You are on page 1of 40

PENYELIDIKAN

KUALITATIF
K A E D A H P E N Y E L I D I K A N K U A L I TAT I F
KFP60404
SEDIKIT ULANGKAJI…

Berapakah jenis penyelidikan yang telah dipelajari


dalam kursus GRU 60104 (Kaedah Penyelidikan
untuk Pendidikan)?
JENIS PENYELIDIKAN

Kuantitatif
Penyelidika
n
Kualitatif
PENYELIDIKAN KUANTITATIF
• menguji spesifik hipotesis yang telah ditetapkan diawalnya
• sampel kajian yang besar, pengukuran adalam bentuk angka-angka,
dianalisa secara statistik
• Dapatan kajian digambarkan menggunakan jadual
• Dapatanya boleh digeneralisasikan

• Penyelidiakan kuantitatif berasaskan paradigma positivisme, yang


melihat sesuatu kejadian, isu sebagai yang boleh diperhatikan,
dimanipulasi dan diukur.
PENYELIDIKAN KUANTITATIF
Reka bentuk eksperimen
sebenar
Rekabentuk
eksperimenta
l Reka bentuk kuasi eksperimen

Kuantitati Kajian deskriptif


f
Reka bentuk iKajian hubungkait/perkaitan
bukan (relationship studies)
eksperimenta
l Kajian perbandingan (comparative
study)

Kajian tinajuan (survery


research)
PENYELIDIKAN KUALITATIF
• Kajian ini bertitik tolak daripada paradigma interpretivisme

• Melihat sesuatu isu/ kejadian sebagai satu realiti yang sangat kompleks
• untuk memahami isu/kejadian hanya boleh diperolehi daripada
pandangan, suara atau luahan responden-responden kajian

• Miles & Huberman, (1994) kualitatif merupakan suatu penyelidikan


yang berasaskan kepada ‘by word’ dan ‘picture’, dibuat menggunakan
huraian dan pelaporan ayat demi ayat atau frasa demi frasa) tanpa
sebarang cerapan statistik.
• tidak akan menggunakan satu nombor pun bagi setiap nombor
seperti angka 1, 2, 3, sebaliknya dieja menjadi satu, dua, tiga dsbnya.

• Bagi menunjukkan kuantiti atau sesuatu yang sedikit atau banyak,


penyelidikan kualitatif akan menggunakan ungkapan seperti ‘sedikit
sahaja’, ‘sangat kurang’, ‘dalam jumlah yang kecil’, ‘secara
minimumnya’, atau ‘secara majoritinya’, ‘kebanyakannya’
‘kesemuanya’.
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN KUALITATIF
1) Keadaan Semulajadi (natural settings)
• dilaksanakan dalam keadaan semulajadi atau situasi sebenar, di mana
tidak ada manipulasi pada aspek yang dikaji.

• Othman Lebar (2017), penyelidikan dalam situasi yang sebenar


penting kerana untuk memastikan maklumat dan data-data yang
dikumpul, benar-benar menggambarkan fenomena yang berlaku di
tempat kajian tersebut
• Sebagai contoh, untuk mengkaji aspek interaksi pelajar di sekolah,
sessi pengajaran guru, tingkah laku guru terhadap pelajar, semuanya
dilihat dalam keadaan semulajadinya (dalam bilik darjah, kantin,
aktiviti ko-kurikulum) dan aspek-aspek ini tidak dikawal.

• Selain itu, ‘setting’ atau tempat di mana tingkah laku yang


diperhatikan juga tidak dikawal, semuanya berlaku secara natural.

• Inilah yang membezakannya dengan kaedah kuantitatif, di mana aspek


kajian dalam kuantitatif, ianya dimanipulsi dan dikawal.
• kualitatif akan melibatkan kerja lapangan, di mana pengkaji akan
ke tempat yang dipilih bagi meneroka aspek yang ingin dikaji.

• Mengapa kualitatif memerlukan kerja lapangan?


untuk memerhatikan tingkah laku manusia, dan tingkah laku
manusia lebih relevan dalam keadaan sebenar atau situasi sebenar,
di mana tiada, kawalan.

Misalnya jika kajian memfokuskan pengajaran guru, maka


pengkaji perlu ke lapangan (bilik darjah) bagi mengkaji isu ini.
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN KUALITATIF
2. Proses mengutip data secara terus daripada sumbernya

• mendapatkan data kajian dengan cara bersemuka dengan responden


kajian, misalnya melalui temu bual dan pemerhatian di lapangan.

• pengkaji sendiri turun ke lapangan kajian dan enggan menggunakan


orang lain sebagai pengutip data.

• Tujuan: pengkaji ingin memahami isu kajian dengan lebih mendalam


serta dapat membina hubungan rapat dengan responden kajian.
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN KUALITATIF
3) Deskripsi yang kaya dengan maklumat
• Apa sahaja yang berkaitan dengan masalah kajian akan dicatatkan, direkod
dan dianalisa oleh pengkaji kualitatif.

• Hasil laporan akan mengandungi satu deskripsi yang mendalam mengenai


isu kajian dan ianya dalam bentuk perkataan, gambar dan bukannya angka-
angka.

• Pelaporan pada kebiasaannya dalam bentuk penceritaan (naratif) dan ianya


akan memberi kefahaman kepada audien (pembaca), walaupun mereka tidak
terlibat dalam kajian tersebut.
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN KUALITATIF
4) Fokus kajian
• Fokus adalah untuk mengetahui bagaimana (how) dan kenapa (why) sesuatu
fenomena itu berlaku.
• Melalui persoalan ini (bagaimana, kenapa), informasi terperinci akan diperolehi
mengenai fenomena tersebut.

• tidak memfokuskan membanding bezakan antara dua pekara, atau


menhgubungkaitkan antara dua pekara (pemboleh ubah), seperti kuantitatif, kerana
pendekatan ini tidak berupaya memberi maklumat terperinci terhadap sesuatu isu
yang dikaji.

• Othman Lebar (2017), kualitatif lebih berfokuskan penerokaan, mendeskripsikan


serta menginterpretasikan sesuatu fenomena yang dilihat.
CIRI-CIRI KUALITATIF
5)Analisa data secara induktif
• Hays & Singh, (2012) pada umumnya data-data yang dikumpul akan
dianalisa secara induktif namun kadangkala pengkaji telah mempunyai
idea awal/tema awal tentang isu kajian itu,

• Proses analisis data memerlukan satu proses yang kompleks, melibatkan


tarnskripsi temu bual, pengkodan dan penghasilan tema dan sub tema
bagi menjawab objektif kajian.
CIRI-CIRI KUALITATIF
6)Perspektif daripada responden kajian
• Matlamat kaedah kualitatif adalah untuk memahami keaadaan sesuatu isu
daripada pandangan, luahan, pengalaman responden kajian, (Hays & Sing,
2012).

• Ini bermakna pandangan dan pespektif responden merupakan informasi


penting, yang akan dilaporkan sebagai dapatan kajian.

• Sebagai contoh, semasa membuat transkripsi temu bual, segala perkataan,


ayat responden kajian perlu dikekalkan, tanpa sebarang pengubahsuaian.
CIRI-CIRI KUALITATIF
7)Fleksibiliti dalam proses melaksanakan kajian
• .Menurut Othman Lebar (2017), penyelidikan kualitatif boleh berkembang &
berubah semasa kajian dijalankan, terutama semasa pengumpulan data &
analisa data.

• Pada asasnya, pengkaji kualitatif akan mempunyai perancangan tentang aspek


yang ingin di kaji, sama seperti kaedah kuantitatif.

• Namun, apabila memasuki lapangan kajian pelbagai isu baru yang timbul
dan ini menyebabkan berlakunya perubahan pada proses pelaksanaan kajian
tersebut, agar ianya bersesuaian dengan tempat serta responden kajian.
• Antara contoh perubahan yang perlu difikirkan semula, bilangan
individu yang terlibat dalam kajian, fokus kajian, pendekatan
pengutipan data dan sebagainya.

• kualitatif bukanlah sesuatu yang ‘rigid’ dan ianya bersifat fleksibal.

• Berbeza dengan kuantitatif, kerana ianya mempunyai hipotesis


awal yang ingin diuji serta langkah-langkah yang telah di tetapkan,
maka ianya tidak boleh diubah sesuka hati semasa proses
melaksanakannya.
5 JENIS REKABENTUK DALAM
PENYELIDIKAN KUALITATIF

Kajian kes
Etnografi
kualitatif

Naratif
Fenomenologi
Grounded theory
1) KAJIAN KES
• Creswell (2013) kajian kes melibatkan pengumpulan maklumat secara
sistematik dan terperinci dengan memfokuskan kajian kepada seseorang
individu, sekumpulan individu atau sesuatu kumpulan masyarakat
secara mendalam.

• Merriam (1998), kajian kes menganalisis satu unit atau ‘bounded


system’ secara holistik, bersifat deskriptif, dan berfokuskan kepada
terhadap sesuatu unit kajian itu secara spesifik.
Rajah di bawah menggambarkan konteks dan kes di mana hanya satu unit analisis
diperhatikan (bounded system) dalam kajian ini.

Konteks kajian: SMK


Indah
Kes: Interaksi sosial pelajar
tingakatan 4 pelbagai etnik di SMK

Unit yang dianalisis atau diperhatiakan iaiu “interaksi sosial


pelajar timgkatan 4 pelbagai enik’----- ‘bounded system’
• Dalam bidang pendidikan pelbagai aspek boleh dikaji dengan
menggunakan rekabentuk kajian kes ini.

• Contoh nya:
i. kajian mengenai seorang pelajar pintar cerdas
ii. aspek pentadbiran di sebuah sekolah cemerlang
iii. hubungan pelajar berbeza etnik di sekolah
iv. tabiat membaca pelajar
v. Pengajaran guru abad 21 dan pelbagai lagi isu di sekolah
vi. Isu yang unik, jarang berlaku, menarik perhatian: Kejayaan sebuah
SMK di pedalaman Sabah yang telah mencapai 100% kelulusan
dalam semua mata pelajaran peringkat SPM
• Objektif utama kajian kes adalah untuk mempelajari
atau mendapatkan pengajaran daripada kajian kes
tersebut

• Pengutipan data kajian kes adalah melalui kaedah


temu bual, pemerhatian dan analisa dokumen

• Dalam penyelidikan kualitatif, kajian kes sering


digunakan berbanding 4 reka bentuk yang lain.
2)ETNOGRAFI
• bertitik tolak daripada bidang antropologi.

• Fokus ahli antropologi mengenai budaya sekelompok manusia,


seperti kepercayaan, bahasa, adat perkahwinan, agama dan sebaginya.

• Menurut Mc Millan (2008), ethnografi adalah satu kajian mendalam, di


mana interpretasi budaya kelompok manusia, hanya akan difahami
apabila kita berada dalam kelompok mereka. (KITA PERLU BERADA
BERSAMA MEREKA)
• Secara asas, etnografi memfokuskan fenomena sosial seperti
tingkah laku dan cara hidup sesuatu masyarakat

• Kajian etnografi menjelaskan hal yang berkaitan dengan budaya


sesuatu etnik mengikut sesuatu sempadan geografi

• Pengumpulan data adalah melalui tiga kaedah utama (pemerhatian,


temu bual, analisa artifak/dokumen).

• Namun, ketika ini skop kajian etnografi telah diperluaskan dengan


mengkaji budaya seperti kelompok, kumpulan atau organisasi
ADAKAH ETNOGRAFI BOLEH DIGUNAKAN
DALAM BIDANG PENDIDIKAN (MENGKAJI
ISU DI SEKOLAH ??)
• JAWAPAN: REKABENTUK ETNOGRAFI BOLEH DILAKSANAKAN DI
SEKOLAH

• Sekolah merupakan satu oraganisasi yang mempunyai kelompok manusia


(komuniti) dan mempunyai budaya tersendiri, (Wiersma & Jurs, 2005).

• Contoh isu kajian yang boleh dikaji di sekolah:


i) budaya kumpulan ‘punk’ di sekolah
ii) Kehidupan dan adaptasi kumpulan pelajar Orang Asli (etnik minority) di
sekolah
Di universiti:
iii) Budaya amalan dan hubungan etnik di univeriti,
iv) Budaya kumpulan pelajar ‘transgenderism’ di universiti,
• Namun harus diingatkan bahawa, jika memilih rekabentuk ini, kita
harus berada bersama-sama responden untuk satu jangka masa yang
panjang (bertahun-tahun), pengutipan data yang terperinci, agar
budaya yang dikongsi oleh kelompok ini dapat difahami secara
keseluruhan.

• Oleh kerana jangkamasa adalah bertahun-tahun, maka reka bentuk


etnografi kurang dilaksanakan.
3)NARATIF
• bertitik tolak daripada beberapa bidang seperti antropologi, sejarah,
sosiologi dan sosiolinguistik.

• Pada asasnya kajian ini berfokuskan penceritaan mengenai kisah hidup/


riwayat hidup & pengalaman mengenai seorang individu

• Reka bentuk naratif (penceritaan) menggunakan pendekatan penceritaan


pelbagai pihak, rujukan autobiografi, dokumen peribadi, temu bual,
gambar, artifak bagi menganalisis peristiwa dan pengalaman seorang
atau beberapa individu yang unik.
• Pengumpulan data diperolehi daripada pelbagai sumber antaranya dokumen,
rekod arkib atau daripda individu itu sendiri (responden kajian), (Othman
Lebar, 2017).

• Pelaporan hasil kajian naratif, adalah dalam bentuk penceritaan semula


(restorying), iaitu melibatkan organisasi semula informasi dan perlu
menyusun peristiwa hidup subjek kajian dalam bentuk kronologi.

• Contoh kajian naratif:


biografi tokoh yang banyak menyumbang dalam bidang pendidikan
biografi mengenai kisah hidup dan kejayaan seorang pelajar Orang Asli
kisah kehidupan dan perjuangan Leftenan Adnan
kajian kehidupan pemimpin negara seperti Tun Abdul Razak
4)FENOMENOLOGI
• Fenomenologi adalah kajian kualitatif yang memfokuskan sesuatu
fenomena.

• Menurut Creswell (2013), fenomenologi mempunyai konsep yang sama


dengan kajian naratif, iaitu menceritakan pengalaman hidup, namun
pengalaman hidup sekumpulan individu terhadap sesuatu fenomena
(kejadian)
• memberi kefahaman kepada pengkaji tentang pengalaman yang dialami
oleh sekumpulan individu.

• Contoh:
kajian untuk melihat perasaan mangsa fenomena gempa bumi
pengalaman pesakit-pesakit kanser
Perasaan sekumpulan pesakit AIDS
 perasaan dan pengalaman pesakit yang sembuh daripada jangkitan
covid 19
• Dalam bidang pendidikan, antara pekara-pekara yang boleh dikaji:

pengalaman sekumpulan pelajar yang dibuli,


pengalaman pelajar yang terpilih dalam program pertukaran pelajar,
pengalaman pelajar warganegara asing belajar di IPTA
5)GROUNDED THEORY
• Kajian ini agak berbeza dengan yang dibincangkan di atas.
• kerana ianya melibatkan penghasilan teori baru berdasarkan daripada
data kajian yang telah dikumpulkan.

• Pengutipan data hanya menggunakan temu bual dan bilangan responden


sangat ramai, iaitu 50 hingga 60 orang.

• MENGAPA PERLU RESPONDEN KAJIAN YANG RAMAI?


bagi menghasilkan ‘ketepuan’ (saturated) pada data kajian.
Ketepuan data penting kerana ianya akan membantu proses menghasilkan
teori baru.
• MENGAPA KONSEP KAJIAN INI WUJUD?

sesetengah pengkaji melihat teori-teori yang sedia ada tidak dapat


menerangkan sesuatu fenomena dengan tepat.

Maka kajian di jalankan dan berdasarkan pengumpulan data, analisa


datanya, teori baru akan dihasilkan.
KESIMPULAN
• Penyelidikan kualitatif adalah kajian:

yang dijalankan dalam latar semula jadi,


melibatkan kerja lapangan,
penyelidik merupakan instrumen utama,
penganalisan secara induktif dan dapatan memberi gambaran
menyeluruh
dan mendalam tentang sesuatu fenomena atau masalah yang ingin
dikaji,
• Cabaran bagi pengkaji Kualitatif:
 memakan masa yang lama
pengkaji perlu ke lapangan bagi mengumpul data
analisa data yang banyak dalam bentuk perkataan & ayat-
ayat.

 Namun apabila isu yang ingin dikaji itu melibatkan


perlakuan, tingkah laku manusia, maka kaedah kualitatif
adalah bersesuaian
RUJUKAN
Creswell, J. W. (2013). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five
approaches. Sage Publications.

Hays, D. G. & Singh, A.A. (2012). Qualitative inquiry: In clinical and educational settings.
Guilford Press.

Mc Millan, J. H. (2008). Educational Research: Fundamentals for the Consumer. Pearson


Education, Inc.

Othman Lebar. (2017). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod.
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Wiersma, W. & Jurs, S.G. (2005). Research methods in education: An introduction. Ally &
Bacon.
AKTIVITI
1)Berdasarkan kuliah ini, anda dikehendaki membandingbeza antara 5
jenis reka bentuk dalam penyelidikan kualitatif dan lengkapkan jadual di
bawah:
Ciri-ciri & Naratif Fenomenologi Grounded Ethnografi Kajian kes
Rekabentuk theory
Bidang yang Antropolog, Falsafah, Sosiologi Antropologi dan Psikologi,
berkaitan sejarah, psikologi dan sosiologi undang-undang,
psikologi, pendidikan Sains politik,
sosiologi, perubatan
kesusasteraan
Contoh isu          
kajian yang
boleh dibuat
Bentuk
pengutipan
data

You might also like