You are on page 1of 15

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan perkara yang berhubung dengan metodologi kajian.

Metodologi kajian merupakan cara yang dapat menentukan sesuatu kajian itu perlu

dilakukan untuk memperoleh dapatan kajian serta keputusan yang sah dan boleh

dipercayai. Bab ini akan menerangkan kaedah kajian yang berkaitan seperti kaedah

pensampelan, instrumen kajian, kaedah pengumpulan dan penganalisisan data serta

prosedur pengumpulan dan penganalisisan data yang diperoleh dari hasil dapatan

kajian.

Metodologi kajian merupakan aspek terpenting dalam sesebuah penyelidikan di mana

metodologi memainkan peranan dalam menentukan keputusan melalui data yang telah

dikumpul. Oleh yang demikian, metodologi menjadi jalan penyelesaian kepada

permasalahan kajian. Sekiranya aspek metodologi ini tidak diambil perhatian, pastinya

dapatan kajian yang diperolehi tidak dapat menyokong analisis berkaitan dengan

pengaruh dan kesan Facebook terhadap akhlak pelajar.


3.2 Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Kaedah kuantitatif digunakan dalam

kajian ini. Kaedah tinjauan secara soal selidik telah digunakan dalam kajian ini sebagai

alat utama bagi mengumpul data secara kuantitatif. Soal selidik digunakan untuk

mengukur ciri-ciri atau pembolehubah daripada saiz sampel yang banyak (Mohd Majid,

1993: 45). Kaedah ini lebih praktikal digunakan berbanding dengan kaedah temubual

kerana bilangan sampel kajian adalah besar iaitu 150 orang responden, maka teknik

temubual tidak begitu sesuai untuk digunakan.

Bagi memastikan data kajian diperolehi secara teratur dan semaksimum yang mungkin,

perancangan sebelum melakukan kajian seperti pemilihan sampel, instrumen kajian

dan prosedur pengumpulan serta penganalisisan data perlu diteliti. Bagi mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan, pengkaji memerlukan data-

data tertentu bagi membantu dan memudahkan penyelidikan. Data-data ini

dibahagikan kepada dua jenis iaitu data primer dan data sekunder.

3.2.1 Data Primer

Sumber-sumber primer yang akan digunakan oleh pengkaji ialah melalui kaedah

pemerhatian dan soal selidik. Pada peringkat awal, pengkaji membuat pemerhatian

secara rawak ke atas pengguna Facebook terutama remaja. Melalui kaedah ini,

pengkaji cuba untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin maklumat untuk

mengenalpasti punca kepada pengaruh dan kesan Facebook terhadap akhlak

44
pengguna Facebook. Ini juga dapat membantu pengkaji untuk mereka dan membentuk

soalan bagi menyediakan satu borang soal selidik.

Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden yang terpilih di tiga (3) buah

sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu. Segala penganalisisan data dibuat

berdasarkan maklumbalas terhadap semua penyataan yang terkandung dalam borang

soal selidik ini. Soal selidik ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang

mengandungi butiran diri responden, maklumat responden sebagai pengguna

Facebook, maklumat responden bagi mengaitkan kesan Facebook terhadap akhlak

responden dan pendapat responden mengenai sejauhmana Facebook memberi kesan

terhadap diri sendiri. Setiap data ini ditakrifkan secara kuantitatif.

3.2.2 Data Sekunder

Data sekunder pula adalah data yang dikumpul oleh penyelidik lain untuk tujuan

penyelidikan mereka yang boleh diperolehi oleh penyelidik sama ada melalui akses

umum atau perundingan secara peribadi (Othman Lebar, 2006: 138). Data-data ini

diperolehi melalui pembacaan dan penyelidikan daripada laporan-laporan, kertas

seminar, terbitan bersiri, artikel, jurnal, akhbar, buku rujukan dan latihan ilmiah.

Kebanyakan bahan-bahan rujukan diperolehi daripada Perpustakaan Tengku Bainun

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perpustakaan Universiti Malaya,

Perpustakaan Negara dan sumber daripada elektronik iaitu internet.

45
3.3 Lokasi Kajian

Lokasi kajian yang terlibat dalam proses pengumpulan data adalah bertempat di tiga (3)

buah sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu di Kelantan. Kota Bharu adalah ibu

Negeri Kelantan. Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan

pentadbiran Negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat,

Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah Jeli dan Gua Musang. Kota

Bharu yang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan Negeri Kelantan mempunyai

keluasan 115.64 km persegi dengan populasi penduduk seramai 609,886 orang

berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2010.

Terdapat 41 buah sekolah menengah yang terdapat dalam daerah Kota Bharu.

Pengkaji telah memilih tiga (buah) sekolah iaitu sekolah menengah yang berada dalam

bandar Kota Bharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2, sekolah menengah

yang berada di luar bandar Kota Bharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kota dan

sekolah menengah agama yang berada dalam daerah Kota Bharu iaitu Sekolah

Menengah Ugama (Arab) Sullamiah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 beralamat Jalan Belakang Istana, 15300

Kota Bharu terletak di pusat bandar Kota Bharu dan sekolah ini dikategorikan sekolah

bandar. Sekolah ini mempunyai 964 orang pelajar iaitu 473 orang pelajar lelaki dan

491 orang pelajar perempuan serta 73 orang guru. Menurut Mohd Khairul Hairi bin

Yunus yang pernah menjadi Kaunselor Pelatih di sekolah ini, sebagai sekolah yang

terletak di tengah bandar, pelajar mudah terdedah dengan anasir-anasir luar yang

negatif (http://pandangankita.blogmas.com/archives/tag/smk-zainab-2. 10/02/2011).

46
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota beralamat Jalan Salor, 15100 Kota Bharu.

Sekolah ini mempunyai 2,035 orang pelajar iaitu 1,040 orang pelajar lelaki dan 995

orang pelajar perempuan serta 162 orang guru. Sekolah ini terletak kira-kira 5

kilometer dari bandar Kota Bharu. Sekolah ini berada dalam kawasan yang sedang

mengalami pembangunan yang pesat di mana terdapat pusat membeli belah seperti

Pasaraya Ceria, Pasar Borong Wakaf Che Yeh, gedung-gedung perniagaan dan klinik.

Sekolah Menengah Ugama (A) Sullamiah atau SMU (A) Sullamiah beralamat Bunut

Payong, 15150 Kota Bharu. Sekolah ini adalah sekolah bantuan kerajaan negeri

Kelantan di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Ia adalah satu usaha murni kerajaan

untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Kelantan. Sekolah

ini terletak kira-kira 3 kilometer dari bandar Kota Bharu.

Rajah 3.1: Peta Negeri Kelantan Mengikut Daerah

(Sumber: http://kebunketereh.com/?p=1945. 10/02/2011)

47
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN ZAINAB 2

SEKOLAH
MENENGAH SEKOLAH MENENGAH
UGAMA (ARAB) KEBANGSAAN KOTA
SULLAMIAH

Rajah 3.2 : Peta Bandar Kota Bharu dan Lokasi Sekolah

(Sumber: http://1.bp.blogspot.com/_nrSRZ6eyEpQ/TINSm9FEF-I/AAAAAAAABCI/
Dp4GDSHHl90/s1600/Kota+Bharu+Hotels.jpg. 10/02/2011)

48
3.4 Sampel Kajian

Pengumpulan data menggunakan sampel kajian yang dipilih daripada tiga (3) buah

sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu iaitu 150 orang responden di mana 50

orang responden bagi setiap sekolah. Sekolah-sekolah ini terdiri daripada sekolah

menengah yang berada dalam bandar Kota Bharu, di luar bandar Kota Bharu dan

sekolah menengah agama. Responden pula terdiri daripada pelajar Tingkatan 1

sehingga Tingkatan 6 bagi mewujudkan kepelbagaian peringkat umur.

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Satu set borang

selidik dibina dengan dibahagikan kepada empat (4) bahagian iaitu bahagian A, B, C

dan D (rujuk Lampiran A). Bahagian A mengandungi sembilan (9) item soalan yang

berkaitan dengan butiran diri responden seperti jantina, bangsa, agama, umur, tempat

tinggal, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan seisi keluarga responden.

Bahagian B pula mengandungi lapan (8) item soalan yang berkaitan dengan maklumat

responden sebagai pengguna Facebook seperti bilangan akaun Facebook responden,

tempoh memiliki akaun Facebook, jumlah masa melayari Facebook dalam sehari,

kekerapan hari melayari Facebook dalam seminggu, tujuan melayari Facebook, aplikasi

dalam Facebook yang paling diminati, tempat melayari Facebook dan sumber

responden mula mengenali Facebook.

49
Bahagian C mengandungi 34 item soalan berkaitan dengan kesan Facebook terhadap

akhlak pelajar yang merangkumi akhlak fardiyah, akhlak usariyah dan akhlak ijtimayah.

Manakala Bahagian D pula mengandungi satu (1) item soalan yang meminta pendapat

responden mengenai sejauhmana Facebook telah memberi kesan terhadap diri sendiri.

Jadual 3.1: Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian

Perkara Nombor Item Jumlah


Bahagian A
Butiran diri responden 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 9
Bahagian B
Maklumat responden berkaitan Facebook 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 8
Bahagian C
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10,
Kesan Facebook terhadap akhlak fardiyah 11, 12, 13, 14, 15, 17, 19,
responden 20, 21, 22 20
Kesan Facebook terhadap akhlak usariyah
responden 23, 24, 25, 26, 27 5
Kesan Facebook terhadap akhlak ijtimayah 16, 18, 28, 29, 30, 31, 32,
responden 33, 34 9
Bahagian D
Pendapat responden 1 1
Jumlah 52

Pengkaji menggunakan Skala Likert bagi item soalan dalam Bahagian C borang soal

selidik. Skala Likert merupakan skala yang mengukur kesetujuan atau ketidaksetujuan

seseorang terhadap serangkaian pertanyaan berkaitan dengan keyakinan atau perilaku

mengenai sesuatu objek tertentu (Azizi Yahaya et al., 2006: 134). Dalam bahagian ini,

penjelasan Skala Likert adalah seperti berikut:

50
Jadual 3.2: Skala Likert Dalam Kajian

Skor Maklum balas


1 Tidak Pernah
2 Kadang-kadang
3 Selalu

3.6 Kaedah Pengumpulan Data

Bagi memastikan kelancaran dalam membuat kajian ini, pengkaji memilih untuk

mengumpul data daripada beberapa siri penyelidikan dan kajian perpustakaan. Tujuan

utama adalah untuk mendapatkan bahan rujukan yang bersesuaian dengan tajuk

kajian. Bagi memudahkan proses pengumpulan data, pengkaji telah merangka kaedah

pengumpulan data mengikut jenis-jenis data iaitu data primer dan data sekunder.

Pengkaji mendapatkan data primer melalui cara soal selidik dan pemerhatian.

Manakala pengumpulan data sekunder melalui pembacaan hasil penyelidikan dan

kajian perpustakaan.

Dari segi pemilihan responden, pengkaji melakukannya secara purposive sampling

atau pemilihan secara sengaja iaitu satu teknik penetapan sampel dengan cara memilih

sampel berdasarkan pertimbangan-pertimbangan yang dikehendaki oleh pengkaji.

Pertimbangan pertama adalah lokasi di mana borang soal selidik diedarkan. Borang

soal selidik ini diedarkan di tiga (3) buah sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu.

Sekolah-sekolah ini adalah sekolah menengah yang berada dalam bandar Kota Bharu,

di luar bandar Kota Bharu dan sekolah menengah agama. Pemilihan sekolah-sekolah

ini adalah bagi mencapai objektif kajian iaitu untuk melihat kesan Facebook terhadap

akhlak pelajar berdasarkan perbezaan jenis dan lokasi sekolah selain daripada latar

51
belakang responden. Pertimbangan kedua adalah umur responden. Jumlah

responden yang terlibat dalam soal selidik telah ditetapkan sebelum kajian lapangan

iaitu seramai 150 orang responden di mana 50 orang responden bagi setiap sekolah.

Oleh itu, pengkaji telah menetapkan 10 orang responden bagi setiap tingkatan bermula

dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 serta Tingkatan 6 bagi sekolah yang mempunyai

kelas Tingkatan 6. Ini bagi mewujudkan kepelbagaian peringkat umur supaya kesan

Facebook terhadap akhlak dapat dilihat secara menyeluruh dan tidak tertumpu pada

satu peringkat umur sahaja. Pertimbangan ketiga adalah pengkaji hanya memilih

responden yang mempunyai akaun Facebook sahaja. Ini bagi memastikan bahawa

150 orang responden yang telibat dalam kajian ini dapat memenuhi matlamat dan

objektif kajian serta tidak berlaku ketidakseimbangan bilangan responden yang

mempunyai akaun Facebook bagi setiap sekolah.

Bagi pengumpulan data sekunder pula, pengkaji akan mengumpul semua maklumat

dan data yang diperolehi melalui pembacaan. Selepas itu, data-data ini dikategorikan

menigkut tajuk dan sub tajuk bagi memudahkan penyusunan maklumat untuk

dibentangkan dalam Bab 2. Data-data ini juga dikumpul untuk dijadikan sumber

penyokong kepada hasil analisis yang dibentangkan dalam Bab 4

52
3.7 Kaedah Penganalisisan Data

Penganalisisan data akan melibatkan aktiviti seperti mengatur, memilih, menggabung

dan menjadualkan data yang telah dikumpulkan (Mohd Najib, 2000). Pemprosesan

data yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berguna

daripada data yang diperolehi. Maklumat dan data yang diperolehi daripada soal

selidik dan dari sumber sekunder diproses mengikut objektif kajian. Setelah

memperolehi kesemua borang soal selidik, pengkaji akan mengumpul semua data

melalui jawapan yang diberikan oleh responden. Setiap borang soal selidik disemak

dengan teliti.

Pengkaji menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2003 untuk membentangkan

data yang yang telah dikumpul dan dianalisis. Microsoft Office Excel adalah sebuah

perisian spread-sheet atau hamparan elektronik yang membolehkan pengkaji

menguruskan dan mengeksploitasi data-data dengan melakukan pengiraan dan

membuat keputusan serta mempersembahkan jadual, graf serta carta. Terdapat satu

(1) aplikasi di dalam Microsoft Office Excel yang membantu pengkaji dalam

menganalisis dan mempersembahkan data iaitu wooksheet. Worksheet adalah

ruangan untuk pengkaji memasukkan, membuat pengiraan, memanipulasi dan

menganalisis data sama ada ia dalam bentuk teks atau nombor. Data-data yang telah

dimasukkan dalam wooksheet tadi membolehkan pengkaji mempersembahkannya

dalam bentuk jadual, graf atau carta.

Seterusnya, pengkaji akan menganalisis jadual, graf atau carta yang dipersembahkan

untuk mencari perkaitan atau kolerasi untuk mendapatkan hubungan atau perkaitan

antara data-data yang diperolehi. Analisis ini penting untuk mengesahkan hipotesis

53
kajian yang telah dibuat pada awal kajian, sama ada berbentuk Hipotesis nol (Ho) atau

Hipotesis alternatif (Ha). Ho yang telah dibuat oleh pengkaji adalah tidak terdapat

perbezaan yang ketara mengenai pengaruh dan kesan Facebook antara akhlak pelajar

sekolah menengah di bandar, luar bandar dan pelajar sekolah menengah agama,

manakala Ha pula adalah terdapat perbezaan yang ketara mengenai pengaruh dan

kesan Facebook antara akhlak pelajar sekolah menengah di bandar, luar bandar dan

pelajar sekolah menengah agama. Oleh itu, melalui analisis data yang dilakukan,

pengkaji dapat membuat kesimpulan kajian secara keseluruhan berdasarkan

pengesahan kepada hipotesis tersebut.

3.8 Prosedur Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, sebelum proses pengumpulan data dimulakan terdapat beberapa

prosedur yang harus dilakukan. Bagi pengumpulan data primer, pengkaji telah

menetapkan 150 orang pelajar daripada tiga (3) buah sekolah menengah dalam daerah

Kota Bharu untuk dijadikan sebagai responden. Sebagai langkah pertama, pengkaji

perlu berurusan dengan pihak universiti bagi mendapatkan surat pengesahan pelajar

(rujuk Lampiran B) dan surat permohonan membuat penyelidikan sebagai rujukan pihak

sekolah yang terbabit (rujuk Lampiran C). Selain itu, pengkaji menghubungi sekolah-

sekolah yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran melakukan kajian.

Setelah pihak sekolah memberi kebenaran, pengkaji menetapkan tarikh yang sesuai

untuk ke sekolah tersebut. Apabila tiba di sekolah tersebut, pengkaji berjumpa dengan

pengetua sekolah untuk memaklumkan kehadiran diri dan memulakan aktiviti

pengumpulan data melalui pengedaran borang soal selidik kepada pelajar.

54
Pengedaran borang soal selidik dilakukan secara berperingkat di mana bermula dari

pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6. Aktiviti pengumpulan data ini dapat

dilakukan dalam masa yang singkat kerana mendapat kerjasama dari guru tingkatan

dan pelajar yang terlibat.

Bagi pengumpulan data sekunder pula, pengkaji perlu ke perpustakaan untuk

mendapatkan data daripada buku-buku, jurnal, kertas kerja, tesis, surat khabar,

majalah dan laporan yang berkaitan dengan kajian. Pengkaji juga menggunakan

kemudahan internet untuk mendapatkan data yang berkaitan.

3.9 Prosedur Penganalisisan Data

Analisis data adalah suatu proses yang sistematik dalam mengurus dan memaparkan

hasil dapatan kajian dalam cara yang mudah difahami. Analisis data melibatkan proses

menguruskan data dan mensintesiskan data, mengkaji hasil dapatan kajian serta

menginterpretasikan hasil dapatan kajian (Rianto Adi, 2004: 128).

Prosedur pertama dalam menganalisis data kuantitatif ialah menguruskan data yang

diperolehi. Apabila pengkaji memperoleh data daripada soal selidik yang dijalankan

sebelum ini, pengkaji akan merasakan data yang diperolehi adalah terlalu banyak dan

keliru (information overload). Ini kerana Bahagian D dalam borang soal selidik

memerlukan responden untuk menyatakan pendapat masing-masing. Oleh itu,

penyusunan data secara sistematik adalah langkah pertama yang perlu pengkaji

lakukan. Namun begitu, bagi Bahagian A, B dan C, pengkaji hanya perlu mengira

jumlah responden mengikut maklum balas terhadap penyataan yang diberikan.

55
Prosedur kedua adalah memberi penerangan atau gambaran terhadap data-data yang

telah dikumpulkan tadi. Data-data tersebut perlu dicirikan dan melalui penerangan

tersebut, ia dapat menunjukkan pengaruh dan kesan Facebook terhadap akhlak pelajar

yang terlibat dalam kajian ini. Data-data pada peringkat ini boleh digunakan oleh

pengkaji untuk mengenalpasti sama ada objektif kajian yang ditetapkan telah tercapai

atau tidak. Daripada sini juga, pengkaji dapat mengenalpasti sama ada adakah data ini

menepati atau tidak dengan hipotesis kajian.

Prosedur yang terakhir adalah menginterpretasi data. Selepas ciri-ciri data dikenalpasti

dan difahami, langkah terpenting adalah dengan menginterpretasikan data. Interpretasi

adalah mendapatkan makna dan pemahaman terhadap data dengan memunculkan

konsep atau teori yang dapat mengesahkan dapatan kajian (Christine Daymoon dan

Immy Holloway, 2002: 369). Melalui prosedur ini, pengkaji akan dapat melihat

perkaitan teori yang digunakan dengan data yang diperolehi, seterusnya dapat

mengesahkan atau memberi pandangan kepada perkaitan tersebut. Penganalisaan

perlu dilakukan dengan teliti. Data-data akan membuktikan atau menafikan hipotesis

kajian yang telah dibuat.

56
3.10 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, maklumat tentang kawasan dan metadologi kajian telah

membantu pengkaji semasa menjalankan kajian ini. Bab ini banyak menerangkan

tentang perjalanan kajian secara menyeluruh berkenaan dengan kaedah kajian yang

telah dijalankan oleh pengkaji sama ada berkenaan dengan kawasan kajian,populasi

kajian, sampel kajian,keperluan data, kaedah pengumpulan data, kaedah

penganalisisan data, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data

dalam menyempurnakan kajian ini.

Disamping itu juga sebarang pembaziran masa dan kos dapat dielakkan dengan

merancang perjalanan kajian supaya sentiasa berada dalam jadual yang telah

ditetapkan. Dengan itu, matlamat dan objektif kajian pengkaji diharap tercapai dengan

pelbagai kaedah dengan kajian yang dijalankan.

57

You might also like