You are on page 1of 2

skala boleh ditakrifkan sebagai angka yang digunakan untuk mengkelas atau menunjukkan

tahap/nilai sesuatu ukuran

Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara
numerik

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN boleh diukur dengan menggunakan empat jenis
skala, iaitu skala nominal, ordinal, sela dan nisbah. Secara ringkasnya, skala boleh ditakrifkan
sebagai angka yang digunakan untuk mengkelas atau menunjukkan tahap/nilai sesuatu ukuran.
Rajah 1.2 Aras ukuran 1.2.1 Skala Nominal Skala nominal ialah skala yang dianggap paling
mudah dan mempunyai ketepatan yang paling rendah. Skala ini mengkategorikan pembolehubah
berdasarkan persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan.
Misalnya, guru ingin mengkelaskan pelajar-pelajar mengikut etnik atau jantina. Guru berkenaan
perlu meletakkan nilai tertentu kepada pembolehubah tersebut bagi mewakili etnik berkenaan.
Misalnya, etnik Melayu diwakili nombor 1, etnik Cina diwakili nombor 2, etnik India diwakili
nombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4. Nombor I dalam sistem ini tidaklah menunjukkan
bilangan yang kecil berbanding nombor 2, 3 atau 4. Dalam skala nominal ini, kita boleh menukar
ganti nombor berkenaan untuk mewakili kategori etnik tertentu, misalnya, nombor 4 untuk etnik
Melayu, nombor 3 untuk etnik Cina, nombor 2 untuk etnik India dan nombor 1 untuk lain-lain
etnik. Nombor yang digunakan di sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori
pembolehubah yang dinyatakan, iaitu etnik. Nombor ini tidak mempunyai sebarang nilai dan
skala yang menggunakan nombor untuk mengkategori pembolehubah ini disebut sebagai skala
nominal. Ciri-ciri utama skala nominal adalah seperti berikut: i. Setiap ahli hanya dimiliki oleh
satu kategori sahaja, misalnya, individu yang dikelaskan ke dalam kategori Melayu tidak boleh
menjadi ahli kategori etnik lain. ii. Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai
pemeringkatan, tetapi dianggap sebagai nama kategori sahaja. iii. Pengkelasan data asal kepada
data nominal bersifat satu kepada satu.

Skala Ordinal Ukuran bersifat ordinal pula memberikan nilai pemeringkatan. Data boleh
disusun sama ada daripada yang terrendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah
kepada yang cemerlang. Nombor atau kategori yang diguna menggambarkan ukuran asal
pembolehubah mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang
baik kepada kategori yang lebih baik. Misalnya, nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan kedudukan
pelajar dalam darjah dari segi pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang
mendapat markat keseluruhan yang tinggi diberikan nombor 1, diikuti nombor 2, 3, 4 dan
seterusnya. Ini menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada nombor 2, 3 4 dan berikutnya.
Umumnya, skala ordinal mampu (a) membezakan kategori dan (b) membezakan nilai
pemeringkatan. Contoh lain skala ordinal ialah skala Likert (misalnya, (1) Sangat Tidak Setuju,
(2) Kurang Setuju, (3) Sederhana Setuju, (4) Setuju, (5) Sangat Setuju). Ciri-ciri utama skala
ordinal adalah seperti berikut: i. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah
saling eksklusif. ii. Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik. iii. Ukuran
mempunyai pemberat, iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurang atau lebih
berbanding kategori lain

Skala Sela Skala ketiga ialah skala jenis sela. Data jenis ini mempunyai ciri
pemeringkatan dan juga mempunyai perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. Skala ini
berupaya menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkan
kesamaan dalam unit ukuran yang digunakan. Contoh ukuran berskala sela ialah ukuran suhu.
Dalam hal ini, perbezaan suhu antara 25C dengan 35C adalah sama dengan perbezaan suhu
antara 15C dengan 5C, iaitu perbezaan 10 darjah. Skala sela memberikan sela yang sama
daripada titik origin. Ini bermaksud skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal,
terutamanya ciri-ciri aspek pemeringkatan. Jarak numerik yang sama dalam skala sela
menggambarkan jarak yang sama pada ciri-ciri yang diukur. Contoh lain, andaikan terdapat
empat orang pelajar yang diukur pencapaiannya dalam skala sela, maka perbezaan pencapaian
antara pelajar A yang mendapat 95% dengan Pelajar B yang mendapat 70% adalah sama
dengan perbezaan pencapaian pelajar C yang mendapat 50% dengan pelajar D yang mendapat
25%. Bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan pencapaian pelajar C adalah dua kali lebih
baik daripada D, kerana skala sela tidak mempunyai nilai mutlak, tetapi hanya berdasarkan jarak.
Dalam skala sela, nilai sifar (0) merupakan suatu nilai yang arbitrari, yang tidak menggambarkan
nilai kuantiti kosong, iaitu skala sela tidak mempunyai nilai mutlak. Misalnya, suhu 0C
merupakan nilai permulaan sistem pengukuran suhu dalam C. Suhu 0C di sini bukan
bermakna tidak ada kepanasan. Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut: i. Kategori yang
digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling eksklusif. ii. Ukuran yang diguna
menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik. iii. Ukuran yang diguna mempunyai
pemberat, iaitu sesuatu ukuran sama ada lebih kecil atau lebih besar daripada yang lain. iv.
Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). Nilai sifar (0) juga adalah arbitrari. v.
Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua perbezaan ukuran. Kita
sering melihat dan mendengar berlakunya gempa bumi, khususnya yang berlaku di negara jiran
seperti Indonesia. Tahukah anda bagaimanakah gempa bumi ini diukur dan apakah jenis skala
yang digunakan? 1.2.4 Skala Nisbah Skala keempat ialah skala nisbah, iaitu skala yang
mempunyai semua ciri skala sela dan juga nilai mutlak. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah
kosong. Misalnya, perbezaan antara 30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60 hingga
90. Malah kita boleh mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45 (2 X 45 = 90). Contoh ukuran
berskala nisbah ialah wang, jarak dan tinggi.

Skala Ciri-ciri Nominal Mempunyai nilai pengkelasan sahaja. Ordinal Mempunyai nilai
pengkelasan dan pemeringkatan. Sela Mempunyai nilai pemeringkatan dan perbezaan ukuran.
Nisbah Mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutlak

You might also like