You are on page 1of 2

Soal selidik digunakan untuk mengumpul data secara formal dan sistematik.

Sebelum
penyelidikan dijalankan, penyelidik haruslah memastikan setiap soal selidik yang dijalankan
memenuhi objektif dan persoalan kajian, mempunyai kesahan alat ukur, mempunyai
kebolehpercayaan dan praktikal. Soal selidik yang jelas serta mudah dijawab merupakan antara
ciri-ciri pembinaan item soal selidik yang baik dan berkesan bagi sesuatu kajian. Biasanya soal
selidik terdiri daripada dua bentuk:

1.Soal Selidik Jenis Terbuka

Instrumen bentuk ini memberi kebebasan kepada responden dalam menyatakan pandangan
mengenai sesuatu isu. Analisisnya bertujuan untuk mengenalpasti maklumat yang penting,
mengklasifikasikan maklumat untuk dianalisis dan membuat interpretsai dan kesimpulan. Soalan
terbuka memberi kebebasan kepada responden untuk mengemukakan pendapat dan memberi
huraian lanjut berhubung dengan soalan yang dikemukakan. Contoh- contoh soal selidik jenis
terbuka:

a) Apakah yang menyebabkan anda minat dengan mata pelajaran Sains?


b) Apakah kaedah pengajaran yang sesuai diajar oleh guru Sains bagi meningkatkan minat
mata pelajar terhadapa mata pelajaran Sains?

2.Soal Selidik Jenis Tertutup

Pilihan jawapan diberikan untuk dipilih oleh responden berdasarkan pandangan sendiri. Jenis-
jenis soalan tertutup adalah seperti dichotomous, skala likert, susunan keutamaan dan
demografi. Soalan tertutup mempunyai jawapan-jawapan tertentu yang disediakan. Responden
memilih jawapan yang paling sesuai dengan fenomena yang berkaitan. Terdapat beberapa jenis
skala pengukuran yang boleh digunakan bagi soal selidik yang berbentuk soalan tertutup seperti:

a)Soalan Tertutup

Dichotomus

Skala ini mempunyai dua pilihan Tidak, Benar/Salah, Ada/Tiada, Setuju/ Tidak Setuju
b)Skala Likert

Skala ini mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. dalam bentuk asal skala ini
mempunyai point iaitu:.

Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Tidak pasti, Setuju, Sangat Setuju

c)Susunan Mengikut Keutamaan (Rank Order)

Skala rank order ini adalah untuk mendapatkan penilaian responden kepada semua aspek yang
disenaraikan dengan memberi pemberatnya. Susunan aspek ini mengikut keutamaan iaitu
nombor yang menunjukkan nombor peringkat tertinggi, dan seterusnya hingga nombor terakhir
yang menunjukkan peringkat paling rendah. Dalam sesuatu soal selidik kebiasaannya
mempunyai satu bahagian yang mengandungi maklumat demografi responden. Adanya bahagian
demografi yang membolehkan analisis dibuat dengan lebih terperinci lagi seperti berdasarkan
dimensi yang lebih terperinci mengikut jantina pelajar, peringkat sosioekonomi pelajar dan
sebagainya. Dengan adanya ciri-ciri soal selidik seperti yang dinyatakan di atas, ianya dapat
mengumpul maklumat responden dengan baik dan berkesan bagi menghasilkan sesuatu kajian.

You might also like