You are on page 1of 2

4.

1 Pemerhatian
Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan yang penting.Kaedah ini memerlukan pengkaji
mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas untuk membuat
pemerhatian situasi yang sebenar.Pengkaji menggunakan kaedah ini supaya pemerhatian
terhadap kajian lebih terperinci, jelas dan cepat.Selain itu, maklumat daripada pemerhatian boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan dan maklumat benar-benar diberikan oleh sampel yang dikaji.
Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan beberapa item, iaitu ;
1.

Faktor generasi muda kurang mengamalkan amalan adat tradisional semasa Tahun Baru

Cina.
2. Kepentingan tahun baru cina boleh mengeratkan hubungan silaturahim
4.2 Temu bual
Menurut Therese L. Baker (1999) temu bual adalah interaksi sosial dengan satu orang yang
bertanya beberapa soalan dan orang lain memberikan jawapan. Temu bual adalah satu perbualan
antara dua atau lebih (penemu bual dan yang ditemu bual).Temu bual biasanya digunakan untuk
mendapatkan maklumat dari seseorang.Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk memudahkan
pengkaji berinteraksi secara lansung dengan responden dan responden juga dapat memberikan
jawapan secara lansung.Pengkaji mendapati dengan kaedah temu bual ini penjelasan secara
lansung diperoleh dan jawapan juga bukan bersifat andaian ataupun tafsiran.Pengkaji juga boleh
menerangkan dengan jelas maksud soalan atau kajian dan mengelakkan salah tafsir dan salah
anggap.Responden yang dipilih secara rawak telah dipilih untuk mendapatkan maklumat
mengenai persepsi penglibatan pelajar di sekolah berkenaan. Temu bual mengemukakan dua
item soalan, iaitu ;

1. Amalan adat tradisional semasa sambutan Tahun Baru cina.


2. Kepentingan amalan adat tradisional semasa sambutan Tahun Baru Cina
4.3 Soal Selidik

Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan
betul.Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang
hendak dijalankan. Pengkaji telah mereka bentuk borang soal selidik yang menggunakan skala
likert yang sesuai dengan tajuk yang akan di kaji. Borang itu akan diedarkan secara rawak
kepada 30 orang awamsekitar Bandar Bentong. Maklumat yang pengkaji inginkan datangnya
daripada borang soal selidik ini.Borang soal selidik ini mempunyai 3 bahagian dan mempunyai
11 soalan.Bahagian A merangkumi demografi responden manakala bahagian B soalan terhadap
persepsi responden terhadap Amalan adat tradisional semasa TahunBaru Cina..Soalan C
mempunyai dua bahagian yang merangkumi kepentingan amalan adat tradisional semasa Tahun
Baru Cina dan faktor generasi muda kurang mengamalkan amlan adat tradisional semasa Tahun
Baru Cina.
4.4 Rujukan
Kaedah ini digunakan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di
perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Di samping itu, penyelidik juga

membuat rujukan melalui internet.Kaedah ini menjadi kaedah tambahan kepada kajian
penyelidik.
4.5 Analisis Data
Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara
deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian ujian
untuk menghasilkan laporan kajian.Data yang telah diperoleh dianalisis
menggunakan kekerapan dan peratusan

You might also like