You are on page 1of 9

CONTOH LAPORAN KERJA LAPANGAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERTEH,


KEMAMAN, TERENGGANU.

KERJA LAPANGAN
GEOGRAFI 2019

Tajuk Kajian

KAJIAN TENTANG PETEMPATAN DI


KG. GELUGOR KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU

Nama Murid : Miftah bin Muaz


Tingkatan : 4 Marikh
Nama Guru : Wan Fatimah Bt Wan Ismail

Miftah WanFatimah
(Tanda tangan Murid) (Tanda Tangan Guru)
Senarai Kandungan

Penghargaan 1
Pendahuluan 1
Objektif Kajian 2
Kawasan Kajian 3
Kaedah Kajian 4
Hasil Kajian 4
Rumusan 6
Rujukan 6
Penghargaan
Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada guru geografi saya Puan Wan Fatimah binti Wan Ismail
kerana telah banyak memberi panduan, tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan. Saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah yang telah memberi kebenaran untuk kajian
ini dilakukan.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya Iffah binti Syamil dan ayah saya Muaz
Bin Faez yang banyak memberi sokongan dan dorongan bagi saya menyempurnakan kajian ini. Kepada
rakan-rakan sekelas yang membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan kajian ini turut diucapkan
terima kasih.
Saya juga mengucapkan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Kemaman,
Terengganu yang telah memberi maklumat tentang kawasan kajian. Akhir sekali saya mengucapkan terima
kasih kepada 20 orang penduduk yang telah dijadikan responden dalam kajian ini.

Pendahuluan
Saya Miftah bin Muaz, murid tingkatan 4 Marikh, Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh, Kemaman,
Terengganu. Saya bersama empat rakan sekumpulan telah menjalankan kajian tentang tema petempatan
di kawasan tempat tinggal sendiri. Tajuk kajian saya ialah kajian mengenai petempatan di Kg. Gelugor,
Kerteh, Kemaman, Terengganu. Masa kajian selama sebulan dengan bimbingan guru.
Setelah memilih tajuk kajian, saya menetapkan objektif kajian, kawasan kajian dan kaedah menjalankan
kajian. Borang pemerhatian dan borang kaji selidik disediakan untuk kerja lapangan ini. Saya juga
mendapatkan surat kebenaran daripada pengetua untuk menjalankan kerja lapangan ini.


Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk:
1. Mengenal pasti pola petempatan di Kg. Gelugor, Kerteh, Kemaman, Terenganu.
2. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pola petempatan di Kg. Gelugor, Kerteh, Kemaman,
Terenganu
3. Menjelaskan dengan contoh fungsi petempatan di Kg. Gelugor, Kerteh, Kemaman,
4. Menghuraikan dengan contoh masalah petempatan di Kg. Gelugor, Kerteh, Kemaman.

Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya iaitu Kg. Gelugor Kerteh terletak di Daerah Kemaman, Terengganu. Kemaman
merupakan satu daerah yang terletak paling selatan. Kawasan ini bersempadan dengan Negeri Pahang
di bahagian utara, Bandar besar yang terdekat dengan kawasan kajian ialah Bandar Dungun iaitu lebih
kurang 25 km iaitu mengambil masa kira-kira mengambil masa 30 minit Keluasan kawasan kajian lebih
kurang 3 km persegi sahaja. Dari segi fizikalnya, kawasan kajian terletak di kawasan tanah pamah di pinggir
pantai. Di sebelah utara kawasan kajian terdapat sungai Kerteh yang mengalir ke Laut China Selatan.
Kawasan kajian merupakan sebuah perkampungan nelayan yang telah lama wujud dan telah mengalami
banyak perubahan disebabkan wujudnya kilang memproses petroleum dan gas asli di Paka. Jumlah
penduduk di sini juga semakin bertambah setiap tahun. Peta 1.1 di bawah menunjukkan peta kawasan
kajian saya.

1
PETA KAWASAN KG. GELUGOR, KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU.

Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat bagi melaksanakan kajian
ini. Antara kaedah yang saya gunakan ialah:

a. Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mendapatkan maklumat tentang pola petempatan,
faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi dan masalah petempatan di kawasan kajian saya.
Saya menggunakan kaedah ini sepanjang tempoh masa kajian dilaksanakan. Saya juga telah mengambil
gambar yang berkaitan dengan kajian saya sebagai bahan bukti.

b. Temu bual
Saya telah menjalankan kaedah temubual dengan penduduk-penduduk di kawasan kajian untuk
mendapat maklumat berkaitan kajian saya seperti masalah dan langkah mengatasi masalah petempatan
di kawasan kajian.

2
c. Soal selidik
Saya telah menjalankan kaedah soal selidik terhadap 20 orang responden di kawasan kajian saya.
Kaedah ini telah dijalankan pada hari hujung minggu bersama empat rakan saya. Melalui kaedah ini,
saya bersama rakan-rakan telah mengedarkan borang soal selidik kepada responden untuk mendapat
maklumat berdasarkan tajuk dan objektif kajian.

d. Rujukan
Saya juga telah menggunakan kaedah rujukan untuk mendapat pelbagai maklumat tambahan sepanjang
menjalankan kajian ini. Antaranya, saya telah merujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 4 untuk
mendapat panduan menjalankan kerja kursus. Saya juga telah merujuk peta kawasan kajian daripada
sumber internet iaitu Google maps. Selain itu, saya juga merujuk buku rujukan untuk mencari maklumat
tambahan bagi melengkapkan hasil kajian saya.

Hasil Kajian
a. Pola Petempatan
Berdasarkan kaedah pemerhatian dan rujukan Google maps, saya telah dapat mengenalpasti pola
petempatan yang wujud di kawasan kajian saya iaitu pola petempatan berkelompok. Ini kerana, kawasan
kajian saya merupakan satu kawasan perkampungan yang terletak di tepi pantai dan muara Sg. Kerteh.
Ini terbukti daripada susun atur rumah di kawasan kajian yang kurang tersusun walaupun dibina
agak berdekatan antara satu sama lain.Situasi ini berlaku kerana, penduduk membina rumah masing-
masing di atas tanah lot milik mereka sendiri. Oleh itu, wujud pelbagai jenis rumah yang dibina
di kawasan kajian mengikut citarasa dan kemampuan penduduk di kawasan kajian.

b. Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan


Berdasarkan kaedah soal selidik terhadap 20 orang responden dan juga kaedah pemerhatian,terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian. Antara faktornya ialah faktor
fizikal, ekonomi dan sosial peta minda di bawah menunjukkan faktor-faktor petempatan di kawasan
kajian. Faktor-faktor ini telah menyebabkan perkembangan kawasan kajian.

Bentuk muka bumi- tanah Kegiatan ekonomi- nelayan


pamah & pinggir pantai & perkhidmatan

Faktor yang
mempengaruhi
petempatan di
Kg.Gelugor

Banyak kemudahan
infrastruktur – Jalan raya, Bekalan air bersih dan
masjid, stesen manyak, elektrik
kedai

Rajah 1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Kg. Gelugor Kerteh, Kemaman, Terengganu.

3
c. Fungsi petempatan
Berdasarkan pelbagai kaedah yang telah dijalankan khususnya melalui kaedah pemerhaian dan soal
selidik, didapati bahawa kawasan kajian mempunyai dua fungsi yang ketara iaitu sebagai kawasan pusat
perikanan dan eko pelancongan.

i. Pusat Perikanan
Kawasan kajian berfungsi sebagai kawasan perikanan kerana dipengaruhi oleh lokasi dan bentum
muka bumi kawasan kajian. Jelasnya, kawasan kajian merupakan kawasan tanah pamah yang rata
dan terletak di pinggir laut. Kawasan ini menghadap laut China Selatan yang luas terbentang. Ini
memberi peluang kepada penduduk untuk tyerlibat dalam sektor perikanan yang menjadi sumber
pendapatan utama penduduk di kawasan kajaian.

Foto 1 Bot yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan.

ii. Pusat Eko pelancongan


Selain itu, kawasan pinggir pantai berpasir kawasan kajian yang cantik menjadi daya tarikan
pelancong untuk menjadikan kawasan kajian sebagai kawasan eko pelancongan. Pantai di kawasan
kajian menjadi daya tarikan pelancong kerana faktor fizikal kawasan ini yang juga merupakan
muara sungai dan menjadi pertemuan antara air masin dan air laut dan menjadi pintu masuk bot-
bot nelayan. Malah kawasan pantai di sini ditumbuhi oleh tumbuhan semulajadi pantai iaitu pokok
rhu yang cantik.

Foto 2 Kawasan pantai Kerteh.

4
d. Masalah petempatan
Berdasarkan kaedah soal selidik yang telah dijalankan terhadap reponden di kawasan kajian didapati
bahawa terdapat beberapa masalah petempatan yang dialami oleh penduduk. Antara masalah yang
dihadapi ialah masalah pencemaran dan jenayah. Maklumat ini digambarkan dalam jadual 1 di bawah.

Jadual 1 Masalah petempatan di Kg. Gelugor, Kerteh, Kemaman, Terengganu.


Masalah Bilangan Responden Peratus
Sampah sarap tidak terurus 8 40
Pencemaran bau 6 30
Pecah rumah 4 20
Ragut 2 10
Jumlah 20 100
(Sumber: Soal Selidik)

Masalah petempatan di Kg. Geleugor, Kerteh, Kemaman, Terengganu

Ragut

Sampah sarap tidak terurus


Pecah rumah

Pencemaran bau

Jadual 1 masalah petempatan yang wujud di kawasan kajian. Didapati bahawa sebanyak 40% penduduk
berpendapat bawa kawasan kajian menghadapi masalah sampah sarap yang tidak terurus. Pembuangan
sampah yang tidak terurus ini telah mencacatkan pemandangan kawasan tempat tinggal dan pantai
Kerteh. Ini disebabkan sikap penduduk dan pelancong yang datang ke pantai Kerteh dan seterusnya
menyebabkan masalah bau yang tidak menyenangkan.
Selain itu, penduduk di kawasan kajian khususnya nelayan terlibat dengan aktiviti dadah dan
menghidu gam. Kegiatan ini telah mengundang masalah jenayah iaitu sebanyak 30 % di kawasan kajian
kerana golongan ini seterusnya melakukan jenayah lain seperti pecah rumah dan ragut untuk mendapat
sumber kewangan bagi membeli dadah dan gam.

Rumusan
Hasil kajian mendapati kawasan kajian terdiri daripada pola petempatan berkelompok kerana faktor bentuk
muka buminya yang terletak di muara sungai dan pinggir pantai. Petempatan di kawasan kajian mempunyai
fungsi yang tersendiri sebagai petempatan luar bandar. Walau bagaimanapun, kawasan kajian mengalami
dua masalah utama iaitu masalah pencemaran dan jenayah.

5
Rujukan

Buku Teks
Cong Mui San & Azizan Hj Abdul Samah. (2003). Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Pencetakan
Saufi Sdn Bhd.

Buku Rujukan
Ibrahim Wahab. (1996). Pengangkutan Bandar di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Akhbar
Utusan Malaysia. 22 Januari 2015. halaman 10.

Orang Sumber
En. Ahmad bin Kassim, 46 tahun, No 21, Kampung Telaga, 21700 Kerteh, Terengganu

Internet
http://www.zeeta.com.my/satellite
http://pelancongan-terengganu.blogspot.my/2010/09/tasik-kenyir.html

6
Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh, Kemaman, Terengganu

Borang Soal selidik

TAJUK: Kajian Mengenai Petempatan di Kg.Gelugor, Kerteh, Terengganu

Bahagian A
Latar Belakang Responden

Nama : _________________________________________________________
Umur : _________________________________________________________
Jantina : Lelaki Perempuan
Alamat : _________________________________________________________
Jenis Pekerjaan : _________________________________________________________

Bahagian B
Jawab semua soalan di bawah.

Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan tempat tinggal anda.


a. _________________________________________________________
b. _________________________________________________________
c. _________________________________________________________

Tandakan (✓) masalah petempatan di kawasan tempat tinggal anda.

Masalah Tandakan ( / )
Sampah sarap
Pencemaran bau
Pecah rumah
Ragut
Lain-lain ( Nyatakan )

Terima kasih atas kerjasama anda

You might also like