You are on page 1of 10

PEMBANGUNAN MODUL LITERASI SAINS PANDEMIK COVID-19 DI

DALAM BILIK DARJAH DALAM KALANGAN KANAK-KANAK 3-4 TAHUN

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam

melaksanakan kajian ini. Bab ini membantu pengkaji dalam memberikan penjelasan

bagaimana kajian ini dapat dijalankan melalui data-data yang diperolehi dari pelbagai

sumber dan juga data-data tersebut akan dianalisis bagi mendapatkan maklumat hasil

dengan tepat. Antara perkara yang disentuh dalam bahagian ini ialah reka bentuk

kajian yang meliputi beberapa pendekatan yang digunakan oleh pengkaji semasa

menjalankan kajian ini. Seterusnya, perkara yang dibincangkan ialah populasi dan

sampel kajian untuk dijadikan responden dalam kajian ini. Selain itu, perkara yang

disentuh ialah instrumen kajian dan prosedur pengumpulan data melalui data yang

diperolehi semasa menjalankan kajian ini. Langkah seterusnya kaedah menganalisis

data dan akhir sekali ialah rumusan hasil keseluruhan bab ini.
3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian dalam sesuatu kajian dijadikan panduan agar objektif dalam kajian

ini tercapai dan dapat menjawab persoalan kajian yang dinyatakan dalam kajian ini.

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat REKA BENTUK DAN

PEMBANGUNAN sejauh mana keberkesanan modul yang dibangunkan dalam bilik

darjah untuk membangunkan literasi sains kepada kanak-kanak semasa pandemik

Covid-19 ini. Pengkaji akan membuat perbandingan keadaan situasi literasi

kanak-kanak di dalam bilik darjah sebelum adanya modul dan selepas

menggunakan modul yang dibangunkan. Oleh itu, reka bentuk kajian yang

sesuai digunakan dalam kajian ini ialah kajian yang berbentuk eksperimen.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuasi eksperimen iaitu

melibatkan manipulasi pemboleh ubah bebas untuk melihat perubahan pada

pemboleh ubah bersandar. Reka bentuk kajian ini juga digunakan untuk

menerapkan sebab dan akibat iaitu kesan pemboleh ubah bebas pada pemboleh

ubah bersandar. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan reka bentuk

kumpulan kawalan tidak rawak. Reka bentuk kajian ini bertujuan untuk

melihat kesan penggunaan modul literasi sains dalam bilik darjah ke atas

kumpulan rawatan dan membandingkan kesan literasi sains yang berlaku

kepada kanak-kanak tanpa menggunakan modul terhadap kumpulan kawalan.

Pengkaji akan menyediakan sampel dari kelas yang sedia ada tanpa memilih

responden secara warak dan menggunakan sampel dari suatu kelas tanpa

mengubah bilangan kanak-kanak dalam kelas berkenaan. Reka bentuk kajian

ini digunakan apabila melibatkan kajian tentang keberkesanan dalam

pembangunan modul. Dalam reka bentuk ini, responden akan dibahagikan


kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dan

akan menjalani ujian pra dan ujian pasca.

Selain itu, pengumpulan data akan dilaksanakan dengan kaedah pendekatan

secara campuran iaitu kaedah kualitatif dan juga kaedah kuantitatif. Data – data akan

dikutip hasil daripada soalan ujian pasca, temu bual dan juga kajian lapangan yang

akan dijalankan oleh pengkaji dengan menggunakan modul tersebut. Pendekatan

kuantitatif yang diguna pakai dalam kajian ini ialah dengan mengumpulkan data

berbentuk primer iaitu data yang diperoleh dalam instrumen ujian pra dan pasca.

Seterusnya, pendekatan kaedah kualitatif juga akan digunakan oleh pengkaji iaitu

melalui kaedah pemerhatian dan juga temu bual. Untuk kaedah pemerhatian, pengkaji

akan menggunakan kaedah pemerhatian melalui penglibatan (participant observation)

dengan melibatkan diri dengan responden untuk memahami dengan jelas isu yang

berlaku berkaitan dengan kajian ini. Kemudian, kaedah temu bual digunakan untuk

memperoleh maklumat latar belakang, ciri-ciri serta maklumat lain yang diperlukan

untuk melengkapkan kajian ini. Pengkaji akan menggunakan kaedah temu bual secara

tidak berstruktur bagi mendapatkan maklumat secara terperinci oleh responden

tersebut. Kedua-dua kaedah ini iaitu kuantitatif dan juga kualitatif dapat memberikan

maklumat yang tepat serta jelas bagu memenuhi maklumat yang diperlukan dalam

kajian ini.
Proses kajian ini akan melibatkan responden di sebuah TASKA swasta yang

menggunakan Kurikulum PERMATA. Dalam reka bentuk kajian ini, responden akan

dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan juga kawalan

rawatan. Kedua-dua akan menjalani ujian pra dan ujian pasca. Rajah di bawah

menunjukkan reka bantuk kajian yang akan digunakan dalam kajian inu.

Pemilihan Responden (Kanak-kanak


berumur 3-4 tahun)

Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan

Ujian Pra Ujian Pra

Pembelajaran subjek Pembelajaran subjek


Sains dengan tidak Sains dengan
menggunakan modul menggunakan modul

Ujian Pos Ujian Pos

Analisis perbezaan keputusan akhir antara dua


kumpulan yang terlibat
3.3 Populasi dan Sampel

Persampelan ialah proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk

dijadikan responden dalam sesuatu kajian. Dalam kajian ini, sampel kajian merupakan

kanak-kanak yang berusia 3 – 4 tahun yang berada di sebuah TASKA swasta yang

berada di Klang, Selangor. Kajian ini memberikan fokus kepada tahap perkembangan

literasi sains dalam diri kanak-kanak yang berumur 3-4 tahun semasa pandemik ini

berlaku. Seperti yang kita tahu, situasi pandemik telah memberi impak dari segi

kognitif, sosial dan emosi kepada kanak-kanak. Banyak aktiviti luar dan aktiviti di

dalam bilik darjah tergendala berikutan situasi pandemik yang berlaku. Kanak-kanak

ini akan dibahagikan mengikut dua kumpulan iaitu kumpulan pertama merupakan

kumpulan kawalan. Kanak-kanak akan mengikuti pelajaran subjek Sains seperti biasa

tanpa menggunakan modul manakala kumpula seterusnya merupakan kawalan

rawatan. Kumpulan kanak-kanak ini akan mengikuti pembelajaran matapelajaran

Sains dengan menggunakan modul yang dibangunkan. Setiap kumpulan akan

dibahagikan dengan jumlah kanak-kanak yang sama rata. Keseluruhan kanak-kanak

ini merupakan kanak-kanak yang berbangsa Melayu yang mempunyai kepelbagaian

latar belakang ekonomi dan sosial.


3.4 Instrumen

Kajian ini dijalankan mengikut kaedah kuantitatif dan juga kaedah kualitatif dengan

menggunakan beberapa alat kajian atau dikenali sebagai instrumen yang digunakan

bagi mendapatkan data daripada ujian pra dan pasca yang dilaksanakan bersama

kanak-kanak. Selain itu, instrumen lain yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui

kaedah temu bual dan juga pemerhatian. Instrumen ini dijalankan bagi mengukuhkan

lagi dapatan kajian yang diperoleh bagi memperlengkapkan maklumat sekaligus

membantu mencapai objektif kajian yang ingin dicapai. Kanak-kanak yang telah

dibahagikan dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan akan melalui fasa

praujian. Setelah selesai fasa ini, pengkaji akan menilai tahap literasi sains yang

dimiliki oleh kanak-kanak. Pengkaji akan menyeimbangkan bilangan kanak-kanak

dalam setiap kumpulan agar bilangan tersebut adalah sama banyak dan seimbang.

Kemudian peringkat seterusnya, kanak-kanak yang berada dalam kumpulan rawatan

akan menjalani peringkat eksperimen di mana modul yang dibina oleh pengkaji akan

dijadikan sebagai instrumen dalam kajian yang dijalankan ini. Modul tersebut akan

digunakan oleh guru dan juga kanak-kanak semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dilakukan. Modul ini digunakan bagi mengukur pencapaian dan

keberkesanan pembangunan modul ini yang dimiliki oleh kanak-kanak sebelum dan

selepas rawatan dijalankan kepada kumpulan rawatan tersebut.


3.4.1 Ujian pra-pasca

Ujian pra-pasca yang dibina adalah berdasarkan kepada sukatan matapelajaran dalam

kandungan Kurikulum PERMATA iaitu bahagian sukatan pelajaran Alam Bahan.

Ujian yang dilakukan mempunyai aras yang bersesuaian dengan kanak-kanak iaitu

daripada peringkat mudah, ke peringkat sederhana hinggalah ke peringkat yang sukar.

Ujian ini juga mempunyai beberapa aktiviti beserta dengan soalan yang berkaitan

dengan pemahaman dan pengetahuan kanak-kanak itu sendiri. Soalan – soalan yang

diberikan kepada kanak-kanak adalah berbentuk lampiran kerja selepas aktiviti

dijalankan dan berbentuk maklum balas daripada guru kepada kanak-kanak. Tiada

masa diperuntukkan untuk ujian ini kerana ujian ini dijalankan sejurus selepas aktiviti

dijalankan. Pada peringkat pra ujian, kedua-dua kumpulan responden akan

menjalankan aktiviti yang sama dan juga soalan yang sama. Bagi reka bentuk ujian

pra-pasca, pengkaji akan menggunakan dua kali pengukuran sama ke atas variable

bersandar iaitu pembelajaran dalam sukatan dalam kandungan kurikulum PERMATA

iaitu sebelum dan selepas variable bebas dimanipulasi iaitu dengan menggunakan

modul yang dibangunkan. Melalui instrumen ini, pengkaji dapat mengetahui serta

dapat membuat perbandingan antara kedua-dua kumpulan responden tersebut sama

ada dengan menggunakan modul yang dibangunkan dapat memberikan kesan dalam

peningkatan literasi sains kanak-kanak atau tidak.


3.4.2 Temu Bual

Sampel temu bual terdiri daripada beberapa responden iaitu guru yang berada di

TASKA tersebut. Temu bual ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan dan maklum

balas tentang kaedah pengajaran yang dilakukan oleh guru dan pendekatan yang

digunakan oleh guru di dalam bilik darjah untuk membantu meningkatkan literasi

sains kanak-kanak. Pengkaji akan menyentuh beberapa perkara dalam temu bual ini

seperti minat guru terhadap modul yang dibangunkan, faedah dan kebaikan yang

diperolehi daripada pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan modul yang

dibangunkan. Bukan itu sahaja, di dalam temu bual ini juga, pengkaji akan

bertanyakan kepada responden untuk langkah cadangan dan penambahbaikan yang

boleh dilakukan oleh pengkaji agar modul yang dibangunkan berkesan untuk kanak-

kanak.

3.6.3 Pemerhatian

Seterusnya, dalam kajian ini, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian untuk

mendapatkan data melalui penilaian dan pemerhatian di kawasan kajian. Kaedah

pemerhatian dapat digunakan untuk mengukur pemboleh ubah dalam kajian ini.

Melalui pemerhatian juga, pengkaji dapat mengenal pasti dan melihat sendiri bentuk-

bentuk permasalahan yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah semasa pandemik Covid-19 ini. Bukan itu sahaja, melalui

pemerhatian juga pengkaji boleh memperolehi maklum balas responden sepanjang

proses pembelajaran berlangsung. Beberapa maklumat tentang peningkatan literasi

sains kanak-kanak juga dapat dinilai melalui pemerhatian yang dijalankan. Tujuan

pemerhatian dijalankan adalah kerana pengkaji ingin memahami sesuatu gelagat,


proses dan situasi sebenar keadaan proses pengajaran dan pembelajaran tesebut di

dalam bilik darjah dengan menggunakan modul yang dibangunkan.

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua kaedah dalam mengutip data iaitu

kaedah secara kuantitatif dan juga kaedah secara kualitatif. Manakala bagi

pengumpulan data, pengkaji menggunakan dua kaedah dalam pengumpulan data iaitu

melalui data primer dan juga data sekunder. Data primer merupakan data yang utama

dan diperoleh daripada kaedah temu bual dan pemerhatian yang dijalankan oleh

pengkaji dan juga melalui ujian pra-pasca yang dilakukan bersama dengan kanak-

kanak. Manakala, data sekunder merupakan data yang sedia ada daripada kajian-

kajian lepas dalam bentuk artikel, jurnal, kertas seminar dan lain-lain lagi. Sebelum

kajian ini dijalankan, pengkaji telah memohon kebenaran kepada pihak TASKA

tersebut untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan kajian ini di tempat tersebut

dengan melibatkan penglibatan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun dan juga

guru di TASKA tersebut. Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran akan

berlangsung dalam kumpulan kawalan dan juga kumpulan kawalan rawatan dan

pengkaji juga akan melibatkan diri dalam proses PdP tersebut agar pengkaji dapat

melihat dan menilai sendiri hasil dapatan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

Sebelum itu, kanak-kanak juga akan mengalami ujian pra terlebih dahulu sebelum

memulakan proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Seterusnya, ujian pasca akan
dijalankan pada akhir kajian untuk melihat hasil yang diperoleh daripada kanak-

kanak. Kaedah temu bual bersama responden yang digunakan dalam kajian ini adalah

untuk mendapatkan maklum balas dari guru tentang permasalahan, cadangan dan

kelebihan yang mereka perolehi ketika menggunakan modul ini di dalam bilik darjah.

3.6 Kaedah Analisis Data

Dalam kajian yang dijalanan, pengkaji akan menganalisis data dengan melibatkan

data-data daripada kuantitatif dan juga daripada kualitatif.

3.6.1 Analisis Soalan Ujian Pra-Pasca

3.6.2 Analisis Pemerhatian

3.6.3 Analisis Temu Bual

3.7 Rumusan

You might also like