You are on page 1of 3

020719-01-0348

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), metodologi didefinisikan sebagai


sistem yang merangkumui kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan di dalam
sesuatu kegiatan. Tujuan metodologi adalah untuk menghasilkan kajian yang baik dan teratur.
Manakala kajian dikatakan kegiatan iaitu usaha dan proses mengkaji tentang sesuatu isu
berdasarkan data dan maklumat secara teperinci yang dikumpulkan dalam suatu jangka masa
tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Menurut Hornby (1985) (dalam Nor Hidayah
binti Mohamed, 2004), metedologi kajian merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk
menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu.

Oleh demikian, pengkaji sedaya upaya ingin memanfaatkan teori penyelidikan


tersebut dalam penghasilan kajian ini.

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel
kajian, instrument kajian, dan prosedur analisis data iaitu soal selidik bagi menjawab
persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Selain itu, metodologi kajian
juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data yang
sah dan dipercayai.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan bermaksud salah satu bentuk
kajian yang bukan berbentuk eksperimen tetapi merupakan satu rangka rujuk mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan persempelan, pengukuran dan analisis data. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti model telefon pintar iPhone yang diminati oleh pelajar-
pelajar tingkatan 6, Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru dan mengkaji faktor-faktor
pelajar-pelajar tingkatan 6, Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru menggunakan telefon
pintar iPhone.

4.2 SAMPEL KAJIAN

Persempelan kajian merupakan salah satu cara yang digunakan oleh pengkaji untuk
memperoleh maklumat. Maklumat yang diperlukan dapat diperoleh daripada kumpulan
manusia, tempat, institusi atau fenomena. Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991),
persampelan merupakan satu proses di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi
dipilih dan dikaji untuk membolehkan kita membuat generalisasi mengenai populasi itu.
Pengkaji akan mengambil sebahagian kecil daripada populasi tersebut untuk membuat tujuan

1
020719-01-0348

pemerhatian dan membuat generasalisasi berkenaan populasi yang diwakili oleh sampel
tersebut. Responden yang telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini iaitu terdiri
daripada pelajar-pelajar tingkatan 6 di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Saiz sempel
bagi kajian ini adalah seramai 30 orang responden. Teknik persempelan yang digunakan
dalam kajian ini pula adalah secara rawak semasa tinjauan kajian dilakukan untuk
memperoleh data yang lebih tepat. Hal ini kerana mereka berfikiran lebih matang dan akan
menjawab soal selidik dengan lebih serius.

4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen merupakan proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang
berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Instrumen kajian
digunakan sebagai asas bagi mendapatkan data yang berkenaan bagi mencapai objektif
kajian. Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik melalui google form.

Jadual 1: Kaedah Instrumen Kajian

KAEDAH INSTRUMEN
Kuantitatif Borang soal selidik melalui google form
Sumber : Kajian Lapangan 2021

4.3.1 SOAL SELIDIK

Instrumen soal selidik merupakan

2
020719-01-0348

https://www.scribd.com/doc/42279107/laporan-kaedah-persampelan

You might also like