You are on page 1of 6

MRSM SULTAN AZLAN SHAH

KAJIAN KES SEJARAH


TINGKATAN 2
TAHUN 2021
BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

NAMA : NUR AZYYATI BINTI SUHAIMI


KAD PENGENALAN : 071113100728
TINGKATAN : 2 ZAMRUD

DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR


MENGUMPUL MAKLUMAT
MERANCANG
MENGAPLIKASI
MEMBUAT REFLEKSI
BERKOMUNIKASI
ETIKA DAN KEROHANIAN
KESELURUHAN

PERAKUAN MURID
Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan
grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan: ………………………………………………

PERAKUAN GURU : PERAKUAN GKMP:

TANDATANGAN : …………………… TANDATANGAN : …………………….


TARIKH : / / 2021 TARIKH : / / 2021

BIL TARIKH/HARI PERKARA T.TANGAN GURU


1. 25/10/2021 Menerima taklimat peringkat sekolah dari Guru
Subjek Sejarah menerusi Teams.
2. 25/10/2021 Membina pernyataan masalah yang sesuai
3. 27/10/2021 Mencari maklumat berkaitan kajian literature dan
memilih tema.
4. 27/10/2021 Menghasilkan jadual kerja.
5. 27/10/2021 Menentukan objektif dan kaedah kajian.
6. 1/11/2021 Melaksanakan laporan kes kajian berdasarkan
maklumat yang diperolehi.
7. 3/11/2021 Menulis sumber rujukan.
8. 3/11/2021 Membuat rumusan kes kajian.
9. Menghantar laporan kepada guru subjek.
TEMA : KESULTANAN MELAYU MELAKA SEBAGAI ASAS
KERAJAAN MASA KINI

STANDARD KANDUNGAN : 6.4 SARAWAK DAN SABAH

STANDARD PEMBELAJARAN :

6.4.3 MENGHURAIKAN KEGIATAN MASYARAKAT SARAWAK DAN SABAH

K6.4.5 MERUMUSKAN KEPENTINGAN MEMANFAATKAN ALAM SEKITAR


SECARA BIJAKSANA

1.0 PERNYATAAN MASALAH


Kawasan pesisir pantai, lembah sungai dan pedalaman merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi kegiatan harian dan ekonomi masyarakat Sarawak . Jelaskan .

2.0 KAJIAN LITERATUR


D.S. Ranjit Singh, PERTUMBUHAN EKONOMI SARAWAK, 1824-1941.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


I. Mengetahui kepentingan kawasan pesisir pantai, lembah sungai dan pedalaman yang menjadi
salah satu faktor yang mempengaruhi kegiatan harian dan ekonomi masyarakat Sarawak.
II. Menghuraikan kegiatan ekonomi di Sarawak serta hasil sumber semula jadi.
III. Menerangkan kebijaksanaan masyarakat Sarawak dalam memanfaatkan alam sekitar dan
kerjasama mereka dalam kegiatan harian dan ekonomi.

4.0 KAEDAH KAJIAN


I. Pembacaan
II. Melayari internet
III. Rujukan perpustakaan

5.0 SUMBER RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

Sumber buku
Dr. Suffian bin Mansor, Dr Mardiana binti Nordin.2019. Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 KSSM. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rashid Aman.2019. Buku Rujukan Xpress Pintar PT3 Sejarah Tingkatan 1 2 3. SASBADI.

Sumber jurnal
Emyzul Ismail. Arba’iyah Mohd Noor. 2019. “Perkembangan Sektor Pertanian di Sarawak, 1970-1981.”
Sejarah:Journal of History Department. Volume 28. No.2.

Sumber Internet
https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/download/9126/6451
https://www.slideshare.net/nursyafika3557/kegiatan-ekonomi-sarawak
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Sarawak
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak
6.0 LAPORAN KAJIAN

Negeri Sarawak terletak di Timur Malaysia di kepulauan Borneo, dan merupakan satu daripada dua
negeri yang membentuk timur Malaysia. Sarawak terasing daripada Semenanjung Malaysia ke barat
dengan Laut China Selatan yang kira-kira 600km dan dicantum ke negeri Sabah secara langsung ke
timur laut di mana kesultanan Brunei di tengah-tengahnya. Atas tanah, negeri ini bersempadanan
dengan Kalimantan, Indonesia. Sarawak ialah kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa. Ia panas dan
lembap sepanjang tahun dengan min suhu dari 23 celsius sehingga 32 celsius. Hutan Sarawak ialah
sumber dan aset yang paling penting. Hutan khatulistiwa ini menyumbangkan bilangan kayu balak dan
produk hutan yang banyak. Hutan hujan tropika ini juga merupakan habitat bagi 8,000 spesis pokok
bunga dan melebihi 20,000 spesis binatang. Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai
banyak sumber kekakayaan semula jadi. Kegiatan ekonomi Sarawak banyak bergantung kepada
bentuk muka bumi, kawasan penempatan suku kaum dan sumber alam.Bentuk muka bumi di Sarawak
ini boleh dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu pesisir pantai, lembah sungai dan pedalaman.
Kawasan-kawasan ini yang menjadi titik mula sejarah kegiatan ekonomi masyarakat di Sarawak
berkembang. Ketika Pertumbuhan Ekonomi pada tahun 1824 hingga 1941,terdapat beberapa tahap
penting yang telah dibahagikan mengikut ciri-ciri tertentu.Tahap yang pertama ialah Tahap Ekonomi
Tradisional dari tahun1824 hingga tahun 1880. Pada tahap ini, Raja Charles Brooke memandang hasil
hutan sebagai satu sumber yang penting bagi ekonomi Sarawak dan cuba menggalakkannya. Pada
tahap yang kedua iaitu Tahap Peralihan dari tahun 1880 hingga 1910 berlaku perubahan dalam
industri-industri tradisional seperti industri sagu, hasil hutan dan perlombongan emas yang mula
berkembang dengan lebih pesat oleh kerana sebab-sebab yang tertentu. Nilai hasil hutan juga
meningkat pada masa ini kerana permintaan antara bangsa yang baik dan harga yang tinggi.
Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai banyak sumber kekayaan semulajadi. Hal ini
kerana kedudukan Sarawak yang terletak pada kedudukan yang strategic dan sesuai untuk
dimanfaatkan. Hal ini menyebabkan, kegiatan ekonomi Sarawak banyak bergantung pada bentuk
muka bumi seperti kawasan pesisir pantai, lembah sungai dan kawasan pedalaman. Selain itu, antara
kegiatan ekonomi utama di Sarawak ialah ekonomi sara diri. Sara diri bermaksud mencari keperluan
hidup dengan tenaga sendiri. Seperti yang diketahui, kegiatan ekonomi atau harian banyak
dipengaruhi oleh persekitaran penempatan mereka. Antara cara mereka menyara hidup ialah
menanam padi huma, menjadi nelayan, memungut hasil hutan dan berniaga secara kecil-kecilan.
Seterusnya, kawasan pesisir pantai kebiasaannya menjadi tempat bagi nelayan mencari rezeki,
lembah sungai pula merupakan sumber air bersih dan sumber makanan manakala kawasan
pedalaman memiliki tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam menjadikannya sebagai kawasan
penanaman padi. Selain daripada itu, kegiatan utama di Sarawak ialah berburu dan memungut hasil
hutan. Hal ini kerana, kedudukan Sarawak yang strategik menyebabkan Sarawak dikelilingi oleh hutan
yang rimba untuk dipungut hasil kekayaan sumbernya dan sungai-sungai menjadi tempat berburu
untuk orang Penan yang tinggal berdekatan dengan berburu menggunakan gung sumpitan teknik khas
berburu mereka.
Sarawak adalah negeri kedua terkaya dalam hasil sumber ekonominya di Malaysia dengan hasil
sumber gas asli, petroleum, balak dan kelapa sawit. Selain itu, terdapat juga sumber ekonomi yang
baru seperti sektor perkilangan elektronik dan bioteknologi. Dengan kawasan yang luas terbentang,
Sarawak mempunyai banyak kawasan yang sesuai untuk perkembangan pertanian, Lebih kurang 32%
atau kira-kira 40,000 km² luas kawasan telah dikenalpasti sesuai untuk pertanian. Walau
bagaimanapun, tidak sampai 9% yang ditanam dengan tanaman kekal, manakala selebihnya masih
dalam proses penanaman padi huma iaitu seluas 16,000 km² lebih. Selain kelapa sawit, tanaman
komersil lain adalah sagu dan lada hitam. Sejak 1980-an, Sarawak telah mula mempelbagai dan
mengubah ekonominya kepada bentuk industri. Taktik ini telah berjaya, dan kini industri perkilangan
dan teknologi memainkan peranan penting dalam membentuk pengembangan ekonomi negerI. Selain
daripada bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan, masyarakat Sarawak juga aktif dalam
menceburi bidang perikanan dan juga perhutanan. Secara tradisinya, pertanian menyediakan asas
utama ekonomi sebagai barangan eksport utama selain produk petroleum dan petroleum, termasuk
kayu dan pelbagai komoditi seperti getah, lada, tepung sagu, minyak kelapa dan minyak kelapa sawit
sekaligus menjadi bidang yang paling aktif dalam menyumbang kepada ekonomi Sarawak. Pada awal
tempoh Pengurusan Sektor Pertanian di Sarawak dari tahun 1970 hingga 1981, hasil bidang pertanian
tidak terlalu memberansangkan kerana pengurusan yang kurang sistematik. Namun dibawah pimpinan
Abdul Rahman Ya’kub, mereka sedar bahawa kekayaan hasil pertanian memerlukan pengurusan yang
lebih sistematik agar hasil pengeluaran yang dieksport mampu menunjukkan pencapaian yang lebih
baik daripada sebelum ini. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, kerajaan negeri dengan kerjasama
kerajaan persekutuan telah menubuhkan beberapa agensi pengurusan dengan tujuan mencapai
objektif pengurusan pertanian yang lebih cekap dan berkesan. Agensi tersebut ialah Lembaga
Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB) yang dipertanggungjawab untuk membuka tanah yang belum
dimajukan untuk faedah pertanian dengan penanaman getah dan kelapa sawit sebagai projek-projek
utama dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) yang objektif utamanya
adalah untuk meningkatkan kesejahteraan keseluruhan masyarakat luar bandar melalui pembangunan
tanah untuk pertanian ladang. Dalam usaha mereka untuk memajukan lagi bidang pertanian, terdapat
juga masalah-masalah yang timbul tetapi mereka dapat menyelesaikannya denganbaik dan strategik.
Akhirnya, setelah bertahun mereka berusaha, mereka berjaya menjadikan bidang pertanian sebagai
pembekal bahan mentah utama sekaligus menjadi bidang yang paling aktif dalam menyumbang
kepada ekonomi Sarawak. Dengan adanya kawasan yang luas dan kaya dengan sumber alam,
Sarawak telah menjadi antara pilihan menarik bagi para pelabur dan para pedagang yang ingin
melabur serta berdagang. Hasilnya, ekonomi Sarawak akan bertambah lebih maju dan dapat
meningkatkan taraf kualiti hidup masyarakat Sarawak.
Masyarakat Sarawak bijak memanfaatkan alam sekitar dalam mengembangkan kegiatan ekonomi
mereka. Kebijaksanaan ini telah mendorong mereka mempelbagaikan sumber keluaran harian dan
sumber ekonomi demi kelangsungan kehidupan. Terdapat tiga lokasi utama yang menjadi kawasan
kegiatan harian dan ekonomi masyarakat Sarawak. Setiap kawasan-kawasan yang menjadi lokasi
utama untuk masyarakat Sarawak menjalankan kegiatan harian mereka mempunyai kepentingannya
yang tersendiri. Seperti kaum Melayu, Melanau dan Kadayan yang menjalankan kegiatan
perdagangan, menangkap ikan, membuat perahu dan perusahaan sagu di pesisir pantai. Kawasan ini
merupakan kawasan yang ideal untuk melaksanakan kegiatan tersebut kerana keadaan laut yang luas
menyebabkan para pedagang mudah untuk berlayar ke pesisir pantai dan berdagang. Masyarakat
Sarawak yang berkampung di situ juga kebanyakannya merupakan nelayan yang sering turun ke laut
untuk menangkap ikan dan hasil laut yang lain. Selain itu, kawasan lembah sungai juga merupakan
salah satu lokasi utama yang menjadi kawasan kegiatan harian dan ekonomi masyarakat Sarawak. Ini
kerana kawasan ini sesuai untuk menjalankan kegiatan harian seperti menanam padi serta menanam
buah-buahan dan sayur-sayuran. Lokasi yang terakhir ialah kawasan pedalaman. Kaum Kenyah,
Kayan, Iban, Kelabit, Penan dan juga Punan yang membuat perkampungan di situ bergantung pada
kegiatan mengutip hasil hutan, memburu haiwan liar dan menanam padi untuk menyara hidup mereka.
Masyarakat Sarawak juga tidak lupa untuk bekerjasama dan bersatu-padu dalam menjaga lokasi-lokasi
ini daripada apa-apa perkara yang tidak diinginkan berlaku kerana lokasi-lokasi ini merupakan sumber
rezeki masyarakat Sarawak. Kesan daripada kebijaksanaan mereka, mereka berjaya mempelbagaikan
sumber keluaran harian dan sumber ekonomi demi kelangsungan kehidupan.
Daripada olahan tentang kegiatan harian dan ekonomi masyarakat Sarawak, kita dapat mengetahui
bahawa kawasan pesisir pantai, lembah sungai dan pedalaman merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi kegiatan harian dan ekonomi masyarakat Sarawak. Selain itu, kita dapat mengetahui
bahawa setiap lokasi-lokasi kegiatan harian dan ekonomi masyarakat Sarawak mempunyai
kepentingannya yang tersendiri. Kita juga dapat mengetahui, Sarawak adalah negeri kedua terkaya
dalam hasil sumber ekonominya di Malaysia dengan hasil sumber gas asli, petroleum, balak dan
kelapa sawit. Tidak lupa juga tentang bidang-bidang yang ada dalam kegiatan ekonomi Sarawak iaitu
pertanian, perdagangan, perhutanan dan perikanan. Disamping itu, kita dapat menilai bahawa kita
perlu memanfaatkan alam sekitar secara bijaksana dan bersatu-padu demi menjaga alam sekitar. Oleh
itu, haruslah kita mengekalkan nilai-nilai murni seperti bersatu-padu dan kebijaksanaan demi
bekerjasama menjaga alam sekitar agar kita tidak mencemarkan alam dan supaya kita dapat
memanfaatkan sumber semulajadi dalam tempoh yang lebih lama lagi.

You might also like