You are on page 1of 13

KAJIAN EMPIRIKAL

ANASTASSIA BT TITUS ATIQAH BT BUJANG LIOW SEE YING NUR ASMAT BT ABD MANAP THERESA AK ZABULUN

Page 1

Definisi
Kajian penyelidikan, penelitian, penyiasatan terhadap sesuatu.

Empirikal kaedah yang digunakan melalui kajian-kajian dengan pengumpulan data.


Page 2

Kajian empirikal melibatkan pengumpulan data-data dan maklumat melalui temubual dan pengedaran borang soal selidik. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat yang sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan.

Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.
Page 3

Kaedah Kajian Empirikal


TEMUBUAL INDIVIDU
Temubual Individu adalah kaedah yang paling berkesan membolehkan pengkaji mengutip data secara mendalam tentang sejarah, pandangan, dan pengalaman seseorang peserta terutamanya bagi topik-topik yang sensitif.
Page 4

Temubual mendalam boleh dilakukan kepada : i) individu yang mengalami sesuatu fenomena, ii) individu yang mempunyai hubungan dengan populasi yang mengalami fenomena tersebut seperti ahli keluarga, rakan-rakan, ahli masyarakat, iii) pakar yang mengendalikan sesuatu tugasan profesional berkaitan fenomena tersebut seperti contohnya doktor, guru, ahli politik, dan lain-lain yang berkenaan.
Page 5

Proses temubual ini melibatkan penyelidik bersemuka dengan peserta dan mendengar dengan teliti responrespon peserta kepada soalan yang diajukan kepadanya. Perbualan telefon antara penyelidik dengan peserta juga dikira sebagai temubual
Page 6

Langkah-langkah dalam proses temubual 1. Persediaan Menemubual: Penyelidik perlu membuat persediaan dengan mencari maklumat asas tentang tajuk kajian dan elemen-elemen dalam kajiannya.
Pengetahuan ini membantu penyelidik membina instrumen kajian yang disebut sebagai protokol soalan. Protokol soalan adalah senarai soalan-soalan yang disediakan oleh penyelidik untuk mencari jawapan kepada soalan kajiannya.

Page 7

Protokol soalan perlulah mengikut susunan berikut:

1 Soalan Pengenalan Contoh : umur, pengalaman kerja 2 Soalan Memperkenal topik Contoh : Apakah yang anda faham tentang. 3 Soalan Utama Contoh : Pada pandangan anda apakah faktor-faktor

4. Soalan Penutup Contoh : adakah anda mempunyai apa-apa lagi maklumat tambahan tentang.
Page 8

TEMUBUAL KUMPULAN FOKUS


-Temubual kumpulan fokus merupakan kaedah yang berkesan untuk mempelajari budaya dan amalan sesuatu kumpulan, ataupun mendapat pelbagai pandangan dalam sesebuah kumpulan tentang sesuatu isu. - Kumpulan fokus dijalankan dengan seorang atau dua fasilitator berjumpa dengan ahli kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik kajian.
Page 9

BORANG SOAL SELIDIK


-Borang soal selidik ialah borang yang disediakan oleh penyelidik untuk diedarkan kepada peserta. -Di dalam borang tersebut terkandung soalansoalan yang berkaitan dengan tajuk kajian.

Page 10

Page 11

Page 12

SEKIAN TERIMA KASIH


Page 13

You might also like