You are on page 1of 3

METODOLOGI

Menurut sabitah mariean (2009) dan Ahmad Munawar Ismail dan Mohd
Nor Shahizan Ali (2014), metodologi merupakan satu kaedah yang
digunakan untuk melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu
mengikut disiplin yang teratur. Tujuannya adalah untuk menghasilkan
kajian yang terbaik dan sistematik. Oleh itu, pengkaji sedaya upaya
memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasialn kertas
kursus ini.

Oleh itu, dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan


metodologi bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah
dikemukakan lebih awal. Selain itu, metodologi kajian juga boleh
digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan
data yang sah dan dipercayai.

Instrument Kajian

Dalam kajian ini, intrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah
dengan menggunakan borang soal selidik, pemerhatian dan rujukan perpustakaan.

Kaedah Instrument Kajian


Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif pemerhatian, rujukan perpustakaan

Kaedah Soal Selidik


Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul dan mengikut
pandangan Miles dan Huberman (1984) yang mengatakan bahawa data yang
diperoleh daripada soal selidik dengan responden kajian yang dijalankan dalam
suasana semula jadi memberikan data berbentuk deskriptif yang tepat. Borang soal
selidik dalam kajian ini telah dijawab oleh pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah
Kebangsaaqn Sepagaya. Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup. Rasional
menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-
beza dan mudah dibandingkan. Dalam kaedah ini borang soal selidik diperlukan untuk
memudahkan kajian. Borang diedarkan secara rawak kepada 15 orang responden di
kawasan kajian, iaitu di Sekolah Menengah Sepagaya, Lahad Datu, Sabah. Sebanyak
15 borang soal selidik diedarkan berdasarkan dua objektif yang telah dilakukan.
Kesemua responden telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan
urusan borang soal selidik .Borang soal selidik yang dikemukakan kepada responden
mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C. Bahagian A
adalah tentang maklumat asas responden. Bahagian B adalah soalan-soalan mengenai
kesan penggunaan buku teks efektif stpm geografi keluaran syarikat penerbit ilmu
bakti (pib) kepada pelajar. Bahagian C pula mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar tingkatan enam smk sepagaya terhadap penggunaan buku teks
efektif stpm geografi keluaran syarikat penerbit buku ilmu bakti ( pib ). Jawapan
responden adalah berdasarkan ‘betul’ atau ‘salah’ dan menggunakan skala likert
empat aras seperti berikut:

Sangat tidak setuju 1


Tidak Setuju 2
Setuju 3
Sangat Setuju 4

Kaedah pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif dalam pengumpulan maklumat atau
pengumpulan data selain soal selidik dan rujukan. Pemerhatian memerlukan pengkaji
memerhati sendiri di tempat kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih
memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden. Setiap
pemerhatian pengkaji mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik,
mempunyai fokus dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah dan boleh
dipercayai.

Perpustakaan

Dalam kaedah ini pengkaji telah menggunakan pelbagai rujukan dari perpustakaan
seperti kamus oxford serta kamus lain dan buku rujukan. Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat juga digunakan untuk mencari definisi perkataan yang sering pengkaji
gunakan di dalam kajian ini. Pengkaji turut mendapatkan maklumat melalui Buku
Teks Efektif Stpm Geografi Keluaran Syarikat Penerbit Ilmu Bakti ( PIB ). Pengkaji
turut mendapatkan maklumat secara aktif di laman sosial dengan merujuk laman-
laman web untuk mencari maklumat tentang Buku Teks Efektif Stpm Geografi
Keluaran Syarikat Penerbit Ilmu Bakti ( PIB ) serta mengenai maklumat yang perlu
dicari bagi memberi maklumat tambahan tentang kajian yang dibuat. Ini dapat
memudahkan pengkaji dalam menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya.
Pengumpulan Data
Intrumen pengumpulan data adalah alat bantu yang dipilih dan digunakan
olehpengkaji dalam kajiannya agaar kajian menjadi lebih sistematik dan dipermudah
olehnya. Dalam kaedah pengumpulan data iatu mendapatkan maklumat atau data
daripada responden, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik, rujukan dan
pemerhatian. Pengkaji juga mengumpul data-data atau maklumat dari kamus dan
bahan-bahan ilmiah dan juga bahan-bahan dari internet. Kaedah soal selidik telah
digunakan untuk mendapatkan data atau maklumat primer. Kaedah pemerhatian dan
kaedah rujukan pula digunakan untuk mendapatkan data atau maklumat sekunder.

You might also like