You are on page 1of 4

030221-04-0477

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi bermaksud sistem yang merangkumi kaedah
dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin manakala kajian pula membawa
maksud kegiatan mengkaji tentang sesuatu isu, institusi atau orang. Oleh itu, bahagian ini akan
membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara mengumpul data dan
cara menganalisis data.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, reka bentuk kajian merupakan rancangan yang
menunjukkan susunan, struktur sesebuah kajian. Ia berfungsi untuk membantu pengkaji
mengumpul, menganalisis dan mentafsir segala data yang diperlukan bagi tujuan kajian. Kajian
ini bertujuan untuk mengkaji Amalan Pembelian Barang Buatan Tempatan dalam kalangan
Pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka.

4.2 SAMPEL KAJIAN


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sampel kajian merupakan bahagian kecil yang mewakili
bahagian yang jauh lebih besar dan biasanya menjadi contoh untuk kajian. Sampel kajian ini
merupakan 30 orang responden dan 3 orang informan iaitu pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi
Melaka yang dipilih secara rawak untuk menjawab borang soal selidik yang disediakan.
Responden yang dipilih mestilah mereka yang merupakan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi
Melaka yang mengamalkan pembelian barang buatan tempatan. 3 orang informan ditemu bual
untuk mendapat maklumat lanjut tentang amalan pembelian barang buatan tempatan oleh
mereka.

4.3 INSTRUMEN KAJIAN


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, instrumen kajian merupakan alat atau cara yang
digunakan untuk menjalankan kajian. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengkaji Amalan
Pembelian Barang Buatan Tempatan dalam kalangan Pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka
ialah borang soal selidik, temu bual dan rujukan.
030221-04-0477

4.3.1 SOAL SELIDIK


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, soal selidik merupakan sejumlah soalan yang
dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh sebilangan orang
dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu. Menurut Mohd. Majid Konting,
soal selidik dapat mengukur ciri-ciri atau pembolehubah yang hendak diukur daripada saiz
sampel yang banyak tetapi rangsangan soal selidik terbatas terhadap sejauh mana soal selidik
tersebut difahami dan dihargai oleh responden. Borang soal selidik diberi kepada responden.
Borang soal selidik yang telah disediakan untuk kajian ini mempunyai 3 bahagian (Rujuk:
Lampiran 2). Bahagian A iaitu maklumat asas responden, Bahagian B iaitu jenis-jenis barang
buatan tempatan yang dibeli oleh Pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka dan Bahagian C
merupakan faktor-faktor yang mendorong pembelian barangan buatan tempatan dalam kalangan
pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka.

4.3.2 TEMU BUAL


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, temu bual bermaksud temu ramah, wawancara atau
interviu. Temu bual tersebut dijalankan antara dua orang iaitu pengkaji dan informan. Pengkaji
menanya soalan dan informan menjawab soalan yang dikemukakan. Melalui temu bual, pengkaji
boleh mendapat maklumat yang lebih terperinci yang sukar untuk didapati melalui kaedah soal
selidik. Data yang didapati melalui temu bual dapat digunakan untuk memantapkan dapatan
kajian. Terdapat beberapa soalan tentang amalan pembelian barang buatan tempatan telah
ditanya kepada 3 orang informan iaitu Pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka. Temu bual
dijalankan secara bersemuka. Sesi temu bual dirakam dengan perakam suara. Hal ini demikian
kerana pengkaji tidak dapat mencatatkan kesemua maklumat yang diberi oleh informan dengan
pantas. Sesi temu bual yang dirakam boleh dirujuk balik untuk memastikan tiada maklumat yang
tercicir. Sesi temu bual dijalankan menggunakan Bahasa Melayu. Transkrip temu bual
disediakan di Lampiran 3.

4.3 RUJUKAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rujukan merupakan keterangan lanjutan mengenai
sesuatu perkara. Pengkaji telah menggunakan Internet sebagai sumber rujukan utama untuk
030221-04-0477

mendapatkan maklumat kajian dan peta-peta yang diperlukan. Selain itu, pengkaji juga merujuk
kamus, surat khabar dan buku untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian ini.
4.4 CARA MENGUMPUL DATA
Pengumpulan data dilakukan untuk mendapatkan maklumat serta informasi yang tepat bagi
mencapai matlamat kajian. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik, temu
bual dan rujukan sebagai cara mengumpul data primer dan data sekunder yang diperlukan.

4.4.1 DATA PRIMER


Data primer merupakan data yang dikumpul secara langsung daripada sumber pertama. Antara
instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data primer adalah melalui borang soal
selidik dan temu bual. Sebanyak 30 borang soal selidik diagihkan secara rawak kepada 30 orang
pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka. Data-data yang diberi oleh responden akan dikaji
dan dianalisis. Seramai 3 orang informan telah ditemu bual untuk mendapatkan maklumat yang
lebih terperinci tentang kajian ini. Hasil temu bual dirakam dan diteliti.

4.4.2 DATA SEKUNDER


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, data sekunder merupakan data yang terbit atau terhasil
daripada sesuatu yang asas atau utama. Data sekunder dalam kajian ini diperolehi melalui
Internet, surat khabar, kamus dan buku.

4.3 CARA MENGANALISIS DATA


Analisis data merupakan satu kaedah untuk mempersembahkan data yang diperoleh. Data yang
diperoleh dalam kajian dianalisis dengan menggunakan bilangan mutlak, peratus dan kiraan min.

Skala Guttman yang digunakan dalam objektif pertama kajian adalah:


Tidak Ya

Skala likert yang digunakan dalam objektif kedua kajian adalah:


Skala Skor
Tidak Setuju 1
Tidak Pasti 2
030221-04-0477

Setuju 3
Data-data daripada soal selidik dikira dan dianalisis.

Min bagi skala likert juga dikira dan diberi interpretasi.

Interpretasi Min bagi skala likert 3 mata adalah seperti berikut:


Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00-1.66 Tidak Setuju
1.67-2.33 Tidak Pasti
2.34-3.00 Setuju

Data-data yang diperolehi telah dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan carta pai untuk
dianalisis.

You might also like