripada pemerhatian tersembunyi,iaitu
apakah tujuaj kajian sebenarnya dan
perlindungan kepentinagn diberikan kepada
sesiapa yang terlibat dalam kajian.
• PENYELIDIKAN TINDAKAN:
ANALISIS DATA
PENGENALAN
• Selepas data selesai dikumpulkan mengikut
kriteria persampelan,seorang penyelidik
hendaklah bersedia untuk merancang
bagaimana data itu dianalisis dan
diinterpretasi demi membolehkannya
membentuk gambaran terhadap soalan
kajij,sama ada kajiannya dihasilkan
sebagaimana mengikut pertimbangan
objektifnya.
• Analisis dan interpretasi data kualitatif ini hanya
bermakna apabila prosesnya adalah berkaitan dengan
definisi situasi peserta dan pensampelan,di samping
memberi perhatian terhadap tema,kategori,pola da
ketetapan,
• Analisis dan interpretasi data kualitatif melibatkan
organisasi,klasifikasi,membanding dan membeza dan
mensintesis.
• J.Wellington(2004),sebelu proses analisi,penyelidik
harus membenamkan diri dalam semua data yang
dikumpul untuk memperolehi gambaran secara
keseluruhan.
• Menganalisis data mengikut langkah-langkah berikut:
• Data dibahagikan dalam unit yang bermakna
berdasrkan keputusan penyelidik
• Unsur-unsur disalurkan dan kemudian diklasifikasikan
mengikut kategori
• Asimilasi unsur-unsur dalam kategori yang sama,dan
akomodasi unsur-unsur dengan membentuk kategori
yang baru
• Mencari kategori-kategorii yang serupa dan jika
ada.menggabungkan dalam satu kategori yang sama
• Memeriksa semula kategori
• Menyemak adakah kategori meliputi semua data
• Integrasi dan sintesis

You might also like