You are on page 1of 4

050915040170

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: halaman 1230) metodologi memberi
maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu disiplin,
kegiatan dan sebagainya. Selain itu, metadologi juga merupakan satu kaedah yang digunakan
untuk melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur.

Oleh itu, pengkaji mestilah berusaha sedaya upaya memanfaatkan teori penyelidikan
dalam penghasilan kerja khusus ini. Oleh hal yang demikan, dalam bahagian ini pengkaji
akan membincangkan tentang instrument kajian, reka bentuk kajian, dan prosedur analisis
data bagi menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan. Selain itu, metodologi kajian
juga boleh digunakan bagi memastikan objektif kajian boleh dicapai berdasarkan data yang
sahih dan dipercayai.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian memberi gambaran tentang strategi, kerangka atau perancangan
yang menentukan prosedur kajian. Aspek-aspek reka bentuk merangkumi pendekatan kajian,
cara pengumpulan data, menganalisis data, kaedah persempelan, teknik memproses dan
mempersembahkan data. Kajian ini adalah untuk mengetahui tentang penggunaan media
sosial dalam kalangan guru di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau, Melaka.

4.2 INSTRUMENT KAJIAN

Instrument kajian ini ialah kaedah-kaedah atau cara untuk memperolehi dan
mengumpul data kajian. Instrument kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh pengkaji
untuk menyelidik ketika menjalankan sesuatu penyelidikan. Instrument kajian digunakan
sebagai asas bagi memperoleh data seperti mana yang dikehendaki oleh pengkaji untuk
mencapai objektif kajian. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui borang soal
selidik dan kaedah pemerhatian. Sebanyak 30 orang responden yang akan dipilih secara
rawak yang terlibat dalam kajian ini. Instrument yang digunakan untuk memperoleh data
terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan kualititatif.
050915040170

Kaedah Instrument
Kuantitatif Borang Soal Selidik
Kualititatif Pemerhatian

4.2.1 SOAL SELIDIK

Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik secara dalam talian menggunakan
Google Form kepada 30 orang responden secara rawak iaitu dalam kalangan guru di SMK
Tun Syed Zahiruddin, Merlimau, Melaka. Tujuannya adalah untuk memudahkan kajian
pengkaji untuk mengkaji jawapan yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Dalam
borang soal selidik terdapat tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A merupakan bahagian data demografi responden. Dalam bahagian ini,


terdapat 3 soalan yang diajukan berkaitan nama, kelas, dan jeis media sosial yang digunakan.
Bahagian B pula adalah untuk menegenalpasti pelbagai jenis media sosial yang disukai dalam
kalangan guru di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau, Melaka.

4.2.2 PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini.


Kaedah ini bertujuan untuk memahami dan mengetahui situasi lapangan kajian dan
memperoleh maklumat secara langsung. Pengkaji akan melihat sendiri pelbagai media sosial
yang disukai oleh para guru di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau, Melaka. Gambar-
gambar telah diambil dari tempat kajian semasa pemerhatian dibuat sebagai bukti kajian ini.

4.3 SAMPEL KAJIAN

Persampelan ialah kumpulan institusi, manusia, tempat atau situasi yang menjadi
sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam tinjauan adalah
secara rawak daripada satu populasi yang dikenal pasti. Responden kajian terdiri daripada 69
orang guru dan akan dipilih 30 orang sebagai responden di SMK Tun Syed Zahiruddin.
Responden terbatas kepada guru yang berada di SMK TunSyed Zahiruddin dan akan mengisi
borang soal selidik dengan lengkap pada hari dimana borang diagihkan.
050915040170

Bagi teknik persempelan yang digunakan dalam kajian ini ialah dengan menggunakan
teknik persampelan rawak mudah dimana dengan menggunakan prosedur persampelan ni,
setiap guru di SMK Tun Syed Zahiruddin mempunyai peluang yang sama untuk menjadi
responden. Sampel kajian terdiri daripada 69 orang guru dan borang soal selidik akan
diberikan kepada mereka secara rawak untuk mendapatkan data yang lebih baik.

4.4 CARA PENGUMPULAN DATA

Data dan maklumat kajian ini akan dikumpul dengan pelbagai cara seperti
pemerhatian, dokumentasi, dan borang soal selidik.

4.4.1 DOKUMENTASI

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang telah
diterbitkan seperti internet dan buku bagi mendapatkan maklumat tersebut, dan mengenal
pasti pelbagai jenis media sosial yang disukai dalam kalangan guru di SMK Tun Syed
Zahiruddin, Merlimau, Melaka.

4.4.2 PEMERHATIAN

Kajian pemerhatian ini telah dijalankan pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahhari
di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau, Melaka.

4.4.3 SOAL SELIDIK

Borang soal selidik yang sesuai telah disediakan oleh pengkaji untuk mendapatkan
dan mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah
diedarkan melalui “WhatsApp” secara rawak kepada 69 orang responden di kawasan kajian.
Borang ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.
Bahagian A merupakan maklumat diri responden, manakala Bahagian B pula mengenalpasti
pelbagai jenis media sosial yang disukai dalam kalangan guru di SMK Tun Syed Zahiruddin,
Merlimau, Melaka. Dan seterusnya Bahagian C pula, ialah mengkaji para guru yang
050915040170

menyukai aplikasi media sosial yang sama. Seterusnya, pengkaji akan memilih 30 orang
responden secara rawak untuk dijadikan sebagai bahan kajian.

4.5 CARA ANALISIS DATA

Ini adalah peringkat terakhir dimana pengkaji harus menganalisis secara deskriptif
untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan laporan
kajian ini. Data yang telah diperoleh daripada analisis ini menggunakan jadual dan bilangan.
Oleh itu, pengkaji menganalisis data yang mengandungi 3 pilihan jawapan berdasarkan
soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik iaitu:

BIL PERKARA SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI


1. SOALAN

You might also like