You are on page 1of 13

STADIUM WILLIAM MAWAN SEBAGAI MEDIUM DALAM MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM

KALANGAN PENDUDUK SETEMPAT DI PEKAN JULAU

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti jenis aktiviti-aktiviti yang sering dijalankan oleh
penduduk setempat di daerah pekan Julau dalam memupuk semangat kejiranan. Lokasi adalah di
Stadium William Mawan. Kaedah soal selidik temu bual dan pemerhatian telah digunakan dalam
kajian ini. Responden kajian ini meliputi 30 orang penduduk di sekitar pekan Julau dan seorang
informen. Daripada dapatan kajian, pelbagai jenis aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak empunya
stadium dan kesan aktiviti ini kepada penduduk yang telah datang dan meyertai aktiviti tersebut.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis aktiviti yang mendorong penduduk datang ke Stadium William
MAwan dan tempat tersebut berperanan penting dalam mengeratkan hubungan dan
menyatupadukan penduduk di kawasan tersebut.
SENARAI KANDUNGAN

BIL SENARAI MUKA SURAT

1 Abstrak

2 Isi kandungan

3 Penghargaan

4 Pengenalan

5 Objektif kajian

6 Lokasi kajian

7 Kaedah kajian

8 Dapatan kajian

9 Rumusan

10 Rujukan

11 Lampiran
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur ke atas Ilahi kerana telah memberkati saya membuat kajian ini.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada diri sendiri kerana telah berjaya menyiapkan
kerja kursus ini.
1.0 PENGENALAN

Secara umumnya, definisi semangat menurut kamus dewan edisi keempat adalah kemahuan
untuk melakukan sesuatu. Menurut kamus pelajar pula, semangat bermaksud perkara yang berkaitan
dengan perasaan hati dan jiwa. Manakala maksud kejiranan menurut kamus dewan edisi keempat
pula ialah orang yang tinggal berdekatan dengan kawasan perumahan itu. Menurut keratan akhbar
Berita Harian pula, semangat kejiranan merujuk kepada aspek kesefahaman dan hubungan erat
sesama jiran. Sebagai anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, dan agama
banyak perbezaan dari segi kefahaman dan budaya. Semangat kejiranan merupakan unsur penting
dalam kehidupan bermasyarakat . Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat
sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia. Pada
zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar
“seperti aur dengan tebing”. Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.

Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Hal ini perlu diterapkan
dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah
masyarakat yang lebih baik
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai dua objektif,iaitu :

1.Mengenalpasti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Stadium William Mawan.

2. Mengkaji kesan aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Stadium William Mawan terhadap
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat di pekan Julau.
3.0 LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting bagi seseorang
pengkaji untuk menjalankan kajian. Stadium William Mawan merupakan sebuah stadium yang
terletak di sekitar Julau iaitu kira-kira 15 km dari pekan Julau. Stadium William Mawan merupakan
sebuah stadium yang terletak di kawasan berhampiran fly over Julau dengan penduduknya sekitar
150 orang.

Pengkaji memilih kawasan tersebut kerana dekat dengan tempat tinggal pengkaji. Kawasan
tersebut dipilih untuk memudahkan pengkaji mendapatkan responden dan mendapatkan maklumat.
Selain itu, pengkaji memilih kawasan tersebut untuk mengurangkan kos ketika membuat kajian ini.
Pemilihan Stadium William Mawan sebagai lokasi kajian amat bersesuaian dengan kemampuan
pengkaji kerana pengkaji hanya mengambil masa kurang dari 10 minit untuk sampai ke kawasan
kajian jika menggunakan motosikal.
PETA 1 : Stadium William Mawan
Sumber :https://www.google.com/search?
q=stadium+william+mawan&oq=stadium+william+mawan&aqs=chrome..69i57j0i512.90
35j0j4&client=ms-android-vivo-rvo2&sourceid=chrome-mobile&ie=UTF-8
FOTO 1 :

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Metodologi kajian ini meliputi reka bentuk kajian, persampelan kajian, instrumen kajian, kaedah
pengumpulan data dan kaedah menganalisis data.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan
perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkain hubungan antara
pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian. Melalui reka bentuk kajian, pengkaji
telah menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan kerja lapangan untuk mendapatkan
maklumat. Pengkaji perlu melawat ke lokasi kajian untuk membuat analisis berdasarkan pemerhatian.

4.2 PERSAMPELAN KAJIAN

Pengkaji telah memilih sekumpulan sampel berdasrkan tujuan kajian. Melalui persampelan kajian ini,
pengkaji boleh mendapatkan maklumat daripada sampel dan membuat analisis ke atas maklumat
berdasarkan objektif kajian supaya masalah-masalah dalam kajian.
Persampelan merupakan satu proses di mana sebahagian kecil daripada keseluruhan populasi
dipilih dan dikaji untuk membolehkan kita membuat generalisasi mengenai populasi itu. Persampelan
kajian untuk kajian ini dilakukan secara rawak. Pengkaji mencari 30 orang penduduk di kawasan pekan
Julau sebagai sampel soal selidik. Daripada 30 orang penduduk di kawasan pekan Julau telah diambil
sebagai informen kajian untuk ditemu bual. Persampelan secara tidak rawak merupakan suatu
prosedur di mana seseorang yang dipilih sebagai sampel secara bebas. Bilangan sampel adalah
bersesuaian dengan kajian kuantitif yang memerlukan bilangan sampel untuk mewakili populasi di
lokasi kajian.

4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kaedah soal selidik merupakan instrumen kajian utama dalam kajian ini untuk mendapatkan
maklumat. Kaedah temu bual menyokong kaedah soal selidik dan seterusnya ialah kerja lapangan
untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lengkap. Melalui instrumen kajian ini, pengkaji dapat
menjawab objektif kajian.

4.3.1 Soal Selidik

Data yang diperoleh daripada soal selidik dengan responden kajian yang dijalankan dalam suasana
semula jadi memberikan data berbentuk deskriptif yang tepat. Soal selidik merupakan instrumen
kajian yang utama dalam kajian yang utama dalam kajian untuk mendapatkan maklumat. Kaedah ini
melibatkan maklum balas daripada responden iaitu penduduk setempat di sekitar pekan Julau.
Pengkaji perlu menyediakan borang soal selidik supaya diisi oleh responden. Soal selidik ini meliputi 3
bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Soal selidik ini dibahagikan kepada 2 set yang
berbeza objektifnya. Dalam Bahagian A, ia mengandungi data demografi responden. Manakala
Bahagian B dan Bahagian C menyatakan tentang jenis aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan
di Stadium William Mawan dan kesan aktiviti kemasyarakatan ini terhadap semangat kejiranandalam
kalangan penduduk setempat sekitar pekan Julau. Jumlah item dalam borang soal selidik ini tidak
membebankan sampel dan pengkaji untuk menjawab soalan-soalan dan menganalisis data masing-
masing.

4.3.2 Temu Bual

Kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada informen, iaitu
menemubual penduduk di sekitar kawasan pekan Julau. Melalui kaedah ini, pengkaji boleh
mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut kerana pengkaji berinteraksi terus dengan informen
secara mendalam. Soalan yang akan disoal ialah jenis aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang pernah
disertai dan kesan aktiviti ini kepada penduduk setempat yang menyertai aktiviti ini.

4.3.3 Kerja Lapangan

Kaedah kerja lapangan dapat dijalankan melalui pemerhatian oleh pengkaji di lokasi kajian. Pengkaji
turun ke lokasi kajian dan memahami keadaan lokasi kajian, iaitu Stadium William Mawan. Untuk
menjadikannya sebagai bukti, pengkaji telah mengambil gambar tentang lokasi kajian, iaitu Stadium
William Mawan.

4.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah ini menggunakan dua jenis pengumpulan data, iaitu data primer dan data sekunder. Data
primer ialah data yang dicari dan dikumpulkan oleh pengkaji sendiri, iaitu melalui borang soal selidik,
temu bual, dan kerja lapangan. Manakala data sekunder pula didapati daripada internet, buku dan
bahan bacaan yang lain berkaitan dengan isu yang dikaji.

4.4.1 Soal Selidik

Pengkaji akan menyediakan borang soal selidik dan mengedarkannya kepada sampel soal selidik.
Bilangan borang soal selidik adalah sebanyak 30 set yang diedarkan kepada penduduk sekitar
kawasan pekan Julau. Hal ini dapat memudahkan pengkaji untuk menjalankan kajian. Pengkaji pergi
mengedarkan borang soal selidik secara atas talian dengan menggunakan link dan meminta bantuan
orang lain yang ada disekitar tersebut untuk mengedarkan link borang tersebut.

4.4.2 Temu Bual

Pengkaji telah menemu bual seorang responden melalui telefon dengan santai. Pengkaji telah
menangkap skrin yang telah ditemu bual secara atas talian melalui aplikasi Whatsapp. Soalan yang
diajukan adalah berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.

4.5 KAEDAH MENGANALISIS DATA

Setiap data yang diperoleh telah dianalisi secara deskriptif. Pengkaji menganalisis data melalui
kekerapan dan peratusan. Analisis data ini melibatkan pengumpulan maklumat yang diperoleh
berdasarkan kajian, mengatur, meringkaskan, dan membuat kesimpulan yang menarik dan
bersesuaian dengan objektif kajian.

Bagi item yang menggunakan 4 skala likert, mata diberikan adalah seperti yang berikut :
SKALA MATA
SANGAT TIDAK SETUJU 1
TIDAK SETUJU 2
TIDAK PASTI 3
SETUJU 4
SANGAT SETUJU 5

Jadual 1 : Item Skala Likert

Sumber : Kerja Lapangan 2019

Selain itu, min juga menjadi kaedah untuk menganalisis data.


Bagi min yang mewakili satu skala likert, mata yang diberikan adalah seperti yang berikut :
Min Mata
Sangat Tidak Setuju 1.00 - 1.75
Tidak Setuju 1.75 - 2.50
Tidak Pasti 2.51 - 3.25
Setuju 3.25 - 4.00
Sangat Setuju 4.00 - 4.75

You might also like