You are on page 1of 12

PERSOALAN

Dua persoalan kajian telah di tentukan oleh pengkaji bagi melaksanakan kajian tersebut.

Persoalan kajian yang ditentukan ialah:

1. Apakah aktiviti kejiranan yang dijalankan di Kampung Sungai Gersik , Muar , Johor ?

2. Apakah kesan aktiviti kejiranan yang dijalankan di Kampung Sungai Gersik , Muar ,

Johor terhadap penduduk setempat ?


OBJEKTIF

Dalam kajian ini , dua objektif kajian telah ditentukan oleh pengkaji bagi memberi panduan

dan menentukan arah semasa melaksanakan kajian . Objektif kajian yang digariskan adalah :

1. Mengenal pasti aktiviti kejiranan yang dijalankan di Kampung Sungai Gersik , Muar ,

Johor.
2. Mengkaji kesan aktiviti kejiranan yang dijalankan di Kampung Sungai Gersik , Muar ,

Johor terhadap penduduk setempat.


LOKASI KAJIAN

PETA

Peta 1 : Peta lokasi Kampung Sungai Gersik

( Sumber : Google Maps )


METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 ‘metodologi’ bermaksud sistem yang

merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan

sebagainya. Selain itu, metodologi juga merupakan satu kaedah yang digunakan untuk

melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur.

Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh yang demikian, pengkaji

haruslah sedaya upaya memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan kertas

projek ini. Menurut AS Hornby (et.al.)(1980), metodologi adalah suatu ilmu mengenai

kajian dalam mentadbir sesuatu bagi mencapai matlamat yang dirancang.

Oleh itu, pengkaji akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, sampel kajian,

batasan kajian, instrument kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-

persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal dalam bahagian ini. Selain itu,

metodologi kajian juga boleh digunakan bagi memastikan objektif kajian dapat dicapai

berdasarkan data sah dan dipercayai.


4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Kajian tinjauan merupakan

satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran

dan analisis data. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan

untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti

aktiviti kejiranan yang dijalankan di Kampung Sungai Gersik , Muar , Johor serta mengkaji

kesan aktiviti kejiranan yang dijalankan di Kampung Sungai Gersik , Muar , Johor terhadap

penduduk setempat.

4.2 Instrumen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang

berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang.

Jadual 1 : Kaedah Instrumen Kajian.

Kaedah Instrumen

Kuantitatif Borang Soal Selidik dan Borang Temubual

Kualitatif Rujukan

Sumber : Course Hero, 2017

4.2.1 Soal Selidik

Instrumen soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian tinjauan. Borang

soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B dengan

menggunakan skala likert tiga aras.

4.2.2 Temubual
Instrumen temubual mempunyai dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal.

Kaedah temubual ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka dan bantuan

komputer. Kaedah yang pengkaji gunakan adalah tidak formal iaitu secara bersemuka yang

melibatkan dua orang penduduk tetap Kampung Sungai Gersik. Pengkaji menjalankan

temubual dalam keadaan yang selesa. Pengkaji juga mendengar dengan baik, malahan

pengkaji juga mengajukan soalan yang penting itu dengan jelas dan tepat. Pengkaji telah

menyenaraikan beberapa persoalan bagi menjawab objektif kajian ini.

4.2.3 Rujukan kepustakaan

Instrumen rujukan utama yang pengkaji perolehi daripada bahan ilmiah seperti buku-

buku, kamus dan sumber internet yang berkaitan dengan Aktiviti kejiranan yang mampu

meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Kampung Sungai Gersik.

Sumber rujukan adalah penting untuk melihat hasil dapatan terdahulu.

i. Buku :

Pengkaji telah menggunakan pelbagai buku yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih oleh

pengkaji. Terdapat pelbagai maklumat yang pengkaji perolehi daripada beberapa buah

buku bagi menambah lagi maklumat dalam kajian ini.

ii. Kamus :

Kaedah ini juga dijalankan dengan cara merujuk kepada Kamus Dewan bagi

mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Melalui kaedah ini, pengkaji

telah berjaya menambahkan lagi maklumat dalam kajian ini.

iii. Internet :

Kaedah terakhir yang digunakan ialah melalui internet. Pengkaji melayari internet bagi

membantu dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Oleh itu, pengkaji telah melayari
laman sesawang berkaitan dengan tajuk yang dipilih oleh pengkaji untuk membantu

pengkaji dalam menyiapkan kajian yang dipilih.

4.3 Sampel Kajian

Persampelan ialah kumpulan manusia, institusi, tempat atau fenomena yang menjadi

sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan

adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenalpasti. Responden kajian ini terdiri

daripada 30 orang penduduk tetap Kampung Sungai Gersik . Mereka terdiri daripada pelbagai

lingkungan umur yang akan diambil sebagai responden. Responden terhad kepada penduduk

Kampung Sungai Gersik dan responden dikehendaki mengisi borang soal selidik dengan

lengkap pada masa yang ditetapkan. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian

ini ialah teknik persampelan rawak mudah iaitu menggunakan prosedur persampelan ini,

setiap penduduk yang menetap di Kampung Sungai Gersik , Muar , Johor mempunyai

peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden. Sampel kajian terdiri daripada tiga puluh

orang penduduk dan tiga puluh borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara

rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam penggunaan kaedah secara

kuantitatif pula, dua orang akan dipilih untuk ditemubual.

4.4 Cara Pengumpulan Data

Data dan maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti

dokumentasi, boring soal selidik dan temubual.

4.4.1 Dokumentasi

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang telah

diterbitkan seperti buku dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan

Aktivi kejiranan yang mampu meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan

masyarakat Kampung Sungai Gersik , Muar , Johor.


4.4.2 Soal Selidik

Pengkaji telah membuat borang soal selidik yang sesuai untuk mendapatkan

dan mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah

diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri

daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah mengenai

maklumat diri responden. Bahagian B pula adalah soalan mengenai aktiviti kejiranan yang

dijalankan di Kampung Sungai Gersik , Muar , Johor dan soalan mengenai kesan aktiviti

kejiranan yang dijalankan di Kampung Sungai Gersik , Muar , Johor terhadap penduduk

setempat. Kajian ini menggunakan skala likert tiga aras iaitu 1 ialah setuju, 2 kurang setuju

dan 3 tidak setuju.

4.4.3 Temubual

Pengkaji menemubual dua orang penduduk Kampung Sungai Gersik yang

pernah melibatkan diri dalam menjalankan aktiviti kejiranan di Kampung Sungai

Gersik .Pengkaji menyediakan borang temubual yang mengandungi lima soalan struktur.

Tujuan utama temubual ini adalah untuk mengetahui tentang aktiviti kejiranan yang

dijalankan di Kampung Sungai Gersik , Muar , Johor .Pengkaji mengadakan sesi temubual

secara bersemuka dengan dua orang penduduk Kampung Sungai Gersik yang pernah

melibatkan diri dalam menjalankan aktiviti kejiranan di Kampung Sungai

Gersik ,Muar ,Johor .

4.5 Cara Analisis Data

Data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk peratusan.

Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang dijalankan.

Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dikutip, disunting dan ditukarkan kepada

angka. Seterusnya, pengkaji turut menganalisis data bagi pernyataan yang menggunakan
Skala Likert 3 aras iaitu menggunakan skor 1 hingga skor 3 yang mewakili setuju, kurang

setuju dan tidak setuju. Jadual 2 menunjukkan Skala Likert 3 aras.

Perkara Setuju Kurang setuju Tidak setuju

Skor 1 2 3

Jadual 2: Skala Likert 3 Aras

5.3.2: Data Penganalisisan Kualitatif

Kajian kualitatif merupakan kaedah yang digunakan oleh pengkaji yang dibuat

melalui kaedah rujukan. Pengkaji telah merujuk beberapa laman sesawang di internet dan

Kamus Dewan Edisi Keempat dari Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sri

Amar Diraja, Muar, Johor. Pengkaji telah menyemak dengan teliti semasa mencari maklumat

dan data bagi memastikan maklumat tersebut boleh dijadikan bahan sokongan dalam kajian

ini. Definisi perkataan-perkataan, peta dan hal-hal berkaitan dikenalpasti sebagai maklumat-

maklumat penting yang perlu dimasukkan dalam kajian ini.

You might also like