You are on page 1of 8

Langkah

Mengatasi
Pemanasan
Global
Penguatkuasaan Undang-undang

 Mewajibkan penggunaan kenderaan bermotor yang mempunyai penapis gas pada ekzos
kenderaan masing-masing.

 Pengeluaran atau pelulusan lesen bagi tujuan pembalakan turut perlu diminimumkan.

 Penetapan had kuantiti kayu balak yang boleh ditebang dalam satu tahun.

 Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974


i. Mengenakan denda dan kompaun ke atas penyumbang masalah
Teknologi hijau

 Teknologi hijau boleh didefinisikan dengan merujuk pembangunan dan aplikasi produk,
peralatan serta sistem untuk memelihara alm sekitar dan alam semulajadi dan
meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

 Dasar Teknologi Hijau – Bagi meningkatkan Pendidikan dan kesedaran awam terhadap
Teknologi Hijau dan mengalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

 Menstrukturkan semula dan menambah fungsi beberapa kementerian dan mewujudkan


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, yang sebelum ini dikenali sebagai
Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia

 Penghasilan kenderaan mesra alam


i. Kenderaan elektrik
ii. Kereta hibrid
Saling Memberi Maklumat dalam kalangan masyarakat

 Masyarakat haruslah saling memperingati dan memberi maklumat tentang keseriusan isu
pemanasan global kepada orang lain.

 Masyarakat turut perlu memberi respon yang positif terhadap seruan kerajaan bagi
sama-sama menggembleng tenaga bagi menangani masalah ini.
Mengurangkan Penggunaan Alat Yang Menghasilkan Gas CFC

 Klorofluorokarbon (CFC) ialah sejenis sebatian organik berbentuk gas yang mengandungi
karbon, klorin dan fluorin. Ia juga dikenali dengan nama dagangan DuPont Freon.
Kegunaan utamanya ialah sebagai bahan penyejuk, bahan dorong (kegunaan aerosol) dan
pelarut, namun kini sedang dihentikan secara berperingkat melalui Protokol Montreal
kerana meningkatkan kadar penipisan ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur
lapisan ozon.

 CFC dihasilkan oleh penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh.

 Pengawalan penggunaan melalui menaikkan cukai import untuk meningkatkan kos CFC

 Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat
pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan dikilangkan oleh syarikat di Malaysia
Melaksanakan Reduce, Reuse dan Recycle

 3R iaitu mengurangkan, kitar semula dan guna semula

 Kurangkan penggunaan beg plastic semasa membeli-belah dengan membawa beg anda
sendiri.

 Kurangkan penggunaan bahan pakai buang seperti cawan plastic dan pinggan kertas yang
akan mengeluarkan gas metana yang bertindak sebagai ajen pemanasan global.

 Kumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium, kaca dan
kertas

 Mengitar semula produk berasaskan kayu dapat menyelamatkan berjuta-juta pokok


setahun bagi menjaga keseimbangan ekosistem.
Peranan sekolah

 Memberi pendidikan tentang alam sekitar


 Mewujudkan kelab pencinta alam sekitar
 Peranan guru kaunseling
TERIMA KASIH

You might also like