You are on page 1of 54

Disediakan oleh:

Prof Dr Saemah Rahman


Dr Fariza Khalid
SOALAN UTAMA

Siapa yang akan dikaji?

–Keperluan mengenal pasti unit


analisis kajian
Unit analisis

Merujuk kepada peringkat dimana


data akan dikumpulkan
(ch: individu, keluarga, sekolah,
daerah dsb)
Populasi
Populasi adalah;
– satu set individu di mana masalah wujud.
– mempunyai ciri atau sifat yang sama antara satu
sama lain walau pun berbeza dari segi lain.
• Populasi bertaburan secara normal dengan
nilai mutlak sebagai min bagi populasi.
• Maklumat populasi dikenali sebagai
paramater.
Populasi
• Populasi mestilah dilibatkan dalam penyelesaian
masalah dan mesti dikenal pasti dengan teliti
dan tepat.
• Populasi merupakan sasaran bagi penyelesaian
masalah, penyelesaian harus melibatkan
keseluruhan individu dalam populasi, tetapi
isunya, terdapat kekangan untuk mendapatkan
maklumat dari seluruh ahli populasi iaitu:
1. Batasan masa, tenaga dan peruntukan.
2. Tidak logik dan tidak rasional mengkaji semua ahli
populasi.
Sampel
• Sampel merupakan sub-kumpulan daripada
populasi sasaran yang ingin dikaji oleh pengkaji
untuk tujuan membuat generalisasi tentang
populasi sasaran
– Sampel hanya merupakan anggaran
– Perbezaan antara anggaran sampel dengan
populasi sebenar dikatakan ralat persampelan
“sampling error.”
POPULASI DAN SAMPEL
POPULASI
Kumpulan sasaran yang anda ingin
generalisasikan dapatan kajian anda

Pilih sampel dan buat Membuat generalisasi


kajian menggunakan dapatan daripada
sampel tersebut sampel kepada populasi

SAMPEL
Subjek yang sebenarnya
digunakan dalam kajian
Populasi dan sampel

Populasi
sasaran

Sampel Sampel
Populasi
-Semua guru di sekolah tinggi -100 guru di sekolah tinggi
di satu bandar di satu bandar
-pelajar kolej di semua IPTA -pelajar kolej di satu IPTA
Aktiviti 1
• Populasi vs Sampel Populasi vs Sampel

Definisi Contoh:

• Bahagi kertas kepada


dua bahagian
• Nyatakan definisi
populasi dan sampel
• Berikan contoh
• Kongsikan dengan
rakan anda
Persampelan
• Persampelan bermaksud proses memilih sekumpulan
(orang, institusi, tempat, atau fenomena) oleh pengkaji
untuk untuk dijadikan responden kajianyang mewakili
kumpulan besar (orang, institusi, tempat, atau
fenomena) yang dipilih.

• Penggunaan sampel yang tidak sesuai akan


mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian.

• Perancangan persampelan yang rapi akan dapat;


– Memudahkan pengumpulan data
– Mengurangkan ralat pengukuran
– Menjimatkan masa dan perbelanjaan

• Maklumat daripada sampel dikenali sebagai statistik


KELEBIHAN PERSAMPELAN
• Persampelan membolehkan penyelidik membuat
inferens atau penyeluruhan penemuan kajiannya
terhadap keseluruhan populasi kajian, tanpa perlu
bertanya kepada setiap seorang dalam populasi.
• Menjimatkan kos
• Menjimatkan masa
• Memudahkan pengurusan penyelidikan
Istilah berkaitan persampelan
Istilah Makna

Populasi Seluruh kumpulan yang dikaji

Kerangka sampel Satu senarai elemen populasi yang akan dibuat


persampelan

Sampel Sebahagian elemen dalam populasi

Parameter Nilai yang berkaitan dengan populasi

Statistik Nilai yang berkaitan dengan sampel

Ralat persampelan Perbezaan antara nilai statistik dalam sampel kajian


dengan nlai parameter yang sebenar dalam populasi.
Bagaimanakah sampel
dipilih?
KAEDAH PERSAMPELAN
Jenis persampelan

Persampelan Persampelan bukan


Rawak rawak
Setiap ahli dalam Bukan semua ahli dalam
populasi mempunyai populasi mempunyai
peluang untuk dipilih peluang untuk dipilih

Rawak mudah Persampelan Convenience Snow-balling


berlapis/berstrata Sampling Sampling
Simple Random
Sampling Stratified Random
Sampling Purposive
Sampling
Rawak sistematik Persampelan
berkelompok
Systematic Random
Sampling Cluster Sampling
Persampelan Rawak
• Setiap unit di dalam populasi mempunyai
kebarangkalian yang sama untuk dipilih
sebagai sampel.
• Mekanisma peluang digunakan didalam
proses pemilihan.
• Bias dihapuskan didalam proses pemilihan.
• Dikenali sebagai persampelan
berkebarangkalian (Probability sampling)
Persampelan Tidak Rawak
• Tidak semua unit populasi mempunyai
kebarangkalian untuk dipilih kedalam
sampel.
• Terbuka untuk bias pemilihan
• Kaedah pemilihan data tidak bersesuaian
bagi kebanyakan kaedah statistik
• Dikenali sebagai persampelan tidak
berkebarangkalian (non-probability sampling)
Aktiviti 2
• Persampelan rawak dan Persampelan rawak vs tidak rawak
tidak rawak Definisi Contoh:
• Bahagi kertas kepada dua
bahagian
• Nyatakan definisi
persampelan rawak dan
persampelan tidak rawak
• Berikan contoh
• Kongsikan dengan rakan
anda
PERSAMPELAN PROBABILITI
A. Persampelan Rawak Mudah (Simple Random
Sampling)
• Semua subjek dalam populasi diambil kira dan setiap
subjek mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.
• Tujuannya ialah untuk memilih sampel yang boleh
mewakili populasi
• Kaedah ini perlukan rangka persampelan
• Cara yang biasa digunakan:
– Nomborkan setiap unit dalam kerangka dari 1 hingga N.
– Gunakan jadual nombor rawak atau penjana nombor
rawak untuk memilih n nombor yang berbeza diantara 1
hingga N.
Contoh Jadual Nombor Rawak

97446 30328 05262 77371


15453 75591 60540 77137
69995 77086 55217 53721
69726 58696 27272 38148
23604 31948 16926 26360
13640 17233 58650 47819
90779 09199 51169 94892
71068 19459 32339 10124
PERSAMPELAN PROBABILITI

A. Persampelan Rawak Mudah (Simple Random


Sampling)
• Kelebihan: Dapatan kajian dapat dibuat
generalisi kepada populasi.
• Kelemahan:Memakan masa.
• Agak mustahil atau sukar untuk mendapatkan
senarai keseluruhan subjek dalam populasi.
PERSAMPELAN PROBABILITI
B. Persampelan Rawak Sistematik (Systematic
Random Sampling)
• Setiap subjek/sampel dipilih daripada senarai
populasi bermula daripada satu nilai rawak (random
point).
• Senarai populasi mestilah rawak. Misalnya senarai
nama murid mengikut ‘alphabetical order’.
• Sampel hendaklah dipilih bermula pada satu nilai
rawak dan seterusnya berdasarkan sela sampel
yang ditetapkan. Tidak semestinya bermula dengan
A atau no 1 dalam senarai.
• Sela sampel ditentukan berdasarkan saiz sampel
dan populasi.
PERSAMPELAN PROBABILITI
B. Persampelan Rawak Sistematik (Systematic Random
Sampling)

Contoh cara memilih sampel:


• Bilangan pelajar Tingkatan empat di NS untuk tahun
lepas diberi nombor siri 1 hingga 10,000 (N = 10,000).
• Hendak memilih sampel seramai 100 (n = 100)
• k = 10,000/100 = 100
• Unsur sampel pertama dipilih secara rawak dari 100
pelajar yang pertama. Andaikan pelajar yang ke 45
adalah dipilih.
• Turutan unsur sampel: 145, 245, 345, . . .
Cara memilih sampel
• Every kth member ( for example: every 10th person) is
selected from a list of all population members.
PERSAMPELAN PROBABILITI

B. Persampelan Rawak Sistematik


(Systematic Random Sampling)

• Kelebihan: Mudah dijalankan jika


senarai populasi diperolehi.
• Kelemahan:Kemungkinan berlaku bias
sistematik.
PERSAMPELAN PROBABILITI
C. Persampelan Rawak Berstrata (Stratified Random
Sampling)
• Populasi dibahagikan kepada sub-populasi/ kumpulan/
strata.
• Sampel dipilih mewakili setiap strata.
• Terdapat dua cara pemilihan:
– Proportionate Stratified Random Sampling :
Berkadaran  peratus sampel diambil dari setiap
strata adalah berkadaran dengan peratus setiap
strata didalam populasi
– Disproportionate Stratified Random Sampling: Tidak
berkadaran  bahagian strata dikalangan sampel
adalah berbeza dari bahagian strata dalam populasi
Persampelan rawak berstrata
(Stratified Random Sample)

• Populasi dibahagikan kepada dua atau lebih kumpulan yang dipanggil strata
berdasarkan kriteria tertentu seperti lokasi, tahap pencapaian, umur,
pendapatan; dan sub-sampel dipilih secara rawak daripada setiap strata
Persampelan rawak berstrata

Populasi
(N=9000)
Lelaki
.66 dr pop. 200
N=6000

Perempuan
.33 dr pop 100
N=3000

Jumlah sampel = 300


PERSAMPELAN PROBABILITI
D. Persampelan Rawak Kluster (Cluster Random
Sampling)
• Kenal pasti kumpulan yang mempunyai ahli yang
heterogenus.
• Pilih kumpulan tersebut secara rawak.
• Semua ahli dalam kumpulan yang dipilih secara rawak
dijadikan sampel kajian.
• Kelebihan: Lebih praktikal dan ekonomi jika
dibandingkan dengan kaedah persampelan lain.
• kelemahan:Paling kurang reliable jika dibandingkan
dengan kaedah persampelan lain.
Aktiviti 3
Bincangkan dalam kumpulan anda
bagaimana memilih sampel murid dalam
sebuah sekolah menggunakan kaedah:
1. Persampelan rawak mudah
2. Persampelan rawak sistematik
3. Persampelan rawak berstrata
PERSAMPELAN NONPROBABILITI
PERSAMPELAN NONPROBABILITI
A. Convenience Sampling

• Subjek/sampel dipilih berdasarkan kesediaan


dan secara sukarela serta kemudahan kepada
penyelidik.
PERSAMPELAN NONPROBABILITI

B. Persampelan Bertujuan ( Purposive Sampling)


(also known as judgment, selective or
subjective sampling) is a sampling technique
in which researcher relies on his or her own
judgment when choosing members of
population to participate in the study
• Subjek/sampel dipilih berdasarkan kriteria
tertentu selaras dengan tujuan kajian.
PERSAMPELAN NONPROBABILITI
C. Quota Sampling
• Subjek/sampel dipilih secara convenience
berdasarkan pengetahuan awal penyelidik.
• misalnya; berdasarkan tahap pengetahuan
D. Snowball Sampling
• (or chain sampling, chain-referral sampling,
referral sampling) is a non-probability
sampling technique where existing study
subjects recruit future subjects from among
their acquaintances.
Teknik persampelan mana nak
guna???
• Kenal pasti ciri-ciri populasi (bagi
persampelan probabiliti):
– Ciri-ciri ahli dalam populasi sama?
– Heterogeneous/ mengandungi beberapa
kumpulan yang berbeza?
– Terdiri daripada unit-unit ?
Teknik persampelan mana nak
guna???
• Kenal pasti ciri-ciri populasi (bagi
persampelan probabiliti):
– Ciri-ciri ahli dalam populasi sama? Rawak
mudah/Sistematik?
– Heterogeneous/ mengandungi beberapa
kumpulan yang berbeza? Rawak
berstrata?
– Terdiri daripada unit-unit ? Persampelan
kelompok?
Teknik persampelan mana nak
guna???
• Kenal pasti kekuatan/kelemahan setiap
teknik
– Rawak mudah : blh tingkatkan darjah
perwakilan tetapi agak tedious – ambil
banyak masa jika populasi besar
– Rawak sistematik: tak perlu guna jadual
rawak tetapi kurang rawak berbanding
rawak mudah
Teknik persampelan mana nak
guna???
• Kenal pasti kekuatan/kelemahan setiap teknik
– Rawak berstrata: boleh meningkatkan darjah
perwakilan tetapi ambil masa panjang
– Persampelan kelompok: Mudah dan senang tetapi
kurang sesuai jika ahli-ahli bagi setiap unit
berbeza. Sesuai jika populasi melibatkan kawasan
yang luas dan bilangan subjek yang ramai di
mana senarai persampelan tidak dapat diperolehi
Menggabungkan beberapa prosedur
persampelan
• Contoh: memilih sampel mewakili
pelajar sekolah menengah
– Pr. pertama: P. Kelompok – Bahagikan
sekolah kepada zon & pilih 4 zon secara
rawak
– Pr kedua: P. Kelompok -Pilih 2sekolah
dalam setiap zon secara rawak
– Pr ketiga: Pilih pelajar di sekolah yg terpilih
- gunakan rawak mudah/ sistematik/ strata
SAIZ SAMPEL
Berapakah saiz sampel yang sesuai dalam
sesuatu kajian?

• General rule of thumb: sebanyak yang boleh daripada


populasi – lebih besar sampel dapat mengurangkan
ralat persampelan

• Kebanyakan penulis mencadangkan penggunaan


konsep-konsep statistik seperti aras keyakinan, saiz
kesan dan kuasa ujian statistik untuk menentukan
bilangan sampel yang sesuai
SAIZ SAMPEL

Berapakah saiz sampel yang


sesuai dalam sesuatu kajian?
Jumlah sampel kebiasaanya
bergantung kepada

– Jenis populasi
– Rekabentuk kajian
SAIZ SAMPEL
• Penentuan bilangan sampel menggunakan konsep-
konsep tersebut agak rumit (menggunakan formula
yang tertentu)
• Ada juga perisian komputer yang boleh membantu
mengira bilangan sampel yang sesuai berdasarkan
faktor-faktor yang tertentu
• Satu lagi cara am menentukan bilangan sampel ialah
dengan mengenal pasti prosedur statistik yang
digunakan
• Creswel (2005) mencadangkan:
– Anggaran 15 peserta bagi satu kumpulan
eksperimen
– Anggaran 30 peserta bagi kajian korelasional
– Anggaran 350 subjek bagi kajian tinjauan (saiz
berubah-ubah bergantung kepada faktor-faktor
tertentu
SAIZ SAMPEL DALAM
KAJIAN KUANTITATIF
• Kajian kuantitatif memerlukan saiz sampel yang lebih besar
berbanding dengan kajian kualitatif.
• Sampel tersebut haruslah mewakili ciri-ciri populasi.
• Jika terdapat perbezaan antara anggaran sampel dengan
populasi sebenar dikatakan ralat persampelan “sampling
error.”
• Penentuan saiz sampel boleh dibuat menggunakan konsep-
konsep statistik seperti aras keyakinan, saiz kesan dan kuasa
ujian statistik untuk menentukan bilangan sampel yang
sesuai
• Ditentukan juga menggunakan formula tertentu cth: Krecjie
& Morgan atau Cochran
SAIZ SAMPEL
• Hair et al (1998) mencadangkan bagi statistik
multivariate,
– 20 terlalu kecil manakala 1000 adalah terlalu
besar
– Bilangan kurang dari 20 hanya sesuai untuk
analisis regresi mudah bagi satu pembolehubah
bebas sahaja
– Bagi regresi berganda, sekurang-kurangnya 5
pemerhatian bagi satu pembolehubah bebas yang
dikaji, bagaimana bilangan yang dicadangkan
ialah 15-20 pemerhatian bagi satu pembolehubah
yang dikaji
Bilangan Minima Sampel Berdasarkan Prosedur Analisis
Statistik (HAIR ET AL (1998)

Prosedur analisis statistik Bilangan minima sampel dicadangkan

Sekurang-kurangnya 100 atau


Analisis Faktor
pada kadar 5 atau 20 kali bilangan
(Factor Analysis)
pembolehubah (hal. 98).

Analisis Varians
Bilangan setiap sel sekurang-
‘Multivariate’ (MANOVA)
kurangnya 20 atau bilangan sampel
bagi setiap sel mesti lebih besar
daripada bilangan pembolehubah
bersandar (hal. 342).

Antara 100-200 tetapi tidak


melebihi 400. 400-500 dianggap
Model Persamaan Berstruktur
bilangan sampel yang besar
(Structural Equation
(menggunakan kaedah
Modelling)
penganggaran ‘Maximum
Likelihood’) (hal. 605).
SAIZ SAMPEL

• Ada penulis yang mencadangkan jadual


penentuan sampel berdasarkan faktor-faktor
yang tertentu
– Lihat Cohen
– Krejcie & Morgan
– Lipsey
For survey research, if the population is fewer than 200 individuals,
the entire population should be sampled. This would considered census
sampling. At around a population of 400, approximately 50% of the
population should make up the sample, and population over 1000 require
about 20% for an appropriate sample. For large population of 5,000 or
more, samples of 350 to 500 person s are often adequate.

For correlational studies, a minimum of 30 participants should be


tested.

Experimental research studies generally require at least 30


participants per group.

These generalizations are based on the work of Krejie and Morgan


(1970), and their articles should be consulted for more precise information
about sample size.
Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970)
N S N S N S

10 10 220 140 1200 291

15 14 230 144 1300 297

20 19 240 148 1400 302

25 24 250 152 1500 306

30 28 260 155 1600 310

35 32 270 159 1700 313

40 36 280 162 1800 317

45 40 290 165 1900 320

50 44 300 169 2000 322

55 48 320 175 2200 327

60 52 340 181 2400 331

65 56 360 186 2600 335

70 59 380 191 2800 338

75 63 400 196 3000 341

80 66 420 201 3500 346

85 70 440 205 4000 351

90 73 460 210 4500 354

95 76 480 214 5000 357

100 80 500 217 6000 361

110 86 550 226 7000 364

120 92 600 234 8000 367

130 97 650 242 9000 368

140 103 700 248 10000 370

150 108 750 254 15000 375

160 113 800 260 20000 377

170 118 850 265 30000 379

180 123 900 269 40000 380

190 127 950 274 50000 381

200 132 1000 278 75000 382

210 136 1100 285 100000 384


Ralat persampelan
• Data dari sampel tidak rawak adalah tidak
sesuai untuk dianalisis oleh kaedah statistik
pentadbiran.
• Ralat persampelan merupakan perbezaan atau
variasi antara min bagi sampel yang dirawak
dengan min populasi yang bertaburan secara
normal.
• Ralat Persampelan terjadi apabila sampel tidak
mewakili populasi

50
Ralat bukan persampelan

• Missing Data, Recording, Data Entry, and


Analysis Errors
• Konsep yang lemah, definasi tidak jelas,
dan soal selidik yang mengelirukan
• Ralat jawapan terjadi apabila responden
tidak tahu, tidak menjawab, atau jawapan
yang mengelirukan

51
SAIZ PESERTA DALAM
KAJIAN KUALITATIF
• Kajian kualitatif tidak melibatkan persampelan
kerana peserta kajian tidak ditentukan oleh sebarang
pengiraan.
• Peserta kajian ditentukan berdasarkan kriteria yang
ditentukan oleh penyelidik untuk memastikan data
yang diperolehi dapat menjawab persoalan kajian
secara lengkap dan mendalam. Dalam konteks
persampelan, ini dinamakan persampelan bertujuan
• Kriteria yang ditentukan berdasarkan tujuan kajian
dan konsep yang hendak dikaji
Aktiviti individu
• Tajuk kajian saya ialah …..
• Populasi kajian saya ialah ….. (Nyatakan

• Sampel kajian saya ialah: ……..
(Nyatakan…
• Teknik persampelan yang akan saya
gunakan ialah ….
• Jelaskan prosedur memilih sampel …
TERIMA KASIH

DR SAEMAH RAHMAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UKM

You might also like