You are on page 1of 5

3.

0 Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan di Taman Bukit Jati, Klang yang terletak di daerah Klang.
Taman ini terletak di bahagian barat daya daerah Klang. Jarang Taman Bukit Jati, Klang ke
Bandar Klang adalah 1.5 kilometer. Selain itu, Taman Bukit Jati mempunyai keluasan lebih
kurang 100 ekar. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Taman Bukit Jati
iatitu surau, tempat letak kenderaan, pondok rehat dan kemudahan pengangkutan seperti
komuter. Selain itu, antara taman-taman lain yang berdekatan dengan lokasi kajian pengkaji
ialah Taman Shahbandar, Taman Alam Shah 2 dan Taman Nakhoda Yusof. Terdapat juga
kedai runcit, restoran, pusat tuisyen dan taman rekreasi yang terletak di lokasi kajian.

Tujuan pengkaji memilih Taman Bukit Jati, Klang sebagai lokasi kajian adalah kerana
pengkaji boleh mendapatkan maklumat-maklumat mengenai kajian iaitu mengenal pasti
aktiviti-aktiviti penduduk yang menggunakan surau dan mengkaji kesan penggunaan surau
dalam meningkatkan semangat kejiranan di taman.

Peta 1: Daerah Klang


Sumber: http://www.google.com.my/maps

4
Peta 2: Taman Bukit jati
Sumber: : http://www.google.com.my/maps

5
4.0 Metodologi Kajian
4.1 Reka Bentuk dan Persampelan Kajian

Pengkaji telah melaksanakan kajian tinjauan yang menggunakan reka bentuk bukan
eksperimental iaitu kajian deskriptif. Pengkaji telah mendapatkan data-data kuantitatif dan
kualitatif untuk kajian ini. Sampel-sampel kajian ini telah dipilih secara rawak iaitu terdiri
daripada 30 responden untuk boring soal selidik di Taman Bukit Jati, Klang. Responden yang
dipilih terdiri daripada pelbagai jantina dan umur.

4.2 Instrumen Kajian

Terdapat 3 instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu borang soal selidik,
pemerhatian dan kajian perpustakaan untuk memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat-
maklumat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti penduduk yang menggunakan surau di Taman
Bukit Jati, Klang dan mengkaji kesan penggunaan surau dalam meningkatkan semangat
kejiranan di Taman Bukit Jati, Klang.

4.3 Soal Selidik

Bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan, pengkaji telah menyediakan serta
mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang terdiri daripada kalangan
penduduk di Taman Bukit Jati, Klang untuk memperolehi maklumat berkaitan dengan kajian
ini. Terdapat tiga bahagian dalam borang soal selidik iaitu terdiri daripada Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah mengenai maklumat responden dan kajian
umur, Bahagian B pula adalah mengenai aktiviti-aktiviti penduduk yang menggunakan surau
manakalah Bahagian C adalah kesan penggunaan surau dalam meningkatkan semangat
kejiranan. Kajian ini telah menggunakan skala likert seperti jadual dibawah;

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju


1 2 3 4

4.2.2 Pemerhatian
Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian sebagai salah satu instrument kajian untuk
mencapai objektif kajian. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian di Taman Bukit jati,
Klang.
6
Pengkaji menjalankan pemerhatian ini pada jam 4.00 petang hingga 7.00 petang pada
25/2/2023 (Sabtu) dan jam 4.00 petang hingga 7.00 petang pada 26/2/2023 (Ahad).
Berdasarkan tarikh yang telah dinyatakan, pengkaji telah menggunakan rakaman bergambar
sebagai bukti untuk mencatat maklumat pemerhatian. Kebaikan kaedah pemerhatian adalah
maklumat yang diperolehi lebih jelas dan lebih tepat. Maklumat yang diperoleh adalah benar
dan boleh menjadi bahan untuk menyokong dapatan kajian.

4.2.3 Kajian Perpustakaan

Bagi merealisasikan kajian ini, pencari telah mencari sumber rujukan tambahan di
Perpustakaan Kolej Tingkatan Enam Sri Istana Klang, Perpustakaan Awam Kuala Lumpur
dan Perbadanan Perpustakaan Awam Shah Alam. Pelbagai sumber bacaan seperti majalah,
jurnal, ensiklopedia dan kamus telah dijadikan rujukan pengkaji untuk mendapatkan
maklumat berkaitan dengan kajian pengkaji. Pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui
laman sesawang. Kaedah kajian perpustakaan ini mempunyai kelebihan dalam memudahkan
pengkaji memperoleh maklumat dengan lebih efektif.

4.3 Kaedah Memproses Data

Pentaksiran dapatan kajian dibuat secara deskriptif. Data mentah daripada 30 orang
responden melalui borang soal selidik telah dikaji dan disusun mengikut objektif kajian. Data
tersebut dianalisa secara manual dan data tersebut telah dipindahkan dalam bentuk data
mutlak dan nilai peratus. Data-data yang telah dianalisa telah dipersembahkan dalam bentuk
jadual, graf dan carta berserta dengan perbincangan berkaitan dapatan kajian. Data kualitatif
yang telah diperoleh melalui pemerhatian turut dianalisa dan ditafsirkan untuk dilaporkan
sebagai dapatan dan perbincangan dalam kerja kursus ini.

You might also like