You are on page 1of 17

SULIT 031

Nama : _____________________________ Tarikh : ______________

021/031
Bahasa
Melayu
Pemahaman

Set 1

1jam
15 minit
PERSATUAN GURU BESAR SJK(T)
DAERAH KUALA KANGSAR
______________________________________________________
MODUL SPEED UP UPSR SJKT DAERAH KK 2019

BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN SJK SET 1


Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian Hitamkan jawapan yang baharu.

4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan. Ceraikan
Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Kod Pemeriksa:
Markah Markah
Bahagian
Penuh Diperoleh
A 20
B 30
Jumlah 50

KERTAS PEPERIKSAAN INI MANGANDUNGI 17 HALAMAN


SULIT
SULIT 031

Bahagian A
[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 13

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “________________ sekeluarga akan bercuti di Johor pada bulan Januari.

A. Awak

B. Kamu

C. Kami

D. Kita

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Puan Mina menjemput kawan-kawannya ke _________ rumah.

A. atas

B. dalam

C. tengah

D. hadapan

3. Suasana di kantin sekolah ___________________ pada waktu rehat.

A. kecoh

B. bising

C. meriah

D. gamat

2 SULIT
SULIT 031

4. Walaupun dihalang oleh ibu bapanya, Anis tetap ____________ menjadi seorang penyanyi.

A. boleh

B. harus

C. mesti

D. mahu

5. Kesesakan ____________ berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi.

A. jalan raya

B. jalan kaki

C. lalu lintas

D. kapal terbang

6. ________________ itu memberi ubat ________________ kepada pesakitnya.

A. Jurukaunter……antibiotik

B. Jururawat……..antibiotik

C. Juruhebah……...antivitamin

D. Jurutera………..antivitamin

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Beberapa orang sedang berehat di bawah _______________ pokok.

A. serumpun

B. sebiji

C. sebuah

D. sebatang
3 SULIT
SULIT 031

8. ______________ daripada pintu dapur rumah itu sudah reput dimakan anai-anai.

A. Semua

B. Segelintir

C. Sebahagian

D. Seluruh

9. Syarikat Apple mencatat hasil jualan sebanyak RM 3 juta pada hari _____________ iPHone X.

A. terlancar

B. dilancar

C. lancaran

D. pelancaran

10. Ranusha memegang tangan ibunya ______________ semasa berada di ekspo jualan itu.

A. kuat-kuat

B. rapat-rapat

C. ketat-ketat

D. erat-erat

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Ibu Norlina sedang ___________ nasi di dapur untuk hidangan pada pagi Hari Raya.

A. merebus

B. mencuci

C. menanak

D. menggoreng

4 SULIT
SULIT 031

12. Doktor sedang _____________ mangsa Kemalangan Jalan Raya yang mengalami
_____________ yang teruk.

A. merawati…..dicederakan

B. merawati…..kecederaan

C. merawatkan….kecederaan

D. dirawatkan….dicederakan

13. Pilih ayat kata banyak makna bagi ayat yang diberi

i. Hidup Latif terumbang-ambing sejak kematian ibu bapanya.

ii. Tanpa pegangan agama, hidup Salma menjadi terumbang-ambing.

iii. Sampan itu terumbang-ambing dipukul ombak

iv. Pemilik syarikat haram itu terumbang-ambing kerana syarikatnya telah disaman.

A. i dan iv

B. ii dan iii

C. iii dan iv

D. i , ii dan iii

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Nenek telah membasuh ikan-ikan yang telah disiang dengan air yang bersih.

A. Ikan-ikan yang telah dibasuh dengan air bersih perlu disiang oleh nenek.
B. Nenek telah membasuh air yang bersih ketika menyiang ikan.
C. Ikan-ikan yang telah disiang dengan air bersih akan dibasuh oleh nenek.
D. Setelah disiang , air yang bersih digunakan oleh nenek untuk membasuh ikan-ikan itu.

5 SULIT
SULIT 031

15. Puan Yati berasa terkejut apabila rumahnya berselerak seperti digeledah orang.
Pilih perkataan antonim bagi digeledah.
A. disimpan
B. didedah
C. dikemas
D. diselongkar

16. Pilih ayat yang betul.

A. Pencemaran air adalah seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai.

B. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar ialah tanggungjawab bersama.

C. Encik Aminudin adalah pengusaha kantin yang baharu di Sekolah Kebangsaan

Wira.

E. Wayangan kulit adalah antara permainan tradisional yang popular di negeri Kelantan.

6 SULIT
SULIT 031

Soalan 17 – 20

Baca dialog di bawah , kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Leong : Ada kau lihat notis di papan kenyataan?

Wong : Ada, tetapi yang mana satu ?

Leong : Notis tentang kelas komputer yang akan diadakan di sekolah.

Wong : Oh, yang iklan! Aku ada lihat. Tapi aku tak berapa setuju dengan bayaran

yang dikenakan.

Leong : Mengapa kau tak setuju? Bukannya mahal sangat. Lagipun kita bukan sahaja

dapat belajar cara-cara menggunakan komputer malah kita juga dapat belajar

cara melayari internet.

Wong : Engkau tahu tak banyak perkara negatif yang terdapat dalam internet yang

boleh merosakkan kita.

Leong : Semua benda ada kebaikan dan keburukannya. Terpulang pada kita

bagaimana hendak menggunakannya untuk kepentingan kita. Pada

aku,inilah cara yang paling baik untuk kita mempelajari menggunakan

komputer.

Wong : Jadi, engkau akan mengikut kelas ini ?

Leong : Aku harap awan akan ikut sama.

Wong : Baiklah ,Aku akan berbincang dengan ayah aku dahulu.

17. Apakah yang dibualkan oleh Leong dan Wong?

A. Berita dalam surat khabar.

B. Kes budak dipukul.

C. Keburukan komputer kepada orang ramai.

D. Kelas komputer yang akan diadakan di sekolah.

7 SULIT
SULIT 031

18. Mengapa Wong tidak berapa bersetuju akan kelas komputer?

A. Yurannya mahal.

B. Tidak berminat.

C. Sudah pandai menggunakan komputer.

D. Seorang budak yang malas.

19. Bagaimanakah pendirian Wong pada akhir perbualan?

A. Akan membeli sebuah komputer.

B. Masih tidak bersetuju.

C. Bersetuju dengan pendapat Leong akan kepentingan komputer.

D. Bergaduh dengan Leong.

20. Leong sebenarnya seorang yang....

A. malas

B. berfikiran terbuka dan tahu apa yang baik dan apa yang buruk.

C. berfikiran sempit dan suka membantah.

D. tidak tahu apa-apa.

8 SULIT
SULIT 031

Nama : _____________________________ Tarikh : ______________

021/031
Bahasa
Melayu
Pemahaman

Set 1

1jam
15 minit
PERSATUAN GURU BESAR SJK(T)
DAERAH KUALA KANGSAR
______________________________________________________
MODUL SPEED UP UPSR SJKT DAERAH KK 2019

BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN SJK SET 1


(BAHAGIAN B)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nama pada ruang yang


Untuk Kegunaan Pemeriksa
disediakan.
Kod Pemeriksa:
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan
Markah Markah
yang disediakan dalam kertas peperiksaan ini. No. Soalan
Penuh Diperoleh
21 a 3
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama kertas
b 2
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan
pada akhir peperiksaan. 22 a 2
b 2
23 a 2
b 2
c 3
24 a 1
b 2
c 3
25 a 1
b 2
c 2
d 3
Jumlah 30

9 SULIT
SULIT 031

Bahagian B
[ 30 markah ]

Soalan 21

(a) Betulkan perkataan bergaris.

Soalan Ayat Perkataan yang betul


I. Ibu membeli dua ikat jagung di pasar tani.
Inspektor Ravi melepaskan beberapa biji
II.
tembakan ke arah kumpulan pengganas.
Azim membelikan serawan rantai untuk isteri
III.
kesayangannya.

[ 3 markah ]

(b) Tulis BETUL pada pernyataan yang betul dan SALAH pada ayat yang salah.

Soalan Ayat BETUL / SALAH


I. Pemandangan dari tepi pantai indah nian.
Rathiga mendapat markah paling tertinggi di
II.
dalam kelasnya.

[ 2 markah ]

Soalan 22

(a) Pilih kata perintah yang sesuai bagi ayat – ayat yang berikut.

i. (Minta / Sila / Jemput) nikmati hidangan masakan Kak Long.

ii. “ (Jangan / Usah / Harap) kenangkan pengalaman yang pahit itu,” ujar Anba kepada
rakannya.

[ 2 markah ]

10 SULIT
SULIT 031

(b) Tulis ayat tanya yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Saya datang ke sekolah


dengan menaiki kereta
ayah saya.

Boon Ganesh

Ayat Tanya :

[ 2 markah ]

11 SULIT
SULIT 031

Soalan 23

Lihat gambar di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Apakah persiapan awalan yang boleh kita lakukan sebelum kita mengadakan aktiviti
ini?
______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[ 2 markah ]

b. Nyatakan aktiviti –aktiviti yang terdapat dalam gambar di atas?

i) ___________________________________________________________________

ii) ___________________________________________________________________
[ 2 markah ]

c. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang kita dapat daripada aktiviti di atas?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[ 3 markah ]

12 SULIT
SULIT 031

Soalan 24

Baca Petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikunya.

Pengurusan Stres

Apa itu stres? Stres boleh ditakrifkan sebagai interaksi ataupun respons tubuh badan terhadap apa
sahaja kehendak atau tekanan yang diterima.

Stres berlaku disebabkan oleh kesan tindak balas sesorang terhadap tekanan. Stres boleh
dibahagikan kepada dua jenis. Jenis stres pertama ialah stres Eustres, stres ini adalah stres yang baik
atau positif. Jenis stres kedua ialah Distres, iaitu stres yang tidak baik atau negatif.

Apabila anda berasa stress, tubuh badan kita sebenarnya akan merembeskan bahan kimia ke
dalam darah. Bahan kmia ini akan memberi kesan dengan memberi lebih tenaga dan kekuatan yang
mana baik sekiranya seseorang itu sedang menghadapi situasi bahaya. Walau bagaimanapun, stres juga
boleh mendatangkan kesan negatif terutamanya terhadap emosi seseorang.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya stres, Faktor-faktor tersebut adalah
faktor dalaman dan faktor luaran. Contoh faktor luaran adalah seperti tempat belajar, keluarga,
persekitaran dan masyarakat. Faktor dalaman pula ialah seperti imej diri dan pengurusan diri.Walau
bagaimanapun, penerimaan seseorang terhadap stres adalah berbeza-beza.Oleh itu seseorang harus
bijak mengendalikan sesuatu perkara agar tidak mendapat stress.

a) Stres diertikan sebagai _________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[1 markah]

b) Apakah bahan yang akan dirembeskan oleh tubuh badan manusia ke dalam darah sekiranya
mengalami stres? Terangkan kesanya.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[2 markah]

c) Pada pendapat anda, apakah cara yang dapat dilakukan oleh seseorang bagi mengawal
stresnya?
____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[3 markah]
13 SULIT
SULIT 031

Soalan 25

Baca pantun di bawah dan jawab soalan pemahaman yang diberikan.

Buah jambu di bawah tangga,


Buah kelapa di hujung desa,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih bapa sepanjang masa,

Nasi lemak dalam pinggan,


Terliur sudah tidak tertahan,
Sayang emak tiada tandingan,
Pengorbanan ayah tiada ukuran,

Tanam keledek tumbuh melata,


Tumbuh segar ditepi telaga,
Kasihkan anak bersengkang mata,
Sanggup berkorban jiwa dan raga,

Tanam tebu tidaklah payah,


Bila tumbuh pastinya suka,
Ku kasihkan ibu, ku saying ayah,
Tiada terbalas jasa mereka.

1. Apakah tajuk yang sesuai bagi pantun yang diberikan di atas?


____________________________________________________________________________
[1 markah]
2. Kerat ‘sayang emak tiada tandingan’ bermaksud
____________________________________________________________________________
[1 markah]
3. Senaraikan jasa ayah kepada seseorang dalam kehidupannya.
i. ___________________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________________
[2 markah]
4. Adakah anda akan menjaga kedua ibu bapa anda? Kenapa?
____________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

14 SULIT
SULIT 031

MODUL SPEED UP UPSR SJKT DAERAH KK 2019


BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN SJK SET 1
KERTAS JAWAPAN

1. C

2. B

3. B

4. D

5. A

6. B

7. D

8. C

9. D

10. D

11. C

12. B

13.D

14.D

15.C

16.C

17.D

18.A

19.C

20.B

15 SULIT
SULIT 031

Cadangan jawapan bagi soalan 21 hingga 25

Soalan 21

(a) Tongkol

(b) das

(c) seutas

Soalan 22

(a) (i) Jemput

(ii) Usah

(b) Boon, bagaimanakah kamu datang ke sekolah?

Kamu datang ke sekolah bagaimana, Boon?

(Mana-mana jawapan yang sesuai)

Soalan 23

a. menentukan lokasi/ tempat perkelahan, menyediakan hidangan/ Makanan dan minuman,


menyediakan kelengkapan pakaian, merancang aktiviti semasa perkelahan, menyediakan peralatan
permainan/ membuat semakan ke atas barang keperluan semasa perkelahan dan jawapan yang
bersesuaian.

b. berenang, bermain bola, menghidangkan makanan, berbual, berjalan, makan dan jawapan yang
bersesuaian.

c. mengisi masa lapang/ menenangkan fikiran/ mengeratkan hubungan kekeluargaan dan jawapan
yang bersesuaian.

Soalan 24

a) Interaksi atau pun respons tubuh badan terhadap apa sahaja kehendak atau tekanan yang
diterima.

b) Tubuh badan akan merembeskan bahan kimia ke dalam darah. Bahan kmia ini akan memberi
kesan dengan memberi lebih tenaga dan kekuatan yang mana baik sekiranya seseorang itu
sedang menghadapi situasi bahaya.

16 SULIT
SULIT 031

c) -Membuat senaman
-Makan makanan berkhasiat
- Beribadat - yoga
- Tidur yang mencukupi
- Aktiviti riadah
- Mana-mana jawapan lain yang munasabah/ dapat diterima

Soalan 25

1. Tajuk yang sesuai bagi pantun yang diberikan di atas hormati ibu bapa/ taati ibu bapa/ jasa baik
ibu bapa/ menghormati jasa ibu bapa.
2. Kerat ‘sayang emak tiada tandingan’ bermaksud kasih saying ibu tiada batasanya.
3. Jasa ayah..
# membesarkan kita
# menyediakan keperluan asas
# bertanggungjawab atas keluarga
# menjaga kita dengan selamat
4. Saya akan menjaga kedua ibu bapa saya kerana merekalah yang membesarkan kita dan
memberikan pendidikan yang secukupnya.

17 SULIT

You might also like