You are on page 1of 20

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

TAWAU
BATU 5 JALAN APAS, TAWAU SABAH

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN


PENILAIAN MENEGAH RENDAH (PMR)
2010

TAJUK: POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI


KAMPUNG TITINGAN
NAMA CALON: MOHD IZWANSYAH BIN NORDIN

TINGKATAN: 1 AMANAH

NO MAKTAB: HT 100099

GURU : PUAN ZUBAIDA CHAMANGAI

TANDATANGAN:

TARIKH: 12-9-2010
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


Senarai Kandungan 1
Penghargaan 2
Pendahuluan 3
Objektif Kajian 4
Kawasan Kajian 5
Kedah Kajian 6
Hasil Kajian 7 - 10
Rumusan 11
Rujukan 12
Lampiran 13 – 18

BAB 1: PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah


kurnia – Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jaya dan dapat
menghantar pada waktu yang telah ditetapkan.

Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru subejek
geografi saya iaitu Puan Zubaida Chamangai kerana telah memberikan tunjuk ajar
dan sumber rujukan yang amat diperlukan untuk menyiapkan folio ini.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya atas
segala bimbingan dan dorongan yang diberikan selama saya menyiapkan folio ini.

Disamping itu, terima kasih kepada rakan – rakan sekelas kerana telah
memberikan cadangan, idea dan pengetahuan yang telah anda kongsikan bersama
saya. Juga kepada 3 respondan kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan
maklumat yang penting untuk kajian saya.

BAB 2: PENDAHULUAN

2.1 Nama saya Mohd Izwansyah bin Nordin. Saya menuntut dalam tingkatan 1
Amanah di Maktab Rendah Sains Mara Tawau. Sebagai memenuhi kehendak
subjek geografi, saya perlu menyiapkan satu Kajian Geografi Tempatan (KGT)
yang bertajuk “Potensi Bentuk Muka Bumi dalam aspek Kegiatan Ekonomi”. Saya
telah memilih Kampung Titingan untuk menjalankan kajian.
2.2 Saya telah memilih kawasan ini kerana terletak di tempat kampung halaman
saya. Selain itu, terdapat ramai kawan – kawan, sepupu dan keluarga yang dapat
memudahkan saya menyiapkan folio ini.

2.3 Saya telah mengambil masa selama 5 hari untuk mengumpul maklumat serta
menyiapkan dengan sempurna folio ini.

BAB 3: OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif – objektif berikut:-

I. Mengenalpasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Kampung


Titingan.
II. Memerhati dan mengkaji potensi bentuk muka bumi di kawasan Kampung
Titingan.

III. Mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan bentuk muka bumi di


kawasan kajian

IV. Mengkaji langkah – langkah mengatasinya

BAB 4: KAWASAN KAJIAN

4.1 Latar Belakang Kawasan Kajian


Saya telah memilih Kampung Titingan sebagai kawasan kajian kerana
Kampung Titingan dibangunkan dan dibina kawasan penempatan keluarga yang
luas dan juga berhampiran dengan laut. Selain itu, Kampung Titingan juga
dibangunkan untuk kawasan deretan kedai dan pasar. Ini menyebabkan kawasan
Kampung Titingan padat dengan penduduk. Kepadatan penduduk ini disebabkan
oleh tindakan kerajaan yang membina infrastruktur – infrastruktur seperti lebuh
raya yang dapat berhubung ke kawasan – kawasan lain dengan mudah, deretan
kedai, kemudahan pengangkutan awam seperti bas bandar, sekolah dan masjid.

4.2 Lokasi Kawasan Kajian


Kampung Titingan terletak di Tawau,Sabah.

4.3 Jarak Dari Bandar


Kampung Titingan terletak kira-kira 5km dari Bandar Tawau.

BAB 5: KAEDAH KAJIAN

5.1 Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:-
a) Pemerhatian
b) Bancian
c) Internet

5.1.1 Pemerhatian
Selama menjalankan kajian ini, saya telah meluangkan banyak masa
memerhati ciri – ciri bentuk muka bumi di kawasan Kampung Titingan dan
aktiviti – aktiviti ekonomi yang dijalankan.

5.1.2 Borang soal selidik


Saya juga telah memberi soalan kajian saya kepada 3 orang penduduk
tempatan melibatkan 2 orang dari penempatan rumah papan 2 tingkat dan 1 orang
di kawasan penempatan apartmen. Borang soal selidik ini dan respon yang didapati
dapat membantu saya mengenalpasti masalah – masalah yang dihadapi oleh
penduduk di situ dan cara – cara mengatasi yang dicadangkan oleh 3 orang
responden tadi.

5.1.3 Internet
Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak lagi
maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian
ataupun melalui keadah soal selidik. Antara maklumat yang berguna saya perolehi
adalah jumlah penduduk dan keluasan kawasan kajian.

BAB 6: HASIL KAJIAN

6.1 Ciri – Ciri Bentuk Muka Bumi


Bentuk muka bumi di Kampung Titingan adalah hampir rata serta beralun.
Oleh sebab itu, Kampung Titingan dibangunkan dan dibina kawasan penempatan
keluarga yang luas dan berhampiran dengan laut. Selain itu, Kampung Titingan
juga dibangunkan untuk kawasan pasar dan deretan kedai. Ini menyebabkan
kawasan Kampung Titingan padat dengan penduduk. Kepadatan penduduk ini
disebabkan oleh tindakan kerajaan yang membina infrastruktur – infrastruktur
seperti lebuh raya yang dapat berhubung ke kawasan – kawasan lain dengan
mudah, rumah, deretan kedai, kemudahan pengangkutan awam seperti bas bandar,
sekolah dan masjid.

6.2 Potensi Bentuk Muka Bumi


Bentuk muka bumi yang hampir rata dan beralun tadi menyebabkan
penduduk di Kampung Titingan terlibat di dalam aktiviti perniagaan dan
perikanan.
Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Kampung Titingan telah
menggalakkan aktiviti – aktiviti perniagaan dan perikanan. Terdapat ramai
usahawan – usahawan yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang
dijalankan ialah kedai makan, pasar ikan, kedai runcit, pasar sayur dan servis
seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan bengkel. Oleh itu, ramai penduduk
disini menjalankan aktiviti perniagaan.
Selain itu, penduduk di Kampung Titingan terlibat di dalam bidang
perkhidmatan kerana di kawasan Kampung Titingan terdapat beberapa sekolah
menengah, sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Rendah dan Menengah Titingan
dan juga Sekolah Kebangsaan Rendah Melodi. Oleh itu, ramai penduduk di sini
terlibat dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di tempat – tempat
tersebut.
PERNIAGAAN DAN
PERHIDMATAN JENIS PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI
KAMPUNG TITINGAN
35
JENIS

30
25
20
15
10
5
0
Graf 1
JUMLAH KEDAI
6.3 Masalah

Semasa saya menjalankan kajian di sekitar kawasan Kampung Titingan dan


mengedarkan borang kaji selidik kepada 3 orang penduduk Kampung Titingan,
saya dapati pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk – penduduk di sini.
Antara Masalah – Masalah tersebut ialah:-

6.3.1 Vandalisme
Masalah ini banyak berlaku di kawasan telefon awam di sekitar kawasan
Kampung Titingan. Dimana segala telefon didirikan dirosakkan dan tidak boleh
sebarang kecemasan seperti rompakan, kecurian dan kebakaran.
Selain itu, kemudahan – kemudahan awam yang lain seperti pondok bas
yang didirikan untuk menunggu bas telah dirosakkan dan tidak dapat digunakan
lagi oleh penduduk.Penduduk terpaksa berdiri sambil menunggu bas tiba.

6.3.2 Pencemaran air


Pencemaran air di kawasan Kampung Titingan berpunca daripada aktiviti –
aktiviti penduduk dengan membuang sampah di tasik dan laut. Perkara ini juga
dapat menyebabkan berlakunya pencemaran air dan juga dapat mengasilkan bau
busuk. Selain itu, penduduknya juga tidak pernah mengendahkannya.

6.3.3 Sampah
Penduduk di kawasan Kampung Titingan selalu membuang sampah di tepi
jalan, longkang, parit, tasik dan laut tetapi tidak menggunakan tong sampah
seadanya.
6.4 Langkah – langkah mengatasi

Segala masalah pasti terdapat cara untuk mengatasi. Disini, adalah


beberapa cadangan saya perolehi daripada borang kaji selidik yang diedarkan
untuk mengatasi masalah tersebut adalah:-

a) Pihak yang berwajib perlu menguatkuasakan undang – undang bagi


mengatasi masalah vandalisme. Bagi mereka yang melakukan jenayah ini,
boleh dikenakan denda dan membayar duit untuk menggantikan alat yang
rosak itu.

b) Masyarakat di Kampung Titingan juga boleh bergotong – royong di


kawasan – kawasan yang bermasalah sampah. Aktiviti gotong – royong
boleh dijalankan sebulan sekali untuk memastikan kebersihan kawasan
penempatan. Pihak berwajib juga boleh memperbanyakkan tempat
membuang sampah dan bagi memudahkan masyarakat serta menjalankan
kempen kesedaran seperti menggalakkan masyarakat untuk kitar semula.
RUMUSAN

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri –
ciri bentuk muka bumi dan Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan
Kampung Titingan. Selain itu, kajian ini membantu saya menyelidiki masalah –
masalah yang sering dihadapi oleh penduduk – penduduk Kampung Raja serta
mengumpul maklumat daripada sebahagian penduduk di kawasan Kampung
Titingan tentang cara – cara mengatasi masalah – masalah tersebut. Hasil daripada
kajian ini, menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di kawasan yang
serba lengkap dan maju dengan kemudahan – kemudahan asas dan infrastruktur
yang lengkap.
RUJUKAN

I. Buku Teks Geografi Tingkatan 1, KBSM


Terbitan: Arus Intelek Sdn. Bhd.
Tahun: Cetakan 4, 2006

II. Buku Rujukan Geografi PMR, Ulang Kaji Total Tingkatan 1,2,3
Terbitan: Sasbadi Sdn. Bhd.
Tahun: Cetakan 2005

III. Laman Web: www.scribd.com


www.tutor.com.my
Lampiran 2: Peta Sabah
Lampiran 3: Peta Daerah Tawau
Lampiran 5: Borang Kaji Selidik

BORANG KAJI SELIDIK


Nama: _________________________________________________________________
Umur:__________________________________________________________________
Jantina (L/P):___________________________________________________________

Kaum:
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
(NYATAKAN)

Bidang Pekerjaan

Kerajaan
Swasta
Petani
Nelayan
Peniaga
Lain-lain
(Nyatakan)

BORANG KAJI SELIDIK

Nama: _________________________________________________________________
Umur:__________________________________________________________________
Jantina (L/P):___________________________________________________________

Kaum:
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
(NYATAKAN)

Bidang Pekerjaan

Kerajaan
Swasta
Petani
Nelayan
Peniaga
Lain-lain
(Nyatakan)

BORANG KAJI SELIDIK

Nama: _________________________________________________________________
Umur:__________________________________________________________________
Jantina (L/P):___________________________________________________________
Kaum:
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
(NYATAKAN)

Bidang Pekerjaan

Kerajaan
Swasta
Petani
Nelayan
Peniaga
Lain-lain
(Nyatakan)

You might also like