You are on page 1of 2

3.

0 KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa kaedah kajian untuk memperoleh maklumat.

Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji :

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Pengkaji memilih menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif sebagai reka bentuk
kajian untuk melaksanakan kajian ini. Kualitatif penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis
penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Noraini Idris :
2010). Pengkaji menggunakan protokal temu bual untuk mendapatkan maklumat dan data yang
diperlukan oleh pengkaji. Kuantitatif adalah kaedah yang berlandaskan kepada pemikiran positif
yang dikuasai oleh bidang pengukuran, pengoperasian, definisi, pengujian hipotesis dan statistik
(Othman Lebar, 2009). Pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah soal selidik untuk
mengumpul data.

3.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen merujuk kepada alat yang digunakan untuk mengumpul data dan seterusnya
membenarkan interpretasi skor yang sesuai. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua
instrumen iaitu protokol temu bual dan soal selidik.

3.2.1 SOAL SELIDIK

Bagi kaedah soal selidik, pengkaji telah memilih responden secara rawak mudah dan

skala likert telah digunakan. Populasi kajian ini ialah penduduk Sungai Itek, Gopeng,

Perak. Seramai 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk setempat. Skala

Likert ini mempunyai 5 poin dengan menggunakan skor iaitu 1 sangat tidak setuju, 2

tidak setuju, 3 kurang setuju, 4 setuju dan 5 sangat setuju.


3.2.2 TEMU BUAL

Pengkaji telah menggunakan protokol temu bual (Lampiran 1) sebagai salah satu kaedah

untuk menjalankan kajian ini. Pengkaji telah menyediakan 6 soalan yang ditujukan

kepada 2 orang informen yang telah dipilih. Protokol temu bual yang telah digunakan

oleh pengkaji menggunakan soalan separa berstruktur. Bagi membantu pengkaji

mendapatkan maklumat yang tepat dan lengkap dari responden, alat perakam suara telah

digunakan. Data yang dikumpul melalui kaedah temu bual tersebut ditukarkan ke dalam

bentuk transkrip supaya mudah difahami. Pengekodan dilakukan untuk memudahkan

pengkaji menganalisis data yang telah ditranskripkan daripada temu bual. Dalam kajian

ini, pengkaji mahu mengumpulkan data tentang tatacara yang diamalkan dalam adat

berjojak.

You might also like