You are on page 1of 3

040112-05-0368

4.0 METOLOGI KAJIAN

Metologi kajian adalah merupakan satu cara bagi mendapatkan maklumat, bahan dan
data berkaitan dengan sesebuah kajian. Dalam sesuatu kajian, elemen paling penting
adalah data kajian. Tanpa adanya data kajian, sesebuah kajian tidak akan dapat
disiapkan. Dengan adanya metologi kajian, hasil yang lebih teratur dan baik akan
dapat diperolehi. Selain itu, metodologi kajian juga boleh memastikan objektif bagi
kajian yang ingin dilakukan tercapai.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini terdiri daripada dua kaedah kajian iaitu kualitatif dan kuantitatif. Kaedah
kualitatif ialah pemahaman atau penerokaan fenomena sosial seperti tingkah laku,
interaksi dan kepercayaan seseorang. Sebagai contoh, menggunakan kaedah kualitatif
seperti temu bual bagi mandapatkan maklumat. Manakala, kaedah kuantitatif pula
lebih berorientasikan kepada hasil seperti menganalisis statistik dan bilangan. Data
akan dikumpul dan seterusnya dianalisis bagi mendapatkan hasil. Kajian ini adalah
untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Surau Taman Sri
Mawar yang mampu menarik perhatian penduduk untuk dating ke surau serta
mengkaji kesan kedatangan penduduk ke surau kepada semangat kejiranan antara
mereka.

4.2 Instrumen Kajian

Instrument ialah kaedah untuk mendapatkan dan mengumpul data kajian yang
dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan.

Kaedah Instrumen
Kualitatif Pemerhatian dan temu bual
Kuantitatif Borang soal selidik
Jadual 1: Kaedah Instrument Kajian

Sumber: Kajian lapangan 2023

DATA PRIMER

4.2.1 Soal Selidik


040112-05-0368

Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan yang dibuat
khusus untuk mengumpul maklumat bagi sesebuah kajian yang akan digunakan untuk
menjawab persoalan kajian tersebut. Borang soal selidik ini mangandungi tiga
bahagian utama iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C yang menggunakan
Skala Likert lima aras.

4.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu kaedah pengumpulan data secara memerhatikan situasi


sebuah kawasan dan merekod fakta tertentu yang berkitan dengan kajian seperti
tingkah laku dan tindakan seseorang.

4.2.2 Temu bual

Temu bual ialah sebuah kaedah yang melibatkan perbualan antara penyelidik dan
subjek kajian yang bertujuan untuk mendapatkan data yang relevan berkaitan dengan
kajian. Melalui temu bual, data yang didapati daripada kaedah soal selidik serta
pemerhatian dapat disahkan dan diperkukuhkan.

4.3 Sampel Kajian

Sampel yang dilakukan bagi kajian ini ialah sampel bertujuan agar dapat memenuhi
kehendak kajian dan mendapatkan data yang tepat. Responden yang telah dipilih bagi
membantu mngumpul data untuk kajian ini adalah merupakan penduduk Taman Sri
Mawar yang datang ke surau. Jumlah responden ialah 30 orang yang terdiri daripada
15 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Responden yang terlibat untuk menjawab
soalan borang soal selidik adalah terhad iaitu mereka yang menetap di Taman Sri
Mawar dan pada yang datang ke surau sahaja. Bagi teknik persampelan yang
digunakan dalam kajian ini ialah sampel bertujuan di mana apabila prosedur
persampelan ini, hanya penduduk di Taman Sri Mawar yang dating ke surau sahaja
diberi peluang untuk menjadi responden. Sampel kajian bagi kajian ini terdiri
daripada 30 orang responden dan boring soal selidik hanya diberikan kepada mereka
yang datang ke surau untuk memperoleh data yang lebih tepat. Manakala tiga orang
pula akan dipilih untuk ditemu bual bagi mendapatkan data tambahan dan
menguatkan lagi data yang telah diperoleh daripada soal selidik.

4.4 Cara Pengumpulan Data


040112-05-0368

Data dan maklumat bagi kajian ini diperoleh menggunakan pelbagai cara seperti
borang soal selidik, temu bual dan pemerhatian.

4.4.1 Soal Selidik

You might also like