You are on page 1of 12

DEFINISI ETNIK

• Etnik berasal dari perkataan ethnos dalam


bahasa Greek iaitu:

Sekumpulan manusia yang mengamalkan


budaya yang hampir seragam seperti:

 Adat resam
 Pakaian
 Bahasa
 Kegiatan ekonomi
Konsep Etnik
• Berkaitan rapat dengan konsep- konsep ras dan
bangsa (penekanan pada perbezaan fizikal atau
sifat- sifat sifat biologi)

• Etnik juga dikelaskan perbezaan budaya seperti


adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan
mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan
ekonomi dan hiburan.

• Etnik di Malaysia termasuk orang Melayu, Cina,


India, Khadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai
lagi
• Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan
etnosentrisme.

• Etnisiti – rasa kekitaan sesuatu etnik tertentu


dan wujudnya kebudayaan atau subbudaya yang
jelas untuk menyatukan anggotanya dengan satu
sejarah, nilai, sikap, dan tingkah laku yang sama.

• Etnosentrisme - kepercayaan atau rasa


bangga yang wujud dalam kumpulan etnik
bahawa budaya dan etnisiti mereka jauh lebih
baik dari kumpulan lain
Konsep Ras dan Rasisme
• Ras
- Sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif
berasaskan ciri- ciri fizikal biologikal nyata, seperti warna kulit, warna
mata, warna rambut dan sebagainya.

• Rasisme
- Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
perbezaan Ras.

- Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam


kestabilan politik dan keamanan negara. Negara kita juga pernah
mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam
peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa
diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh
mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi
pelajaran, perumahan dan pekerjaan.
ETNIK DALAM PROSES
POLITIK DI MALAYSIA
PENDUDUK DI MALAYSIA 2006

7%

Melayu
Cina
55% India
lain- lain
25%
• Secara keseluruhan, penduduk etnik Melayu
merupakan kelompok majoriti di semenanjung
malaysia. Menganut agama Islam

• Etnik Melayu yang masih tinggal di luar bandar


kebanyakkannya terlibat dalam aktiviti
pertanian dan perikanan.

• Manakala di bandar terlibat dalam pelbagai


sektor perkhidmatan awam, swasta atau
dalam perdagangan dan perniagaan.
• Cina adalah etnik kedua terbesar di
Semenanjung.

• Menganuti pelbagai agama (Buddha,


Konfusianisme, Kristian, Taoisme, dsb)

• India adalah etnik ketiga terbesar di


Semenanjung, antara subetnik - Sikh, Tamil,
Malayani dan Singhala.

• Sebahagian besar mereka dahulunya bekerja


dan menetap di estet.
• Etnik tekecil dalam kajian antropologi ialah
orang asli. Penduduk di kawasan pendalaman
di beberapa negeri. Menganut kepercayaan
tradisional, animisme, Kristian dan Islam.

• Di Sarawak, etnik Dayak yang tinggal di


kawasan pendalaman dan luar bandar
menjalankan aktiviti pertanian atau
pembalakkan.

You might also like