You are on page 1of 14

GRU 60104 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 17

UNIT 2
PENYELIDIKAN KUANTITATIF

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:


1. Menjelaskan penyelidikan kuantitatif.
2. Mengenalpasti rekabentuk, instrumen, pensampelan dan kaedah
analisis data penyelidikan kuantitatif.

PETA KONSEP

Reka Bentuk Kajian

Instrumen Kajian
Penyelidikan
Kuantitatif
Pensampelan

Analisis Data

PENGENALAN

Unit ini membincangkan tentang penyelidikan kuantitatif.Terdapat beberapa reka


bentuk penyelidikan kuantitatif yang perlu dikenal pasti oleh penyelidik sebelum
menjalankan kajian.Selain itu, instrumen dan teknik pensampelan yang sesuai
dengan kajian dijelaskan sebelum data dikumpul dan dianalisis bagi mendapatkan
jawapan kepada setiap persoalan kajian.
18 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

ISI KANDUNGAN

Apakah Itu Penyelidikan Kuantitatif?

Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai


numerikal atau statistik. Tujuannya ialah untuk :

1. Menguji teori
2. Melihat hubungkait angkubah
3. Menjelaskan fenomena dari segi “sebab penyebab”
4. Membuat ramalan
5. Membuat tinjauan

Menurut Sabitha Marican (2005) Penyelidikan kuantitatif akan digunakan sekiranya


persoalan kajian memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk numerik. Kajian
berbentuk kuantitatif selalu diperhatikan dalam bentuk perkiraan yang merangkumi
nombor dan formula-formula yang tertentu.Hasil kajian merangkumi formula-formula
tertentu dalam bentuk gambar rajah, jadual dan perkiraan statistik.

Jenis-Jenis Reka Bentuk Penyelidikan Kuantitatif

1. Kajian Eksperimental

Dikenali sebagai kajian bandingan kumpulan. Peserta-peserta diagihkan secara


rawak (random assignment) kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi
rawatan kaedah pertama. Kumpulan yang kedua diberi rawatan dengan kaedah
kedua. Di akhir kajian min prestasi kedua-dua kumpulan dibandingkan untuk
mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan yang telah diberikan. Andaian dibuat
bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua
aspek sebelum rawatan. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara
mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah kawalan.
GRU 60104 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 19

2. Kuasi-Eksperimental

Kajian yang menggunakan kumpulan-kumpulan yang sedia ada sebagai kumpulan


kawalan dan kumpulan eksperimen. Peserta-peserta tidak dibahagikan secara
rawak. Kedua-dua kumpulan diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia
ada.Sebelum kajian dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra.Selepas itu
hanya kumpulan pertama diberi rawatan.Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan
mengambil ujian pasca. Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian
dibandingkan untuk menentukan perbezaan keberkesanan rawatan yang telah
diberi.

3. Kajian Tinjauan

Cross Sectional digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan sikap,


pendapat atau kepercayaan semasa. Rekabentuk Longitudinal pula digunakan untuk
mengkaji individu dalam jangka masa tertentu. Kajian tinjauan umumnya melibatkan
penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik untuk mengumpulkan
data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkahlaku mereka.Statistik
deskriptif yang biasa digunakan adalah seperti min, mod, median, peratus dan
kekerapan.

3. Kajian Korelasi

Menentukan perhubungan di antara dua pemboleh ubah yang dapat diberikan nilai
numerikal.Contohnya membandingkan keputusan peperiksaan murid-murid dalam
dua matapelajaran yang berbeza.

Instrumen Kajian Kuantitatif

Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan dalam kajian untuk mengumpul
data.Contoh alat kajian kuantitatif ialah soal selidik.Soal selidik digunakan untuk
mengumpul data secara formal dan sistematik.Sebelum penyelidikan dijalankan
penyelidik haruslah memastikan setiap soal selidik yang dijalankan memenuhi
objektif dan persoalan kajian, mempunyai kesahan alat ukur, mempunyai
20 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

kebolehpercayaan dan praktikal.Soal selidik mestilah jelas dan mudah dijawab.


Biasanya terdiri daripada dua bentuk :

1. Soal Selidik jenis Terbuka

Instrumen bentuk ini memberi kebebasan kepada responden untuk menyatakan


pandangan mengenai sesuatu isu.Analisisnya bertujuan untuk mengenalpasti
maklumat yang penting, mengklasifikasikan maklumat untuk dianalisis dan membuat
interpretasi dan kesimpulan.Soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden
untuk mengemukakan pendapat dan memberi huraian lanjut berhubung dengan
soalan yang dikemukakan.Contoh :

Contoh soal selidik jenis terbuka:

1. Apakah yang menyebabkan anda minat dengan mata pelajaran sains?


2. Apakah kaedah pengajaran yang sesuai diajar oleh guru sains untuk
meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains?

2. Soal Selidik jenis Tertutup

Pilihan jawapan diberikan untuk dipilih oleh responden berdasarkan pandangan


sendiri.Jenis-jenis soalan tertutup adalah dichotomous, skala likert, susunan
keutamaan dan demografi.Soalan tertutup mempunyai jawapan-jawapan tertentu
yang disediakan.Responden memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena
yang berkaitan.Terdapat beberapa jenis skala pengukuran yang boleh digunakan
bagi soal selidik yang berbentuk soalan tertutup seperti:

a. Soalan Tertutup Dichotomus

Skala ini mempunyai dua pilihan Ya/Tidak, Benar/ Salah, ada/ Tiada dan Setuju /
Tidak Setuju.
GRU 60104 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 21

Contoh soal selidik jenis Soalan Tertutup Dichotomus:

1. Adakah anda mengetahui tentang undang-undang dan peraturan sekolah?


Ya Tidak

2. Penggunaan peta minda membantu guru dalam pengajaran dan


pembelajaran.

Setuju Tidak Setuju

b. Skala Likert

Skala ini mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. Dalam bentuk
asal skala ini mempunyai 5 poin iaitu :
1. Sangat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Tidak Pasti
4. Setuju
5. Sangat Setuju

Skala asal Likert juga boleh dihasilkan dalam pelbagai variasi seperti skala yang
mempunyai 4 poin, 6 poin, 7 poin dan sebagainya.Selain daripada itu, diskriptor bagi
skala juga boleh diubah.

Contoh soal selidik jenis skala likert:

1. Saya mempunyai seorang guru sains yang baik.

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
22 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

c. Susunan Mengikut Keutamaan (Rank Order)

Skala rank order ini adalah untuk mendapatkan penilaian responden kepada semua
aspek yang disenaraikan dengan memberi pemberatnya.Susunan aspek ini
mengikut keutamaan iaitu nombor 1 menunjukkan peringkat tertinggi, nombor 2 dan
seterusnya hingga nombor terakhir yang menunjukkan paling rendah peringkat.

Contoh soal selidik jenis Rank Order :

Sila beri nombor mengikut keutamaan teknik pengajaran guru yang paling anda
sukai bermula dengan nombor 1 sebagai sangat suka, diikuti dengan nombor 2
bagi teknik pengajaran yang kedua disukai dan seterusnya sehingga nombor 5.
Sila tulis keutamaan (ranking) anda pada kotak yang diberi.

Teknik pengajaran guru Pemeringkatan (ranking)


Kuliah
Latih tubi
Syarahan
Simulasi
Lakonan

d. Maklumat Demografi

Dalam sesuatu soal selidik pada kebiasaannya mempunyai satu bahagian yang
mengandungi maklumat demografi responden.Adanya bahagian demografi
membolehkan analisis dibuat dengan lebih terperinci lagi seperti berdasarkan
dimensi yang lebih terperinci seperti mengikut jantina pelajar, peringkat sosio-
ekonomi pelajar dan sebagainya.
GRU 60104 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 23

Contoh maklumat demografi dalam soal selidik :

1. Nama Sekolah : __________________


2. Lokasi Sekolah : Bandar

Luar Bandar

3. Tingkatan : Satu


Dua


Tiga


4. Bangsa : Melayu


Cina


India

Lain-lain
24 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

Contoh 1, soalan soal selidik kajian kuantitatif:

BAHAGIAN B

ARAHAN: Soalan bahagian B berkaitan dengan Pelaksanaan


“ PELAKSANAAN PENDEKATAN Pendekatan Konstruktivisme Dalam Mata pelajaran Sains.
KONSTRUKTIVISME DALAM MATA PELAJARAN Bahagian ini terdiri daripada empat aspek berkenaan dengan
SAINS ” tahap pengetahuan, kesediaan, kemahiran dan sikap
responden. Sila bulatkan nombor mengikut skala yang
diberikan.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan, Skala : 1 = Sangat tidak setuju
Dengan hormatnya dimaklumkan, Tuan/Puan telah 2 = Tidak setuju
dikenal pasti dan dipilih sebagai responden dalam
kajian ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan 3 = Tidak pasti
maklumatmengenai pelaksanaan pendekatan 4 = Setuju
konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Maklumat
yang bakal diberikan adalah amat berguna khususnya 5 = Sangat setuju
dalam meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan
pembelajaran Sains. Input daripada Tuan/Puan dalam
menjawab soal selidik ini secara ikhlas amat dihargai. PENGETAHUAN SKOR
Maklumat tersebut akan dirahsiakan dan adalah untuk
kajian semata-mata. Akhir sekali saya mengucapkan 1. Kaedah pengajaran berdasarkan 1 2 3 4 5
ribuan terima kasih di atas kerjasama Tuan/ Puan
pendekatan konstruktivisme adalah
dalam menjawab soal selidik ini.
sama dengan kaedah biasa.

Sekian, Terima Kasih.


2. Saya yakin cara penyampaian 1 2 3 4 5
BAHAGIAN A
pengajaran berdasarkan pendekatan
ARAHAN : Sila isikan ruang-ruang kosong di bawah ini
dan tandakan (X) pada petak yang berkenaan. konstruktivisme lebih berkesan
daripada kaedah biasa
1. JANTINA : Lelaki Perempuan
3. Pengajaran berdasarkan kaedah 1 2 3 4 5
2. UMUR : 29 tahun dan kurang konstruktivisme menggalakkan
30 tahun dan lebih Kreativiti

3. ETNIK : Melayu Cina India 4. Kaedah pengajaran 1 2 3 4 5


konstruktivisme adalah satu proses
4. PENGALAMAN MENGAJAR:
pengajaran yang mementingkan

Kurang daripada 5 tahun pengetahuan sedia ada pelajar

Lebih daripada 5 tahun


5. Setiap pelajar membina 1 2 3 4 5
Lebih daripada 10 tahun
pengetahuan daripada orang lain

5. TARAF AKADEMIK: Diploma Ijazah


Sarjana PHD

6. OPSYEN : Sains Lain-lain ospyen


GRU 60104 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 25

Contoh 2, soalan soal selidik kajian kuantitatif:

Tajuk Bengkel :


Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2014

Tolong penuhkan borang penilaian ini bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan
datang. Kerjasama anda didahului dengan jutaan terima kasih.

Tema : Pembelajaran menyeronokkan dan berkesan (Learning Is Fun dan Effective)

Sila tandakan ( / ) pada pilihan jawapan yang sesuai.

1 = Sangat Tidak Baik 2 = Tidak Baik 3 = Memuaskan 4 = Baik 5 = Sangat Baik

1 2 3 4 5
Tema Bengkel
Penjadualan atur cara bengkel
Bekalan bahan bengkel
Peruntukan masa bengkel
Acara pembukaan bengkel
Urusetia dan sekretariat
Pendaftaran
Komunikasi bengkel
Makan dan minum
Susun atur bengkel
Tempat bengkel diadakan

Berikan cadangan dan komen anda :

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
26 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

AKTIVITI 2.1

Dalam kajian kuantitatif terdapat dua bentuk soal selidik iaitu soal selidik jenis
tertutup dan jenis terbuka.Pada pandangan anda, soal selidik jenis manakah
lebih digemari oleh responden kajian?Huraikan hujah anda.

Kebolehpercayaan Dan Kesahan

Setiap instrumen yang digunakan perlulah mempunyai kebolehpercayaan dan


kesahan.Terdapat empat jenis kesahan iaitu:

1. Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat


mengukur kandungan bidang yang hendak diukur.
2. Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua bentuk, iaitu kesahan
serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity).
3. Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat
mengukur sesuatu konstruk/gagasan berassakan teori psikologi tertentu.
Contohnya: ‘rajin’.
4. Kesahan muka sesuatu instrumen/ujian ‘nampak pada permukaannya’dapat
mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya: bagi instrumen yang
mengukur ‘rajin’, kita sepatutnya nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri
orang yang ‘rajin’.

Kajian Rintis

Bagi memastikan instrumen yang digunakan mempunyai kebolehtadbiran, satu


kajian rintis perlu dijalankan.Kajian rintis ini dibuat sebelum kajian yang sebenar
dijalankan yang bertujuan untuk memastikan instrumen kajian mempunyai
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-
masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Fungsi kajian
rintis dijalankan ialah untuk;
GRU 60104 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 27

i. menyemak kejelasan item-item, arahan dan susun atur soal selidik.


ii. mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selididk.
iii. mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format
jawapan.
iv. mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.
v. mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.
vi. menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.
vii. mengenal pasti item-item yang tiada kaitan dalam soal selidik.
viii. menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer.

Populasi dan Persampelan

Populasi ialah kumpulan orang, perkara, benda yang dikaji.Jika bilangan populasi
tidak besar (kurang dari 100) maka diambil semua populasi tersebut.Populasi
hendaklah relevan dengan kajian.

Sampel adalah sebahagian daripada populasi.Sampel yang dipilih mesti bersifat


representative.Pensampelan adalah satu proses memilih individu bagi sesuatu
kajian dalam cara yang tertentu supaya mereka mewakili populasi di mana mereka
dipilih. Sampel kajian hendaklah dikekalkan sehingga habis kajian tersebut.Sampel
hendaklah terdiri daripada populasi. Jenis-jenis persampelan adalah seperti berikut:

1. Persampelan Rawak Mudah (SimpleRandom Sampling)


2. Persampelan Rawak Berlapis (Stratified Random Sampling)
3. Persampelan Bersistematik (Sistematic Sampling)
4. Persampelan Bertujuan (Purposive Sampling)

(Perbincangan selanjutnya tentang persampelan boleh rujuk kepada unit 6 dalam


modul ini)

Analisis Data

Analisis soal selidik adalah untuk mengira kekerapan, peratusan serta purata bagi
setiap item.Ia boleh dipersembahkan mengikut kesesuaian seperti carta bar, graf
28 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

palang dan graf garis. Tujuannya adalah untuk membuat intepretasi dan kesimpulan
bagi menjawab persoalan kajian. Analisis data dalam kajian kuantitatif terdiri
daripada:

1. Analisis deskriptif - Kaedah analisis bagi tujuan menerangkan ciri-ciri


pemboleh ubah.
2. Analisis inferensi - Kaedah analisis bagi tujuan menerangkan perhubungan
antara pemboleh ubah-pemboleh ubah.

(Perbincangan selanjutnya tentang analisis data boleh rujuk kepada unit 8 dalam
modul ini)

Jenis-jenis hipotesis

1. Pengujian hipotesis hubungan - Pengujian hipotesis adalah teknik analisis


pentadbiran (inferential analysis) yang boleh membantu kita menggunakan data
sampel untuk mentakbir/menganggar parameter populasi.
2. Pengujian hipotesis perbezaan -Analisis menggunakan ujian t dilakukan untuk
mengenal pasti perbezaan min 2 pemboleh ubah manakala ujian Anovadilakukan
untuk mengenal pasti perbezaan lebih daripada dua pemboleh ubah.

AKTIVITI 2.2

Terdapat 2bentuk pengujian hipotesis perbezaan iaitu ujian t dan Ujian Anova.
Berikan satu contoh pemboleh ubah yang perlu dianalisis bagi setiap analisis
tersebut.

RUMUSAN

Penyelidikan kuantitatif memerlukan data numerikal serta melibatkan analisis


statistik terhadap data tersebut untuk memahami dan menjelaskan fenomena yang
dikaji.Kajian jenis ini memerlukan alat atau instrumen untuk mendapatkan data
GRU 60104 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 29

kajian.Alat yang biasa digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang terdiri
daripada soal selidik jenis yang terbuka dan tertutup. Dapatan dari soal selidik ini
akan dianalisis bagi memenuhi tuntutan tujuan kajian. Kajian kuantitatif biasanya
mengukur tingkah laku yang nampak (luaran). Oleh itu kajian ini tidak sesuai untuk
mengkaji tingkah laku yang tidak boleh nampak seperti `teacher intention’, proses
kognitif pelajar, budaya sekolah dan ciri-ciri sosial dalam komuniti sekolah. Konsep
kajian ini tertumpu kepada pembuktian`teori’ melalui pemerhatian apa yang berlaku
dan diukur secara objektif.

PENILAIAN KENDIRI

Kajian yang melibatkan murid-murid sekolah boleh dibuat dengan menggunakan


reka bentuk eksperimen atau lain-lain reka bentuk.

1. Jelaskan apa yang anda faham tentang reka bentuk eksperimen dari segi
sampel dan pengagihan rawatan kepada kumpulan-kumpulan.
2. Berikan satu topik kajian berkaitan kaedah mengajar yang
bolehmenggunakan reka bentuk eksperimen dan nyatakan satu soalan
kajiannnya.
3. Jelaskan apakah fungsi kajian rintis?
4. “Alat kajian yang baik mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang
tinggi”.Huraikan pernyataan tersebut.
5. Dengan besertakan contoh yang sesuai bagi setiap satu, jelaskan perkara-
perkara berikut:
a. Kesahan kandungan
b. Kesahan hubungan kriteria
c. Kesahan konstruk
d. Kesahan muka

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian afektif. Kajang: MASA Enterprise.


30 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

Ary, D., Jacob, L. & Razavieh, A. (1996).Introduction to the research in


education.(5th ed.). U.S: Harcourt Brace& Co.

Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan penilaian
pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan.
Buku 1, Kuala Lumpur, McGraw-Hill.

Chua Yan Piaw. (2006b). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistic.
Penyelidikan Buku 2, Kuala Lumpur, McGraw-Hill.

Noraini Idris.( 2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice
Hall.

You might also like