You are on page 1of 20

4.

0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Menurut kamus dewan edisi keempat metodologi didefinisikan sebagai sistem yang
merangkumi prinsip dan kaedah yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, manakala menurut
‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan
kajian ke atas subjek kajian tertentu. Metodologi kajian meliputi cara, kaedah dan pendekatan
yang digunakan untuk mencapai objektif kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang
dijalankan tersusun dengan lebih sistematik dan perjalanan kajian lebih terarah untuk
mencapai objektif kajian daripada terpesong. Bahagian ini akan memperlihatkan tentang reka
bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur menganalisis data bagi untuk
menjawab semua semua persoalan kajian yang telah dikemukan. Selain itu, metodologi
kajian juga merupakan salah satu pendekatan saintifik yang digunakan untuk mencari
penyelesaian kepada masalah yang dikaji.

4.2 REKA BETUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merujuk kepada cara penyelidik mengendali kajian dan prosedur atau
teknik yang digunakan bagi menjawab soalan kajian. Tujuan reka bentuk kajian adalah untuk
mengawal punca-punca bias yang boleh mengganggu dapatan kajian (McMillan &
Schumacher 1984). Kajian ini merupakan kajian berbetuk tinjauan. Kajian tinjauan dilakukan
berdasarkan rujukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan,
pengukuran dan menganalisis data.Kajian ini adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri pengguna
dalam berbelanja secara bijak dan mengkaji faktor-faktor yang mendorong pelajar SMK Tok
Sera bijak berbelanja bagi menggelakkan pembaziran.

4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen ialah alat yang mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Oleh itu, instrumentasi ialah proses menyediakan alat
untuk mengumpul data. Menurut Ustaz Kenali, instrumen kajian ialah apa sahaja alat atau
cara atau kaedah untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Instrumen kajian ini
deprlukan untuk mendalami konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, keterangan latar
belakang dan semua sumber dalam bentuk primer mahupun sekunder. Dalam kajian ini,
instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data adalah menggunakan rujukan,
borang soal selidik dan borang temu bual.
Kaedah Instrumen kajian
Kualitatiftif soal selidik dan rujukan (perpustakaan dan
internet)
Kuantitatif temu bual
Jadual 1: Instrumen Kajian

4.4 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN

Pengkaji memilih responden secara sampel bertujuan.

4.4.1 PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah pertama dalam penyelidikan ini. Kaedah ini
dijalankan bertujuan untuk memahami dan mengetahui situasi lapangan kajian dan
memperoleh semua maklumat secara langsung. Pengkaji telah membuat pemerhatian
terhadap pendidik dan tempat kajian sebelum mendapat responden. Seramai 68 orang guru
menjadi sampel pemerhatian untuk mengenal pasti peratus bilangan pendidik di SMK Tok
Sera, Kuantan.

4.4.2 PEMILIHAN RESPONDEN

Responden dipilih bertujuan untuk memenuhi kehendak jawapan yang bertepatan dengan
tajuk kajian. Pengkaji telah memilih seramai 46 orang responden di tempat kajian untuk
menjawab soal selidik yang diedarkan. Maklumat demografi seperti kategori umur, jantina
dan aliran pendidikan telah dinyatakan di dalam borang soal selidik. Kesemua responden
merupakan pelajar SMK Tok Sera.

4.4.3 SOAL SELIDIK


https://docs.google.com/forms/d/e/
1FAIpQLSfZePBKlXaM0qHabUqOmWdHpkBf4m_OjnYdP9231auIPJXjrA/viewform?
usp=sf_link

Pengkaji telah menjalankan soal selidik kepada 46 orang responden yang terdiri daripada
golongan pelajar di SMK Tok Sera untuk mendapatkan data kajian. Kaedah ini digunakan
untuk memudahkan proses perlaksanaan kajian dan maklumat responden dikumpulkan bagi
mendapat data yang berunsur kuantitatif. Kesemua responden dipilih secara rawak bersasar
bagi tujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri pengguna dalam berbelanja secara bijak dan
mengkaji faktor- faktor yang mendorong pelajar SMK Tok Sera bijak berbelanja bagi
menggelakkan pembaziran. Kaedah pengedaran borang secara bercetak telah diganti dengan
menggunakan kaedah atas talian iaitu ‘Google Form’ ekoran kekangan pandemik yang
melanda dunia iaitu ‘Covid-19’.

4.5 CARA MENDAPATKAN DATA/MAKLUMAT

4.5.1 SOAL SELIDIK

Soal selidik telah disediakan berdasarkan objektif kajian iaitu mengenalpasti ciri-ciri
pengguna dalam berbelanja secara bijak dan mengkaji faktor-faktor yang mendorong pelajar
SMK Tok Sera bijak berbelanja bagi menggelakkan pembaziran .Borang soal selidik ini
terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian A merupakan data demografi responden diikuti
dengan bahagian B berkenaan mengenalpasti ciri-ciri pengguna dalam berbelanja secara bijak
dan seterusnya bahagian C berkaitan dengan mengkaji faktor-faktor yang mendorong pelajar
SMK Tok Sera bijak berbelanja bagi menggelakkan pembaziran. Kajian ini menggunakan
Skala Likert lima mata yang mengandungi lima aras seperi dalam jadual berikut:

Sangat tidak setuju 1


Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5
Jadual 2: Skala Likert 5 aras

Data yang telah dikumpulkan melalui borang soal selidik akan ditunjukkan di dalam bentuk
huraian, carta, jadual, graf dan gambar rajah dan dimasukkan dalam Dapatan Kajian sebagai
bukti.

4.5.2 TEMU BUAL

Dalam kaedah temu bual telah menemu bual dengan beberapa pelajar di SMK Tok Sera
mengenai faktor-faktor yang mendorong pelajar SMK Tok Sera bijak berbelanja bago
menggelakkan pembazrian. Dengan itu, pengkaji telah menyediakan beberapa soalan yang
berkaitan dengan kaedah rawatan Pembedahan Lasik yang telah dijalankan oleh beberapa
kalangan pendidik di SMK Tok Sera. Demi mendapat data dan maklumat ini, pengkaji telah
memilih responden yang telah menjalankan kaedah rawatan Pembedahan Lasik. Antara
soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut:
Soalan yang dikemukakan Jawapan responden
1) Bagaimanakan cara yang terbaik untuk - Dengan cara membeli barangan yang
berbelanja secara bijak. diperlukan sahaja.
2) Apakah kesan kepada pelajar sekiranya - pelajar akan mengalami masalah
tidak berbelanja secara bijak. kewangan dan menganggu fokus mereka
semasa belajar.
3) Bagaimanakah cara yang terbaik untuk - membuat perancangan sebelum membuat
menggelakkan pembaziran semasa pembelian terhadap sesuatu barangan.
berbelanja.
4) Apakah kepentingan berbelanja secara - supaya masyarakat dan pelajar dapat
bijak dalam kalangan masyarakat dan menguruskan perbelanjaan secara berhemat
pelajar. dan menggelakan daripada terlibat dengan
hutang.
5) Pada pendapat anda, berbelanja secara - tidak kerana barangan yang dijual di
atas talian merupakan satu pembaziran? pasaran atas talian menawarkan barangan
dengan harga yang lebih murah.

4.5.3 RUJUKAN

Selain itu, untuk menyempurnakan kajian ini, pengkaji juga telah membaca pelbagai sumber
daripada buku, kamus, internet dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat dan data yang
berkaitan dengan tajuk kajian. Hasilnya, bahan-bahan tersebut banyak membantu pengkaji
untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

4.5.4 MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA

Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang berbentuk Skala Likert.
Data Skala Likert ini dikira secara manual dengan mengambil kira min dan peratus. Data
yang dikumpul akan dipersembahkan dalam bentuk jadual , carta pai dan graf bar dan
seterusnya skala tersebut digunakan untuk membuat penerangan kepada graf bar.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini membincangkan tentang analisis data dan menunjukkan hasil penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada beberapa kaedah kajian yang telah dilakukan daripada kaedah
kajian.

5.1 DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual berikut menunjukkan bilangan responden yang telah disoal selidik mengikut kategori
umur, jantina dan aliran pendidikan. Seramai 46 orang bilangan responden telah disoal selidik
di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Sera, Kuantan.

5.1.1 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA

BIL JANTINA JUMLAH RESPONDEN PERATUS (%)


1 Lelaki 20 43.5%
2 Perempuan 26 56.5%
JUMLAH 46 100%
Jadual 1: Jantina responden

Sumber: Kaedah Soal Selidik ‘Google Form’

https://docs.google.com/forms/d/e/
1FAIpQLSfZePBKlXaM0qHabUqOmWdHpkBf4m_OjnYdP9231auIPJXjrA/viewform?usp=sf_link

Rajah 1 menunjukkan jumlah responden mengikut jantina.

1) Jantina
46 responses lelaki
perempuan

43.5

56.6

Carta 1: Jantina responden


Sumber: Kaedah Soal Selidik ‘Google Form’

https://docs.google.com/forms/d/e/
1FAIpQLSfZePBKlXaM0qHabUqOmWdHpkBf4m_OjnYdP9231auIPJXjrA/viewform?usp=sf_link

Berdasarkan Rajah 1 di atas, menunjukkan demografi responden mengenai jantina 46 orang


bilangan responden yang telah menjawab soal selidik yang bertajuk kesedaran pelajar SMK
Tok Sera dalam berbelanja secara bijak. Daripada 46 orang responden di SMK Tok Sera yang
telah disoal selidik, didapati bahawa seramai 20 orang responden lelaki bersamaan 43.5% dan
26 orang responden perempuan bersamaan 56.6%. Hasil daripada soal selidik, kebanyakan
responden terdiri daripada jantina perempuan.

5.1.2 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN UMUR

BIL UMUR JUMLAH RESPONDEN PERATUS (%)


1 13-14 tahun 0 0%
2 15-16 tahun 1 2.2%
3 17-19 tahun 45 97.8%
JUMLAH 30 100%
Jadual 2: Umur responden

Sumber: Kaedah Soal Selidik ‘Google Form’

https://docs.google.com/forms/d/e/
1FAIpQLSfZePBKlXaM0qHabUqOmWdHpkBf4m_OjnYdP9231auIPJXjrA/viewform?usp=sf_link

Rajah 2 menunjukkan jumlah responden berdasarkan umur.

2)umur
46 responses
13-14 tahun
2.20%
15-16 tahun
17-19 tahun

97.80%
Carta 2: Umur responden

Sumber: Kaedah Soal Selidik ‘Google Form’

https://docs.google.com/forms/d/e/
1FAIpQLSfZePBKlXaM0qHabUqOmWdHpkBf4m_OjnYdP9231auIPJXjrA/viewform?usp=sf_link

Berhubung dengan Rajah 2 di atas, menunjukkan demografi umur responden seramai 46


orang. 46 orang responden telah disoal selidik. Selain itu, seramai 1 orang responden
daripada golongan umur 15-16 tahun bersamaan 2.2%. Seterusnya, bagi golongan umur 17-
19 tahun sebanyak 45 orang tergolong daripada golongan umur tersebut iaitu 97.8% daripada
bilangan responden. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun responden yang tergolong
daripada golongan umur 13-14 tahun tahun.

5.1.3 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN ALIRAN PENDIDIKAN

BIL ALIRAN PENDIDIKAN JUMLAH RESPONDEN PERATUS (%)


1 Pentaksiran Tingkatan 3 1 2.2%
2 Sijil Pelajaran Malaysia 2 4.3%
3 Sijil Tinggi Pelajaran 43 93.5
Malaysia
JUMLAH 46 100%
Jadual 3: Taraf pendidikan responden

Sumber: Kaedah Soal Selidik ‘Google Form’

https://docs.google.com/forms/d/e/
1FAIpQLSfZePBKlXaM0qHabUqOmWdHpkBf4m_OjnYdP9231auIPJXjrA/viewform?usp=sf_link

Rajah 3 menunjukkan jumlah responden berdasarkan taraf pendidikan.


Pentaksiran Tingkatan
3)Aliran Pendidikan 3
46 responses 2.20% 4.30%
Sijil Pelajaran Malaysia

Sijil Tinggi Pelajaran


Malaysia

93.50%

Carta 3: Taraf pendidikan responden

Sumber: Kaedah Soal Selidik ‘Google Form’

https://docs.google.com/forms/d/e/
1FAIpQLSfZePBKlXaM0qHabUqOmWdHpkBf4m_OjnYdP9231auIPJXjrA/viewform?usp=sf_link

Rajah 4 di atas, menunjukkan demografi 46 orang responden berdasarkan taraf pendidikan


mereka. Menurut soal selidik yang dijalankan didapati seramai 43 orang responden
bersamaan 93.5% daripada bilangan responden daripada aliran pendidikan sijil tinggi
pelajaran malaysia. Selain itu, hanya dua responden atau 4.3% daripada bilangan responden
daripada aliran pendidikan sijil pelajaran malaysia . Di samping itu bagi aliran pendidikan
pentaksiran tingkatan 3 , hanya seorang responden atau 2.2%. Hasil soal selidik juga
mendapati kebanyakan responden yang menjawab soal selidik daripada aliran pendidikan sijil
tinggi pelajaran malaysia berbanding aliran pendidikan lain.

5.3 MENGENALPASTI CIRI-CIRI PENGGUNA DALAM BERBELANJA SECARA


BIJAK.
5.3.1 CIRI-CIRI PENGGUNA DALAM BERBELANJA SECARA BIJAK.

Bahagian ini membincangkan ciri-ciri pengguna dalam berbelanja secara bijak. Seramai 46
orang responden di SMK Tok Sera, Kuantan telah menjawab soal selidik ini. Kesemua
responden ini telah memberi jawapan mereka di dalam jadual yang telah disediakan dengan
menggunakan skala Likert iaitu Skala 1; “Sangat Tidak Setuju”, Skala 2; “Tidak Setuju”,
Skala 3; “Tidak Pasti”, Skala 4; “Setuju”, dan Skala 5; “Sangat Setuju”. Hasil kajian
adalah seperti berikut:

1 2 3 4 5
SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SANGAT
FAKTOR TIDAK SETUJU PASTI SETUJU
SETUJU
(F) (%) (F) (%) (F) (%) (F) (%) (F) (%)

1)Berbelanja
secara tunai 3 6.5% 17 37% 8 17.4% 17 37% 1 2.2%
sahaja.
2)Membeli
barangan dengan 1 2.2% 0 0% 2 4.3% 29 63% 14 30.4%
harga berpatutan.

3)Membeli
barangan 1 2.2% 17 37% 8 17.4% 16 34.8% 4 8.7%
tempatan sahaja.
4)Berbelanja
mengikut 1 2.2% 0 0% 4 8.7% 29 63% 12 26.1%
perancangan yang
ditetapkan.
5)Elakkan
membeli barangan 2 4.3% 0 0% 8 17.4% 17 37% 19 41.3%
secara hutang.

6)Mementingkan
pembelian 1 2.2% 3 6.5% 7 15.2% 22 47.8% 13 28.3%
barangan
keperluan sahaja.
7)Membuat
perbandingan 1 2.2% 0 0% 0 0% 24 52.2% 21 45.7%
barangan sebelum
membelinya.
Jadual 7: Faktor yang mendorong kepada masalah rabun jauh dalam kalangan pendidik di
SMK Tok Sera, Kuantan
Sumber: Kaedah Soal Selidik ‘Google Form’

https://docs.google.com/forms/d/e/
1FAIpQLSfZePBKlXaM0qHabUqOmWdHpkBf4m_OjnYdP9231auIPJXjrA/viewform?
usp=sf_link

CIRI-CIRI PENGGUNA DALAM BERBELANJA SECARA BIJAK


60.00%
40.00%
20.00%
0.00%

sangat tidak setuju tidak setuju tidak pasti


setuju sangat setuju

Graf 1: Ciri-ciri pengguna dalam berbelanja secara bijak

Sumber:kaedah soal selidik ‘Google Form’

https://docs.google.com/forms/d/e/
1FAIpQLSfZePBKlXaM0qHabUqOmWdHpkBf4m_OjnYdP9231auIPJXjrA/viewform?usp=sf_link

Berdasarkan jadual 7 di atas ,menunjukkan ciri-ciri pengguna dalam berbelanja secara


bijak. Berdasarkan soal selidik yang telah dilakukan oleh pengkaji, kesemua ciri-ciri telah
mendorong responden kepada berbelanja secara bijak.

Selain itu, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik oleh pengkaji, ciri
berbelanja secara tunai sahaja mendapat hanya 3 orang responden bersamaan 6.5% sangat
tidak bersetuju mengenai berbelanja secara tunai sahaja merupakan ciri-ciri pengguna dalam
berbelanja secara bijak berdasarkan pengalaman responden. Seterusnya, seramai 17 orang
responden iaitu 37% memilih untuk tidak setuju dengan berbelanja secara tunai sahaja
sebagai ciri yang mendorong kepada berbelanja secara bijak. Hal ini dikatakan demikian
kerana, semasa kaedah temu bual dijalankan , sesetengah responden menyatakan bahawa ciri
mereka berbelanja secara bijak bukan melalaui berbelanja melalui tunai sahaja tetapi melaui
daripada ciri-ciri lain. Seterusnya , 8 orang responden bersamaan dengan 17.4% tidak pasti
sama ada berbelanja secara tunai sahaja merupakan ciri kepada pengguna dalam berbelanja
secara bijak. Manakala, 17 orang responden iaitu 37% setuju bahawa berbelanja secara tunai
sahaja merupakan ciri kepada berbelanja secara bijak. Kajian ini disokong dengan 1 orang
responden iaitu bersamaan 2.2% memilih untuk sangat setuju berbelanja secara tunai sahaja
menjadi ciri pengguna dalam bijak berbelanja. Oleh hal yang demikian , min keseluruhan
bagi ciri berbelanja secara tunai sahaja dalam kalangan pelajar di SMK Tok Sera ialah 2.91.

Seterusnya, menurut soal selidik yang telah dijalankan oleh pengkaji, membeli
barangan dengan harga berpatutan mendapati hanya 1 orang respondan sahaja iaitu 2.2%
sangat tidak setuju berkenaan ciri tersebut merupakan ciri pengguna dalam berbelanja secara
bijak. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat responden berbelanja secara bijak
menerusi ciri ini. Selain itu, 0 orang responden iaitu bersamaan dengan 0% orang responden
mendapati bahawa mereka tidak setuju membeli barangan dengan herga berpatutan
merupakan ciri kepada berbelanja secara bijak manakala 2 orang responden bersamaan 4.3%
mendapati bahawa mereka tidak pasti bahawa ciri tersebut merupakan ciri berbelanja secara
bijak. Disamping itu, seramai 29 orang iaitu bersamaan dengan 63% daripada jumlah
responden memilih untuk setuju bahwa ciri tersebut mendorong kepada berbelanja secara
bijak . menurut sumber internet , membeli barangan dengen harga berpatutan dapat
menjimatkan lebih banyak wang serta meningkatkan taraf hidup masyarakat kerana
masyarakat dapat membeli barangan keperluan dengan mencukupi. Oleh itu demikian, skala
ini mendapat peratusan tertinggi disebabkan oleh kebanyakkan responden setuju dengan ciri
tersebut. Kajian ini disokong dengan 14 orang responden iaitu bersamaan dengan 30.4% yang
menanda sangat setuju dengan ciri tersebut. Oleh hal demikian , min purata bagi faktor
membeli barangan dengan harga berpatutan adalah 4.19.

Selain itu, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik oleh pengkaji, didapati
bahawa 1 orang responden iaitu 2.2% menunjukkan sangat tidak setuju mengenai membeli
barangan tempatan sahaja sebagai ciri penggujna dalam berbelanja secara bijak. Di samping
itu, seramai 17 orang responden atau 37% menandakan ruang tidak setuju berkenaan ciri
tersebut membawa kepada ciri pengguna dalam bijak berbelanja . Hal ini dikatakan demikian
kerana, menerusi kaedah temu bual yang dijalankan, kebanyakan daripada responden
menyatakan ciri lain untuk berbelanja secara bijak. Oleh itu, skala ini mendapat peratusan
tertinggi berbanding skala lain. Menurut hasil kajian oleh pengkaji, 8 orang responden atau
17.4% tidak pasti membeli barangan tempatan sahaja merupakan ciri pengguna dalam
berbelanja secara bijak manakala 16 orang responden atau 34.8% setuju dengan ciri tersebut.
Hanya 4 orang responden atau 8.7% sangat setuju mengenai membeli barangan tempatan
sahaja merupakan ciri pengguna dalam berbelanja secara bijak. Skala sangat setuju mendapat
peratusan yang rendah kerana ciri ini tidak menyakinkan responden bahawa membeli
barangan tempatan sahaja merupakan ciri pengguna dalam berbelanja secara bijak. Oleh itu,
min keseluruhan bagi ciri membeli barangan tempatan sahaja yang mendorong kepada ciri
pengguna dalam berbelanja secara bijak dalam kalangan pelajar di SMK Tok Sera adalah
3.10.

Seterusnya , berdasarkan hasil kajian yang dibuat oleh pengkaji, didapati bahawa hanya
1 orang responden atau 2.2% berpendapat sangat tidak setuju mengenai ciri berbelanja
mengikut perancangan yang ditetapkan mendorong kepada pengguna dalam berbelanja secara
bijak manakala 0 orang responden atau 0% telah menanda pada bahagian tidak setuju .
Disamping itu, terdapat 4 orang responden atau 8.7% memilih untuk tidak pasti bahawa
berbelanja mengikut perancangan yang ditetapkan membawa kepada ciri pengguna dalam
bijak berbelanja. Seterusnya, terdapat 29 orang responden atau 63% memilih untuk setuju
bahawa berbelanja mengikut perancangan yang ditetapkan membawa kepada ciri berbelanja
secara bijak. Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa kaedah temubual dijalankan,
beberapa respondan meyatakan membuat perancangan yang tetap semasa berbelanja dapat
mengelakkan daripada berlakunya pembaziran. Contohnya, membuat bajet belanjawan
bulanan supaya dapat memenuhi keperluan hidup serta mengelakkan daripada berlakunya
boros dalam berbelanja. Oleh demikian, skala setuju menjadi perhatian kepada responden dan
merupakan peratus tertinggi berbanding skala lain. Seterusnya, 12 orang respondan iaitu
bersamaan dengan 26.1% berpendapat sangat setuju dengan faktor ini disebabkan oleh
berbelanja mengikut perancangan ditetapkan membantu dalam mengelakkan pembaziran.
Oleh hal yang demikian, min purata bagi ciri berbelanja mengikut perancangan ditetapkan
adalah 4.10.

Selain itu, berdasarkan penilaian yang dibuat melaui soal selidik oleh pengkaji, didapati
bahawa 2 orang responden atau 4.3% menunjukkan sangat tidak setuju mengenai elakkan
membeli barangan secara hutang sebagai ciri pengguna berbelanja secara bijak. Disamping
itu, 0 orang responden atau 0% menandakan ruangan tidak setuju berkenaan ciri elakkan
membeli barangan secara hutang membawa kepada ciri pengguna yang bijak berbelanja. Hal
ini dikatakan demikian kerana, menerusi kaedah temu bual yang dijalankan, kebanyakkan
daripada responden yang berbelanja secara bijak meggunakan cara lain. Menurut skala kajian
yang oleh pengkaji, 8 orang responden atau 17.4% tidak pasti elakkan membeli barangan
secara hutang merupakan ciri kepada pengguna yang bijak berbelanja manakala 17 orang
responden atau 37% setuju dengan ciri tersebut. Terdapat 19 orang responden iaitu 41.3%
sangat setuju mengenai elakkan berbelanja secara hutang merupakan ciri pengguna
berbelanja secara bijak. Disebabkan itu, skala ini mendapat peratusan yang tertinggi
berbanding dengan skala yang lain. Oleh itu, min keseluruhan bagi ciri elakkan membeli
barangan secara hutang mendorong kepada pengguna bijak berbelanja dalam kalangan pelajar
di SMK Tok Sera adalah 4.11.

Seterusnya, menurut soal selidik yang telah dijalankan oleh pengkaji, ciri mementingkan
pembelian barangan keperluan sahaja mendapat hanya 1 orang responden iaitu 2.2% sangat
tidak setuju berkenaan ciri tersebut menjadi faktor utama berbelanja secara bijak. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kebanyakan responden yang bijak berbelanja menerusi ciri ini.
Selain itu, 3 orang responden atau 6.5% tidak setuju mementingkan pembelian barangan
keperluan sahaja sebagai ciri pengguna yang berbelanja secara bijak manakala 7 orang
responden atau 15.2% mendapati bahawa mereka tidak pasti bahawa ciri tersebut merupakan
ciri pengguna dalam berbelanja secara bijak. Di samping itu, seramai 22 orang responden
bersamaan dengan 47.8% daripada jumlah responden memilih untuk setuju bahawa ciri
tersebut mendorong kepada pengguna dalam berbelanja secara bijak. Menurut sumber
internet, ciri mementingkan pembelian barangan keperluan sahaja dapat mengelakkan
seseorang daripada mengalami kesusahan. Hal ini kerana, dengan membeli barangan
keperluan sahaja, seseorang inidividu dapat membuat simpanan kerana adanya lebihan wang
daripada perbelanjaan. Oleh hal demikian, skala ini mendapat peratusan tertinggi disebabkan
oleh kebanyakkan responden setuju dengan ciri tersebut. Kajian disokong dengan 13
responden atau 28.3% yang menanda sangat setuju dengan faktor tersebut. Oleh hal yang
demikian, min purata bagi ciri mementingkan pembelian barangan keperluan sahaja adalah
3.93.

Selain itu, berdasarkan kajian yang dibuat, didapati hanya 1 responden atau 2.2%
berpendapat sangat tidak setuju mengenai ciri membuat perbandingan barangan sebelum
membelinya merupakan ciri pengguna dalam berbelanja secara bijak manakala 0 orang atau
0% responden telah menanda pada bahagian tidak setuju dan tidak pasti sama ada membuat
perbandingan barangan sebelum membelinya menyumbang kepada ciri pengguna yang bijak.
Di samping itu, terdapat 24 orang responden atau 52.2% memilih untuk setuju bahawa
membuat perbandingan sebelum membelinya merupakan ciri pengguna dalam berbelanja
secara bijak. Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa kaedah temubual dijalankan,
beberapa orang responden meyatakan membuat perbandingan terhadap barangan sangat
penting kerana dengan membuat perbandingan, pengguna dapat menikmati barangan yang
berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dengan demikian, skala setuju menjadi perhatian
kepada responden dan merupakan peratusan tertinggi berbanding skala lain. Seterusnya, 21
orang responden bersamaan 45.7% berpendapat sangat setuju dengan ciri ini iaitu membuat
perbandingan barangan sebelum membelinya mendorong kepada seseorang individu dalam
berbelanja secara bijak. Oleh hal yang demikian, min purata bagi ciri ini adalah 3.95.

5.3.2 MIN KESELURUHAN CIRI PENGGUNA DALAM BERBELANJA SECARA


BIJAK DALAM KALANGAN PELAJAR DI SMK TOK SERA

CIRI-CIRI MIN
1) )Berbelanja secara tunai sahaja. 2.91
2) Membeli barangan dengan harga berpatutan 4.19
3) Membeli barangan tempatan sahaja. 3.10
4) Berbelanja mengikut perancangan yang 4.10
ditetapkan.
5) Elakkan membeli barangan secara hutang. 4.11
6)Mementingkan pembelian barangan keperluan 3.93
sahaja
7))Membuat perbandingan barangan sebelum 4.39
membelinya.
Jadual 8: Ciri-ciri yang mendorong kepada pengguna dalam bijak berbelanja dalam kalangan
pelajar di SMK Tok Sera

Sumber:Kaedah Soal Selidik ‘Google Form’

https://docs.google.com/forms/d/e/
1FAIpQLSfZePBKlXaM0qHabUqOmWdHpkBf4m_OjnYdP9231auIPJXjrA/viewform?
usp=sf_link
Rajah 8 menunjukkan min keseluruhan ciri yang mendorong kepada pengguna dalam
berbelanja secara bijak dalam kalangan pelajar di SMK Tok Sera.

ciri pengguna dalam berbelanja secara bijak


5
4
3
2
1
0

ciri pengguna dalam berbelanja secara bijak

Graf 2: Min keseluruhan ciri yang mendorong kepada pengguna dalam berbelanja secara
bijak dalam kalangan pelajar di SMK Tok Sera.

Sumber: Kaedah Soal Selidik ‘Google Form’

https://docs.google.com/forms/d/e/
1FAIpQLSfZePBKlXaM0qHabUqOmWdHpkBf4m_OjnYdP9231auIPJXjrA/viewform?
usp=sf_link

Berdasarkan jadual 8 di atas, dengan min keseluruhan tertinggi iaitu 4.39 menyamai skala
responden setuju bahawa membuat perbandingan barangan sebelum membelinya merupakan
ciri yang mendorong kepada pengguna dalam berbelanja secara bijak dalam kalangan pelajar
di SMK Tok Sera. Menurut sumber daripada internet, membuat perbandingan barangan
sebelum membelinya menjadi faktor yang mendorong kepada pengguna dalam berbelanja
secara bijak kerana pengguna mestilah membuat perbandingan terhadap sesuatu barangan
sebelum membuat pembelian supaya tidak tertipu atau terbeli barangan yang sama dengan
harga yang lebih tinggi.

Pengguna perlu membuat perbandingan harga sebelum membeli barangan bagi mengelakkan
mereka daripada menjadi mangsa kepada peniaga yang menaikkan harga barangan, kata
Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia
(Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman.( https://www.mynewshub.tv/2015/01/buat-
perbandingan-harga-ketika-berbelanja/)Sekiranya barangan dijual pada harga yang agak
mahal, pengguna mempunyai kuasa untuk memboikot atau mencari alternatif lain dengan
tidak membeli barangan daripada peniaga berkenaan, katanya kepada Bernama berhubung
rungutan pengguna tentang harga barang yang kekal pada harga semasa meskipun kos bahan
api di negara ini turun berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.Selain itu, pengguna
juga boleh mengurangkan beban perbelanjaan dengan mendapatkan barangan daripada Kedai
Rakyat 1Malaysia (KR1M), satu daripada pelbagai inisiatif yang diusahakan kerajaan untuk
membantu rakyat. Berdasarkan tinjauan pengguna, barangan basah di KR1M terpilih dijual
antara 10 hingga 46 peratus lebih rendah daripada harga pasaran malah harga barang
keperluan isi rumah jenama 1Malaysia tidak pernah dinaikkan sejak diwujudkan pada 2011.
Oleh hal yang demikian, membuat perbandingan barangan sebelum membelinya disetujui
ramai oleh responden bahawa ciri tersebut telah mendorong kepada pengguna dalam
berbelanja secara bijak dalam kalangan pelajar di SMK Tok Sera dan memperoleh min
purata terbesar berbanding faktor lain.

Selain itu, pasaran yang besar memberikan pilihan kepada pengguna untuk membuat pilihan
yang terbaik dengan melakukan perbandingan harga. Amalan perbandingan harga sebelum
berbelanja seharusnya diamalkan supaya kita dapat berjimat-cermat. Pengguna yang
berhemat dalam berbelanja dapat menggunakan kos penjimatan yang mereka peroleh untuk
simpanan masa hadapan serta mengelak daripada peniaga yang bersifat lintah darat. Amalan
ini juga dapat membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) dalam membanteras sikap penjual yang tidak mematuhi arahan dan peraturan
yang digariskan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, dengan min purata kedua terbesar iaitu sebanyak 4.19 bersamaan dengan skala
responden setuju bahawa membeli barangan dengan harga berpatutan menyebabkan pengguna
dalam berbelanja secara bijak. Pengguna digalakkan untuk membuat pembelian terhadap barangan
yang menawarkan harga yang berpatutan. Hal ini kerana, dengan membeli barangan dengan harga
yang berpatutan, pengguna dapat membuat penjimatan wang dengan banyak berbanding membeli
barangan yang menawarkan harga yang lebih mahal. Menurut sumber daripada internet, antara cara
untuk membeli barang dengan harga yang murah adalah dengan cara membeli barangan semasa
ada promosi. Kebanyakkan syarikat perniagaa akan melakukan harga promosi semasa musim
perayaan atau sewaktu cuti sekolah. Dengan membeli barangan semasa adanya promosi, oengguna
dapat menikmati barangan dengan harga yang jauh lebih murah. Contohnya, syarikat pakaian seperti
Padini, Uniqlo, dan brand lain akan menggadakan promosi pada setiap hujung tahun. Selain itu,
pengguna juga dapat membeli barang dengan harga yang berpatutan dengan cara membuat
pembelian terhadapt barangan terpakai. Hal ini kerana, terdapat banyak barangan yang berkualiti
tinggi yang dijual di dalam pasaran. Contohnya, barangan terpakai seperti kenderaan, pakaian,
alatan sukan, dan barangan elektronik banyak yang dijual dalam pasaran. Tambahan pula, pengguna
dapat membeli barangan yang berpatutan melalui pembelian secara atas talian. Hal ini kerana,
melalui pembelian secara atas talian, pengguna dapat membuat pelbagai pilihan terhadap barangan.
Contohnya, pengguna dapat membeli barangan daripada China yang menawarkan barang dengan
harga yang jauh lebih murah. Tambahan pula , penggemar pembelian secara atas talian bukan
sahaja tidak perlu mengeluarkan kos tambang dan kenderaan, malah masa juga dapat
dijimatkan untuk mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan dengan beberapa kos yang
mampu dikurangkan.( https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=107325)

Bagi ciri elakkan membeli barangan secara hutang, min perata pada kedudukan ketiga
adalah sebanyak 4.11. Pengguna yang bijak seharusnya mengelakkan untuk berhutang dalam
berbelanja. Berbeza dengan pembelian kenderaan dan rumah, pengguna sewajarnya
berbelanja sekiranya mereka mampu membeli barang tersebut sebanyak dua kuantiti. Nisbah
ini adalah antara tips mengira kemampuan diri kita dalam memiliki sesuatu barang. Sekiranya
tidak mampu adalah wajar untuk kita tidak berbelanja ataupun mencari sumber kewangan
yang kukuh sebelum membeli apa yang diperlukan, bukan dengan menggunakan jalan pintas
seperti penggunaan kad kredit dan sebagainya. Seperti peribahasa Melayu, mengukur baju di
badan sendiri, berbelanjalah mengikut kemampuan kita sendiri. Selain itu, pengguna yang
berbelanja secara hutang terpaksa membayar harga yang lebih tinggi berbanding harga tunai
barang tersebut. Hal ini kerana, pembelian barangan secara hutang akan dikenakan kadar
faedah terhadap barangan tersebut. Sekiranya pembeli gagal menjelaskan ansuran bulanan
barangan akan ditarik balik. (http://carabijakwang.blogspot.com/2012/02/bayaran-ansuran-
kebaikan-dan-keburukan_16.html). Selain itu, antara keburukan pembelian secara hutang
ialah , caj bayaran lewat.  Caj ini akan dikenakan jika anda gagal menjelaskan jumlah
bayaran minimum sebelum tarikh ditetapkan. Ini bermaksud, anda bukan sahaja dikenakan
caj ke atas baki yang belum dijelaskan, malah anda juga akan dikenakan caj lewat bayar jika
anda membuat bayaran selepas tempoh tanpa faedah berakhir. Berikutan dengan itu, ciri
elakkan membeli barangan secara hutang menjadi pilihan dalam kalangan pelajar di SMK
Tok Sera sebagai ciri yang menyumbang kepada pengguna dalam berbelanja secara bijak.
Seterusnya, dengan min purata 4.10 bersamaan dengan skala responden berbelanja
mengikut perancangan yang ditetapkan sebagai ciri-ciri pengguna dalam berbelanja secara
bijak. Merancang belanjawan penting untuk memastikan dapat menguruskan kewangan
dengan baik. Ia bukan bertujuan untuk menghadkan perbelanjaan atau menjadi penghalang
bagi untuk menikmati keseronokan hidup. Pada dasarnya ia bertujuan untuk mengetahui
berapa banyak wang yang ada, bagaimana ia dibelanjakan dan cara terbaik untuk berbelanja
dan melaburkan wang. Merangka satu belanjawan yang baik akan membantu mengawal
perbelanjaan, malah mungkin akan mendapati ada sedikit wang belanja yang lebih.
(https://www.multiply.org.my/my/guides/merancang-belanjawan/). Seorang pakar kewangan
peribadi dan penulis buku yang terkenal iaitu Dave Ramsey telah mencadangkan peratus
perbelanjaan yang boleh diperuntukkan mengikut kategori item perbelanjaan untuk dijadikan
sebagai panduan. Beliau menyarankan agar pendapatan yang diterima boleh diagihkan
mengikut item dan cadangan peratusan adalah seperti berikut: simpanan (10%), makanan (10-
15%), utiliti (5-10%), perumahan (25%), pengangkutan (10%), kesihatan (5-10%), insurans
(10-25%), rekreasi (5-10%), perbelanjaan peribadi (5-10%), pemberian (10%) dan lain-lain
(5-10%). (https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1845868).

Di samping, dengan min purata 3.93 bersamaan skala mementingkan pembelian


barangan keperluan sahaja. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup
tanpanya. Sementara kehendak pula adalah sesuatu yang diinginkan tetapi tidak semestinya
perlu ada. Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Oleh sebab pendapatan dan
perbelanjaan berbeza mengikut individu, maka bajet anda seharusnya berasaskan kepada
keperluan dan kehendak. Pengguna seharusnya menangguhkan kehendak, ianya bermaksud
menangguhkan keinginan ke suatu masa yang lain. Setiap kali ingin membeli sesuatu,
terutamanya jika ianya suatu kehendak, fikirkan terlebih dahulu sama ada kehendak tersebut
ada di dalam bajet. Hidpu mengikut kemampuan memerlukan belajar mengatakan tidak
kepada sesuatu perbelanjaan yang tidak diperlukan. Cari pengganti lain bagi keperluan dan
kehendak, terutamnya jika ia luar dari bajet. Contohnya, pengguna mestilah mementingkan
pembelian barangan keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal berbanding
pembelian barangan kehendak. (https://www.bukanextra.com/article/hidup-mengikut-
kemampuan). Kita mestilah menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum pergi ke
kedai atau pasar raya. Kita juga perlu mengikut senarai tersebut semasa memilih barangan
yang hendak dibeli. Dengan adanya senarai itu, kita tidak akan membeli barangan dengan
sesuka hati. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan diri kita daripada membeli
barangan yang tidak diperlukan, malah dapat menjimatkan masa. Oleh itu, penyediaan
senarai barangan yang hendak dibeli amat penting.

Seterusnya, dengan min purata 3.10 bersamaan skala membeli barangan tempatan
sahaja. Pembelian barangan tempatan sangat penting dalam usaha meningkatkan ekonomi
negara. Namun begitu, dalam tempoh pandemik COVID-19, ekonomi Malaysia tidaklah
begitu memberangsangkan. Hal ini dapat dibuktikan apabila Kementerian Kewangan
Malaysia sedar akan risiko ketidaktentuan ekonomi domestik dan global akibat penularan
varian baharu COVID-19. Pandemik memberikan kesan kepada kemampuan ekonomi setiap
individu. Kuasa beli pengguna semakin menurun, namun hal ini tidak menghalang
masyarakat untuk terus berbelanja. Akibat tekanan yang dihadapi semasa wabak, selain
terkurung di dalam rumah, masih terdapat individu yang mengurangkan keresahan dan rasa
stres mereka dengan mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang diingini. Sebagai rakyat
Malaysia , kita wajar menyokong hasil keluaran tempatan negara dengan cara mudah iaitu
membelinya. Namun begitu, sejajar dengan landaan gelombang globasasi dengan pelbagai
corak, roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini
sehingga mengalami anjakan paradigma ke arah mengapai hasrat sebagai negara maju. Oleh
disebabkan itu, kempen pembelian barangan tempatan telah diwujudkan. Kempen ini akan
dapat memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha
untuk membantu merancakkan dan memacu tranformasi ekonomi negara. Kempen ini harus
dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia.
Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada sektor
ekonomi. Oleh itu, semua agensi, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) harus
memainkan peranan masing-masing. Pihak berkenaan harus mengadakan pertandingan kuiz,
melukis poster, menulis esei, dan lagu patriotik bersempena dengan kempen tersebut.
(https://mypt3.com/wp-content/uploads/karangan-kepentingan-membeli-barangan-buatan-
malaysia.pdf)

Akhir sekali, berbelanja secara tunai sahaja mendapat min purata yang terendah iaitu
2.91. Pengguna di negara ini disaran lebih kerap mengamalkan pembayaran tunai, terutama
ketika membeli barangan keperluan harian, dan mengehadkan penggunaan kad kredit sebagai
langkah jimat berbelanja. Pensyarah Kanan di Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan
Perniagaan, Universiti Teknologi Mara, Dr Baayah Baba berkata pembayaran tunai boleh
mengelakkan pengguna membeli barangan tidak perlu, sekali gus mengawal perbelanjaan.
Beliau juga menasihati pengguna menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli
mengikut keutamaan sebagai kaedah mengurus perbelanjaan.
(https://www.astroawani.com/berita-bisnes/jimat-berbelanja-dengan-pembayaran-tunai-
pakar-22314).

Selain itu, berbelanja secara tunai juga dapat menggelakkan pengguna daripada
berhutang. Antara kelebihan berbelanja secara tunai ialah, tiada risiko hutang lapuk, urus
niaga cepat dan mudah dan kerja merekod menjadi mudah. Berbelanja secara tunai juga
membantu berbelanja mengikut perancangan. Hal ini kerana, kad kredit memberi gambaran
palsu tentang kemampuan berbelanja . faedah yang tinggi akan dikenankan untuk penghutang
yang menggunakan kad kredit. Jika tidak bayar bil kad kredit mengikut masa, akan dikenakan
denda dan dikenakan caj faedah tinggi. Disebabkan itu, pengguna digalakkan membeli
barangan secara tunai berbanding secara hutang bagi membentuk pengguna dalam berbelanja
secara bijak.

You might also like