You are on page 1of 15

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

BUKIT SAWA

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 3

TAJUK :
KEGIATAN EKONOMI

Disediakan oleh :
Muhmammad Fariz Firdaus Bin Mohd Juraimy
Tingkatan 3 Ibnu Nafis
1.0 PENGHARGAAN

Kerja Kursus Geografi (KKG) ini telah berjaya disiapkan dengan jayanya dalam
tempoh yangditetapkan iaitu selama dua minggu. Namun disebalik kejayaan saya
dalam menyiapkan kajian ini,banyak pihak telah terlibat samada secara langsung
mahupun tidak langsung.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
selaku pengetua Mohd Suberi Bin Abdullah ,yang memberi galakan dan kebenaran
kepada saya untuk melaksanakan kajian yang menarik ini.Tidak lupa juga kepada
Rafidah Binti Ismail sebagai guru Geografi yang banyak memberi bimbingan, tunjuk
ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut
piawaian yang telahditetapkan.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
penduduk di kawasan sekitar Kampung Bekukar Gorek dan pekan Belukar Gorek,
serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakan kajian padakali
ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga
saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu
Nursuhada serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dari segi moral
dan idea kepada saya sepanjangmenyiapkan kajian ini. Tanpa kerjasama daripada
semua pihak mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan oleh saya.

2.0 PENDAHULUAN

Kajian Geografi Tempatan (KGT) adalah kerja kursus Geografi yang wajib dijalankan
oleh pelajar.Tajuk kerja kursus yang diberikan ialah Sumbangan Kegiatan Ekonomi
Terhadap Pembangunan dikawasan kajian. Pelajar telah diberi kebebasan oleh guru
untuk membuat kajian ini di kawasan yangdipilih sendiri.Saya telah memilih
kawasan Kampung Belukar Gorek dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan
kajian.Kawasan
ini telah dipilih kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan tajuk
kerjakursus yang diberikan iaitu terdapat pelbagai kegiatan ekonomi yang
dijalankan disini. Kawasankajian ini juga adalah kampung halaman saya. Oleh yang
demikian, Ia memudahkan saya membuatkaji selidik dan pemerhatian di kawasan
ini.Tempoh yang diberikan untuk menjalankan dan menyiapkan kerja kursus ini
ialah
selama dua minggu iaitu bermula dari okt sehingga bulan nov. Setiap
pelajar menulis satu laporan yanglengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap kajian dan laporan ini akan memberimanfaat dan faedah khususnya kapada
saya serta rakan-rakan sekolah, juga secara amnya kepadamasyarakat di kawasan tempat
tinggal saya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian

Geografi Tempatan (KGT) bertajuk “


Sumbangan Kegiatan Ekonomi TerhadapPembangunan di kawasan kajian

” adalah seperti berikut:


1)Mengenalpasti jenis - jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian dan
persekitarannya sertafaktor yang mempengaruhinya.
2)Mengkaji dan mengenalpasti sumbangan kegiatan ekonomi tersebut terhadap
pembangunan dikawasan kajian.
3)Mengenalpasti kesan-kesan kegiatan ekonomi setempat terhadap alam sekitar.
4)Membincangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi
setempat terhadapalam sekitar.

4.0 KAWASAN KAJIAN

Saya menjalankan kajian di tempat tinggal saya iaitu di kampung bekukar gorek yang

terletak kira-kira 1 kilometer dari Durian Guling dan 1 kilometer dari alur limbat. Kawasan

Kajian ini mempunyai pandang darat fizikal tanah pamah.

Terdapat kira-kira 5000 hektar tanaman padi dan 3000 hektar tanaman kelapa sawit yang

ditanam di Kampung Belukar Gorek adalah sebuah kampung yang terletak di daerah

Marang, terengganu
5.0 KAEDAH KAJIAN

3 kaedah kajian telah saya gunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang


diperlukan yangberkaitan dangan sumbangan kegiatan ekonomi terhadap
pembangunan di Kampung Belukar Gorek .Kaedah - kaedah yang telah digunakan

ialah
seperti berikut:
1)

Pemerhatian

Saya telah melawat kawasan kajian bersama - sama ahli keluarga saya untuk
melihat sendiri jenis
- jenis kegiatan ekonomi yang ada kawasan tersebut. Bentuk muka bumi, jenis tana
h; kemudahanprasarana dan kemudahan teknologi juga antara perkara yang diberi
perhatian.
2)Temubual

Saya telah menemubual beberapa orang penduduk di kawasan Kampung Belukar


Gorek
bagi mendapatkanmaklumat - maklumat penting, terutamanya mereka yang
terlibat secara langsung dan sepenuh masa di dalam kegiatan ekonomi. Antara
yang
ditemubual adalah pengusaha produk makanan, pengusahabengkel dan seorang
pemilik sawah padi.
3)Rujukan

Selain dari dua kaedah diatas, saya juga membuat rujukan di Pusat Sumber
(perpustakaan),menyemak buku-buku teks Geografi, membaca petikan surat
khabar, menonton program bercorak rencana (dokumentari) ditelevisyen dan
melayari laman sesawang (internet) bagi mendapatkanmaklumat-maklumat
tambahan.

6.0 HASIL KAJIAN


6.1 jenis jenis kegiatan kajian
1) Pertanian
Pertanian adalah merupakan kegiatan ekonomi yang utama di kawasan Kampung
Belukar Gorek. Kegiatanekonomi pertanian yang dijalankan adalah seperti:
a)Tanaman Kelapa Sawit

Tanaman utama penduduk di sini ialah tanaman kelapa sawit yang diusahakan
secara berkelompok. Pada tahun 1991, projek penanaman sawit secara
berkelompok telah bermula di pekan belukar gorek. Projek ini bagi menggantikan
pokok
lama dan ianya melibatkan kawasan seluas 90 ekar. Pada tahun 1995,projek
peringkat kedua telah dijalankan di Kampung Belukar gorek.Pada peringkat kedua
ini, ianya
melibatkan kawasan seluas 50ekar.

b)Tanaman Kelapa Matak

Penanaman kelapa matak turut dilakukan oleh penduduk Kampung Belukar Gorek.

Hal ini
dapat dilihat pada tahun 2000 iaituprojek tanaman kelapa matak telah dijalankan
bagi menggantikan kelapa biasa yang sudah kurang hasilnya. Projek ini
melibatkankawasan seluas 41 ekar.
c)Penanaman Padi

Padi banyak ditanam di kawasan Kampung Bekukar gorek dan dikawasan


sekitarnya.
Kawasan bentuk mukabumi yang rata, tanah sesuai untuk penanaman padi dan
sistem pengairan yang sistematik dancekap menjadikan penanaman padi kedua
terpenting selepas penanaman kelapa sawit. Penanaman padi dijalankan dengan
penggunaan teknologi dan kaedah moden, seperti penggunaan mesin
untuk menyemai benih padi dan penuaian padi.
d)Penternakan Haiwan

Penternakan haiwan dijalankan secara kecil-kecilan oleh pendudun di Kamung


Belukar Gorek Ianya merupakan kegiatan sampingan berbanding dengan kegiatan
penanaman kelapa sawit, kelapa matak dan penanaman padi. Jenis - jenis kegiatan
penternakan haiwan adalah seperti berikut
:a)Ternakan ayam dan itik.b)Ternakan kambing.c)Ternakan lembu.d)Ternakan ikan
air tawar.Antara jenis ikan yang diternak ialah talapia merah, keli dan haruan.
2)Pelancongan

Kawasan Pelancongan dan Kebudayaan adalah amat penting untuk


memperkenalkan sesuatu tempat atau sesebuah kampung dan menjadi daya
penarik kepada pelancong daripada dalam atau luarnegara. Ia secara tidak
langsung mampu menjana dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Kawasan Pelancongan dan Kebudayaan yang terdekat adalah di pekan Belukar
Gorek,
3)Keusahawanan

Keusahawanan adalah salah satu sumber yang menjana ekonomi kampung serta
individu. Kegiatan keusahawanan di Kampung Bekukar gorek lebih tertumpu
kepada
perusahaan kecil dan sederhana sahaja.Perusahaan pembuatan makanan
merupakan perusahaan yang utama dan ia mendapat galakan dansokongan
daripada pihak kerajaan. Antara perusahaan kecil dan sederhana yang dijalankan
adalahseperti berikut:
Bil. Jenis produk Pasaran

1 Tempe pemborong, tempatan, pasar malam2 Roti pau, kucuk dan apam balik tem
patan, pasar malam dan tempahan3 Makanan ringan hasil tani, kerepek, bahulu,re
mpeyek tempatan, pasar malam
dan tempahan4 Kraftangan tempatan, pasar malam dan tempahan5 Peruncitan
kecil

– kedai serbaneka tempatan6 Bengkel kimpalan tempatan dan tempahan luar

Faktor - Faktor Kegiatan Ekonomi

Faktor - faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Kampung Belukar Gorek


boleh
dibahagikankepada dua iaitu faktor fizikal dan faktor kemanusiaan, seperti yang
berikut:
1)Faktor Fizikal

a)Bentuk Muka Bumi


Bentuk muka bumi kawasan Kampung Bekukar Gorek adalah tanah pamah dan ia
berhampiran dengan sungai dan pinggir laut. Mukabumi tanah pamah sesuai untuk
penanaman padi dan kelapa sawit.Kawasan pinggir laut pula sesuai untuk tanaman
pokok kelapa.
b)Jenis Tanah

Jenis tanah yang terdapat disini (aluvium, laterit, pasir) sesuai untuk penanaman
pokok kelapa,kelapa sawit dan padi
c)Iklim

Suhu di Malaysia diantara 27oC hingga 30o


C dengan purata hujan tahunan sebanyak 2600mmsangat sesuai untuk kegiatan
pertanian.
2)Faktor Kemanusiaan

a)Teknologi
Faktor teknologi penting untuk meningkatkan mutu dan kuantiti barangan dan
perkhidmatan,dan juga mengurangkan pergantungan kepada tenaga manusia.
Sebagai contoh,
perkhidmatan jentera menuai padi disediakan ketika musim menuai. Ia mempercep
atkan tempoh masapenuaian padi supaya padi dapat diproses dengan segera untuk
memastikan kesegaran paditerjamin. Baka-baka pokok padi dan kelapa sawit yang
baharu dihasilkan supaya hasil pertanian ini lebih bermutu dan mengeluarkan hasil
yang lebih banyak.
b)Dasar Kerajaan

Dasar-dasar kerajaan dan polisi kerajaan seperti Dasar Pertanian Negara, satu
kampung satuproduk dan kempen Zoom Malaysia telah memajukan sektor
pertanian, keusahawanan (industrikecil) dan pelancongan di Kampung Belukar
gorek.
c)Infrastruktur

Pembinaan jalanraya yang lebih baik, bekalan air dan elektrik yang cekap, sistem
komunikasidan sistem perbankan sangat perlu untuk kegiatan ekonomi. Semua
kemudahan ini telah dansedang dinaik taraf di Kampung Belukar Gorek
d)Pasaran

Permintaan tinggi untuk hasil pertanian, produk keusahawanan dan kempen


pelancongan agresif telah menggalakkan kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya.
e)Modal

Pihak kerajaan sentiasa memberi bantuan kepada para pengusaha yang terlibat di
dalamkegiatan ekonomi di Kampung Belukar Gorek. Antara bentuk modal yang
dihulurkan
adalah latihandan seminar keusahawanan, pemberian benih padi bermutu tinggi
dan bantuan kewangan untuk memulakan atau memberpesarkan kegiatan
ekonomi.
f)Buruh

Tenaga kerja yang terdiri daripada penduduk kampung dan kawasan sekitarnya
mampu menampung keperluan tenaga kerja di Kampung Belukar Gorek Tenaga
kerja yang
mencukupi penting untuk memastikan kegiatan ekonomi dapat dijalankan dengan
lancar dan berkesan.
6.3 Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Kawasan Kampung Belukar

Gorek

Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Kampung Belukar Gorek telah


memberi
manafaat yangbanyak kepada penduduknya. Antara sumbangan utama yang
dikenalpasti adalah seperti berikut:.Rajah 5. Sumbangan Kegiatan Ekonomi
Terhadap Kawasan Kajian.
1)Peluang Pekerjaan

Kegiatan ekonomi yang dijalankan di Kampung Belukar Gorek telah mewujudkan


banyak
peluangpekerjaan kepada penduduknya. Ramai tenaga kerja amat diperlukan oleh
para pengusaha di sektorpertanian, pelancongan dan keusahawanan untuk
memastikan ia dapat dilaksanakan dengan teratur.Selain dari peluang pekerjaan
secara langsung di sektor pertanian, pelancongan dan keusahawanan;peluang
pekerjaan secara tidak langsung juga telah wujud. Sebagai contoh, ada pihak lain
yangmenyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti lori; kepada pengusaha
penanaman kelapa sawit.Oleh itu, pengusaha penanaman kelapa sawit tidak perlu
membeli lori untuk menghantar hasilpertaniannya ke kilang. Kegiatan pelancongan
pula antara lain akan menggalakkan kewujudan warong makanan bagi memenuhi
keperluan pelancong.
2)Pengurangan Pergantungan Barangan Import

Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan produktiviti negara. Ini termasuklah di


sektorpertanian terutamanya pengeluaran produk keperluan harian. Kegiatan
penanaman padi Kampong Belukar Gorek dan di daerah Marang telah dapat
mengurangkan
import beras daripada negara luar.Penanaman kelapa sawit pula telah berjaya
memenuhi keperluan bekalan minyak masak, malahanMalaysia adalah pengeksport
utama produk ini di dunia.

3)Peningkatan Taraf Hidup

Kegiatan ekonomi mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk


kampung. Taraf hiduppenduduk Kampung Belukar gorek telah meningkat hasil
daripada
pendapatan lumayan yang diperolehidaripada kegiatan pertanian, keusahawanan,
pelancongan dan penternakan.
4)Kemudahan Infrastruktur (Prasarana)

Kepesatan kegiatan pertanian, keusahawanan dan pelancongan tidak akan menjadi


kenyataan tanpakemudahan infrastruktur (prasaran) yang baik dan cekap. Kegiatan
ekonomi yang terdapatdikawasan Kampung Belukar gorek disokong oleh pihak
kerajaan
dengan menyediakan pelbagaikemudahan seperti sistem jalan raya, bekalan air,
bekalan elektrik, balai polis, pejabat pos,perkhidmatan perbankan, pusat riadah,
pusat membeli-belah dan perpustakaan desa.
Sistem jalanraya yang baik amat penting untuk membawa
keluar hasil pertanian untuk dipasarkan keluar daerah. Tanpa sistem jalanraya,
bekalan api dan air; sudah pasti kegiatan pelancungan tidak dapatdijalankan
dengan jayanya.
Kesan - Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar Di Kawasan
Kampung belukar gorek
Kegiatan ekonomi akan memberi kesan kepada alam sekitar samada kesan yang
positif atau kesanyang negatif. Saya hanya menghuraikan kesan-kesan negatif
kegiatan ekonomi terhadap alamsekitar yang terjadi di Kampung Belukar gorek

secara
langsung dan juga kesan secara tidak langsung.Kesan secara tidak langsung adalah
kesan yang disebabkan oleh kegiatan ekonomi secaramenyeluruh di
Malaysia.Rajah 6. Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam skeitar di kawasan
Kampung Belukar Gorek
1)Kesan Secara Langsung

a)Perubahan Landskap
Kegiatan ekonomi juga akan mengubah landskap sesuatu kawasan.
Kampung belukar gorekyang dulunyahanya mempunyai tanah yang luas dan tidak
digunakan, kini telah menjadi kawasan perumahan danpertanian. Banyak kawasan
hijau (hutan) ditebang untuk memenuhi keperluan pertanian,pembakaran terbuka
untuk kerja - kerja pembersihan hutan, masalah jerebu timbul. Penebanganhutan
memusnahkan banyak spesis flora dan fauna, secara tidak langsung memusnahkan
dayatarikan pelancongangan.

b)Pencemaran Udara
Kegiatan pertanian di kawasan Kampung belukar gorek menyebabkan banyak
kegiatan
penebangan hutandilakukan, bagi pembukaan kawasan pertanian yang baharu.
Kaedah memerun digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Asap yang terhasil
daripada kerja memerun menyebabkan pencemaranudara.
c)Pencemaran Tanah

Penggunaan bahan kimia seperti racun rumpai digunakan dengan meluas untuk
kerja pembersihansemak samun. Sisa racun dalam jangkamasa pancang akan
meresap kedalam tanah danmenyebabkan pencemaran tanah. Sisa minyak dari
kegiatan keusahawanan (bengkel kenderaan danperusahaan makanan) juga boleh
mencemarkan tanah sika sisa bahan buangan tidak dikendalikandengan betul.
Pencemaran tanah menyebabkan tanah menjadi tidak subur dan boleh
menjejaskankegiatan pertanian.
d)Pencemaran Air

Penggunaan bahan kimia seperti baja dan racun rumpai untuk tanaman padi telah
menyebabkanpencemaran air sungai. Sisa-sisa bahan kimia mengalir ke sungai
melalui sistem pengairan sawahpadi, mengakibatkan kepupusan banyak spesis ikan
air tawar dan pengurangan jumlah ikan yangsangat ketara. Air sungai yang
tercemarkan juga menyebabkan ianya tidak lagi sesuai untuk mandi -manda dan
mencuci pakaian.
e)Hakisan Tanah

Kegiatan penebangan hutan dilereng bukit menyebabkan hakisan tanah berlaku.


Hakisan tanahberlaku kerana batang-batang dan akar-akar pokok yang menjadi
penyokong struktur tanah telahtiada. Ketiadaan atau pengurangan pokok-pokok
dilereng bukit juga menyebabkan kuasa titisanhujan tidak dikurangkan menghakis
tanah dengan lebih cepat.Rajah 7. Pokok-pokok dicerun dan fungsinya untuk
menahan hakisan tanah
2)Kesan Secara Tidak Langsung

a)Hujan Asid
Kegiatan perindustrian dan asap kenderaan yang melibatkan pembakaran bahan api
fosil sepertiarang batu dan petroleum melepaskan gas sulfur dioksida, nitrogen
dioksida dan karbon dioksida keudara. Sulfur dioksida dan nitrogen oksida bertindak
dengan wap air di atmosfera lalu menghasilkanwap air di atmosfera lalu
menghasilkan wap asid nitrik dan asid sulfurik lemah yang
menyebabkanpembentukan hujan asid.Rajah 8. Pelepasan asap dari kilang-kilang
menyebabkan hujan asid.
b)Penipisan lapisan ozon

CFC dan gas nitrus oksida boleh terlepas ke atmosfera akibat kegiatan perindustrian
danpenggunaan baja kimia yang tidak terkawal. Apabila klorin bercampur dengan
gas nitrus oksida iamenyebabkan penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon berfungsi
untuk menapis dan memantulkan sinar ultra unggu dari matahari. Akibat daripa
penipisan lapisan ozon, sinar ultra unggu akan sampaikepermukaan bumi. Sinar
ultra unggu berbahaya kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
c)Kesan rumah hijau

Kegiatan ekonomi seperti pembakaran hutan, perindustrian dan pembakaran bahan


api fosilmelepaskan gas karbon dioksida, nitrogen oksida dan metana ke atmosfera.
Kewujudan gas
rumahhijau yang tidak terkawal menyebabkan bahang bumi melantun semula ke bu
mi dan iamenyebabkan suhu bumi meningkat.

6.5 Langkah - Langkah Mengurangkan Kesan - Kesan Kegiatan Ekonomi


Terhadap AlamSekitar di Kawasan Kampung belukar gorek
Kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar yang berpunca daripada kegiatan
ekonomi tidak dapatdihindarkan atau dielakkan sepenuhnya. Saya telah membuat
rujukan dan semakan melalui lamansesawang berkaitan isu ini dan menyenaraikan
langkah - langkah untuk mengurangkan kesankegiatan ekonomi terhadap alam
sekitar di kawasan Kampung Belukar gorek dan juga ditempat - tempatlain
diseluruh malaysia, seperti berilut:
1)Penguatkuasaan Undang - Undang

Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi


alam sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semuapihak supaya tidak
melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkanpencemaran. Beberapa
akta yang digubal adalah:
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974:

perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar.


EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar):

Projek yang mungkin menjejas alam sekitar mestimenjalankan


Akta Pembangunan Mineral 1994:

bertujuan memajukan industri tempatan berasaskanmineral secara terkawal.


Akta Perikanan 1985:

mengawal kegiatan perikanan supaya tidak pupus.


2)Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar boleh disampaikan secara formal di sekolahmelalui subjek


seperti Geografi dan Sains. Kursus-kursus alam sekitar juga boleh diadakan di
peringkat universiti. Melalui kaedah ini, lepasansekolah atau universiti yang terlibat
dengan kegiatan ekonomi akanmemahami kepentingan penjagaan alam sekitar.
3)Kempen Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar

Kempen kesedar an dan kepentingan menjaga alam sekitar bolehdiadakan melalui


media massa seperti surat khabar, televisyen danradio. Ceramah, kem dan juga
pameran boleh diadakan. Penduduk kampung atau kawasan yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dengan kegiatan ekonomi diberi penerangan tentang
kesan terhadap alam sekitar, yangberpunca dari kegiatan ekonomi yang mereka
jalankan dan kaedah - kaedah bersesuaian untuk mengawalnya.Contohnya,
pengusaha bengkel kenderaan diberi penerangan tentang kesan pembuangan
minyak pelincir terpakai secara sembarangan yang mungkin akan mencemarkan
tanah atau sungai; yangakan menjejaskan kesuburan tanah atau menyebabkan
kemusnahan hidupan air seperti ikan.Pengusaha bengkel akan diajar kaedah
pembuangan minyak pelincir terpakai yang bersesuaian.
4)Penyelidikan dan Pembangunan (P & P)
Penyelidikan dan Pembangunan (P & P) ialah aktiviti untuk menghasilkan teknologi
yang baharuatau lebih baik dan juga untuk menghasilkan teknologi yang mesra
alam. P & P dalam bidangbioteknologi sebagai contoh, boleh menghasilkan bahan
kimia seperti baja dan racun rumpai yang
berkesan tetapi tidak membahayakan alam sekitar dan juga orang yang
menggunakannya. SIRIM,MARDI dan universiti - universiti tempatan banyak
melakukan P & P.
5)Kitar Semula Bahan Buangan

Kita semula adalah proses menggunakan semula atau memprosesbarang yang


telah diguna menjadi barang baru. Jenis barangan yangboleh dikitar semula ialah:
kertas, kaca, plastik, aluminium danpakaian. Kitar semula akan mengurangkan
pembuangan
yang bahanterpakai di kawasan pengumpulan atau pelupusan sampah
seterusnya mengurangkan kesanpencemaran tanah. Contoh kitar semula bahan
buangan adalah proses mengitar semula kertasterpakai, buku dan surat khabar
lama untuk dijadikan kertas baharu dan juga lain-lain produk berasaskan kertas
seperti kotak. Oleh itu, penebangan hutan dapat dikurangkan.
7.0 RUMUSAN

Hasil daripada kajian telah saya lakukan, pertanian, keushawanan dan pelancongan
merupakankegiatan ekonomi yang utama di kawasan Kampung Belukar Gorek.
Kegiatan
ekonomi yang di jalankan dikawasan ini memberikan kesan yang
positif kepada penduduk kampung dan juga negatif kepadaalam sekitar. Saya juga
mendapati bahawa kegiatan ekonomi di sesuatu kawasan perlu dijalankandengan
cara yang terkawal agar ianya tidak menjejaskan alam sekitar.Saya berasa amat
bangga dengan kegiatan ekonomi yang di jalankan di kampung halaman saya
iaituKampung Belukar gorek terutamanya kegiatan penanaman padi, kelapa, kelapa
sawit
dan pelancongan.Negeri terengganu merupakan pengeluar utama beras di Malaysia
di
mana Kampung belukar gorek adalah diantara kawasan penanaman padi yang
utama di
Terengganu. Beras merupakan makanan utama rakyatMalaysia. Kelapa sawit pula
merupakan antara produk eksport Malaysia yang utama. Kegiatanpelancongan
menyebabkan kawasan Kampung belukar gorek dikenali di seluruh Malaysia dan
dunia.
Sayaberharap agar kawasan Kampung belukar gorek akan semakin berkembang
maju hasil
dari kegiatanekonomi di kawasan ini.
8.0 LAMPIRAN

1) peta google map 2) gambar kawasan kajian

Kebun kelapa sawit

Tanaman padi
9.0 RUJUKAN

Sumber rujukan adalah seperti berikut:1


Buku rujukan berkaitan geografi Malaysia.a)

Buku teks Geografi Tingkatan 3)


Buku rujukan Geografi Tingkatan 3

Perpustakaan BsaS.3.
Laman sesawang (Internet).a)
https:anyflip.com
b) https://www.slideshare.com

You might also like