You are on page 1of 4

3.

0 LOKASI KAJIAN

3.1 PETA

Peta 1: NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM


(Sumber: https://www.google.com/maps)
Johor Darul Takzim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan semenanjung
Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan negeri Melaka, negeri sembilan, dan Pahang. Negeri
Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan serta selat Melaka di
bahagian barat. Bagi sempadan antarabangsa pula, bahagian selatan dipisahkan dengan Selat
Tebrau bersama republik Singapura dengan keluasan 19210 kilometer persegi, Johor
merupakan negeri ke-5 terbesar didalam negara Malaysia dan negeri ke-3 terbesar di
semenanjung Malaysia. Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan
negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan Bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala
Lumpur. Bandar-bandar utama bagi negeri Johor ialah Batu Pahat, Muar, dan Kluang. Lokasi
tertinggi negeri Johor ialah Gunung Ledang yang berada di paras ketinggian 1276 meter.
Negeri Johor terbahagi kepada 10 daerah iaitu daerah Johor Bahru, daerah Pontian, daerah
Kulai Jaya, daerah Kota Tinggi, daerah Mersing, daerah Kluang, daerah Batu Pahat, daerah
Muar, daerah Ledang dan daerah Segamat. Negeri ini juga mempunyai lapan pulau terbesar.
Antaranya, pulau Tinggi, pulau Sibu, pulau Tengah, pulau Aur dan lain-lain lagi.
Peta 2: DAERAH KLUANG , JOHOR
(sumber: https://www.google.com/maps)
Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak di tengah negeri Johor. Ia
terletak 105 kilometer di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan
Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 350,000 orang dan kawasan bandar
itu sendiri mempunyai 200,000 penduduk. Kluang merupakan bandar ketiga terbesar dalam
negeri Johor selepas metropolitan kedua terbesar Malaysia iaitu Johor Bahru dan Batu Pahat.
Nama Kluang berasal daripada perkataan melayu ‘keluang’, yang bermaksud sejenis kelawar
besar. Dari segi geografinya, Kluang berada di sebuah kawasan yang beralunan bukit. Titik
tertinggi di Kluang ialah puncak Gunung Lambak, sebuah gunung yang tingginya 510 meter
dan banjaran utama di Malaysia. Keluasan daerah Kluang merangkumi 59762.44 hektar.
Peta 3: TAMAN KLUANG BARAT , KLUANG , JOHOR
(sumber: https://www.google.com/maps)
Taman Kluang Barat berlokasi berhampiran dengan kawasan perindustrian Mengkibol, Taman
Intan, Taman Berlian Biru, dan Taman Nilam. Kawasan Taman Kluang Barat ini terdiri
daripada rumah teres setingkat dan 2 tingkat serta rumah teres berkembar setingkat dan 2
tingkat. Terdapat beberapa kemudahan sekolah dalam kawasan Taman Kluang Barat seperti
Sekolah Menegah Kebangsaan Taman Kluang Barat, Sekolah Kebangsaan Seri Taman Kluang
Barat, Sekolah Agama Taman Kluang Barat dan Sekolah Jenis Kebangsaan (c) Chiau Min.
Terdapat pelbagai infrastruktur seperti kedai runcit, stadium, masjid dan balai raya di taman
ini.

3.2 KAWASAN KAJIAN


SMK TAMAN KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR
(sumber: https://www.google.com)
SMK Taman Kluang Barat mula dibuka pada sesi persekolahan tahun 1994/1995 dengan
menumpang di SK Seri Intan, Kluang. Pada tanggal 15 mac 1995, sekolah ini mempunyai
bangunannya tersendiri di Jalan Yule Catto, Taman Kluang Barat. Keluasan tapak sekolah ini
pada ketika itu ialah 4.23 hektar. Sekolah ini mempunyai 2 sesi pembelajaran iaitu sesi pagi
yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6 manakala sesi
petang terdiri daripada tingkatan peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2.

You might also like