You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

JALAN BAKAM
98000 MIRI

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

JUN 2021

BAHASA MELAYU SK

TUGASAN KERJA KURSUS 2: LAPORAN LAWATAN

Bil. Perkara

i. NAMA PELAJAR : MIKE VIANNI JANG ANAK MULEN

ii. ANGKA GILIRAN : 2021022310071

NOMBOR KAD
iii. PENGENALAN
: 020308130097

iv. UNIT : BMMB3

v. KOD KURSUS : GPML1022

vi. NAMA KURSUS : PENDIDIKAN MORAL

vii. NAMA PENSYARAH : JENNET NG YIN YIN

viii. TARIKH HANTAR : 1 NOVEMBER 2021


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK 2
Institute of Teacher Education Sarawak Campus
Jalan Bakam
98009 Miri
SARAWAK. Tel: 085-421201/410202
Faks: 085-424178
Laman Web :www.ipgks.edu.my
E-mel :ipgksarawak@ipgm.edu.my

" 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN "

Yvonne Chua Ee Lin, Ruj. Tuan :


Lot 1282,
Jalan Jee Foh 9, Ruj. Kami : IPGKS/144/400-1/1 ( )
98000 Miri, Sarawak. Tarikh : 18 Oktober 2021

Tuan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MIRI METHODIST CHILDREN HOME

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pada 18 Oktober 2021, mahasiswa dan mahasiswi Institut Pendidikan Guru kampus
Sarawak yang terdiri daripada 10 orang ingin mengadakan beberapa sesi temu bual bicara
bersama pengurus/penyelia Methodist Children Home melalui pautan google meet.

3. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih teperinci berkaitan
dengan tugas laporan lawatan yang dijalankan bagi subjek GPML1022 (Pendidikan Moral)
yang bertemakan pusat lawatan anak yatim piatu. Disamping mendapatkan maklumat untuk
laporan tersebut, pihak kami juga akan menganjurkan aktiviti serta sumbangan dalam bentuk
kewangan kepada anak-anak yatim ini. Antara aktiviti yang dianjurkan ;

I. Memberikan tayangan filem kepada anak-anak yatim


II. Menghulurkan derma kewangan

4. Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara di atas diperlukan untuk menjayakan
program ini. Pihak institut mengucapkan terima kasih kepada pihak tuan di atas segala
bantuan dan sokongan yang diberikan selama ini. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh
menghubungi ...........................

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( )
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak, Miri.
Tugasan 2: Laporan lawatan (Individu)

Soalan :
Lawatan sambil belajar adalah satu tugasan yang bermanfaat kepada semua pelajar untuk
meningkatkan ilmu. Pengetahuan yang diperolehi seperti ini dapat dikekalkan lebih lama
kerana pelajar akan menggunakan semua deria untuk mendapatkan maklumat.

Pilih 11 atau 12 orang dalam satu kumpulan. Anda dikehendaki melawat satu tempat dan
membuat laporan mengenai aktiviti tersebut. Dalam Pendidikan Moral, lawatan biasanya
diadakan di tempat-tempat seperti rumah orang tua, rumah anak yatim dan mana–mana
tempat yang berkaitan dengan subjek. Memandangkan sekarang adalah musim Covid, maka
lawatan perlu dibuat dengan mematuhi SOP. Semasa lawatan, anda perlu perhatikan nilai-
nilai yang telah dipraktikkan.
ISI LAPORAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 OBJEKTIF KAJIAN 1

2.0 KAEDAH KAJIAN 1

3.0 NILAI YANG DIPERHATIKAN 1-2

4.0 PERANAN ANDA 2-3

4.1 PERANAN PELAJAR


4.2 PERANAN PUSAT JAGAAN

5.0 CARA PELAKSANAAN 3-4

5.1 MENDERMA
5.2 MENONTON MOVIE

6.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI DIRI 4

7.0 GAMBAR-GAMBAR 5-6


1

1.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Menanam sikap keprihatinan serta kasih sayang dalam diri pelajar terhadap
anak-anak yatim di negara kita.

ii. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan anak-anak yatim di


Methodist Children Home.

iii. Memupuk semangat kerjasam dan saling menolong di antara ali kumpulan
dalam melaksanakan program lawatan.

iv. Meningkatkan pengetahuan serta kefahaman pelajar mengenai anak-anak


yatim di negara kita.

v. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar ketika melaksanakan tugasan


program lawatan ini.

2.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian bagi tujuan lawatan ini adalah melalui temu ramah secara alam maya
iaitu pautan ‘Google meet’ bersama dengan pengurus pusat anak yatim. Pusat anak yatim
yang dimaksudkan adalah Miri Methodist Children Home. Lawatan ini dijalankan secara alam
maya akibat pandemic Covid-19 yang melanda negara dan menyebabkan lawatan ini
terpaksa mewakilkan salah seorang daripada kumpulan lawatan untuk mengunjungi pusat
jagaan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak mereka. Setelah mendapat persetujuan
daripada pengurus pusat anak-anak yatim ini untuk menjalankan suatu temu ramah bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pusat jagaan tersebut melalui satu temu janji
di alam maya. Sesi temu ramah itu dijalankan pada:

Tarikh 18 Oktober 2021


Hari Isnin
Jam 2.30 petang
Pautan ‘Google Meet’

3.0 NILAI YANG DIPERHATIKAN

Dalam lawatan kali ini, terdapat banyak nilai yang dapat kita perhatikan antara kedua-
dua pihak ini iaitu pihak pelajar dan pihak pusat jagaan anak-anak yatim ini. Nilai pertama
yang ada pada peserta lawatan ini ialah nilai kegigihan. Peserta lawatan kali ini begitu gigih
ingin menjalankan dan menjayakan lawatan ke pusat jagaan anak-anak yatim walaupun
dalam keadaan pandemik Covid-19 yang menyukarkan keadaan lawatan ini. Namun, lawatan
ini dengan jayanya dapat diteruskan walaupun tidak banyak aktiviti yang dianjurkan. Nilai yang
2

seterusnya ialah nilai bekerjasama. Perkara ini dapat dilihat dari segi perancangan lawatan
oleh para peserta lawatan ini iaitu pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dimana
setiap ahli diberikan tugas untuk menjayakan lawatan ini dalam keadaan pandemik ini.
Seterusnya nilai hormat-menghormati. Walaupun lawatan ini dijalankan dalam keadaan maya
peserta lawatan ini mengikut prosedur dan pematuhan arahan yang ditetapkan oleh pusat
jagaan anak-anak yatim ini bagi menjaga tatatertib dan keberadaban individu. Hal ini terbukti
semasa pihak pusat jagaan anak-anak yatim ini tidak memberi kebenaran kepada peserta
lawatan untuk mengambil gambar anak-anak yatim tersebut atas sebab menjaga privasi anak-
anak yatim di pusat jagaan itu. Namun perkara ini tidak menjadi isu kepada pihak peserta
lawatan kerana sedar akan nilai hormat-menghormati haruslah disematkan ke dalam diri
pelajar.

Nilai yang ada pada pihak kedua iaitu pusat jagaan anak-anak yatim ini antarnya ialah
nilai bertanggungjawab. Pusat jagaan ini sedar akan tugas dan tanggungjawab mereka dalam
menjaga anak-anak yatim ini dengan memberikan pelbagai bantuan serta kemudahan
keperluan harian kepada mereka demi kelangsungan hidup anak-anak yatim ini. Tabahan lagi
pusat jagaan ini merupakan tempat mereka bergantung dan mendapatkan hak hidup seperti
orang lain yang mempunyai keluarga dan peluang pekerjaan di masa hadapan. Nilai
seterusnya ialah nilai pengorbanan. Miri Mathodist Children Home ini merupakan sebuah
badan bukan kerajaan dimana seprti yang ditemu ramahkan pusat jagaan ini memerlukan
pelbagai sumbangan daripada golongan penderma.

4.0 PERANAN ANDA

4.1 PERANAN PELAJAR


Sebagai seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam amatlah wajar menyertai
pelbagai program anjuran khususnya aktiviti kemasyarakatan merupakan peranan kita
sebagai warga masyarakat yang sedar akan erti nilai kemanusiaan, Perkara ini juga menjadi
kewajipan kepada setiap individu dalam menghulurkan tenaga dan pengorbanan membantu
golongan yang sungguh memerlukan perhatian masyarakat khususnya golongan anak-anak
yatim.

4.2 PERANAN PUSAT JAGAAN


Dalam aktiviti kemasyarakatan kita boleh menjadi sukarelawan untuk berkhidmat
membersihkan Kawasan kediaman rumah anak-anak yatim disamping melihat gelagat
karenah anak-anak tersebut. Melalui pengalaman itu secara sedar atau tidak sedar kita telah
3

menabur bakti dalam memberikan khidmat yang sewajarnya kepada warga pusat jagaan
tersebut disamping meringankan beban kerja mereka.

5.0 CARA PELAKSANAAN


Memandangkan lawatan ini dijalankan secara alam maya, maka terdapat beberapa
kekangangan yang dihadapi oleh pihak peserta lawatan akibat pandemik Covid-19 ini. Namun
pelaksanaan aktiviti lawatan ke pusat jagaan anak yatim tetap dilancarkan melalui dua
kaedah. Kaedah yang pertama ialah aktiviti menderma dari segi kewangan dan barang
keperluan harian. Pelaksanaan aktiviti yang kedua ialah menonton movie bersama anak-anak
yatim melalui atas talian.

5.1 MENDERMA

Pada awalnya peserta lawatan iaitu pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
yang terdiri daripada 10 orang pelajar semester 1 mencadangkan terlebih dahulu jumlah
amaun yang hendak didermakan kepada pusat jagaan tersebut mengikut persetujuaan dan
kemampuan masing-masing. Sebelum mengumpul jumlah derma daripada setiap seorang
ahli, semua peserta lawatan mengadakan terlebih mesyuarat perbincangan tentang jumlah
derma yang dapat didermakan pengaturan lawatan ke pusat jagaan anak yatim tersebut.
Mesyuarat antara ahli tersebut dijalankan secara atas talian iaitu melalui pautan ‘google meet’.

Setelah mendapat persetujuaan daripada semua ahli peserta lawatan, maka setiap
ahli minimum menderma sebanyak RM 10. Wang tersebut dikumpulkan oleh seorang ahli
lawatan iaitu Christini anak Peau. Jumlah dapatan derma yang dapat dikumpulkan sebanyak
RM143. Setelah berjaya dikumpulkan, maka wang tersebut digunakan untuk pembelian
barangan keperluan harian anak-anak yatim tersebut seperti barangan mandi dan barangan
dapur.

Setelah barangan keperluan tersebut dibeli oleh ahli peserta yang


dipertanggungjawabkan untuk pergi membeli barangan tersebut mengikut jumlah wang
dikumpulkan, barang keperluan tersebut akhirnya berjaya dihantarkan kepada pusat jagaan
tersebut. Barangan keperluan tersebut diagih kepada setiap seorang anak yatim tersebut.

5.2 MENONTON MOVIE

Aktiviti menonton movie ini merupakan aktiviti sampingan untuk anak-anak


yatim ini yang dianjurkan oleh peserta lawatan ini. Namun aktiviti menonton movie juga
4

ini juga terpaksa dijalankan secara atas talian juga kerana pandemik Covid-19 ini.
Pada awalnya dalam perbincangan antara ahli peserta, terlebih dahulu dibincangkan
mengenai cara hendak memberikan movie yang bersesuaian dengan tahap umur
anak-anak yatim di pusat jagaan. Selain itu, perkara yang dibicangkan pula ialah
bagaimana hendak mengatur masa mereka sesuai menonton movie tersebut.

Setelah mendapat persetujuan daripada semua peserta, jenis movie yang


bersesuaian diberikan kepada anak-anak yatim tersebut ialah movie yang beranimasi
kartun. Namun, aktiviti menonton movie ini tidak dapat disertai oleh peserta lawatan
bersama pelajar melalui atas talian kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan
untuk bersama dengan anak-anak yatim ini. Pihak pusat jagaan tersebut juga tidak
membenarkan orang luar untuk mendapatkan gambar anak-anak yatim tersebut
kerana untuk menjaga privasi dan keselamatan anak-anak yatim ini. Namun tidak
mengapa bagi pihak peserta untuk mendapatkan gambar-gambar mereka sebagai
bahan bukti laporan atas kefahaman dan pematuhan peraturan pusat jagagaan
tersebut.

6.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI DIRI

Setelah dengan jayanya lawatan secara alam maya ke pusat jagaan anak yatim iaitu
Miri Methodist Children Home ini para peserta dan pelajar Institut Pendidkan Guru Kampus
Sarawak dapat membina satu keperibadian diri yang mulia terhadap orang lain khususnya
anak-anak yatim di pusat jagaan tersebut. Melalui lawatan ini, semua peserta dapat
melahirkan semangat kepimpinan dalam menguruskan sesuatu tugasan dan kerja-kerja
pengagihan tugasan antara ahli kumpulan. Selain itu, secara langsung lawatan ini juga dapat
mengeratkan lagi hubungan antara ahli peserta dan menjalin hubungan yang baharu antara
pusat jagaan anak-anak yatim tersebut. Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
yang menyertai lawatan ini telah dapat melahirkan satu sifat Altruisme. Hal ini kerana individu
yang bersifat Altruisme ini merupakan satu tingkah laku yang menyenangkan orang
lain,memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain. Selain itu, peserta lawatan ini juga dapat
melahirkan perasaan kasi sayang, simpati dan memikirkan perasaan orang lain akan
mengelakkan perasaan mementingkan diri sendiri, tamak dan dengki terhadap orang lain.
5

7.0 GAMBAR-GAMBAR
Gambar bangunan Miri Methodist Children Home.

Gambar barangan keperluan yang telah dibeli untuk didermakan

Gambar penyerahan barangan keperluan kepada pusat jagaan anak yatim


6

Gambar sesi temu bual bersama pengurus Miri Methodist children Home iatu Yvonne
Chua Ee Lin melalui pautan ‘google meet’.

You might also like